Friday, February 29, 2008

KEPIMPINAN dalam ISLAM

KEPIMPINAN DALAM ISLAM

PENGENALAN

Secara tabie, kepimpinan adalah satu bentuk realiti yang senantiasa wujud di alam ini. Bermula daripada bentuk kepimpinan yang sebesar-besarnya, iaitu kepimpinan Allah terhadap keseluruhan alam ini, hinggalah kepada sekecil-kecilnya iaitu kepimpinan individu.

Pengiktirafan Allah kepada kepimpinan manusia merupakan satu bentuk amanah. Maka kepercayaan untuk menguruskan alam ini perlulah difahami dan dilaksanakan sepenuhnya oleh insan muslim itu sendiri. Firman Allah :

Maksudnya : “ Sesungguhnya Aku (Allah) melantik manusia sebagai khalifah di atas muka bumi.(al Baqarah : 30)

DEFINISI

Kepimpinan adalah sejenis hubungan perilaku manusia, pengaruh, daya tindakan serta penghalangnya ke arah matlamat yang tertentu dengan cara yang boleh menjamin kepatuhan, kepercayaan dan penghormatan.

Kedudukan kepimpinan adalah sangat penting dalam Islam. Para sahabat dan tabi’in telah ijmak bahawa amanah ini adalah tuntutan syarak selepas daripada kewafatan Rasulullah. Para sahabat telah berbaiah kepada Abu Bakar untuk menjadi khalifah dengan tidak membiarkan masyarakat tanpa ada pemimpin meskipun pada ketika itu jenazah baginda belum lagi disemadikan.

Oleh itu, kepimpinan dalam Islam bukan sahaja merupakan satu TASHRIF tetapi juga kebih daripada itu kerana ianya merupakan satu TAKLIF yang amat besar kepada insan yang terpilih. Ia hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dan memenuhi prasyarat kepimpinan untuk dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan tawakkal kepada Allah. Rasulullah pernah menegaskan :

“Apabila berangkat tiga orang dalam perjalanan maka hendaklah mereka melantik salah seorang daripada mereka menjadi ketua”. (al Hadith)

Inilah perintah baginda terhadap perlantikan ketua (pemimpin) walaupun dalam situasi yang kecil (bermusafir) dan maka apatah lagi dalam kumpulan yang besar atau organisasi yang khusus dan mempunyai tugas, sudah pasti keperluan terhadap pemimpin adalah terserlah.

KEPENTINGAN DAN MATLAMAT

Dalam perjalanan hidup insan, matlamat yang jelas merupakan satu elemen yang sangat penting kerana ia akan mendasari tindakan-tindakan yang dilaksanakan. Islam telah menggariskan beberapa matlamat utama yang perlu dicapai dan ia memerlukan satu bentuk kepimpinan bagi memastikan perlaksanaan yang syarie dan jelas.

1. MEMAKMURKAN BUMI DENGAN PERLAKSANAAN SYARIAT

Pengiktirafan manusia sebagai khalifah disertakan “peruntukan-peruntukan kuasa” yang tertentu menjadikan tugas pemimpin untuk melaksanakan syariat merupakan satu tuntutan yang pasti. Pemimpin wajib melaksanakan syariat Allah sepenuhnya, kerana dengan cara ini sahaja kemakmuran akan dapat dikecapi. Pemimpin mestilah yakin untuk mengaplikasi saranan-saranan Islam kerana ianya dijamin oleh Allah sebagaimana firmannya : Maksudnya : Sesungguhnya agama (yang diterima) di sisi Allah adalah Islam (al Imran : 19)

2. MENYAMBUNG TUGAS RASUL

Ketetapan bahawa Rasulullah merupakan utusan terakhir menegaskan tiada lagi pemimpin umat bertaraf rasul yag akan dibangkitkan hinggalah kebangkitan semula Nabi Isa, sedangkan tugas menegakkan syariat Allah merupakan kewajipan sepanjang zaman. Oleh itu, perlulah wujud pemimpin di kalangan manusia itu sendiri untuk mengambil peranan baginda. Pemimpin yang dimaksudkan adalah pemimpin yang benar-benar berkelayakan dan bertaraf ulamak. Diiktiraf dan dia sendiri menerima wala’ daripada orang di bawah pimpinannya.

3. BUKTI KEPATUHAN KEPADA ALLAH

Setelah berjaya merealisasikan kedua-dua matlamat utama di atas secara tidak lansung terbuktilah kepatuhan insan muslim kepada Allah, yang dipelopori oleh pemimpin-pemimpin yang berteraskan tauhid yang kukuh dan amalan yang benar. Masyarakat akan dibimbing supaya sentiasa taat kepada Allah dalam amalan seharian mereka dan mereka senantiasa diingatkan oleh pemimpin mereka agar sentiasa berlumba-lumba mencari keredhaan Allah.

4. KEMASLAHATAN UMMAH

Kepimpinan yang wujud bertanggungjawab untuk memastikan hak-hak semua pihak terpelihara. Apabila keadaan ini dapat direalisasikan maka nasib ummat akan terbela dan maslahah akan terjaga. Ini adalah berdasarkan konsep keadilan di dalam Islam yang menuju ke arah keamanan sejagat dan kesejahteraan bersama.

CONTOH PANDUAN RASULULLAH

Keunggulan Rasulullah sebagai pemimpin terulung merupakan satu fakta yang tak dapat disanggah. Ini dapat dibuktikan dari lipatan sejarah, akan kejayaan baginda mengubah anutan masyarakat jahiliyyah kepada keimanan dan ketauhidan kepada Allah. Ini bermakna Rasulullah memiliki ciri-ciri pemimpin yang sejati dan baginda (dengan bantuan Allah) telah memimpin ummat Islam menuju kecemerlangan di samping membekalkan sahabat-sahabat baginda dengan bekalan-bekalan yang penting untuk menyambung tugas baginda.

Firman Allah :Maksudnya : Bahawa Rasulullah itu adalah contoh tauladan yang terbaik untuk kamu teladani. Ketokohan Rasulullah juga diakui oleh semua pihak dan seorang orientalis barat telah menyenaraikan baginda pada senarai yang pertama di dalam bukunya “ 100 MOST INFLUNCEMAN IN HISTORY” sedangkan tokoh-tokoh utama lain seperti Nabi Isa sendiri disenaraikan di tempat ke tiga. Kenyataan ini telah mengejutkan banyak pihak kerana sepatutnya pengarang mestilah bersifat diskriminasi terhadap Islam.

Di samping itu kita juga boleh mencontohi sahabat-sahabat Rasulullah seperti Khulafa’ Arrasyidin. Mengapa tidak kita mencontohi ketegasan Abu Bakar As Siddiq memerangi golongan murtad yang enggan mengeluarkan zakat dalam misi “Harbu Riddah”. Begitu juga keadilan Umar Al Khattab dalam empayar Islam. Tidak ketinggalan Saidina Usman dan Saidina Ali yang mempunyai kehebatan tersendiri yang sewajarnya kita mencontohi mereka semua.

CIRI-CIRI UTAMA PEMIMPIN MUSLIM SEJATI

1. BERIMAN DAN ADIL

Keimanan yang mantap akan menjelmakan peribadi yang luhur dan pastinya dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji. Pemimpin yang beriman akan menghalakan orang-orang di bawah tanggungjawab ke arah matlamat yang benar. Keadilan pula, akan menjamin setiap hak individu terpelihara dan suasana yang murni akan dapat dibentuk untuk memastikan kesejahteraan bersama.

2. MENGENALI DAKWAH

Ciri ini sangat penting kerana pemimpin sebenarnya adalah seorang daie yang bertanggungjawab untuk menyeru ummat ke arah penghayatan Islam yang sebenar dan menyeluruh. Apabila seorang pemimpin dapat menampilkan imejnya sebagai daie dan murabbi yang baik, peranannya akan menjadi lebih berkesan dan matlamatnya untuk melahirkan generasi yang menjadikan Islam sebagai landasan hidup akan lebih mudah tercapai. Oleh itu,aktiviti perorganisasian dan gerakan dakwah perlu diselaraskan dan sebatikan dalam kepimpinannya.

3. MENGENALI JIWA

Di antara kewajipan pemimpin ialah mengetahui segi-segi kekuatan dan kelemahan yang ada pada dirinya. Pemimpin yang tidak tahu potensi-potensi dan keupayaan tidak akan dapat menjadi pemimpin yang berjaya. Malah barangkali akan menyebabkan berlakunya pelbagai kemudharatan dan malapetaka terhadap dakwah dan kepimpinannya. Oleh itu seorang pemimpin mestilah :

a) Mengetahui titik kelemahan yang ada pada dirinya lalu memperbaikinya.

b) Mencari sudut kekuatan yang ada pada dirinya serta berusaha meningkat dan memajukannya lagi.

c) Berusaha bersungguh-sungguh untuk memperkayakan pengetahuan umum dan banyak mempelajari pelbagai topik, pendapat dan fikiran di dalam lapangan politik, sosial, ekonomi dan lain-lain.

d) Memberi perhatian dengan mengkaji peribadi pemimpin Islam dan bukan Islam serta mengetahui cara kepimpinan mereka, sebab-sebab dan faktor kejayaan atau kegagalan mereka.

4. PERHATIAN KEPADA ORANG BAWAHAN

Perhatian yang diberikan kepada pengikutnya adalah dengan mengenali mereka sekadar yang perlu, mengambil tahu hal ehwal mereka, ikut serta bersama-sama merasai riang dan duka dan bersungguh-sungguh mencari penyelesaian bagi masalah mereka. Semua ini dapat membantu pemimpin itu untuk mengawal serta membina thiqah orang bawahan terhadap dirinya seterusnya dapat mengambil faedah daripada suasana tersebut.

Pemimpin yang bersifat dingin terhadap orang bawahannya menyebabkan hubungan antara kedua-dua belah pihak tidak begitu intim. Anak buah yang berasa dipinggirkan mungkin akan mengambil sikap tak kisah sahaja kepada pemimpin mereka. Akibatnya sesuatu perencanaan yang telah disusun tidak dapat dilaksanakan tanpa kerjasama antara kedua-dua belah pihak. Walau bagaimanapun, seorang pemimpin janganlah keterlaluan dalam sikapnya unutk mengambil perhatian orang bawahannya kerana ini juga membuatkan mereka berasa dikongkong dan tidak bebas.

5. TELADAN YANG BAIK

Para pengikut sentiasa memerhatikan dan memandang kepada pemimpin sebagai model yang baik untuk diikuti dan dicontohi. Telatah pimpinan, budi pekerti, kata-kata dan segala perbuatannya mempunyai pengaruh yang sangat berkesan kepada setiap pengikutnya. Rasulullah adalah merupakan satu teladan yang amat baik bagi seluruh umat manusia. Firman Allah yang bermaksud :

“ Sesungguhnya pada diri Rasulullah satu contoh ikutan yang baik” Sedang Para sahabat pula merupakan para pemimpin yang soleh dan penganjur-penganjur yang mendapat petunjuk Ilahi yang disifatkan sendiri oleh baginda : “ Sahabat-sahabatku umpama bintang di langit, siapa sahaja antara mereka yang kamu ikuti, maka pasti kamu akan beroleh petunjuk” ( al Hadith)

6. PANDANGAN YANG TAJAM

Kemampuan pemimpin dalam melakukan penyiasatan yang cepat dan tepat bagi mana-mana masalah serta kemampuan mengambil keputusan yang tegas dalam pelbagai situasi dan keadaan, semuanya akan menimbulkan kepercayaan dan penghargaan orang bawahan terhadap dirinya.

Sebaliknya sikap teragak-agak, kabur, resah dan tidak tegas daripada pemimpin semuanya boleh mencetuskan keadaan kucar- kacir dan menyebabkan menurunnya kepercayaan orang bawahan dan menyebabkan hilangnya pengawalannya terhadap mereka. Sesungguhnya benar sabda Rasulullah :

“ Bahawa Allah suka pada pandangan yang tajam ketika berhadapan dengan kekeliruan dan Allah suka pada akal yang matang ketika nafsu menyerang”.

7. KEMAHUAN DAN KEKUATAN

Kemahuan dan kekuatan adalah satu rukun daripada rukun-rukun keperibadian pemimpin. Dengannya segala kepayahan akan dapat diatasi. Kepimpinan dewasa ini memerlukan tekad yang kuat dan tegas serta tidak mempedulikan segala tribulasi yang mendatang. Setiap pemimpin haruslah sedar bahawa bukanlah sesuatu yang mudah untuk melaksanakan amanah kepimpinan ini. Namun dia tidak mempunyai pilihan yang lain kecuali menguatkan semangat dan bersungguh-sungguh dalam setiap perencanaan dan perlaksanaan untuk memastikan matlamat-matlamat yang telah digariskan akan tercapai.

8. HIKMAH DAN MATANG DALAM TINDAKAN

Dalam menangani permasalahan hidup, pemimpin adalah merupakan tempat rujuk untuk menyelesaikan masalah. Apabila ini berlaku, pemimpin haruslah menunjukkan kematangan dalam pendapat keputusan supaya wibawanya akan meningkat. Hikmah di sini bermaksud supaya semua tindakan dan keputusan yang berhasil kesan yang positif dan perlaksanaannya tidak bercanggah dengan syariat. Oleh itu sekiranya perlu kepada ketegasan atau kelembutan maka ia perlu diberikan penekanan sepenuhnya.

9. OPTIMISME

Optimisme adalah antara perkara-perkara dasar yang penting bagi peribadi yang memimpin. Oleh yang demikian pemimpin harus bersifat optimis, berharapan penuh dan berlapang dada. Tetapi ini janganlah pula memalingkan daripada membuat perhitungan di atas sebab yang boleh menggagalkan usahanya pada masa-masa yang akan datang.

Sikap berputus asa adalah merupakan satu faktor terpenting yang boleh menyebabkan keruntuhan dan kemusnahan dalam kehidupan orang perseorangan dan kumpulan-kumpulan tertentu. Tidak harus dikatakan berputus asa itu satu hikmah atau satu kebijaksanaan sepertimana tidak harus juga harapan itu dinamakan terburu nafsu. Begitu juga harapan itu janganlah ditundukkan kepada tekanan-tekanan sentimen tapi hendaklah selaras dengan suara akal serta perencanaan yang teratur.

Agama Islam hari ini sedang mengharungi perjuangan yang sengit sama ada di dalam mahupun di luar perjuangan, di segenap pihak dan di pelbagai bidang serta lapisan. Oleh itu tidaklah sama sekali sesiapapun melarikan diri daripada medan perjuangan dan membelakangkan diri daripadanya. Malah perjuangan itu harus dihadapi dengan hati yang gigih dan tabah disertai tekad dan azam untuk melawan kebatilan dan menegakkan kebenaran.

10. MENGAMALKAN SYURA

Syura merupakan institusi teras dalam kepimpinan Islam. Perlaksanaan syura melambangkan sikap terbuka seorang pemimpin dalam menentukan mauqif dan pendirian secara bersama, walaupun seorang pemimpin itu mungkin mempunyai pandangan yang tersendiri di dalam sesuatu perkara. Melalui syura juga mauqif dan keputusan yang dibuat adalah lebih baik kerana wujud gabungan idea antara pemimpin dan pihak lain.

11. KOMBINASI NILAI UMARA’ DAN ULAMA’

Umara’ ialah golongan yang wajib ditaati seperti yang telah dinaskan di dalam al Quran iaitu pada perkara yang menepati syariat Islam. Ulama’ pula adalah setinggi-tinggi darjat manusia kerana ulama’ itu pewaris nabi. Maka ciri-ciri umara’ dan ulama’ perlu diintegrasikan untuk melahirkan natijah kepimpinan yang benar-benar mantap yang didokong oleh karisma kepimpinan, ketinggian ilmu dan inayah daripada Allah.

12. DAYA TARIKAN SEMULAJADI

Ia adalah satu tabie yang mana sekiranya ada pada diri maka dia dapat menarik hati orang lain tanpa usaha yang banyak, kethiqahan, muka manis dan sikap yang peramah merupakan penarik zahiriah yang kuat pengaruhnya untuk mewujudkan asa kepimpinan yang baik dan berkesan. Dan inilah adalah satu unsur pembentukan peribadi yang kuat sekali.

Kesimpulannya, untuk membina ciri-ciri unggul seperti di atas, tiga perkara di bawah perlu diberikan penekanan serius oleh setiap pemimpin iaitu :

a) KEBERSIHAN JIWA DAN ROHANI

Pemimpin haruslah merasakan beratnya amanah yang dipikulnya dan dialah orang yang paling patut menunaikannya. Di samping itu, segala tanggungjawab kepimpinan dan kewajipan terhadap masyarakat umum sekali pun banyak dan besar, tidaklah harus menghalangnya dari memberi perhatian kepada dirinya sendiri dan menyelidik serta memeriksa segala kea’iban dan dosanya sendiri. Jangan diri tertipu dengan kerja-kerja yang tidak habis itu sehingga boleh menghilangkan keikhlasan yang mengakibatkan kesan kerjanya sia-sia. Allah tidak akan menerima sesuatu amalan melainkan yang suci ikhlas dan baik sahaja. Firman Allah : “ Dan kami perhatikan amalan yang telah mereka kerjakan, lalu kami jadikan debu-debu yang bertaburan” (al Furqan : 23)

Seorang pemimpin mestilah sentiasa mengingati Allah, sentiasa mengingati mati, tentang kubur, neraka dan syurga. Hendaklah dia mengelolakan amalannya, memperbanyakkan amalan sunat, tidak meninggalkan qiamulail dengan solat tahajjud di tengah malam. Firman Allah : “ Bahawa mendirikan solat pada waktu tengah malam adalah sangat baik dan kesannya serta lebih betul sebutannya” (al Muzammil :

b) KESIHATAN BADAN DAN KEKUATANNYA

Pemimpin juga janganlah mengabaikan kesihatannya, orang mukmin yang gagah lebih dicintai oleh Allah berbanding mukmin yang daif. Tuntutan-tuntutan dakwah dan bebanan tanggungjawab sebagai pemimpin tidak akan terdaya dilaksanakan oleh orang-orang yang lemah dan sakit tubuh badannya.

Posisi kepimpinan adalah penuh dengan pemikiran, kerja dan perjuangan yang bersambung-sambung dan tidak berhenti-henti. Beberapa posisi ini mempunyai kaitan saraf dengan pusatnya yang kompleks dalam tubuh seseorang. Oleh itu, selagi anggota tubuh dan pancaindera tidak berada dalam keadaan siaht dan cergas, maka seseorang itu akan kehilangan tenaga untuk menyalurkan daya kepimpinannya.

c) KEUPAYAAN MENTAL DAN PEMIKIRAN

Begitulah juga akal memerlukan bahan-bahan yang boleh mengalakkan kesuburan, kematangan dan keuntungan. Bagi pemimpin, makanan fikiran haruslah terdiri daripada pelbagai bahan. Tidak patut seseorang itu mengatakan bahawa dia sudah berpada dengan pengetahuan Islamnya sahaja tanpa mengetahui sejarah silam serta lain-lain ilmu. Maka selagi pemimpin itu tidak mempunyai pengetahuan yang luas dan tidak mengikuti perkembangan semasa dari pelbagai bidang, maka dia tidak akan mampu memikul segala tanggungjwab dan merentasi cabaran semasa yang wujud berkesan.

PENUTUP

Memandangkan kepimpinan merupakan taklif syarie yang sangat besar peranan dan kedudukannya dalam kehidupan manusia di muka bumi ini, maka seharusnya individu yang diamanahkan sebagai pemimpin melengkapkan diri dengan pelbagai bekalan kepimpinan yang ditunjangai pula dengan keikhlasan dengan semata-mata mencari mencari mardhatillah. Tarbiah diri, mensyuarat, doa, tawakkal dan muhasabah perlulah dijadikan agenda penting dalam melaksanakan amanah kepimpinan ini. Semoga amanah kepimpinan yang dipegang dapat menjadi amal soleh yang akan mendapat ganjaran setimpal daripada Allah.

Sekian

Secara tabie, kepimpinan adalah satu bentuk realiti yang senantiasa wujud di alam ini. Bermula daripada bentuk kepimpinan yang sebesar-besarnya, iaitu kepimpinan Allah terhadap keseluruhan alam ini, hinggalah kepada sekecil-kecilnya iaitu kepimpinan individu. Pengiktirafan Allah kepada kepimpinan manusia merupakan satu bentuk amanah. Maka kepercayaan untuk menguruskan alam ini perlulah difahami dan dilaksanakan sepenuhnya oleh insan muslim itu sendiri. Firman Allah :Maksudnya : “ Sesungguhnya Aku (Allah) melantik manusia sebagai khalifah di atas muka bumi. (al Baqarah : 30) Kepimpinan adalah sejenis hubungan perilaku manusia, pengaruh, daya tindakan serta penghalangnya ke arah matlamat yang tertentu dengan cara yang boleh menjamin kepatuhan, kepercayaan dan penghormatan. Kedudukan kepimpinan adalah sangat penting dalam Islam.

Para sahabat dan tabi’in telah ijmak bahawa amanah ini adalah tuntutan syarak selepas daripada kewafatan Rasulullah. Para sahabat telah berbaiah kepada Abu Bakar untuk menjadi khalifah dengan tidak membiarkan masyarakat tanpa ada pemimpin meskipun pada ketika itu jenazah baginda belum lagi disemadikan.

Oleh itu, kepimpinan dalam Islam bukan sahaja merupakan satu TASHRIF tetapi juga kebih daripada itu kerana ianya merupakan satu TAKLIF yang amat besar kepada insan yang terpilih. Ia hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dan memenuhi prasyarat kepimpinan untuk dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan tawakkal kepada Allah. Rasulullah pernah menegaskan : “ Apabila berangkat tiga orang dalam perjalanan maka hendaklah mereka melantik salah seorang daripada mereka menjadi ketua”. (al Hadith) Inilah perintah baginda terhadap perlantikan ketua (pemimpin) walaupun dalam situasi yang kecil (bermusafir) dan maka apatah lagi dalam kumpulan yang besar atau organisasi yang khusus dan mempunyai tugas, sudah pasti keperluan terhadap pemimpin adalah terserlah.

Dalam perjalanan hidup insan, matlamat yang jelas merupakan satu elemen yang sangat penting kerana ia akan mendasari tindakan-tindakan yang dilaksanakan. Islam telah menggariskan beberapa matlamat utama yang perlu dicapai dan ia memerlukan satu bentuk kepimpinan bagi memastikan perlaksanaan yang syarie dan jelas.Pengiktirafan manusia sebagai khalifah disertakan “peruntukan-peruntukan kuasa” yang tertentu menjadikan tugas pemimpin untuk melaksanakan syariat merupakan satu tuntutan yang pasti. Pemimpin wajib melaksanakan syariat Allah sepenuhnya, kerana dengan cara ini sahaja kemakmuran akan dapat dikecapi.

Pemimpin mestilah yakin untuk mengaplikasi saranan-saranan Islam kerana ianya dijamin oleh Allah sebagaimana firmannya :Maksudnya : Sesungguhnya agama (yang diterima) di sisi Allah adalah Islam (al Imran : 19)Ketetapan bahawa Rasulullah merupakan utusan terakhir menegaskan tiada lagi pemimpin umat bertaraf rasul yag akan dibangkitkan hinggalah kebangkitan semula Nabi Isa, sedangkan tugas menegakkan syariat Allah merupakan kewajipan sepanjang zaman.

Oleh itu, perlulah wujud pemimpin di kalangan manusia itu sendiri untuk mengambil peranan baginda. Pemimpin yang dimaksudkan adalah pemimpin yang benar-benar berkelayakan dan bertaraf ulamak. Diiktiraf dan dia sendiri menerima wala’ daripada orang di bawah pimpinannya.Setelah berjaya merealisasikan kedua-dua matlamat utama di atas secara tidak lansung terbuktilah kepatuhan insan muslim kepada Allah, yang dipelopori oleh pemimpin-pemimpin yang berteraskan tauhid yang kukuh dan amalan yang benar. Masyarakat akan dibimbing supaya sentiasa taat kepada Allah dalam amalan seharian mereka dan mereka senantiasa diingatkan oleh pemimpin mereka agar sentiasa berlumba-lumba mencari keredhaan Allah.Kepimpinan yang wujud bertanggungjawab untuk memastikan hak-hak semua pihak terpelihara.

Apabila keadaan ini dapat direalisasikan maka nasib ummat akan terbela dan maslahah akan terjaga. Ini adalah berdasarkan konsep keadilan di dalam Islam yang menuju ke arah keamanan sejagat dan kesejahteraan bersama. Keunggulan Rasulullah sebagai pemimpin terulung merupakan satu fakta yang tak dapat disanggah. Ini dapat dibuktikan dari lipatan sejarah, akan kejayaan baginda mengubah anutan masyarakat jahiliyyah kepada keimanan dan ketauhidan kepada Allah. Ini bermakna Rasulullah memiliki ciri-ciri pemimpin yang sejati dan baginda (dengan bantuan Allah) telah memimpin ummat Islam menuju kecemerlangan di samping membekalkan sahabat-sahabat baginda dengan bekalan-bekalan yang penting untuk menyambung tugas baginda. Firman Allah :Maksudnya : Bahawa Rasulullah itu adalah contoh tauladan yang terbaik untuk kamu teladani.

Ketokohan Rasulullah juga diakui oleh semua pihak dan seorang orientalis barat telah menyenaraikan baginda pada senarai yang pertama di dalam bukunya “ 100 MOST INFLUNCEMAN IN HISTORY” sedangkan tokoh-tokoh utama lain seperti Nabi Isa sendiri disenaraikan di tempat ke tiga. Kenyataan ini telah mengejutkan banyak pihak kerana sepatutnya pengarang mestilah bersifat diskriminasi terhadap Islam. Di samping itu kita juga boleh mencontohi sahabat-sahabat Rasulullah seperti Khulafa’ Arrasyidin. Mengapa tidak kita mencontohi ketegasan Abu Bakar As Siddiq memerangi golongan murtad yang enggan mengeluarkan zakat dalam misi “Harbu Riddah”. Begitu juga keadilan Umar Al Khattab dalam empayar Islam. Tidak ketinggalan Saidina Usman dan Saidina Ali yang mempunyai kehebatan tersendiri yang sewajarnya kita mencontohi mereka semua.Keimanan yang mantap akan menjelmakan peribadi yang luhur dan pastinya dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji.

Pemimpin yang beriman akan menghalakan orang-orang di bawah tanggungjawab ke arah matlamat yang benar. Keadilan pula, akan menjamin setiap hak individu terpelihara dan suasana yang murni akan dapat dibentuk untuk memastikan kesejahteraan bersama.Ciri ini sangat penting kerana pemimpin sebenarnya adalah seorang daie yang bertanggungjawab untuk menyeru ummat ke arah penghayatan Islam yang sebenar dan menyeluruh. Apabila seorang pemimpin dapat menampilkan imejnya sebagai daie dan murabbi yang baik, peranannya akan menjadi lebih berkesan dan matlamatnya untuk melahirkan generasi yang menjadikan Islam sebagai landasan hidup akan lebih mudah tercapai.

Oleh itu,aktiviti perorganisasian dan gerakan dakwah perlu diselaraskan dan sebatikan dalam kepimpinannya.Di antara kewajipan pemimpin ialah mengetahui segi-segi kekuatan dan kelemahan yang ada pada dirinya. Pemimpin yang tidak tahu potensi-potensi dan keupayaan tidak akan dapat menjadi pemimpin yang berjaya. Malah barangkali akan menyebabkan berlakunya pelbagai kemudharatan dan malapetaka terhadap dakwah dan kepimpinannya. Oleh itu seorang pemimpin mestilah :

a) Mengetahui titik kelemahan yang ada pada dirinya lalu memperbaikinya.

b) Mencari sudut kekuatan yang ada pada dirinya serta berusaha meningkat dan memajukannya lagi.

c) Berusaha bersungguh-sungguh untuk memperkayakan pengetahuan umum dan banyak mempelajari pelbagai topik, pendapat dan fikiran di dalam lapangan politik, sosial, ekonomi dan lain-lain.

d) Memberi perhatian dengan mengkaji peribadi pemimpin Islam dan bukan Islam serta mengetahui cara kepimpinan mereka, sebab-sebab dan faktor kejayaan atau kegagalan mereka.

Perhatian yang diberikan kepada pengikutnya adalah dengan mengenali mereka sekadar yang perlu, mengambil tahu hal ehwal mereka, ikut serta bersama-sama merasai riang dan duka dan bersungguh-sungguh mencari penyelesaian bagi masalah mereka. Semua ini dapat membantu pemimpin itu untuk mengawal serta membina thiqah orang bawahan terhadap dirinya seterusnya dapat mengambil faedah daripada suasana tersebut.Pemimpin yang bersifat dingin terhadap orang bawahannya menyebabkan hubungan antara kedua-dua belah pihak tidak begitu intim.

Anak buah yang berasa dipinggirkan mungkin akan mengambil sikap tak kisah sahaja kepada pemimpin mereka. Akibatnya sesuatu perencanaan yang telah disusun tidak dapat dilaksanakan tanpa kerjasama antara kedua-dua belah pihak. Walau bagaimanapun, seorang pemimpin janganlah keterlaluan dalam sikapnya unutk mengambil perhatian orang bawahannya kerana ini juga membuatkan mereka berasa dikongkong dan tidak bebas.

No comments: