Thursday, April 29, 2010

PENDERAAN KANAK-KANAK

MOHAMAD SHUHMY BIN SHUIB
shuhmy@gmail.com


Penderaan kanak-kanak membawa maksud sebarang perbuatan yang boleh mencederakan kanak-kanak secara sengaja atau tidak daripada segi fizikal, mental, emosi dan perkembangan kanak-kanak tersebut. Walaupun telah lama wujud, namun baru-baru ini saja isu tersebut menjadi perhatian umum. Salah satu punca utama yang dikesan ialah

faktor kemiskinan dalam sesebuah keluarga. Kerap kali ibu bapa yang miskin mengalami tekanan ekonomi dan kerja daripada majikan dan juga keperluan keluarga. Tiada tempat bagi mereka melepaskan geram kecuali kepada anak-anak mereka. Golongan ini berpendidikan rendah dan tidak memahami psikologi anak mereka kerap menjadikan anak mereka “papan pukulan” apabila anak-anak mereka bermanja atau pun bergaduh. Telah dilaporkan bahawa golongan berpendapat rendah dan berpendidikan rendah merupakan golongan yang paling ramai mendera kanak-kanak. Selain daripada itu, cara bagaimana ibu bapa atau penjaga diperbesarkan juga menyumbang kepada punca penganiayaan tersebut. Ibu bapa yang pernah dibesarkan dengan cara kekerasan berpendapat bahawa cara tersebut merupakan cara terbaik mereka mendisiplinkan anak-anak. Kanak-kanak yang nakal dibelasah dan menjadi lebih degil mengakibatkan ibu bapa hilang pertimbangan lantas melakukan sesuatu yang boleh mencederakan si anak itu. Ini telah membawa kepada kes penderaan yang serius serta meninggalkan kesan parut yang mendalam kepada kanak-kanak tersebut.

Di samping itu, penyakit sosial seperti kemabukan dan judi juga turut mengakibatkan penganiayaan kanak-kanak. Bapa yang pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan tambahan pula kalah berjudi tidak akan kenal siapa anak dan isteri. Kerap kali anak-anaknya dijadikan sasaran. Dalam keadaan yang tidak sedarkan diri itu, perkara yang serius seperti menendang dan menumbuk kanak-kanak pasti akan berlaku. Akibatnya, lama-kelamaan sekiranya tidak dirawati, kanak- kanak tersebut mungkin menemui maut akibat kecederaan dalaman. Dalam pada itu, pasangan muda yang berkahwin kurang bersedia untuk memikul tanggungjawab mereka. Di bandar terutamanya si suami akan pulang lewat bekerja meletakkan segala tanggungjawab kepada si isteri yang muda dan tidak berpengalaman untuk menjaga si anak yang degil lagi nakal.

Tanpa ajaran dan nasihat dari golongan tua, isteri tersebut akan mendidik anaknya tidak lain tidak bukan dengan memukul sahaja. Kadang-kadang, kes ini membawa kepada penganiayaan yang serius. Selain itu, ibu bapa yang meletakkan tanggungjawab mereka kepada sesetengah penjaga juga akan menyebabkan anak- anak mereka didera. Kelewatan membayar upah dan ibu bapa yang bekerja ke luar negeri akan menyebabkan penjaga melepaskan geram mereka ke atas kanak-kanak tersebut. Derita ini jelas ditanggung oleh B.Balasundram yang dijumpai dalam keadaan separuh sedar dalam tandas wanita di Hospital Besar Kuala Lumpur. Jelaslah bahawa terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada penderaan kanak-kanak. Oleh itu, demi menjaga masa depan kanak-kanak tersebut kerjasama daripada semua pihak membanteras gejala ini amat diperlukan.

Taraf pendidikan pelaku
Lelaki yang berpendidikan menengah lebih kerap mendera kerana tekanan perasaan lebih tinggi di kalangan lepasan sekolah. Keadaan mereka yang sukar mendapat pekerjaan atau pendapatan yang kurang berbanding keperluan membesarkan anak-anak memberi tekanan bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Pelaku yang berpendidikan tinggi tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta kerana mereka mampu membayarnya.

Jenis pekerjaan pelaku
Pengangguran merupakan masalah kepada keluarga muda. Tekanan hidup tanpa ada kerja menjadikan fikiran bercelaru dan perlu melepaskan kecelaruan tersebut kepada seseorang. Di sini anak-anaklah yang menjadi mangsa. Jika ada kerja pun, tekanan di tempat kerja turut menjadi faktor kepada penderaan ini.

Jumlah pendapatan pelaku
Golongan yang tinggi melakukan penderaan ialah dalam kategori status sosioekonomi rendah iaitu di antara RM350 hingga RM750. Kehidupan di bandar-bandar besar dengan pendapatan yang kecil menyukarkan ibu bapa untuk membesarkan anak-anak mereka. Ini kerana setiap hari mereka terpaksa memikirkan bagaimana harus mencari pendapatan untuk diberi kepada keluarga.

Jenis rumah kediaman
Penderaan lebih kerap di kawasan setinggan dan rumah panjang. Di kawasan setinggan umpamanya, keadaan rumah yang terlalu rapat dan jalan yang sempit menyebabkan seorang kanak-kanak boleh didera secara seksual. Kadangkala penghuni rumah setinggan terpaksa berkongsi kawasan bilik mandi yang terdedah kepada intipan dan pihak yang mengambil kesempatan.
@www.pam900.blogspot.com

Thursday, April 8, 2010


Assalamualaikum
Sekadar menyampaikan. ......


Pesanan terbaik dari seorang rakan....

Assalamualaikum,

Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu.. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada

tiga
surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua,

Surah Al-Ikhlas
. Surah ini, katanya, s urah tauhid.
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.


Ketiga, surah

Al-Kafirun
, kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar

'untukmu agamamu, untukku agamaku'
.
Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.


Pertama, kekuatan minda

Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.


Kedua, kekuatan hati

Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik...


Ketiga, kuat fizikal

Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya


Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.
Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan..


Iqra'.....!


Take a break....... .meditate. ..3 minutes & calm your mind...
Recite 3x :

1. Katakanlah (wahai Muhammad); " (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya".


Setelah baca , forwardkan email ini kepada seberapa banyak rakan-rakan anda.
Bayangkan betapa besarnya RAHMAT yang Allah turunkan. Insyaallah.


Wassalam
.

Tuesday, April 6, 2010

RENUNGAN

Subhanallah…!

Adakah kita benar-benar mempercayai suami terutama yang bekerja di luar rumah seharian?

Kisah yang diceritakan oleh anak kecil, Tsana’ (anak Hassan Al-Banna) di atas merupakan keteladanan daripada kisah As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, bapa mithali yang tidak pernah lari dari tanggungjawabnya sebagai ayah dan suami. Apa tidaknya, waktu yang beliau tidak pernah tinggalkan adalah waktu makan bersama anak-anak dan isterinya.

Keteladanan yang ditonjolkan oleh si ayah dan disokong dan dikuatkan oleh keteladanan si ibu bakal mewujudkan satu suasana saling hormat menghormati. Suasana beginilah yang memberikan kesan yang dalam kepada anak-anak di rumah. Sifat saling menghormati, sifat saling menyayangi dan sifat merendah diri merupakan sifat-sifat yang mula hilang dalam sesebuah keluarga.

Memandangkan institusi kekeluargaan merupakan salah satu bahagian daripada masyarakat, maka tidak hairanlah jika suasana dalam masyarakat sudah hilang semua sifat-sifat baik tersebut.

Jadi, peranan ibu bapa itu begitu penting sehingga ia mampu mencorak masyarakat. Jadilah ibu bapa yang memberi teladan yang baik kepada anak-anak dan jadilah ibu bapa yang mampu mengembalikan kebaikan-kebaikan yang hilang dalam masyarakat kita.

Wallahua’lam…