Monday, September 8, 2014

KONSEP TASKA DAN KURIKULUM PERMATA


KONSEP TASKA DAN KURIKULUM PERMATA JABATAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP (UPSI) FAKULTI TEKNIK DAN VOKASIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 20 OKTOBER 2010

ABSTRAK

Taman Asuhan Kanak-kanak dikenali sebagai TASKA merupakan mana-mana premis yang menempatkan empat orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun lebih daripada satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga dengan upah. Program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan yang berpendapatan rendah dan miskin. TASKA menggunapakai kurikulum permata dalam melaksanakan program pendidikan awal kanak-kanak. Tujuan TASKA adalah untuk mendidik kanak-kanak agar mereka mampu bersosial dan berinteraksi di antara satu sama lain sama ada dengan kawan-kawannya atau dengan orang dewasa di sekelilingnya. Kurikulum Permata (KP) merupakan satu program pendidikan termasuk kurikulum dan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur budaya dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini. KP telah dirancang dengan mengambil kira semua aspek perkembangan dan ianya adalah berfokus kepada pembinaan kualiti individu kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. TASKA dan Kurikulum Permata mempunyai konsep yang tersendiri dalam pendidikan awal kanak-kanak.

1.0 PENGENALAN TASKA.

TASKA atau Taman Asuhan Kanak-kanak merupakan tempat untuk menjaga kanak-kanak di antara umur 0 hingga 4 tahun. TASKA menggunapakai kurikulum bersepadu dalam melaksanakan program pendidikan awal kanak-kanak. Bagi cara pengajaran, TASKA telah menyediakan suasana pengajaran yang berorientasikan “belajar melalui bermain” (learning through play) bagi merangsang perkembangan personaliti dan minda kanak-kanak. TASKA ini bertujuan untuk mendidik kanak-kanak agar mereka mampu untuk bersosial dan berinteraksi di antara satu sama lain sama ada dengan kawan-kawannya atau dengan orang dewasa di sekelilingnya di awal usia kanak-kanak lagi. TASKA juga ingin melahirkan kanak-kanak yang mempunyai sahsiah mulia kearah membina generasi cemerlang di masa hadapan selaras dengan pembentukan modal insan yang berkualiti.

2.0 PENGENALAN KURIKULUM PERMATA (KP).

Kurikulum permata merupakan sesuatu program pendidikan termasuk kurikulum dan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur budaya dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan (Akta Pendidikan 1996: Peraturan-peraturan (kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997). KP telah dirancang dengan mengambil kira semua aspek perkembangan dan ianya adalah berfokus kepada pembinaan kualiti individu kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. KP merupakan satu panduan bagi pihak-pihak yang menguruskan taska atau Pusat Anak Perdana Negara (PAPN) mengenai pedagogi pendidikan awal kanak yang terbaik dalam meningkat potensi kecemerlangan kanak-kanak. Aspek yang dititikberatkan dalam KP ialah interaksi dengan kanak-kanak, kaedah pengasuhan secara holistik, dan juga panduan dalam merancang sebarang aktiviti bagi tujuan menguji perkembangan kanak-kanak, merefleks dan mengadakan kerjasama pintar dengan ibu bapa dan masyarakat sekelilingnya.

3.0 DEFINISI TASKA

Menurut Jabatan Kemajuan Masyarakat, Taman Asuhan Kanak-kanak atau dikenali sebagai TASKA adalah mana-mana premis yang menempatkan empat orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun lebih daripada satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga dengan upah. Program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar Bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin. Perkhidmatan TASKA termasuk di bawah Program Kesejahteraan Rakyat (PKR) atau Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada ibu-ibu bergiat di bidang ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup keluarga

4.0 LATAR BELAKANG KURIKULUM PERMATA

Kurikulum Permata telah dibentuk oleh sekumpulan pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari kalangan pensyarah-pensyarah universiti setelah mengkaji pelbagai kurikulum sedia ada yang digunapakai di seluruh dunia. Mereka juga telah melawat dan menghadiri beberapa seminar dan persidangan, dan mengadakan rundingan dengan pelbagai pihak yang berkaitan untuk mendapatkan idea terbaik bagi menyediakan kurikulum ini. Di antara program pendidikan awal kanak-kanak yang didapati paling sesuai dirujuk ialah Program ‘Surestart ‘ dari Pen Green Centre, Corby, United Kingdom. Antara elemen-elemen yang terdapat dalam Program Surestart di Pen Green ialah rekabentuk kurikulum dan pedagogi meletakkan kanak-kanak di tengah-tengah sebagai keutamaan yang menghubungkan Pusat Pendidikan dan Asuhan (nursery) dengan rumah. Oleh itu, kurikulum ini menekankan penglibatan ibu bapa secara aktif. Kitaran ini dipanggil “Pen Green Loop” atau singkatannya “PG Loop”. Selain itu, rekabentuk kurikulum dalam Model Pen Green ini menggalakkan penglibatan ibu bapa selaras dengan hasil kajian yang secara terang menunjukkan bahawa ibu bapa adalah guru pertama dan pendidik paling efektif untuk kanak-kanak.

Kajian Brofenbrenner (1998) yang telah menghasilkan Ecological Systems Theory mendapati pembelajaran seseorang kanak-kanak boleh dimaksimumkan sekiranya ada kolaborasi dan kesinambungan di antara rumah dan taska atau pusat didikan dan asuhan kanak-kanak tersebut. Rekabentuk Kurikulum Permata telah mengambil kira peranan ibu bapa yang tidak dapat meluangkan masa untuk melibatkan diri dalam perkembangan anak mereka. Para pendidik masih boleh menggunakan The PG Loop dengan mengganti cara berkomunikasi. Kehadiran ibu bapa di pusat didikan setiap minggu boleh diganti dengan komunikasi menggunakan multimedia atau melalui perbincangan-perbincangan ringkas semasa mengambil dan menghantar anak berkenaan. Walaubagaimanapun, cara ini tidaklah sebaik kehadiran ibu bapa selama sejam setiap minggu. Model asas kurikulum Pen Green tidak mempunyai tema atau topik tertentu, manakala Kurikulum Permata telah diperkayakan dengan tema-tema berciri kebudayaan Malaysia. Kurikulum Permata mempunyai enam bidang pembelajaran iaitu:
  1. Perkembangan emosi, rohani dan sosial 
  2. Perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal 
  3. Perkembangan pra matematik dan pemikiran logik 
  4. Perkembangan deria/sensori dan pemahaman dunia persekitaran V. Perkembangan fizikal, koordinasi motor dan pengurusan diri 
  5. Perkembangan daya kreativiti dan estetika Penilaian dan pentaksiran pembelajaran adalah berasaskan enam bidang pembelajaran ini. 
Dokumentasi perkembangan kanak-kanak ini bertujuan menilai keberkesanan program dan untuk pendidik merancang intrevensi atau pembelajaran lanjutan bagi membantu perkembangan kanak-kanak. Kurikulum Permata melihat perkembangan kognitif (intelek) sebagai perkembangan deria dan pengetahuan tentang dunia (knowledge and understanding of the world), bukan sebagai penguasaan kemahiran akademik semata-mata. Kurikulum Permata menggabungkan semua aspek pembelajaran dan asuhan secara bersepadu supaya setiap individu kanak-kanak dapat berkembang secara holistik.

Rangka teori yang menjadi asas kepada Kurikulum Permata ini adalah unik dan tidak ada dalam mana-mana kaedah pendidikan awal kanak-kanak lain. Ini bermaksud, tidak ada kaedah (dalam pengetahuan kami) yang menggunakannya kecuali di Pen Green Corby. Isi kandungan Kurikulum Permata adalah sama seperti yang digunakan di Pen Green iaitu berasaskan konsep skema Piaget dan beberapa asas teori yang lain seperti:
  1. Konsep ‘Involvement’ – oleh Leavar’s (1997) 
  2. Konsep ‘Well-Being’ – oleh Laevar’s (1997) 
  3. Konsep ‘Attachment’ – oleh Bowlby (1969) IV. Konsep ‘Holding and containment’ – oleh Winnicot (1965) and Bion (1962). 
Berasaskan model Pen Green ini, Kurikulum Permata digubal dan diuji rintis di lima buah Pusat Anak Permata Negara dalam Fasa I dan di enam buah Pusat Anak Permata Negara dalam Fasa II. Dapatan dari penilaian yang telah dibuat selepas satu tahun pelaksanaannya menunjukkan Kurikulum Permata berjaya dan sangat berkesan dalam meningkatkan kebolehan dan potensi kanak-kanak yang maksimum. Oleh kerana rangka teori Kurikulum Permata ini berasaskan prinsip perkembangan kognitif, sosioemosi, fizikal dan sahsiah kanak-kanak yang terbaik daripada semua kurikulum yang telah dikaji, maka ia seharusnya boleh digunapakai oleh semua kaedah atau program pendidikan awal kanak-kanak yang sudah sedia ada di Malaysia mahupun yang dibawa masuk dari luar negara. Ini adalah kerana semua kanak-kanak akan melalui proses perkembangan yang serupa disebabkan proses perkembangan manusia adalah mengikut genetic blueprint yang sama.

Sifat rangka teori Kurikulum Permata yang boleh diselitkan ke dalam mana-mana kaedah pendidikan awal kanak-kanak menjadikannya satu faktor kompromi untuk pengamal-pengamal kaedah lain seperti Kaedah Montessori dan Reggio Emilia yang telah lama diperakui kualiti program tersebut di peringkat antarabangsa. Secara ringkasnya, Kurikulum Permata menggunakan hasil penyelidikan yang terkini dan terbukti boleh diaplikasikan dalam suasana sebenar. Ianya berasaskan proses perkembangan kanak-kanak yang universal yang menjadi sebab utama ianya boleh digunapakai oleh mana-mana kaedah atau program pendidikan awal kanak-kanak. Kami mengesyorkan agar kurikulum ini boleh digunakan sepenuhnya atau dimasukkan ke dalam program yang sedia ada dengan tujuan untuk memperkayakan lagi proses pengajaran dan pembelajaran walau apa jenis program yang beroperasi di negara ini.

5.0 PERBANDINGAN KONSEP TASKA DI MALAYSIA DAN LUAR NEGARA

Konsep Taska Mengikut Pandangan Tokoh Dalam Negara

1. PROF MADYA DR. MASTURA BADZIS Hakikat yang perlu kita tahu dari fakta yang dikemukakan oleh pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak, pada peringkat umur 6 tahun pertama, inilah merupakan peringkat paling utama dan baik menerusi perkembangan kanak-kanak untuk menerima perkembangan kognitif berbanding dengan peringkat-peringat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seorang insan. Pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak berpendapat bahawa lebih separuh dari perkembangan intelektual kanak-kanak berlaku dari usia 0 hingga 4 tahun manakala satu pertiga yang lain sempurna perkembangannya ketika kanak-kanak berusia 8 tahun . kajian yang dilakukan oleh pakar neurologi mendapati bahawa 80-85% perkembangan otak manusia berlaku dalam tempoh enam tahun pertama usia seorang kanak-kanak dan peringkat perkembangan yang paling pesat ialah diperingkat umur yang terawal dalam tempoh enam tahun tersebut. Justeru itu, boleh dikatakan di sini bawa ketinggian kualiti pendedahan dan pendidikan awal seseorang kanak-kanak merupakan asas kepada keseluruhan perkembangannya yang akan datang.

2. DR. MAHANI RAZALI Ramai telah menghantar email kepada beliau tentang definisi sebenar kanak-kanak yang dikategorikan dalam “ Pendidikan Awal Kanak-Kanak ” atau “ Early Childhood Education ”. Beliau cuba menjawab persoalan ini dengan memetik sedikit penulisan berhubung dengan perkara dalam tesis PhD beliau. Berikut adalah petikan yang dapat kita kongsi bersama: “There is some variation across countries in the ages of children considered to be in early childhood education. According to Swiniarski, Breitborde, & Murphy (1999), the definitions of early childhood care and education differ around the world. The more industrialized nations consider early childhood to be the period from birth through to age 8 (Essa, 1999; Wortham, 2000), while developing nations focus on birth through to age 6 (Eville-Lo & Mbugua, 2001; UNICEF, 2002). Graves et al (1996) stress that regardless of such determinations the increased interest in early childhood education around the world reflects respective nations' and/or societies' particular philosophical beliefs about children. In the United States and Canada, children start school at age 6. Nursery schools generally cater for children aged 3–5 years old, and kindergartens cater for children aged 4–5 years old. In England, Scotland, and Wales, children in nursery schools are normally aged between 3 and 5 years, and in Northern Ireland, between 2 and 4 years. In England and Wales, some schools have classes called “reception” classes for children who have not yet reached the compulsory school age (5 years old). Sweden has pre-schools for children aged 0–5 (förskola) and another pre-school for 6-year-olds (föreskoleklass) (Mahani, 2006).

Konsep Taska Mengikut Pandangan Tokoh Luar Negara

1. JEAN PIAGET Piaget menyatakan setiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka yang tersendiri. Oleh sebab itu, kanak-kanak yang dalam sesuatu darjah itu bukan sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan perkembangan kognitif mereka. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan berperingkat peringkatdan peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan peringkat peringkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi asas bagi perkembangan peringkat yang berikutnya.

2. ERIC ERIKSON Seorang tokoh lagi yang bernama Eric Erikson berpendapat bahawa kehidupan manusia adalah melalui lapan tahap psikososial yang berkembang dari tahap ke tahap seterusnya dengan mempunyai ciri-ciri berlawanan di tahap-tahap tertentu. Pada setiap peringkat bayi, kanak-kanak, zaman bermain, sekolah, remaja , awal dewasa dan tua terdapat konflik sosial yang akan diatasi untuk perkembangan seterusnya. Yang paling jelas dari hasil kajian Erikson ialah individu merupakan individu yang dinamik dan bukan statik dan dia mempunyai identiti tersendiri. Ini jelas kelihatan di tahap pertama Erikson ialah kepercayaan berlawanan ketidakpercayaan. Erikson berpendapat darjah kepercayaan bayi bergantung Kepada nilai jagaan dan pemeliharaan ibu bapa atau orang lain yang menjaganya. Jika kehendak-kehendak bayi dipenuhi seperti mendapat makanan, minum, perhatian dan kasih sayang, dia akan memperoleh harapan untuk terus hidup. Sebaliknya, jika tidak, bayi berkenaan akan tidak dapat mempercayai orang di sekitarnya dan akan menjadi defensif serta akan cuba melindungi dari persekitaran yang tidak memberangsangkannya.

Pendapat ini bercanggah dengan pendapat Jean Piaget di mana beliau berpendapat kanak-kanak pada setiap tahap mempunyai perkembangan tertentu. Secara keseluruhannya pandangan dan pendapat tokoh atau pakar di Malaysia dan luar negara mengenai perkembangan awal kanak- kanak adalah berbeza-beza. Konsep TASKA di Malaysia, menurut Prof Madya Dr. Mastura badzis menyatakan pendapat bahawa hakikat yang perlu kita tahu dari fakta yang dikemukakan oleh pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak, pada peringkat umur 6 tahun pertama, inilah merupakan peringkat paling utama dan laju perkembangan kanak-kanak untuk menerima perkembangan kognitif berbanding dengan peringkat-peringat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seorang insan. Pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak berpendapat bahawa lebih separuh dari perkembangan intelektual kanak-kanak berlaku pada usia kanak-kanak 0 hingga 4 tahun, manakala satu pertiga yang lain sempurna perkembangannya ketika kanak-kanak berusia 8 tahun. kajian yang dilakukan oleh pakar neurologi mendapati bahawa 80- 85% perkembangan otak manusia berlaku dalam tempoh enam tahun pertama usia seorang kanak-kanak dan peringkat perkembangan yang paling pesat ialah diperingkat umur yang terawal dalam tempoh enam tahun tersebut. Justeru itu, boleh dikatakan di sini bawa ketinggian kualiti pendedahan dan pendidikan awal seseorang kanak-kanak merupakan asas kepada keseluruhan perkembangannya yang akan datang. Di luar negara, Jean Piaget menyatakan setiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka yang tersendiri .

Oleh sebab itu, kanak-kanak yang dalam sesuatu darjah itu bukan sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan perkembangan kognitif mereka. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan berperingkat peringkat dan peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan peringkat peringkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi asas bagi perkembangan peringkat yang berikutnya. Di samping itu juga, seorang tokoh lagi yang bernama Eric Erikson berpendapat bahawa kehidupan manusia adalah melalui lapan tahap psikososial yang berkembang dari tahap ke tahap seterusnya dengan mempunyai ciri-ciri berlawanan di tahap-tahap tertentu. Pada setiap peringkat bayi, kanak- kanak, zaman bermain, sekolah, remaja, awal dewasa dan tua terdapat konflik sosial yang akan diatasi untuk perkembangan seterusnya. Yang paling jelas dari hasil kajian Erikson ialah individu merupakan individu yang dinamik dan bukan statik dan dia mempunyai identiti tersendiri. Ini jelas kelihatan di tahap pertama Erikson ialah kepercayaan berlawanan ketidakpercayaan. Erikson berpendapat darjah kepercayaan bayi bergantung Kepada nilai jagaan dan pemeliharaan ibu bapa atau orang lain yang menjaganya. Jika kehendak-kehendak bayi dipenuhi seperti mendapat makanan, minum, perhatian dan kasih sayang, dia akan memperoleh harapan untuk terus hidup. Sebaliknya, jika tidak, bayi berkenaan akan tidak dapat mempercayai orang di sekitarnya dan akan menjadi defensif serta akan cuba melindungi dari persekitaran yang tidak memberangsangkannya. Pendapat Ini bercanggah dengan pendapat Jean Piaget di mana beliau berpendapat kanak-kanak pada setiap tahap mempunyai perkembangan tertentu.

6.0 KAJIAN-KAJIAN YANG TERDAPAT DI DALAM DAN LUAR NEGARA

1. Program Permata ZAILANI ZAKARIA Kajian menunjukkan yang perkembangan otak manusia berlaku paling cepat semasa awal tahun pertama hingga tahun ke lima dalam kehidupan mereka. Atas dasar ini, keistimewaan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA ialah, ia merupakan satu program yang menekankan program pembelajaran yang holistik dan berbeza dari corak pembelajaran sedia ada. Diadaptasi dari konsep ‘learning is fun through play’ dari Pen Green Centre, Corby, England, anak-anak PERMATA ditekankan untuk belajar melalui eksperimentasi, eksplorasi dan pengalaman di Pusat Anak PERMATA Negara. Kurikulum Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) disesuaikan mengikut acuan dan keperluan kanak-kanak di negara ini walaupun konsep asalnya berpandukan amalan pusat asuhan di luar negara; dengan memberi penekanan kepada modul pendidikan yang sesuai dengan perkembangan minda kanak-kanak Malaysia.

PERMATA mengamalkan konsep asuhan dan didikan yang bersepadu merangkumi aspek pemakanan, kesihatan, penglibatan ibu bapa dan komuniti Ini adalah bersesuaian untuk membentuk personaliti anak yang seimbang, yakin diri,. bijak bergaul dan ini juga adalah penting untuk pembangunan modal insan yang cemerlang, sekaligus mengelakkan anak-anak dari terjebak ke dalam kancah gejala sosial apabila mereka dewasa. Buat masa ini, belum ada satu kurikulum kebangsaan yang digubal untuk mengintegrasikan asuhan dan didikan awal kanak-kanak dibawah umur 4 tahun di Malaysia. Walaupun kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) diwajibkan kepada semua pengusaha/pengasuh berdaftar di bawah Akta asuhan Kanak-Kanak, namun demikian aspek utama KAAK memberi tumpuan kepada asuhan dan keselamatan kanak-kanak. Pembangunan kurikulum yang komprehensif bagi perkembangan awal kanak-kanak secara menyeluruh amat penting dan ianya akan meneruskan kesinambungan dalam pedagogi pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang merangkumi umur dari lahir sehingga selesai persekolahan. Program Permata telah pun menggubal kurikulumnya tersendiri serta dinilai melalui ujian kajian pemakaiannya dikalangan kanak-kanak di pusat-pusat permata. Hasilnya adalah memberangsangkan dalam pembangunan awal kanak-kanak secara holistik, meliputi pendidikan, pengasuhan, nutrisi dan kesihatan. Oleh itu, kurikulum PERMATA telah dipersetujui dijadikan sebagai garis panduan Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak kebangsaan (PERMATA Negara, 2009).

 Sehingga kini 17,565 kanak-kanak dipusat jagaan kanak-kanak di seluruh negara mendapat manfaat daripada program ini di mana modul Pembelajaran, teknik pengajaran serta kursus penjagaan kanak-kanak kepada pendidik disediakan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kajian UPSI dan pusat penyelidikan perkembangan kanak-kanak kebangsaan (NCDRC) mendapati 84 peratus kanak-kanak di permata Negara mencapai perkembangan emosi yang baik dan membentuk personaliti yang tenang, stabil, ceria dan berkeyakinan diri. Kajian itu juga merumuskan bahawa mereka lebih istimewa berbanding kanak-kanak bukan Permata dengan lebih 80 % daripadanya mencapai kemahiran pra-sains, boleh menggunakan ayat dengan penuh dan betul, pandai mengurus diri sendiri serta bersifat mesra dan mudah mengikut arahan. Dapatan ke atas hasil kajian penyelidikan yang dijalankan oleh NCDRC, UPSI adalah seperti berikut:-
  • Perkembangan emosi : - 84% kanak-kanak PERMATA mencapai perkembangan emosi yang baik berbanding 42% kanak-kanak Bukan PERMATA. Program PERMATA didapati berjaya membentuk personaliti kanak-kanak yang tenang dan terkawal, stabil, ceria, mesra, penyayang dan berkeyakinan diri;
  • Perkembangan bahasa dan Komunikasi : - 80% kanak-kanak PERMATA boleh menggunakan ayat penuh dan betul berbanding 51% kanak-kanak Bukan PERMATA; 
  • Kemahiran berkomunikasi : - 72% kanak-kanak PERMATA boleh menggunakan bahasa ekspresi dan bercerita mengatasi 60% kanak-kanak Bukan PERMATA; 
  • Perkembangan sosial : - 80% kanak-kanak PERMATA bersifat mesra, mudah bergaul/berkawan, berkongsi mainan, mengikut arahan dan menunggu giliran berbanding kanak-kanak Bukan PERMATA;
  • Pengurusan Diri : - 85% kanak-kanak PERMATA lebih pandai mengurus diri sendiri berbanding 60% kanak-kanak Bukan PERMATA; • Perkembangan intelek : - 85% kanak-kanak PERMATA mencapai kemahiran pra-sains berbanding 50% kanak-kanak Bukan PERMATA; dan 
  • Perkembangan rohani : - kanak-kanak PERMATA lebih berdisiplin dan suka bersalam berbanding kanak-kanak Bukan PERMATA. 
2.Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan Binaan Kurikulum yang Integratif Prof. Madya Dr. Mastura Badzis, Pengarah Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia (Naib Presiden HELWA) Pengenalan Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting dalam melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan. Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai.

Dalam bentuknya yang praktikal, hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan insan yang mampu melahirkan insan yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian. Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran dan dengan ‘ilmu’ atau kemahiran yang diperolehi ia akan mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai sama ada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupan di masa akan datang (Department of education and Science, 1990) Kepentingan Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal dan Cabaran Pembangunan perindustrian pesat dalam era globalisasi yang berlaku dalam dunia hari ini telah meningkatkan cabaran membentuk generasi akan datang khasnya bagi ibubapa dan pendidik Muslim.

Dalam menempuh alam cyber dan teknologi maklumat tidak dapat dinafikan pembangunan insan dan pembinaan generasi perlu dititikberatkan selari dengan keprihatinan terhadap kepesatan kemajuan negara. Ini kerana kanak-kanak merupakan aset penting negara bagi pembinaan sesuatu bangsa dan ketinggian maruah bangsa. Pernyataan dari hasil-hasil kajian ilmiah samada di timur, di barat malah saentorio dunia, dapatan kajian membuktikan bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah asas kepada pembinaan kekukuhan sesuatu bangsa dan pemangkin kepada visi wawasan halatuju negara. Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat misalnya menunjukkan bahawa setiap nilaian dolar yang dilaburkan untuk pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti tinggi dapat memberi pulangan yang tinggi sama ada dari segi perkembangan ekonomi mahupun perkembangan sosial kehidupan masyarakat di negara tersebut Manakala Jepun, negara yang suatu ketika dahulu pernah lumpuh akibat ledakan bom atom, dalam jangkamasa yang tak sampai setengah abad ia mampu bangun menjadi tunggak ekonomi dunia. Satu kajian yang dilakukan oleh seorang penyelidik Barat mendapati bahawa pembinaan pemikiran masyarakat Jepun bukanlah disebabkan oleh laungan suara kebangkitan atau paluan gendang lagu membakar semangat, tidak juga tumpuan kepada pencapaian akademik mengorientasi pemikiran rakyat. Akan tetapi ianya berpunca dari keprihatinan dan kepekaan pemimpin dan rakyat negara itu terhadap pembentukan generasi awal. Masyarakat Jepun telah menyediakan generasi mereka dengan daya ketahanan menghadapi cabaran dari aspek fizikal dan mental, dan mereka juga bertungkus lumus menumpukan perhatian membina daya keintelektualan dan menggarap potensi semulajadi setiap individu kanak-kanak sejak dari peringkat awal perkembangan.

Definisi Kurikulum untuk Kanak-kanak Kurikulum pendidikan bila diterjemahkan dalam bentuk aplikasi di sekolah ia adalah sesuatu yang melibatkan program pembelajaran di dalam atau di luar kelas, aktiviti, peralatan, perancangan, jadual waktu, tajuk-tajuk bagi sesuatu yang dipelajari dan juga proses penilaian. Namun perkataan kurikulum bila dikaitkan dengan kanak-kanak di peringkat awal perkembangan ianya tidak hanya tertumpu kepada sesuatu yang dikaitkan dengan pengalaman pembelajaran di sekolah tetapi ia merangkumi segala pengalaman dalam kehidupan hariannya samada di pusat asuhan, di rumah atau di luar rumah.

Para pakar unit kanak-kanak di bawah usia 5 tahun dari National Children Beaureu, United Kingdom berpandangan bahawa kurikulum untuk kanak-kanak di peringkat awal umur yang di letakkan di pusat asuhan kanak-kanak adalah merangkumi perkara-perkara berikut:
  • Segala peluang perkembangan pembelajaran yang disediakan untuk kanak-kanak 
  • Segala aktiviti, sikap dan tingkahlaku samada yang dirancang atau tidak , samada digalakkan atau ditegah. 
  • Cara bagaimana persekitaran fizikal yang mengelilingi kanak-kanak disusun dan juga rutin harian yang dilakukan oleh orang dewasa atau kanak-kanak itu sendiri. 
Bruce dan Meggit (2005) menyifatkan Kurikulum kanak-kanak ialah sesuatu yang dapat membantu kanak-kanak membesar dan belajar yang mana akan menjadi satu tanggungjawab kepada pendidik untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang dapat menyokong, merangsang dan membantu menggarap potensi yang ada pada seseorang kanak-kanak dan ianya bersesuaian dengan keperluan dan keupayaan kanak-kanak melakukan atau mempelajarinya ( Department for Education and Science, 1990) Binaan Kurikulum Integrattif Kurikulum integratif mempunyai makna yang subjektif. Integratif di sini boleh memberi maksud kesepaduan iaitu menekankan perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu kearah melahirkan insan yang baik berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada tuhan. Kurikulum integratif juga boleh membawa maksud kesepaduan pelbagai kemahiran dalam satu-satu pengajaran atau mungkin juga kesepaduan kepelbagaian cabang-cabang ilmu dalam sesuatu subjek yang diajar. Pengkaji membuat kajian terhadap binaan kurikulum yang integratif dengan menghuraikannya kepada tiga aspek iaitu yang pertama adalah dari segi kesepaduan maklumat yang disampaikan oleh kanak-kanak. Dalam erti kata yang lain pengetahuan dan pengalaman pembelajaran perlu didedahkan kepada kanak-kanak diperingkat awal usianya perlulah sesuatu yang komprehensif dan tidak terpecah-pecah mengikut subjek supaya kanak-kanak tidak keliru.

Kedua, integratif dari segi kesepaduan aspek-aspek perkembangan dan potensi akan digarap diperingkat awal. Sememangnya pengalaman pembelajaran seorang kanak-kanak diperingkat awal kanak-kanak mampu memberikan kesan positif atau negatif kepada perkembangannya dimasa hadapan dari segi kognitif, emosi, sosial dan aspek-aspek perkembangan yang lain. Tetapi sebaliknya jika pendedahan awal yang hanya menumpu kepada perkembangan akademik atau satu aspek semata-mata maka pincanglah aspek perkembangan diri kanak-kanak yang lain . Ketiga, integratif di sini bererti kita menyepadukan antara pendekatan barat dengan pendekatan islam dalam mendidik anak-anak. Mengambil yang baik dari barat apa yang boleh dilihat dengan mata kasar tentang amalan-amalan dan pendekatan mereka mendidik anak-anak dan menyepadukan dengan pendekatan islam yang kaya dengan teori dan khazanah. Sesuatu program pendidikan awal kanak-kanak ini perlu dibentuk berdasarkan pandangan dan pendekatan integratif dan bersepadu gabungan islam, barat dan timur. Dibarat misalnya, modul program pengasuhan kanak-kanak dipelopori dalam pelbagai bentuk kurikulum seperti ‘ montesorri’, `Reggio Emilio’, ‘Early Learning Goals’, ‘High Scope’, dan sebagainya. Manakala di Timur Jepun misalnya, penekanan kurikulum kepada aspek Hygiene, kesihatan dan pemakanan sihat manakala di New Zealand sebagai contoh, ‘ Te Wariki’, menekankan kepada pendidikan yang berkonsepkan kebudayaan dan menghormati tatacara kehidupan masyarakat Maori. Sebagai kesimpulan perkataan kanak-kanak dalam bahasa arabnya disebut sebagai al-tifl ( ١لطفل ) yang berasal dari perkataan tafula ( طفل ) yang membawa maksud sesuatu yang lembut, mudah rosak dan sensitif. Di sebalik maksud tersebut ia memberi pengertian bahawa seseorang kanak-kanak itu perlu dijaga, diasuh dan dididik dengan rapi, teliti dan sempurna memandangkan sifat semulajadinya yang mudah terdedah kepada bahaya persekitaran bukan sahaja dibimbangi kerosakan yang akan menimpa fizikal dan tubuh badan malah aspek-aspek yang lain juga amat perlu diberikan perhatian.

7.0 ULASAN UMUM KURIKULUM PERMATA

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang tersendiri hasil daripada perwarisan seperti yang telah dicipta dalam gen mereka (Rozumah & Salma. 1985). Oleh hal yang demikian, kurikulum awal kanak-kanak harus melihat kepada tahap perkembangan mereka. Perkembangan kurikulum awal kanak-kanak di Malaysia telah berkembang secara baik sehingga kini dengan penubuhan agensi, institusi, dasar, program dan latihan yang berkaitan dengan kanak-kanak supaya impian Y.A. Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia untuk melahirkan modal insan Negara yang hollistik dan produktif bermula dari peringkat awal kanak-kanak lagi. Implikasi daripada polisi ini sebenarnya, kita akan Berjaya menghasilkan tenaga kerja dan warganegara yang produktif yang akan membawa pulangan ekonomi yang baik kepada Negara (Aminah Ayob et.al. 2008).

Oleh itu, Projek perintis “Setiap anak PERMATA Negara” telah dilaksanakan setelah dicetuskan oleh Rosmah kira-kira tiga tahun lepas setelah beliau melihat peningkatan kes jenayah dan masalah sosial dalam negara yang dipercayai berpunca daripada corak didikan semasa kanak-kanak. Oleh hal demikian, Permata Negara dilaksanakan sejak 1 Mac 2007 dengan menawarkan perkhidmatan pengasuhan dan didikan awal untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun, dan keutamaan diberikan kepada ibu bapa yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan.

Pengasuhan yang dilaksanakan berbeza dengan taska biasa kerana ibu bapa perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya sejam setiap minggu untuk bersama dengan anak mereka di pusat itu selain melawat pada waktu makan tengah hari untuk mewujudkan hubungan yang lebih erat antara ibu bapa dan anak. Kurikulumnya juga digubal berbeza daripada kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang lain kerana ia memberi penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan fizikal. Sehingga kini 17,565 kanak-kanak di 457 pusat jagaan kanak-kanak di seluruh negara mendapat manfaat daripada program ini di mana modul pembelajaran, teknik pengajaran serta kursus penjagaan kanak-kanak kepada pendidik disediakan oleh Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Kajian UPSI dan Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Kebangsaan (NCDRC) mendapati 84 peratus kanak-kanak di Permata Negara mencapai perkembangan emosi yang baik dan membentuk personaliti yang tenang, stabil, ceria dan berkeyakinan diri. Kajian itu juga merumuskan bahawa mereka lebih istimewa berbanding kanak-kanak bukan Permata dengan lebih 80 peratus daripadanya mencapai kemahiran pra-sains, boleh menggunakan ayat dengan penuh dan betul, pandai mengurus diri sendiri serta bersifat mesra dan mudah mengikut arahan. Rosmah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Dasar Permata Negara berkata, kanak-kanak di bawah program ini juga terbukti sekurang-kurangnya setahun lebih ke hadapan berbanding kanak-kanak sebaya mereka dalam beberapa perkara termasuk aspek kematangan emosi, keyakinan dan kemahiran berkomunikasi. Permata Negara yang melibatkan program asuhan dan didikan awal kanak-kanak dan satu garis panduan akan disediakan untuk menyelaras kurikulum, latihan dan kelayakan tenaga pendidik di semua taman asuhan kanak-kanak iaitu Permata Seni melibatkan latihan pelajar yang pintar dan berbakat dalam bidang seni. Program ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Permata Pintar bertujuan membimbing pelajar yang mempunyai tahap kepintaran yang luar biasa untuk menjadi lebih cemerlang, yang akan dilaksanakan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama University of Johns Hopkins, Amerika Syarikat, Permata Insan bertujuan melatih pelajar supaya memahami, mendalami dan mengaplikasi ilmu yang berteraskan al-Quran, dan dikendalikan Universiti Sains Islam Malaysia bagi pelajar yang berumur 9 hingga 12 tahun, Perkasa Remaja, yang dikendalikan UKM, bertujuan melatih dan membimbing remaja berumur 18 hingga 25 tahun bagi mengelak mereka terlibat dalam gejala sosial serta dibentuk menjadi lebih bertanggungjawab dan berguna kepada masyarakat dan negara (Bernama. 2009). Pada tahun 1960, Pendidikan Awal Kanak-Kanak mula berkembang secara umum untuk mendapatkan pendidikan selepas merdeka .

Pada tahun 1969, satu revolusi telah berlaku iaitu Yayasan Asia telah menyumbangkan bantuan dalam bentuk kewangan kepada ‘Worker Society of Malaysia’ untuk membangunkan institusi model TADIKA yang mana ia hampir sama dengan projek di Amerika Syarikat. Sasaran utama projek ini adalah dikalangan kanak-kanak daripada keluarga miskin daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina dan India. (Bernard Van Lee 2009). Pada tahun 1970, pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berfokuskan kepada program "Pembasmian Buta Huruf", Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA), Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Kerajaan Tempatan serta Perumahan Sabah telah mengambil keputusan untuk menubuhkan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) atau Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) untuk penjagaan dan pendidikan bagi kanak-kanak di antara umur empat hingga enam tahun. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membina akta yang khusus bagi Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang dinamakan Akta Pelajaran 1961 P.U (A), Kaedah-kaedah Pelajaran (Kindergarten/ Sekolah Asuhan) (Pendaftaran) pada 1972. Pendidikan awal kanak-kanak semakin berkembang pesat dengan kewujudan Yayasan Bernard Van Leer. Yayasan ini telah banyak membiayai aktiviti pendidikan Prasekolah terutamanya dalam menggubal program pukal Prasekolah, menganjurkan seminar-seminar dan menerbitkan buku panduan pendidikan yang khas untuk pendidikan awal kanak-kanak (Bernard van Leer Foundation, 2009).

Perkembangan pesat tersebut menuntut bilangan tenaga pengajar yang lebih banyak dalam pendidikan awal kanak-kanak. Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) mula menawarkan kursus untuk melatih para guru dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak pada tahun 1972 sehingga 1976. Usaha MPIK ini mendapatkan sambutan dan diteruskan melalui projek-projek rintis Prasekolah oleh Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Maktab Perguruan Sri Pinang (MPSP), Maktab Perguruan Mohd Khalid (MPMK) dan Maktab Perguruan Perempuan Melayu (MPPM) yang dibiayai oleh UNICEF (Bernard Van Leer Foundation 2009). Pendidikan awal kanak-kanak mula mendapat perhatian yang lebih serius pada tahun 1984.

Terdapat beberapa pihak mula mencadangkan dan menuntut bahawa pendidikan awal kanak-kanak harus bermula lebih awal menyebabkan tertubuhnya ‘Children Centre Act’ atau Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) bagi memenuhi tuntutan tersebut. Pada tahun 1986 pula, Buku Panduan Guru Prasekolah mula diterbitkan. Tujuannya untuk meningkatkan kemahiran dan kreativiti guru prasekolah. Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia mula diperkenalkan dan digunapakai untuk sekolah rintis di KPM. Kini, Garis Panduan Pendidikan Prasekolah Malaysia diganti dengan Kurikulum PERMATA (0-4 tahun) dan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (4-6 tahun) dan dijadikan rujukan utama bagi Pendidikan awal kanak-kanak. Usaha ini turut disokong oleh Y.B Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Y.B Menteri Pelajaran. “Saya yakin bahawa Pusat Anak Permata Negara akan mencapai matlamatnya dalam mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak yang berakhlak mulia serta mempunyai kekuatan dalaman yang membolehkan mereka menghadapi cabaran dan masalah dengan tenang dan baik. Anak-anak yang mempunyai nilai-nilai seperti ini akan membangun sebagai modal insan berminda kelas pertama.” Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi Malah, mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia, Kurikulum Permata bermaksud : “....suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu memperkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan” [ Akta Pendidikan 1996 : Peraturan-peraturan 9Kurikulum Kebangsaan Pendidikan 1997] Falsafah permata adalah untuk melahirkan setiap anak permata negara, setiap anak amat berharga, setiap anak adalah modal insan negara. Malah, pendidikan awal kanak-kanak penting dalam perkembangan intelek, emosi, kognitif dan komunikasi mereka.

Malah, fokus permata adalah kepada pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang memenuhi kriteria seperti berumur antara satu hingga lima tahun, menetap di pinggir atau luar bandar, datangnya daripada keluarga berpendapatan rendah serta berbilang kaum dan agama. Rasional permata diwujudkan antaranya disebabkan kajian telah membuktikan neurosains menunjukkan bahawa 3 tahun pertama adalah amat penting dalam perkembangan otak kanak-kanak. Oleh itu, kita perlu menyediakan pengalaman pembelajaran yang positif supaya otak kanak-kanak akan berkembang dengan baik. Malah, hubungan emosi dan sosial yang dibina penting ke arah pembentukan personaliti mereka yang tenang, aman dan penyayang. Oleh itu, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) diberi tanggungjawab untuk menyediakan modul pembelajaran dan teknik pengajaran serta kursus penjagaan kanak-kanak kepada pendidik-pendidik di Pusat Anak PERMATA Negara (Mazlah. 2009). Struktur Kurikulum Permata Kurikulum PERMATA memberi penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara keseluruhan (holistik) dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, berkomunikasi dan fizikal. Antara lain ciri-ciri penting dalam kurikulum ini ialah a) Kasih sayang dan belaian b) Interaksi dan komunikasi c) Pemikiran dan bacaan d) Memberi kuasa (empowerment) kepada kanak-kanak melalui pembelajaran secara bebas e) Mendorong kebolehan dan potensi kanak-kanak f) Belajar melalui bermain g) Menghayati muzik dan seni, nyanyian dan pantun, tarian dan lakonan Kurikulum ini digubal dengan berpaksikan falsafah pendidikan kebangsaan Malaysia serta mengandungi enam bidang pembelajaran seperti motor kasar dan halus, estetika dan kreativiti, sensori dan pemahaman dunia persekitaran, Sosio-emosi dan kerohanian, bahasa dan literasi awal, pra-matematik dan logik.

Bagi menyesuaikan kurikulum dengan perkembangan fizikal kanak-kanak selaras dengan umur mereka ia dipecahkan dalam lima modul iaitu Modul 1 : 0 – 6 Bulan, Modul 2 : 6 – 12 Bulan, Modul 3 : 1 – 2 Tahun, Modul 4 : 2 – 3 Tahun dan Modul 5 : 3 – 5 Tahun Teknik pembelajaran permata ialah dengan merangsang minda kanak-kanak dengan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami melalui aktiviti permainan. Kaedah ini mewujudkan persekitaran pembelajaran yang sesuai dan menyeronokkan bagi kanak-kanak. Kurikulum permata menerapkan sikap suka berkawan dan bersosial kanak-kanak kecil, kanak-kanak suka meneroka, mengeksperimen, bertanya, mencipta dan merekabentuk, membina minat membaca dan berfikir sejak dari awal dan merangsang kemahiran matematik dan pemikiran secara logik.

Keistimewaan program Permata Pelaksanaan program PERMATA adalah secara bersepadu (integrated) dengan penglibatan ibu bapa, komuniti dan pelbagai agensi melalui pemberian pelbagai perkhidmatan termasuk kesihatan, pemakanan dan kaunseling. Malah, program PERMATA bertujuan melahirkan kanak-kanak yang holistik dan seimbang, mempunyai akhlak dan sahsiah yang mulia, berintelektual tinggi, mahir berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, bijak bergaul dan sihat jasmani; dan Suci rohani. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam Program PERMATA. Satu jam seminggu atau empat jam sebulan kepada aktiviti-aktiviti Pusat Anak PERMATA Negara. Antara aktiviti yang boleh mereka melibatkan diri ialah berbincang dan menilai perkembangan kanak-kanak, memberi makan, memandikan, membaca, bercerita dan memasak dengan kanak-kanak, menyertai lawatan sambil belajar bersama kanak-kanak, menyertai program kesihatan dan kaunseling dan memastikan kesinambungan kaedah pembelajaran PERMATA semasa di rumah. Hasil pembelajaran permata adalah untuk melahirkan kanak-kanak yang mempunyai sosio-emosi yang kukuh, self-esteem yang tinggi, berkeyakinan diri, dan budi pekerti yang mulia. Seterusnya, ia dapat menggalakkan kanak-kanak berkomunikasi dan seterusnya memahirkannya, memudahkan mereka berinteraksi dan menguasai kebolehan berfikir logik dan pra-matematik. Malah, kanak-kanak yang mempunyai kemahiran sosial yang tinggi, mampu untuk bergaul dalam masyarakat pelbagai budaya, meningkatkan minat kanak-kanak untuk ingin tahu, suka menyiasat dan meneroka, mengeksperimen dan menyelesaikan masalah, serta menumpukan perhatian dalam menerokai sesuatu pembelajaran.

Kanak-kanak dapat mengenali potensi serta kebolehan diri sendiri dan bebas membuat keputusan berdasarkan potensi/kebolehan dirinya. Malah, kanak-kanak yang sihat dari segi fizikal dan mental serta berdipslin dalam menyusun atur kehidupannya, menghayati pentingnya kebersihan diri, dan mengurus diri sendiri dengan baik. Pusat anak permata negara terawal diwujudkan di PERMATA Mempaga, PERMATA Chini, PERMATA Putrajaya, PERMATA Kepala Batas dan PERMATA Subang Jaya. Selain dari 5 Pusat ini, 7 lagi Pusat Anak PERMATA Negara telah beroperasi di Pasir Mas diKelantan, Batu Pahat di Johor, Bukit Peringgit di Melaka, Tambun Tulang di Perlis, Dungun di Terengganu, Tuaran di Sabah dan Kota Samarahan di Sarawak. Pusat Anak PERMATA Negara di Chembong, Negeri Sembilan dijangka beroperasi pada akhir bulan Februari 2008. Batu Pahat, Johor Bukit Peringgit, Melaka, Dungun, Terengganu Pasir Mas, Kelantan Tambun Tulang, Chembong, Negeri Sembilan Tuaran, Sabah Samarahan, Sarawak Kuala Ketil, Kedah, Bercham, Perak Bangunan baru akan dibinaoleh Kerajaan Negeri. Seteruanya, Pusat Anak PERMATA Negara Bercham, Perak dan Kuala Ketil, Kedah dijangka akan beroperasi sebelum April 2008. Program ini masih perlu ditinjau dengan lebih mendalam. Penghasilan program yang efektif kepada kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan pelbagai adalah kolaborasi antara semua. Kolaborasi yang berkesan dapat diwujudkan jika semua pihak yang terlibat mengamalkan pemikiran yang terbuka dan mempunyai matlamat yang sama, iaitu memaksimumkan potensi dan meminimumkan ketidakupayaan kanak-kanak autistik dalam sepanjang perjalanan kolaborasi. Tambahan pula, “pendidikan untuk semua’’ yang telah diperkenalkan perlu sentiasa diingati dalam usaha penyediaan perkhidmatan kepada kanak-kanak berkeperluan khas, termasuklah program intervensi awal untuk kanakkanak autistik. Ini adalah supaya hak untuk mendapat peluang pendidikan atau perkhidmatan yang sama rata terjamin, terutamanya dalam persekitaran semula jadi.

Kanak-kanak PERMATA mencapai perkembangan emosi yang baik, boleh menggunakan ayat penuh dan betul. Malah boleh menggunakan bahasa ekspresi dan bercerita serta bersifat mesra, mudah bergaul/berkawan, berkongsi mainan, mengikut arahan dan menunggu giliran berbanding kanak-kanak bukan PERMATA. Dari segi pengurusan diri pula, kanak-kanak PERMATA lebih pandai mengurus diri sendiri berbanding kanak-kanak bukan PERMATA.

 8.0 RUJUKAN

  1. Amabile, Teresa. 1989. Growing up creative: nurturing a lifetime of creativity. New York: The Creative Education Foundation Aminah Ayob et.al. 2008. Kurikulum Permata. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
  2. Bruce, T and Meggit, C (2005) Child Care and Education, London, Hodder & Stoughton. Buzan, Tony. 2001. The power of creative Intellingence. London: Thorsons Cropley. J. A. 2001. Creativity in Education & Learning. London:
  3. Kogan Page De Bono, Edward. 1996. Serious creativity. London: Harper Collins Business Definisi Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA). http://www.jkm.gov.my (7 September 2010) Department of Education and Sciences (DES) (1990) Starting with Quality, London, HMSO. 
  4. Kamarul Azman b. Abd Salam. 2009. Kursus Asuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-kanak dalam nota kuliah satu (1): Sejarah Perkembangan Asuhan danPendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris. 
  5. Kurikulum Permata. 2008. Panduan Pendidikan Awal Kanak-kanak 0-4 Tahun. Perak: PusatPenyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara Universiti Pendidikan Sultan Idris. 
  6. Norhashimah Hashim dan Yahya Che Lah 2003. Panduan Pendidikan Prasekolah. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributor Sdn.Bhd. Program permata . Diperolehi pada 7 september 2010 daripada http://cikguani.blogspot.com/search/label/Program PERMATA Pendidikan Anak-anak diperingkat Awal Umur Berasaskan binaan kurikulum yang integritif. [online] diperolehi pada 3 september 2010 daripada http://fiqhsemasa.Blogspot.com/2010/03/pendidikan-anak-anak-di-peringkat-awal.html Taman asuhan kanak-kanak mnegikut Akta 308 (Akta Taman Asuhan Kanak kanak1984) http://www.kemas.gov.my/20# , (10 Ogos 2009, 4.18 p.m)

No comments: