Tuesday, April 6, 2010

RENUNGAN

Subhanallah…!

Adakah kita benar-benar mempercayai suami terutama yang bekerja di luar rumah seharian?

Kisah yang diceritakan oleh anak kecil, Tsana’ (anak Hassan Al-Banna) di atas merupakan keteladanan daripada kisah As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, bapa mithali yang tidak pernah lari dari tanggungjawabnya sebagai ayah dan suami. Apa tidaknya, waktu yang beliau tidak pernah tinggalkan adalah waktu makan bersama anak-anak dan isterinya.

Keteladanan yang ditonjolkan oleh si ayah dan disokong dan dikuatkan oleh keteladanan si ibu bakal mewujudkan satu suasana saling hormat menghormati. Suasana beginilah yang memberikan kesan yang dalam kepada anak-anak di rumah. Sifat saling menghormati, sifat saling menyayangi dan sifat merendah diri merupakan sifat-sifat yang mula hilang dalam sesebuah keluarga.

Memandangkan institusi kekeluargaan merupakan salah satu bahagian daripada masyarakat, maka tidak hairanlah jika suasana dalam masyarakat sudah hilang semua sifat-sifat baik tersebut.

Jadi, peranan ibu bapa itu begitu penting sehingga ia mampu mencorak masyarakat. Jadilah ibu bapa yang memberi teladan yang baik kepada anak-anak dan jadilah ibu bapa yang mampu mengembalikan kebaikan-kebaikan yang hilang dalam masyarakat kita.

Wallahua’lam…

video

No comments: