Thursday, July 7, 2011

Masalah Kehamilan dan Penyelesaian – Eklampsia


Eklampsia adalah merupakan masalah yang serius yang perlu dicegah oleh ibu hamil. Wanita hamil yang mengalami masalah ini akan berasa kekejangan kesan daripada kehamilan. Biasanya, sebelum terjadi eklampsia pesakit akan terlebih dahulu mendapat tanda-tanda awal praeklampsia. Ini adalah kerana praeklampsia akan mendorong anda untuk mendapat eklampsia. Berikut adalah beberapa penjelasan tentang eklampsia untuk rujukan ibu hamil.

Jenis dan Puncanya

Sehingga kini punca berlakunya praeklampsia atau eklampsia yang menyerang wanita hamil belum dapat dikenal pasti. Salah satu teori yang banyak dikemukakan sebagai punca eklampsia adalah wujudnya iskemia iaitu terdapatnya sekatan pada pembuluh darah, ini akan menyebabkan berlakunya gangguan aliran darah untuk sampai ke plasenta. Walaupunbegitu, teori ini masih tidak tepat untuk menjawab persoalan yang berkaitan.

Apa yang Perlu Anda Ketahui?

Anda hendaklah berhati-hati jika terdapat tanda-tanda eklampsia pada diri anda. Antaranya seperti hipereflekia (tindakan refleks yang tinggi), penglihatan terganggu, dan kejang. Kekejangan yang berlaku dalam tempoh yang lama akan mengganggu fungsi organ badan yang lain dan boleh membahayakan nyawa ibu serta bayi yang dikandung. Selain itu, pertumbuhan janin akan terbantut, manakala jika ibu hamil berada dalam keadaan tidak sedar atau koma kemungkinan akan berlaku pendarahan pada serebral.

Bagaimanakah Cara Untuk Mengatasi dan Mencegahnya?

Sebenarnya tidak ada cara lain untuk mencegah berlakunya eklampsia ke atas diri selain menjaga kehamilan dengan baik. Berikut terdapat beberapa cara pencegahan eklampsia.

  1. Sentiasa mengambil sayur-sayuran, buah-buahan yang segar dan mengandungi nutrien serta menjalani gaya hidup yang sihat.
  2. Amalkan pengambilan makanan yang mengandungi sedikit garam, rendah lemak, karbohidrat dan kandungan nutrien yang tinggi.
  3. Banyakkan berehat
  4. Lakukan pemeriksaan kehamilan secara teratur supaya dapat memantau keadaan ibu dan kandungan
  5. Segera periksa tekanan darah jika anda terasa pening atau leher terasa kaku. Ini adalah kerana gejala ini akan menimbulkan hypertension kepada kehamilan dan mungkin dijangkiti penyakit yang lebih serius.A

1 comment:

Fatimah Bt Tony said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tanda Bahaya Kehamilan. Pengetahuan yang sangat penting untuk ibu yang sedang hamil.