Monday, March 28, 2022

 Fikirkanlah

Hari ini saya ingin berkongsi status dari wall pensyarah saya di AIUM dulu, Prof Ustaz Mohamad Kamil, Kata ustaz saya, "Isteri yang cerdik memudahkan banyak kerja anda. Isteri yang "dungu" banyak menyusahkan anda. Begitu sebaliknya dengan suami. Kadangkala kecerdikan jauh lebih penting daripada kecantikan dan kekayaan. tetapi kenapa kecantikan juga jadi pilihan. Minta maaf kepada mereka yang cantik. tetapi jika cerdik lagi cantik, tentulah yang terbaik. Tabik spring kepada mereka yang ada pasangan cerdik,cantik,ceria,cakna."

Status ini mengingatkan saya kepada satu cerita yang diceritakan oleh Prof Ustaz Razali Nawawi, mantan pensyarah UIA. Ceritanya, ada seorang pelajar perempuan di universiti yang memiliki wajah yang jelita dan menjadi rebutan ramai lelaki. Tetapi gadis ini bukanlah termasuk di dalam kalangan mereka yang bijak di dalam pelajaran. gadis ini telah jatuh hati dengan seorang Profesor yang sangat bijak tetapi memiliki wajah yang tidak menarik. Bolehlah diibaratkan seperti cerita "Beauty and the Beast".

Pada satu hari si gadis ini telah meluahkan rasa cintanya kepada Profesor yang bijaksana itu. Katanya, "Prof, sayalah orang yang paling bertuah jikalau dapat bernikah dengan Prof." Tanya Profesor yang sudah beristeri ini, "kenapa kamu merasakan kamu orang yang paling bertuah akalu bernikah dengan saya?" Jawab gadis ini, "Mestilah bertuah, sebab kita akan mendapat anak yang jelita seperti saya dan bijaksana seperti Prof." Profesor itu terdiam dan tersenyum lalu menjawab, "Saya pula bimbangkan satu perkara...." Dan sebelum menyudahkan ayatnya, gadis itu bertanya, "bimbangkan apa pula?" Dan lelaki idaman gadis itu menjawab, " Saya bimbang kalau anak yang dilahirkan itu memiliki wajah hodoh seperti saya dan mempunyai akal seperti kamu (bodoh)." Gadis itu tersentak dan berlalu pergi dengan perasaan yang berbaur marah dan malu.

Nota saya: Apa pengajaran dari status ustaz saya dan cerita ustaz saya ini? Kita manusia selalu terpikat pada kecantikan berbanding memilih kecerdikan. Kita lebih suka ditipu oleh nafsu mata, berbanding dengan akal dan fikiran. Manusia ini sifatnya selalu berfikir, dia akan dapat apa yang dia mahu. selalu mahukan yang sempurna dan memiliki segala-galanya. Mesti cantik, mesti cerdik, mesti berada, mesti itu dan mesti ini. Tapi hakikat hidup ini, kita tak akan dapat memiliki segala2nya. Adaa yang dilahirkan dengan rupa yang cantik tapi kurang bijaksana, ada yang bijak tapi tidak menarik di mata manusia yang memilih kecantikan. Kita hanya boleh merancang, tetapi Allah yang Maha Menentukan. Allah tidak akan memberikan semua apa yang kita inginkan, tetapi Allah akan memberikan kepada kita apa yang kita perlukan. Fikirlah...

Wassalam
Madam/Dr Fauziah.

No comments: