Friday, July 31, 2009


Dari SS Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin.

Mufti Kerajaan Negeri Perlis Darul Sunnah

O5hb August 2007

Mudahkan Pendekatan Islam, Jangan Eksklusifkannya

AMAT memeritkan perasaan apabila melihat sesetengah pihak menyebut: "Nak faham Islam ini susah, kami tidak cukup masa, ada macam-macam kena buat masa muda ini. Tunggulah kami dah tua."

Ungkapan ini lahir dari salah tanggapan mereka bahawa Islam adalah agama yang sukar difahami dan sukar untuk diamalkan.

Ini berpunca dari cara pengajarannya yang susah dan isi yang dipayah-payahkan oleh sesetengah pihak. Dengan kita akur untuk menjadi pakar ilmu-ilmu Islam memanglah tidak mudah, bahkan menjadi pakar apa-apa ilmu pun tidak mudah. Namun memahami dan mengamalkan Islam secara umumnya adalah mudah dan mampu dicapai oleh setiap lapisan manusia. Jika tidak bagaimana mungkin Islam menjadi agama sejagat yang diutuskan untuk setiap insan tanpa mengira latar kehidupan dan pendidikan.

Memang, mudah-mudahkan agama dalam erti kata melaksanakannya dalam keadaan yang cuai dan tidak menepati kehendak nas-nas al-Quran dan hadis yang sahih adalah kesalahan dalam agama. Namun begitu, menjadikan agama begitu payah dan sukar hingga melampaui batasan yang diperuntukkan oleh nas-nas agama juga salah.

Firman Allah: (maksudnya): Mereka yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. (Surah al-'Araf: 157)

Firman Allah lagi: (maksudnya) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. (Surah al-Baqarah: 185).

Firman Allah juga: (maksudnya) Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah. (Surah al-Nisaa': 28).

Saya tidak ingin membicarakan tentang golongan yang cuai terhadap agama yang telah banyak diperkatakan oleh ustaz-ustaz kita. Semoga Allah memberikan pahala untuk mereka. Saya bicarakan tentang sikap sesetengah pihak yang cuba menonjolkan Islam seakan ia agama yang begitu sukar untuk dihayati dan seakan tidak akan sampai ke dataran Islam ini melainkan beberapa kerat manusia sahaja. Maka hukum-hakam yang mereka ajar kelihatan begitu susah untuk difahami, apatah lagi untuk dihayati.

Lihat sahajalah, haji yang hanya beberapa hari untuk ditunaikan, tetapi kursus yang dibuat berbulan-bulan. Ia diajar dengan cara yang sukar disebabkan pelbagai faktor. Salah satunya; tokok tambah ajaran agama yang menyebabkan orang awam sentiasa keliru dan tidak mampu kerana terpaksa menghafal berbagai-bagai ayat dan peraturan yang sebahagian besarnya tidak pernah diajar pun oleh hadis-hadis Nabi s.a.w. yang sahih.

Ini seperti menetapkan pelbagai bacaan khas bagi setiap pusingan tawaf. Lalu mereka buat bisnes pula bagi yang tidak mampu menghafal dengan menjual buku atau alatan tertentu. Demikian juga kecenderungan sebahagian pengajar hukum-hakam syarak menjatuhkan hukuman haram dan batal amalan seperti terbatal akad nikah hanya kerana terputus nafas, terbatal solat kerana pergerakan lebih dari tiga kali, terbatal puasa kerana berenang dalam kolam dan seumpamanya. Sedangkan nas-nas al-Quran dan al-sunah tidak menyatakan demikian.

Kecenderungan

Di samping itu kecenderungan memperincikan perkara yang tidak perlu sehingga ramai yang keliru. Umpamanya syarat niat yang bukan-bukan sehingga ada buku menetapkan puluhan syarat niat. Bukannya menjadikan orang faham maksud niat, sebaliknya bertambah kabur.

Padahal setiap aktiviti insan secara sedar mempunyai niat. Maka dengan itu kita katakan 'membunuh dengan niat', sekalipun si pembunuh tidak melafazkannya secara lisan ketika hendak membunuh atau menghafal syarat niat. Malangnya, akibat salah ajaran, seseorang berulang kali bertakbir dalam solatnya, kononnya belum masuk niat.

Padahal, jika dia tidak berniat solat, bagaimana mungkin dia boleh berada di saf untuk solat? Demikian juga mendetilkan tentang jenis-jenis air dalam berwuduk berbulan perbahasannya sedangkan solat diperlukan lima kali sehari. Inilah yang menyebabkan ada yang baru masuk Islam tidak solat berbulan kerana bab wuduk belum habis dibincang.

Pendekatan ini menyebabkan Islam menjadi eksklusif seakan hanya untuk sekelompok manusia sahaja. Sementara selain mereka hanyalah manusia yang terpaksa bertaklid buta disebabkan kononnya tidak mampu untuk memahami apa sahaja hal ehwal agama ini kerana akal mereka tidak kesampaian. Sebenarnya, bukan tidak kesampaian, tetapi pendekatan pengajaran yang telah melanggar garis panduan Nabi s.a.w. lantas menyanggahi logik insan.

Hal ini berbeza dengan arahan baginda s.a.w. Sabda baginda: Agama itu mudah. Tiada seorang yang memberat-beratkannya melainkan dia menjadi susah. Maka bersederhanalah, dekatilah yang tepat dan gembirakanlah mereka. (Riwayat al-Bukhari).

Pendekatan Nabi s.a.w. adalah pendekatan mudah yang membolehkan sebanyak mungkin manusia merasai kebersamaan mereka dalam Islam ini. Antaranya baginda mengkritik imam yang memanjangkan solatnya, tanpa meraikan keadaan makmum yang pelbagai di belakangnya. Baginda bersabda: Wahai manusia! sesungguhnya di kalangan kamu ada yang menyebabkan orang lari. Sesiapa di kalangan kamu yang bersolat (menjadi imam) untuk orang ramai, maka ringkaskanlah, kerana di kalangan mereka ada yang tua, lemah dan yang mempunyai urusan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Pendekatan yang menyukarkan ini berlarutan sehingga dalam pengajian akidah. Sesetengah perbincangan akidah dipengaruhi falsafah lama yang kadang-kala tidak membawa kekuatan kepada akidah, bahkan kepada kepenatan akal dan kecelaruan.

Ini seperti Allah ada lawannya tiada, dengar lawannya pekak, melihat lawannya buta, tidak berjisim, tidak berjirim dan seumpamanya. Kemudian diikuti falsafah-falsafah yang memeningkan. Keletihanlah anak-anak muda untuk memahaminya. Bahkan kadangkala guru yang mengajar pun tidak faham. Untuk mengelakkan dia dipersoalkan dia akan berkata: "Barang siapa banyak bertanya maka lemahlah imannya…"

Maka tidak hairanlah jika yang baru menganut Islam kehairanan bertanya: Mengapa Tuhan itu ada, selepas lawan maka Dia sudah tiada? Akidah sebenar hilang dalam kepincangan perbahasan falsafah.

Akidah Islam adalah yang bersih dan mudah difahami. Bacalah al-Quran dan al-sunah, lihatlah perbincangan akidah dalam kedua sumber agung itu, sangat jelas dan tidak berbelit. Dalam hanya beberapa ayat seperti isi al-Ikhlas, al-Quran menyerlah konsep akidahnya, tidak perlu menyukarkan.

Dalam ajaran Islam, persoalan tauhid dan akidah adalah perkara paling mudah dan senang untuk difahami. Ini kerana memahami akidah satu kemestian termasuk yang buta huruf, badawi di padang pasir sehinggalah kepada golongan terpelajar dan cerdik pandai. Maka tidak hairanlah pada zaman Nabi s.a.w., para perwakilan yang datang mengambil dari baginda dalam beberapa ketika sahaja, namun mampu mengislamkan keseluruhan kabilahnya. Sebab, konsep yang jelas dan mudah.

Kalaulah perbahasan akidah begitu sukar dan susah seperti yang difahami oleh golongan ahli kalam dan falsafah, bagaimana mungkin golongan awam yang buta huruf atau tidak memiliki kecerdasan akal yang tinggi untuk memahaminya?

Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi: "Tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ia bukannya akidah… Lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiran Yunan dan cara Yunan dalam menyelesaikan masalah akidah. Justeru imam-imam salaf mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka." (Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da'iyah, m.s. 92 Beirut: Muassasah al-Risalat (1991). Sebab itu – barangkali – dakwah kepada akidah Islam di tempat kita tidak subur. Sebaliknya cerita keluar Islam yang disuburkan.

Proses pemulihan akidah pun dalam banyak rekodnya adalah gagal. Ini kerana kita banyak berfalsafah dari membahaskan akidah berdasarkan al-Quran dan al-sunah. Maka bacalah buku-buku akidah yang jelas membimbang jiwa dan akal secara fitrah, bukan falsafah yang menyusahkan.

Ramai orang muda atau profesional yang menghadiri kelas-kelas pengajian saya. Saya katakan kepada mereka hadirlah dengan kebiasaan anda dan fahamilah apa yang hendak disampaikan. Anda tidak diwajibkan berkopiah, atau berjubah. Pakailah apa sahaja yang anda selesa. Bukan syarat masuk ke masjid mesti berketayap.

Memahami

Jangan kita letakkan syarat hendak memahami agama ini yang bukan-bukan. Nanti ramai yang tidak sampai maklumat Islam kepadanya. Atau akan menjadi peraturan yang dianggap agama, akhirnya diwajibkan secara tidak sedar. Lihat saja sebahagian wanita muslimah kita. Mereka sekalipun telah menutup aurat, namun jika tidak memakai telekung mereka rasa sukar untuk solat. Bahkan ada yang rasa tidak boleh bersolat tanpa telekung. Padahal telekung itu, hanyalah budaya Asia Tenggara. Solatlah dengan pakaian anda selagi menutup aurat.

Demikian sebahagian buku atau filem menggambarkan seorang soleh dalam rupa yang sempit. Digambarkan insan yang beramal dengan Islam itu terpaksa mengasingkan hidupnya dan beruniform berbeza dengan orang lain. Ini seperti apabila ditonjolkan watak orang soleh ialah lelaki yang berserban, tangan memegang tasbih sentiasa, tidak bergaul dengan manusia biasa, sebaliknya hanya berjalan sendirian. Itulah wali kononnya. Adakah Nabi s.a.w. dan para sahabatnya berwatak demikian sehingga kita jadikan itu ciri-ciri orang soleh? Tidakkah berjalan dengan sentiasa memegang tasbih lebih menampakkan ciri-ciri riak dalam amalan?

Sebab itu al-Imam Ibn Jauzi (meninggal 597H) mengkritik sebahagian dari sikap ini dengan menyatakan: "Di kalangan golongan zuhhad (golongan sufi) ada mereka yang memakai baju yang koyak tidak dijahit dan membiarkan serban dan janggutnya tidak berurus untuk menunjukkan dia tidak mementing dunia. Ini sebahagian dari riak (menunjuk-nunjuk)." (Ibn Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 179-180, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

Lebih buruk lagi, penonjolan watak yang seperti itu menjadikan Islam tidak praktikal untuk semua manusia, sebaliknya hanya untuk beberapa kerat manusia ajaib sahaja.

Demikian juga, kadangkala buku-buku kerohanian menggambarkan untuk mendekatkan diri kepada Allah begitu sukar sehingga seakan tidak akan dicapai oleh manusia biasa. Pengamal Islam itu seakan manusia maksum seperti malaikat. Bebas dari urusan dunia. Ini boleh mematahkan semangat orang awam dari menghayati Islam. Padahal Nabi s.a.w. dan para sahabat tidak demikian rupa kehidupan mereka.

Sehingga Dr. Yusuf al-Qaradawi mengkritik beberapa pandangan al-Imam al-Ghazali r.h dengan katanya: "Apa yang dapat difahami dari himpunan kitab-kitab sufi al-Ghazali yang mengandungi pengaruh kezuhudan yang kuat – sekalipun secara tidak langsung – bahawa insan contoh di sisi al- Ghazali dan golongan sufi secara amnya bukanlah insan yang dikenali oleh para sahabah r.a, yang difahami dari al-Quran, sunah dan sirah.

"Insan contoh yang difahami oleh para sahabah ialah insan yang menghimpunkan antara dunia dan akhirat, antara hak dirinya dan Tuhannya, antara meningkatkan roh dan berkhidmat kepada masyarakat, antara menikmati nikmat dunia dan bersyukur kepada Allah s.w.t, antara beribadat dan berjalan serta bertebaran atas muka bumi mencari kurniaan rezeki-Nya, yang bekerja untuk dunia seakan hidup selamanya dan beramal untuk akhirat seakan akan mati esoknya." (Dr. Yusuf al-Qaradawi, al-Imam al-Ghazali: Baina Madihih wa Naqidih, m.s 164, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Apabila ada wartawan bertanya tentang; adakah ubat tertentu haram kerana kononnya ada najis tertentu, saya jawab: "Begitulah kita berterusan, jika asyik mencari perkara untuk dihukum haram sedangkan dalam masa kita tidak berusaha menjadi pengeluar. Maka sempitlah umat ini dengan keputusan-keputusan haram dalam banyak perkara.

"Sebelum menjawab saya ingin kata: Kita semua hidup dalam keadaan haram kerana selalu bergantung kepada orang lain dan tidak menunaikan fardu kifayah memerdekakan umat. Sehingga akhirnya masyarakat dunia kata; kita hanyalah umat yang tahu mengharamkan, bukan menghasilkan produk untuk kebaikan manusia."

Dalam usaha menarik semua lapisan mendekati Islam, marilah kita mempersembahkan kepada masyarakat, Islam yang mudah dan praktikal sepertimana wajahnya pada zaman teragungnya iaitu era Nabi s.a.w. dan para sahabah baginda.

Jika tidak, agama ini akan menjadi begitu eksklusif hanya untuk kelompok tertentu sahaja dan ditinggalkan lautan umat yang dalam kesesakan.

sumber:

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0805&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Bos rumah tangga

Oleh Nurul Adlina Kamaludin, Rohaniza Idris dan Siti Nur Almizan Aripin
bminggu@bharian.com.my




Pekerjaan amah diberi nafas baru, cuti tahunan, caruman KWSP dan pakaian seragam

TERLALU sukar untuk mendapatkan khidmat pembantu rumah rakyat tempatan kerana mereka tidak mahu dikongkong, selain tidak menganggapnya sebagai kerjaya yang menarik.

Akibatnya, rakyat Malaysia terpaksa terus bergantung kepada amah asing yang tidak terlatih dengan kualiti kerja yang rendah kerana penawaran khidmat pembantu rumah tempatan begitu sukar untuk diperoleh.


Kesan paling ketara ialah anak yang diasuh oleh pembantu rumah asing ‘tidak menjadi’, suka memberontak dan melawan ibu bapa. Ini kerana kajian mendapati kebanyakan pembantu rumah asing, terutama dari Indonesia yang bekerja di Malaysia mempunyai latar belakang sosial yang rendah dan rosak. Misalnya, mereka bercerai, suami kahwin lain atau konflik keluarga serta menguasai ilmu hitam untuk menundukkan majikan.

Bagi memastikan masalah ini diatasi, kerajaan sedang menimbang untuk memperkenalkan pakej lebih menarik, termasuk menetapkan gaji minimum, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Elaun Sara Hidup (Cola) bagi menarik minat rakyat tempatan menjadikan pembantu rumah sebagai kerjaya.

Malah, pakej menarik itu dijangka dimasukkan dalam pindaan Akta Pekerjaan 1955 dalam usaha mengurangkan pergantungan terhadap pembantu rumah warga asing.

Bagaimanapun, timbul persoalan mengenai kesediaan rakyat Malaysia untuk menjadi pembantu rumah dan bekerja seperti mana khidmat yang diberikan pekerja asing.

Ada yang berpendapat, pembantu rumah tempatan hanya lebih mengutamakan gaji berbanding khidmat yang bakal diberikan, selain mempunyai banyak tuntutan yang mungkin sukar dipenuhi majikan.

Bagaimanapun, ada juga pendapat menyatakan pembantu rumah tempatan lebih memahami kehendak majikan dan mereka berasa lebih selamat kerana risiko untuk mereka lari dan berhenti kerja rendah.

Hakikat ini diakui Profesor Jabatan Sosiologi dan Antropologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Fatimah Daud, berkata sudah sampai masa kebergantungan kepada tenaga kerja pembantu rumah warga asing ditamatkan kerana ia lebih banyak mendatangkan masalah kepada majikan dan kerajaan.

“Banyak risiko terpaksa difikirkan oleh seseorang itu sebelum mereka mengambil pekerja asing sebagai pembantu rumah, selain bayaran yang tinggi membawa mereka masuk ke negara ini berbanding kos pengambilan pekerja tempatan,” katanya.

Beliau berkata, pembantu rumah asing juga dikhuatiri mengenai asal usul dan kemahiran mereka walaupun mereka masuk ke negara ini secara sah melalui agensi pembantu rumah yang diluluskan kerajaan.

“Sering kali dilaporkan kebanyakan pembantu rumah asing yang dihantar ke negara ini tidak terlatih dan mempunyai kualiti kerja rendah berbanding yang dihantar ke negara lain seperti Hong Kong, Arab Saudi dan Singapura,” katanya.

Prof Fatimah berkata, jumlah rakyat negara ini yang menggunakan khidmat pembantu rumah tidak ramai iaitu sekitar 13 peratus berbanding keseluruhan rakyat di negara ini.

Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia (KPKM) yang dilaksanakan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) 2004, mendapati hanya enam hingga 13.9 peratus keluarga menggunakan perkhidmatan pembantu rumah, manakala 42 hingga 58 peratus masih menggunakan khidmat ahli keluarga.

“Kebanyakan yang menggajikan amah ialah mereka daripada kalangan golongan berpendapatan sederhana mewah dan mewah. Golongan yang berpendapatan rendah memang tidak layak pun menggajikan pembantu rumah kerana syarat memiliki pembantu rumah mesti mempunyai pendapatan tetap,” katanya yang turut mencadangkan supaya pembantu rumah tempatan yang bakal menggantikan tugas amah asing dibayar gaji antara RM700 hingga RM850 sebulan.

Beliau mencadangkan kerajaan menubuhkan institusi latihan kemahiran kepada belia Malaysia yang tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan mereka yang tidak dapat mencari pekerjaan atau menganggur.

Pelatih berkenaan diberikan kemahiran sebagai pembantu rumah seperti latihan memasak, melayan tetamu, mengemas rumah, menjaga anak majikan yang bersesuaian dengan adat dan budaya orang Malaysia.

Ini bermakna lulusan institut berkenaan diberikan sijil dan apabila diserapkan dalam pekerjaan mereka akan diberikan gaji setimpal dengan kemahiran dan tidak lagi dipanggil pembantu rumah, sebaliknya pengurus rumah tangga.

Tugas mereka diiktiraf mengikut Akta Pekerjaan 1955 yang melayakkan mereka diberi cuti tahunan, cuti sakit dan cuti umum, potongan kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Jika boleh pengurus rumah ini diberikan pakaian seragam khas.

Ini bererti, majikan akan mendapat pekerja yang mempunyai kualiti yang bagus dan kemungkinan pembantu rumah lari juga rendah kerana jika mereka lari pun mudah dikesan berikutan mereka akan kembali ke pangkuan keluarga dan mudah dihubungi berbanding dengan pembantu rumah Indonesia yang kerap melarikan diri, mencuri, berkenalan dengan pekerja buruh dan paling serius merompak rumah majikan.

Prof Fatimah berkata, di negara maju, pekerja domestik banyak membantu suri rumah atau wanita yang bekerja dari jam 8 pagi hingga 5 petang, tidak tinggal bersama majikan dan bekerja 24 jam sehari. Mereka bekerja seperti pekerjaan harian lain dan diberi cuti pada hujung minggu.

“Kita perlu bersedia untuk menjadi rakyat maju jika mengaplikasikan sistem ini di Malaysia,” katanya.

Beliau juga mencadangkan supaya diwujudkan sistem yang memberi ruang untuk gadis menganggur dan berminat bekerja menjadi pengasuh bekerja sebagai pengasuh komuniti iaitu mengasuh tiga hingga lima bayi dan kanak-kanak di pusat komuniti seperti dewan untuk mengasuh dan mendidik anak-anak ketika ibu bapa keluarga bekerja.

Bayaran yang dikenakan tidak terlalu mahal dan mampu dibayar mereka yang mempunyai pendapatan rendah dan sederhana.

Selain itu, khidmat mengasuh anak-anak diberikan kepada jiran tetangga yang tidak bekerja supaya anak-anak dibesarkan dalam suasana kekeluargaan berbanding ditinggalkan dengan pembantu rumah asing yang tidak tahu adat dan budaya tempatan.

Beliau turut mencadangkan kerajaan menubuhkan nurseri atau tadika atau taman didikan kanak-kanak pada semua pejabat kerajaan serta kilang untuk ibu bekerja.

Justeru, sistem pengurusan rumah tangga yang moden seperti mencuci rumah, pakaian, memasak perlu dipertingkatkan di negara ini. Teknologi seperti alat memasak hendaklah diperkenalkan oleh Mardi, untuk meringankan beban suri rumah.

Sudah sampai masa rakyat Malaysia berusaha untuk tidak bergantung kepada pembantu rumah warga asing semata-mata untuk mengurus rumah tangga dan anak.

Khidmat amah melalui internet

PERMINTAAN untuk amah tempatan terlalu tinggi, sedangkan penawarannya terlalu kurang, kata Pengarah Urusan Homeneed Service Sdn Bhd, Nazari Zain, yang membangunkan laman sesawang bagi membantu majikan mendapatkan khidmat pembantu rumah warga tempatan.

Katanya, hanya ada 14 calon pembantu rumah berdaftar dengannya sejak April lalu.

Pada masa sama, melalui laman sesawang www.oranggaji.com yang turut dimilikinya sudah mencatatkan lebih 200 majikan yang mahu mendapatkan bantuannya mencarikan pembantu rumah tempatan, sedangkan ia tidak mendapat maklum balas daripada mereka yang berpotensi untuk menjadi pembantu rumah.

“Ia sangat memeningkan kepala saya,” katanya sambil menambah masyarakat tempatan perlu dididik untuk menghargai setiap peluang pekerjaan kerana khidmat pekerja asing termasuk pembantu rumah menyebabkan pengaliran wang keluar negara mencecah jutaan ringgit saban tahun.

“Masyarakat di Barat sudah lama melakukan kerja sebagai pengurus rumah sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa bersesuaian dengan kemahiran dan masa luang mereka semata-mata untuk mencari wang tambahan.

“Itu juga yang saya harapkan melalui laman web www.oranggaji.com yang dibangunkan sejak tiga bulan lalu,” katanya sambil menyeru masyarakat tempatan terutama orang muda supaya menghargai setiap peluang pekerjaan yang diberikan selain tidak terlalu memilih kerja.

Sehingga kini, pelbagai kaedah dilakukan Homeneed Service bagi menggalakkan orang tempatan supaya berminat dengan kerjaya pembantu rumah, termasuk membuat rundingan dengan agensi kerajaan berkaitan, namun ia masih tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Homeneed Service turut melakukan sesi pencarian pembantu rumah melalui kaedah luar talian iaitu berdasarkan cerita rakan-rakan dan masyarakat setempat dan maklumat pemberi khidmat yang dikumpul itu kemudiannya dimuatkan ke laman sesawang secara percuma.

Sementara itu, pengasas PembantuAnda, perkhidmatan yang dikendalikan melalui internet, Ayu Catherina Ali, berkata sambutan diterima daripada majikan yang mahukan khidmat pembantu rumah warga tempatan memang menggalakkan.

“Ramai yang mengatakan mahu bertukar angin dengan mendapatkan khidmat orang tempatan kerana tidak mahu terikat dengan hal remeh seperti masalah bahasa dan budaya yang berbeza.

“Tetapi masalah yang timbul ialah untuk mendapatkan pembantu rumah kerana kadang-kadang, dalam sebulan, calon pembantu rumah yang datang hanya seorang dan paling ramai pun lima orang saja,” katanya sambil memberitahu kesemua calon pembantu rumah yang datang untuk ditemuduga ialah wanita berusia lingkungan 23 hingga 50 tahun.

Berbeza dengan Homeneed Service, PembantuAnda cenderung untuk memberikan peluang pekerjaan kepada ibu tunggal dengan bayaran gaji sudah ditetapkan sebanyak RM700 sebulan.

“Tiada levi atau bayaran untuk ejen dikenakan kerana setiap majikan hanya perlu membuat bayaran sebanyak RM700 merangkumi caj perkhidmatan, manakala pembantu rumah akan diserahkan dalam tempoh dua minggu hingga sebulan bergantung kepada bekalan tenaga kerja yang ada,” katanya.

Malangnya, ada segelintir calon pembantu rumah terlalu memilih majikan, termasuk tidak mahu bakal majikan yang mempunyai terlalu ramai anak serta mereka yang tinggal di rumah besar.

“Bilangan anak biasanya bersangkut paut dengan banyak hal terutama kerja rumah atau baju banyak. Oleh kerana itu, majikan yang selalunya mudah laku adalah mereka yang punyai anak antara dua atau tiga orang saja,” katanya.

Bagi memastikan tiada masalah berkaitan tugasan, kesihatan atau salah laku timbul nanti, Ayu Catherina akan memastikan setiap bakal pembantu rumah ditemubual selain diberikan tugasan ringkas sebagai ujian.

“Setiap orang mempunyai cara ketika menguruskan kediaman, justeru kebiasaannya kami akan menasihatkan majikan supaya memberi tempoh seminggu kepada pembantu untuk menyesuaikan diri sebelum membuat sebarang aduan,” katanya.

'Bekerja di rumah lebih selamat, jimat'

“SAYA tidak menyesal bekerja sebagai pembantu rumah kerana ia rezeki halal. Lagi pun saya tidak nampak hinanya bekerja di rumah orang kerana yang penting kita bekerja untuk menyara diri dan keluarga.”

“Malah bagi saya, bekerja di rumah orang lebih selamat. Wang gaji juga dapat disimpan kerana barangan keperluan disediakan majikan.”

Inilah luahan wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Khadijah, 48, yang bertugas sebagai pembantu rumah sejak 30 tahun lalu.

Beliau yang berasal dari Kedah, bekerja sebagai pembantu rumah sejak berusia 18 tahun akibat kesempitan hidup. Malah, sebagai anak sulung, beliau terpaksa berhenti sekolah ketika darjah empat demi membantu ayah dan ibu dan memastikan empat adiknya bersekolah.

Peluang menambah pendapatan keluarga terbentang selepas menerima pelawaan seorang saudaranya untuk bekerja di Kuala Lumpur.

Ketika itu pada 1979, gaji RM150 sebagai pembantu rumah dianggap besar. Malah, ramai rakan-rakan sekampungnya turut bekerja di rumah orang.

“Ia bukan satu masalah besar. Pekerjaan sebagai orang gaji bukan suatu yang asing. Pada masa itu mana ada kilang. Anak gadis pula tidak berani bekerja di restoran kecuali ada ahli keluarga lain turut bekerja di kedai itu.

“Jadi ramai memilih untuk keluar merantau bekerja di rumah saudara mara sendiri. Jarang ada ibu bapa yang melepaskan anak mereka ke tangan orang asing,” katanya.

Selepas enam tahun, beliau kembali ke kampung apabila saudaranya itu bertukar kerja ke luar negara. Sekembalinya ke kampung, beliau bekerja di rumah orang secara balik hari iaitu dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang dengan pendapatan kira-kira RM200.

Setahun kemudian, beliau bekerja di gerai selama setahun.

“Kerja di gerai penat sebab banyak berdiri. Gaji pun kecil iaitu RM100 dan tak menang tangan ketika pelanggan ramai. Berbeza kerja sebagai pembantu rumah, tugas kita lebih teratur.”

Khadijah menyambung semula kerja di rumah orang untuk menyara hidup selepas perkahwinan selama setahun, berakhir. Beliau bekerja selama lapan tahun dan berhenti apabila kesihatan bapanya terjejas.

Selepas bapanya meninggal dunia pada 1999, Khadijah kembali mencari kerja dan hasil pertanyaan di kalangan saudara, beliau dipertemukan dengan majikan sekarang. Malah sudah hampir sedekad beliau bekerja dengan majikan itu dengan pendapatan awal kira-kira RM380 sebulan, kini mencecah RM600.

Itu tidak termasuk bayaran tambahan apabila beliau bekerja pada hari Ahad yang juga hari cutinya serta apabila kehadiran ramai saudara mara majikannya yang memerlukannya bekerja lebih daripada sepatutnya.

“Saya tidak tahu orang lain. Tetapi bagi saya, tiada cacat celanya bekerja di rumah orang. Mungkin juga sebab saya sudah biasa kerana inilah satu-satunya pekerjaan yang saya tahu.

“Lagi pun, persekitaran bekerja di rumah orang ini selamat dan teratur. Saya tidak perlu fikir soal naik bas turun bas dan perbelanjaan pengangkutan.”

Khadijah tidak menafikan tugas sebagai pembantu rumah memang penat kerana kerja rumah tidak pernah selesai. Tetapi beliau melakukannya mengikut waktu tertentu.

“Saya lazimnya mencuci dan mengemas pada sebelah pagi selain menyediakan sarapan. Soal memasak lazimnya saya dan majikan melakukannya bersama-sama.

“Pada sebelah petang, saya melipat baju yang dicuci pada waktu pagi selain membersihkan kawasan luar rumah. Saya menggosok baju pada malam Jumaat dan Sabtu. Pendek kata, semua kerja ada waktunya dan bukan dilakukan serentak. Saya juga ada masa berehat seperti menonton televisyen,” katanya.

Namun Khalijah akui, beliau tidak berhasrat menjadi pembantu rumah sehingga usia lanjut.

“Saya sudah berusia 48 tahun. Ketika ini, ibu saya juga tidak sihat dan jika sesuatu berlaku kepadanya, saya akan pulang ke kampung dan meneruskan kehidupan di sana,” katanya.

KELAHIRAN

Mengurangkan kesakitan !

Berbagai cara dan ubatan boleh digunakan untuk menangi masalah kesakitan. Sokongan moral suami, ibu atau saudara adalah penting. Amalan doa dan zikir, kawalan pernafasan, berjalan2,

membaca, menonton TV diperingkat awal boleh membantu.

Terdapat beberapa jenis ubat- Ubat2 penawar sakit yang diberi secara

suntikan, Ubat2 gas yang disedut, bius saraf 'Epidural'. Ubat2 penawar secara suntikan boleh menahan sakit sampai 4 jam. Tetapi kadang kala ia kurang berkesan. Ubat gas sedut sesuai untuk digunakan apabila sudah dekat nak beranak.

Bius saraf epidural biasanya menghilangkan kesakitan and kuncupan rahim tidak dapat dirasai langsong. Munkini kaedah ini terus menghapuskan satu nikmat Allah iaitu 'sakit bersalin'. Walau demikian ia amat berguna bagi kehamilan sulong dan bagi mereka tidak tahan sakit. Kebanyakkan dari mereka

memerlukan kelahiaran secara forsep atau sedutan vakum.

KELAHIRAN !

Apabila pintu rahim terbuka sepenuhnya (fully dialted), siibu akan merasa seolah2 nak buang air besar dan secara otomatis ia akan meneran saperti kena sembelit. Ini disebakan kepala bayi telah menekan pada usus besar dan dubur.

Ketika ini siibu memerlukan tenaga yang kuat untuk menolak keluar kepala bayi. Apabila sakit kuncupan rahim mula dirsai, sedut nafas berpanjangan , tahan dan teran sekuat2nya untuk

menolak bayi keluar. Baca 'Subhanallah' banyak2.

Doktor atau bidan akan menyambut kelahiran.

'Episiotomy' atau gunting pintu faraj adalah untuk mencegah koyak yang munkin sukar dijahit. Setengah bidan amat mahir melahirkan tanpa koyak faraj. Belakang faraj dipertahan untuk mencegah koyak ketika kepala bayi nak keluar. Dengan tangan kanan menjaga belakan faraj, tangan kiri bidan mengawal kepala bayi keluar.

Segala lendir dan cecair perlu dari mulut bayi baru lahir untuk mencegah masuk keparu2. Uri ditarik keluar, manakala tangan kiri bidan mengawal rahim pada bawah perut. Uri dipereksa , lengkap atau tidak. Dibersihkan, dibungkus kain putih dan seterusnya ditanam. Azankan telinga

kanan dan aqamah pada telnga kiri. Bacakan mana2 surah Al Qur'an yang bapanya hafal.

Beri nama, qiqah dan berkhatan.

Kesemua ini sebaiknya dilakukan pada dua minggu pertama selepas lahir. Bagi anak Lelaki elok dikhatan secepat munkin dengan menggunakan teknik 'plastibel'. Bayi perempuan elok dikhatan pada umor antara 1-3 bulan.

Doa jika anak meninggal waktu lahir.

Berbagai cara dan ubatan boleh digunakan untuk menangi masalah kesakitan. Sokongan moral suami, ibu atau saudara adalah penting. Amalan doa dan zikir, kawalan pernafasan, berjalan2, membaca, menonton TV diperingkat awal boleh membantu.

Terdapat beberapa jenis ubat- Ubat2 penawar sakit yang diberi secara suntikan, Ubat2 gas yang disedut, bius saraf 'Epidural'. Ubat2 penawar secara suntikan boleh menahan sakit sampai 4 jam. Tetapi kadang kala ia kurang berkesan. Ubat gas sedut sesuai untuk digunakan apabila sudah dekat nak beranak.

Bius saraf epidural biasanya menghilangkan kesakitan and kuncupan rahim tidak dapat dirasai langsong. Munkini kaedah ini terus menghapuskan satu nikmat Allah iaitu 'sakit bersalin'. Walau demikian ia amat berguna bagi kehamilan sulong dan bagi mereka tidak tahan sakit. Kebanyakkan dari mereka memerlukan kelahiaran scara forsep atau sedutan vakum.


Rezeki Allah Untuk Semua Makhluk (Renungan)

Manusia seringkali berkeluh kesah atas rezeki yang ia terima. Bila besarnya keinginan tidak sama dengan yang ia terima, sulit baginya untuk berucap syukur. Pernahkah anda renungkan bahwa pintu rezeki Allah itu ada di mana-mana? Seberapa banyak kedua tangan anda bisa meraihnya, tergantung kepada diri anda sendiri. Kisah berikut semoga terpetik hikmahnya.

Dari Muadz bin Jabal ra dia berkata, Rasul SAW bersabda: >"Ya anak Adam, malulah kepada-Ku disaat kau melakukan kemaksiatan, sedangkan Aku malu padamu di hari pembalasan yang amat besar, maka jangan kalian berbuat dosa wahai anak Adam, bertaubatlah kepada-Ku maka Aku akan memuliakanmu sebagaimana mulianya para Nabi.

Ya anak Adam, janganlah kau palingkan hatimu dari-Ku, karena sesungguhnya jika hatimu berpaling dari-Ku maka Aku membiarkanmu dan tidak akan menolongmu. Wahai anak Adam, apabila kamu bertemu dengan-Ku kelak di hari kiamat dan kebaikan sebanyak penduduk bumi menyertaimu, maka tidak Aku terima kebaikanmu sehingga kamu membenarkan janji dan ancaman-Ku.

Wahai anak Adam, sesungguhnya Aku adalah Dzat Yang Memberikan Rezeki sedangkan kamu adalah orang yang menerima rezeki dan kamu mengetahui bahwasanya Aku akan menepati janji-Ku untuk memberikan rezeki padamu, maka janganlah kamu meninggalkan taat kepada-Ku disebabkan rezekimu. Sesungguhnya jika kamu meninggalkan taat kepada-Ku, disebabkan rezekimu maka siksa-Ku wajib atas kamu dan jagalah lima perkara ini untuk-Ku dan pada akhirnya surga adalah imbalan untukmu."

Kisah Burung Hijau

Ya saudaraku, jangan kalian sedih atas rezeki. Rezekimu tidak dapat mencegah ketaatan kepada Allah SWT sebab firman Allah SWT mengatakan, "Dan tidak ada makhluk Allah SWT di muka bumi kecuali rezekinya ditanggung Allah SWT." Sebagaimana keterangan yang terdapat pada hadits berikut ini:

Sesungguhnya Allah SWT menciptakan burung hijau di angkasa dan Allah SWT membuatkan lembing di atas punggung dan membuatkan lembing yang lain di bawah perutnya. Allah SWT juga menciptakan ikan besar di lautan yang memangsa ikan kecil dan daging ikan kecil itu akan masuk ke sela-sela gigi ikan besar yang dapat membahayakan dan menyakitinya. Lalu ikan besar mengeluarkan kepalanya dari dalam air dan membuka mulutnya dan pada saat itu masuklah burung hijau ke dalam mulut ikan besar itu lalu mematuk-matuk sisa-sisa daging yang ada di sela-sela gigi ikan besar itu sedangkan dua buah lembing laksana penyangga yang mencegah ikan besar itu memangsa burung hijau itu. Ketika sisa-sisa daging yang melekat di antara sela-sela gigi ikan besar itu habis lalu terbanglah burung hijau itu ke angkasa.

Hikmah:

Allah SWT telah menjadikan rezeki seekor burung dari sela-sela gigi ikan dan ikan besar kembali ke tempatnya sambil merasakan kenyamanan karena pertolongan seekor burung. Keberadaan salah satu dari keduanya telah menjadikan hubungan sebab akibat bagi yang lain. Allah SWT tidak meninggalkan seekor burung tanpa rezeki, maka bagaimana Allah meninggalkan manusia tanpa rezeki?.

Kisah Perburuan Ibrahim Bin Adam

Kisah ini menuturkan sebab-sebab taubatnya beliau. Pada suatu hari Ibrahim keluar untuk berburu binatang. Disuatu tempat ia berhenti dan bergegas menghamparkan tikar untuk makan. Pada saat dia tengah menikmati makan, tiba-tiba datang seekor burung Gagak yang hinggap di atas tikar tersebut dan mengambil roti dengan paruhnya, lalu burung Gagak itu segera kabur terbang ke angkasa. Ibrahim menjadi heran dan segera menaiki kudanya untuk pergi mengikuti burung gagak itu yang terbang dan menghilang di balik gunung. Akhirnya Ibrahim juga naik ke atas gunung dan melihat ke sekitarnya dan terlihatlah burung Gagak itu dari kejauhan. Ketika di dekati, burung Gagak itu terbang dan di sana terlihat seorang laki-laki dalam keadaan terikat tali dengan posisi tidur memiringkan tubuhnya. Melihat itu Ibrahim segera turun dari kudanya dan buru-buru melepaskan pengikat di tubuh laki-laki itu dan bertanyalah tentang keadaan laki-laki itu. Laki-laki itu segera bercerita, "Sesungguhnya saya adalah seorang pedagang yang dirompak di tengah perjalanan. Seluruh harta yang kubawa habis dirompak. Mereka juga memukuli, mengikatku dan membuangku di tempat ini. Telah tujuh hari aku berada di tempat ini dan setiap hari seekor burung Gagak datang membawa roti. Burung itu hinggap di atas dadaku sambil memecah-mecah roti itu dengan paruhnya, lalu ia masukkan roti itu ke dalam mulutku. Ternyata Allah tidak membiarkan aku kelaparan selama tujuh hari." Segera Ibrahim menaiki kudanya sekaligus membonceng laki-laki itu dan membawanya ke perkemahannya. Ibrahim bertaubat dan kembali kepada Allah. Dia melepaskan baju kebanggannya, membebaskan budak-budaknya dan mewakafkan tanah pekarangannya dan semua harta yang dimilikinya. Ibrahim mengambil tongkat dan berjalan ke kota Mekkah tanpa perbekalan dan tanpa sarana angkutan. Dia tidak memperdulikan rasa lapar sehingga sampai di Ka'bah. Disana Ibrahim menyampaikan rasa syukurnya kepada Allah SWT

Hikmah:

Allah SWT berfirman, "Barang siapa berserah diri kepada Allah maka baginya akan dicukupi oleh Allah. Sesungguhnya Allah SWT adalah Dzat yang menyampaikan perkara manusia dan Allah benar-benar mampu menjadikan segala sesuatu.

RENUNGAN BERSAMA


Sebuah kisah untuk renungan kita bersama.
Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.
Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.
"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.
"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.
"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.
"Fail saya kat depan tu mana?"
"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."
"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.
"Laila&" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.
"Saya nak ke out station minggu depan."
"Lama?" Soal Laila.
"Dalam seminggu."
"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"
"Budak-budak?"
"Ikut jugalah."
"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu&"
"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. " Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.
"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"
"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.. "Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah." "Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
"Awak masak apa?"
"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"
"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.
"Keluar!"
"Mama dah masak Pa!"
"Awak saja makan!"
"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah.." "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?"
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?
Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
"Laila.." serunya
"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti."
Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
"Sunyi pulak rumah ni mak,"
"Lama-lama kau biasalah."
Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.
"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."
"Tak ada lah?"
"Ingat papa ni cop duit?"
Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.
"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.
Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.
"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.
"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan." Ujar Laila perlahan
"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.
Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.
"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!"
"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.
Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.
Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.
"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. "Laila&" "Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi-wangi lagi. Dating ye?"
"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
"Ikut boleh?"
"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
"Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."
"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "
"Papa pesanlah.."
"Nantilah besar sikit." Dalihnya.
"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."
"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"
Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."
"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.
"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.
"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan!" Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. 

Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan,"
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.
Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila, Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.

Moral: Hargai mereka yang berada disisi anda selagi mereka masih ada

Suka Membawa Mulut


'suka membawa mulut'
MOHAMAD SHUHMY SHUIB

SATU sikap yang merosakkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam ialah 'suka membawa mulut', mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang se hingga kisah yang pendek menjadi panjang.

Ia juga disebut menabur fitnah atau 'namimah' iaitu men ceritakan keburukan orang di khalayak ramai dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.

Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua, malah menyebabkan hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan di kalangan masyarakat, sehingga runtuh segala sendi kebahagiaan hidup berma syarakat.

Sikap seperti itu sangat tercela. Ia satu daripada perbuatan dosa besar yang akan mendapat ancaman seksa amat berat di hari pembalasan kelak.

Antara faktor yang menimbulkan fitnah ialah dorongan perasaan iri hati atau dengki terhadap orang lain, ditambah kekurangan iman dan tiada kefahaman mengenai larangan dan kemurkaan Allah, malah hati dan jiwa seseorang yang kotor, lemah tahap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran.
"Adapun orang yang berpenyakit dalam hati mereka, maka surah itu menambahkan kekotoran pada kekotoran yang sedia ada pada mereka; dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir." (at-Taubah:125)
Faktor lain yang mendesak seseorang melakukan fitnah kepada saudaranya ialah kerana ingin mendapatkan kuasa, pengaruh serta kepercayaan orang terhadap diri dan dak waannya, malah ingin menunjukkan dirinya seorang yang lebih baik daripada saudaranya itu.

Islam menasihati umatnya agar melindungi rahsia sau daranya, bukan sengaja mencari kelemahan dan membuka aibnya kepada khalayak, kerana dengan tindakan itu boleh menjatuhkan maruahnya.

Rasulullah s.a.w menegaskan, menyelidiki rahsia dan mem fitnah orang lain yang baik, termasuk ciri orang munafik yang mengaku beriman dengan lidahnya, sedangkan hatinya benci. Mereka di hari kiamat akan dibebani dengan dosa besar di depan Allah.

Hari ini medan menabur fitnah terlalu banyak. Dengan perkembangan teknologi, semakin mudah pula mengadakan berita palsu, fitnah dan segala celaan, dengan cepat tersebar ke seluruh ceruk rantau. Cukup dengan memasukkannya ke dalam Internet atau blog, semudah itulah manusia berbuat dosa dan semudah itu juga umat Islam boleh bersatu dan berpecah belah.

Bagi Muslim sepatutnya perlu bertanggungjawab atas apa yang ditulis, diucap dan disebar, bukannya menulis, bercakap dan menyebarkan berita mengikut sesedap hati tanpa di selidiki, kerana semua itu akan ditanya Allah.
"Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan." (al-Isra:36)
Orang yang menyebarkan fitnah nanti di dalam kubur akan diseksa Allah. Perkara ini dapat dibuktikan melalui kisah yang diceritakan Rasulullah s.a.w.

Suatu ketika Rasulullah s.a.w melalui dua kubur lalu baginda bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya penghuni dua kubur ini diseksa. Keduanya tidak diseksa kerana dosa besar. Adapun seorang daripadanya tidak bersuci daripada ken cingnya dan yang satu lagi suka memfitnah.

Kemudian Rasulullah s.a.w mengambil pelepah kurma yang basah dan memotong dua, lalu dipacakkan pada kedua-dua kubur terbabit sambil berdoa: "Semoga Allah meringankan seksaan atas keduanya."

Allah tidak membenarkan perkara keji, berita palsu ber kembang dalam masyarakat Islam, lebih-lebih lagi jika ia membabitkan kehormatan dan maruah seseorang.
Orang yang suka mengadu domba tidak akan masuk syurga, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba."
Sebagai Muslim, sepatutnya masing-masing menghayati pengertian terhadap 'Islam' yang dianuti dan dijadikan cara hidup, iaitu kesejahteraan.

Agama kesejahteraan bukan hanya menjamin kesejahteraan kepada diri sendiri, malah ia juga memberikan kesejahteraan kepada orang lain, dengan tidak mengata terhadap saudara seagama, tidak menyakiti mereka dan tidak mencabuli hak mereka.

Perbuatan menabur fitnah sebenarnya lebih kejam daripada membunuh, kerana kesan kerosakannya lebih teruk. Jika dengan membunuh, walaupun ia tetap salah, tetapi mang sanya mungkin seorang, tetapi dengan fitnah mungkin mengakibatkan ramai orang dan kesannya berentetan se hingga bertahun-tahun.

Pada zaman nabi dulu pernah berlaku peristiwa fitnah, sebagaimana dialami isteri baginda, Saidatina Aisyah r.a. Beliau dituduh melakukan perbuatan keji dengan Safwan bin al-Ma'athal selepas perang umat Islam dengan Bani Mush thalaq pada tahun kelima hijrah.
Akibat kejadian itu, lebih sebulan Aisyah sakit dan di asingkan Rasulullah sehingga turun ayat yang menegaskan kesucian beliau.

"Sesungguhnya orang yang membawa berita dusta itu golongan daripada kalangan kamu; jangan kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang antara mereka akan beroleh hu kuman sepadan dengan kesalahan dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).
"Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri mereka sendiri, dan sepatutnya mereka berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.

"Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat saksi itu, maka mereka itu pada sisi hukum Allah adalah orang yang dusta.

"Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu.

"Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai penge tahuan mengenainya; dan kamu pula menyangka perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

"Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: Tidakkah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mencengangkan.

"Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini lamanya, jika betul kamu orang yang beriman.

"Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukum-Nya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

"Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk di kalangan orang yang beriman, bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui.

"Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, dan sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan-Nya." (an-Nur: 11-20)

Melalui keterangan itu jelas kepada umat Islam, apabila menerima sesuatu berita hendaklah terlebih dulu diselidiki, lebih-lebih lagi berita yang menyentuh kehormatan se seorang, kerana mungkin dengan penyelidikan itu dapat mengetahui lebih jelas perkara terbabit, sama ada benar atau palsu.

"Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan suatu mu sibah kepada kaum dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." (al-Hujuraat:6)

Cinta sejati sentiasa dibaluti oleh takwa.
Kedua-dua pasangan sentiasa berdoa dan
berusaha supaya tidak tewas oleh godaan
syaitan dan runtuhan nafsu...

Cinta sejati meyakini bahawa orang yang
ALLAH kurniakan menjadi pasangan kita
adalah orang yang terbaik bagi kita,
walaupun ramai orang yang mungkin
lebih baik daripadanya.


Friday, July 3, 2009

KETEGASAN MELAKSANAKAN HUKUM ALLAH


KETEGASAN MELAKSANAKAN HUKUM ALLAH

Khalifah Sayyidina Umar ibnu Khattab terkenal dengan ketegasannya dalam menjalankan hukum-hukum Allah. Dengan sebab ketegasannya itulah, orang merasa segan dan hormat kepadanya. Sayyidina Umar mempunyai beberapa orang anak laki-laki, di antaranya ialah Abdul Rahman bin Umar. Ia juga terkenal dengan panggilan Abu Syahamah. Suatu hari Abu Syahamah diuji oleh Allah dengan satu penyakit yang dideritainya selama kira-kira setahun. Berkat kesabaran dan usahanya akhirnya penyakit tersebut dapat disembuhkan. Sebagai mensyukuri dan tanda gembira terlepas dari ujian Allah ini, Abu Syahamah yang sudah lama tidak keluar rumah itu menghadiri majlis jamuan besar-besaran di sebuah rumah perkampungan Yahudi atas jemputan kawan-kawannya yang juga terdiri daripada kaum Yahudi. Abu Syahamah dan kawan-kawannya berpesta sehingga lupa kepada larangan Allah dengan meminum arak sehingga mabuk. Dalam keadaan mabuk itu, Abu Syahamah pulang melintasi pagar kaum Bani Najjar. Dia ternampak seorang perempuan Bani Najjar sedang berbaring, lalu mendekatinya dengan maksud untuk memperkosa. Apabila perempuan itu mengetahuinya dia berusaha untuk melarikan diri sehingga berjaya mencakar muka dan mengoyakkan baju Abu Syahamah. Malangnya dia tidak berdaya dan berupaya menahan Abu Syahamah yang sudah dikuasai oleh syaitan. Akhirnya terjadilah perkosaan. Akibat perkosaan tersebut perempuan itu hamil. Setelah sampai masanya anak yang dikandung oleh perempuan itu pun lahir, lalu dibawa ke Masjid Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam untuk mengadap Amirul Mukminin bagi mengadukan hal kejadian yang menimpa dirinya. Kebetulan yang menjawat jawatan khalifah pada waktu itu ialah Sayyidina Umar ibnu Khattab. "Wahai Amirul Mukminin, ambillah anak ini kerana engkaulah yang lebih bertanggungjawab untuk memeliharanya daripada aku." Mendengar kenyataan tersebut, Sayyidina Umar merasa terkejut dan hairan. Perempuan itu berkata lagi: "Anak damit ini adalah keturunan darah daging anak tuan yang bernama Abu Syahamah." Sayyidina Umar bertanya: "Dengan jalan halal atau haram?" Perempuan itu dengan berani menjawab: "Ya Amirul Mukminin, Demi Allah yang nyawaku di tanganNya, daripada pihak aku anak ini halal dan daripada pihak Abu Syahamah, anak ini haram." Sayyidina Umar semakin kebingungan dan tidak faham maksud perempuan Bani Najjar ini lalu menyuruh perempuan ini berterus terang. Perempuan itu pun menceritakan kepada Sayyidina Umar peristiwa yang menimpa dirinya sehingga melahirkan anak itu. Sayyidina Umar mendengar pengakuan perempuan itu sehingga menitiskan air mata. Kemudian Sayyidina Umar menegaskan: "Wahai perempuan jariyah (jariyah adalah panggilan budak perempuan bagi orang Arab), ceritakanlah perkara yang sebenarnya supaya aku dapat menghukum perkara kamu ini dengan sebenar-benarnya dan seadil-adilnya. " Perempuan itu menjawab: "Ya Amirul Mukminin, penjelasan apa yang tuan kehendaki daripadaku? Demi Allah!, Sesungguhnya aku tidak berdusta dan aku sanggup bersumpah di hadapan mushaf al-Qur'an." Lalu Sayyidina Umar mengambil mushaf al-Qur'an dan perempuan itu pun bersumpah bermula dari surah al-Baqarah hingga surah Yassiin. Kemudian bertegas lagi: "Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya anak ini adalah dari darah daging anakmu Abu Syahamah." Kemudian Sayyidina Umar berkata: "Wahai jariyah! Demi Allah engkau telah berkata benar." Kemudian beliau berpaling kepada para sahabat, katanya "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, aku berharap kamu semua tetap di sini sehingga aku kembali." Tak lama kemudian Sayyidina Umar datang lagi sambil membawa wang dan kain untuk diberikan kepada perempuan malang itu: "Wahai jariyah, ambillah wang sebanyak tiga puluh dinar dan sepuluh helai kain ini dan halalkanlah perbuatan anakku terhadapmu di dunia ini dan jika masih ada lagi bakinya, maka ambillah sewaktu berhadapan dengan Allah nanti." Perempuan itu pun mengambil wang dan kain yang diberikan oleh Sayyidina Umar lalu pulang ke rumah bersama-sama dengan anaknya. Setelah perempuan itu pulang Sayyidina Umar berkata kepada sahabat-sahabatnya: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, tetaplah kamu di sini sehingga aku kembali." Sayyidina Umar terus pergi menemui anaknya Abu Syahamah yang ketika itu sedang menghadapi hidangan makanan. Setelah mengucap salam dia pun berkata: "Wahai anakku, hampirilah padaku dan marilah kita makan sama-sama. Tidakku sangka inilah hari terakhir bekalanmu untuk kehidupan dunia." Mendengar perkataan ayahnya itu, Abu Syahamah terkejut seraya berkata, "Wahai ayahku, siapakah yang memberitahu bahawa inilah hari terakhir bekalanku untuk kehidupan dunia? Bukankah wahyu itu telah putus setelah wafatnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam." Kata Sayyidina Umar: "Wahai anakku, berkata benarlah sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Dia tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan Dialah Maha Luas Penglihatannya. " Sambung Sayyidina Umar lagi: "Masih ingatkah engkau, hari semasa engkau pergi ke satu majlis di perkampungan Yahudi dan mereka telah memberikan kamu minum arak sehingga kamu mabuk? Kemudian dalam keadaan mabuk kamu pulang melintasi perkampungan Bani Najjar di mana engkau bertemu dengan seorang perempuan lalu memperkosanya? Berkata benarlah anakku, kalau tidak engkau akan binasa." Abu Syahamah mendengar kenyataan ayahnya itu dengan perasaan malu sambil diam membisu. Dengan perlahan beliau membuat pengakuan: "Memang benar aku lakukan hal itu, tapi aku telah menyesal di atas perbuatanku itu." Sayyidina Umar menegaskan: "Tiada guna bagimu menyesal setelah berbuat suatu kerugian. Sesungguhnya engkau adalah anak Amirul Mukminin tiada seorang pun yang berkuasa mengambil tindakan ke atas dirimu, tetapi engkau telah memalukan aku di hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam." Kemudian Sayyidina Umar memegang tangan Abu Syahamah lalu membawa ke tempat para sahabat yang sudah sekian lama menunggu. "Mengapa ayahanda melakukan ini?" Tanya Abu Syahamah. "Kerana aku mahu tunaikan hak Allah semasa di dunia supaya aku dapat lepas daripada dituntut di akhirat kelak," jawab Sayyidina Umar dengan tegas. Abu Syahamah dengan cemas merayu: "Wahai ayahandaku, aku mohon dengan nama Allah, tunaikanlah hak Allah itu di tempat ini, jangan malukan aku di hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam." Jawab Sayyidina Umar: "Engkau telah membuat malu dirimu sendiri dan engkau telah menjatuhkan nama baik ayahmu." Apabila sampai di hadapan para sahabat mereka pun bertanya: "Siapakah di belakangmu wahai Amirul Mukminin?" Jawab Sayyidina Umar: "Wahai sahabatku, sesungguhnya di belakang aku ini adalah anakku sendiri dan dia telah mengaku segala perbuatannya, benarlah perempuan yang menyampaikan khabar tadi." Kemudian Sayyidina Umar memerintah budaknya (hambanya): "Wahai Muflih, pukullah anakku Abu Syahamah, rotanlah dia sehingga dia merasa sakit, jangan kasihani dia, setelah itu kamu aku merdekakan kerana Allah." Muflih agak keberatan untuk melakukannya kerana khuatir tindakannya itu akan memberi mudharat kepada Abu Syahamah, tetapi terpaksa mengalah apabila diperintah oleh Sayyidina Umar. Tatkala dia memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh kali, kedengaranlah Abu Syahamah dalam kesakitan: "Wahai ayahandaku, rasanya seperti api yang menyala pada jasadku." Jawab Sayyidina Umar: "Wahai anakku, jasad ayahmu ini terasa lebih panas dari jasadmu." Kemudian Sayyidina Umar memerintah Muflih memukul sebanyak sepuluh rotan lagi. Berkata Abu Syahamah: "Wahai ayahandaku, tinggalkanlah aku supaya aku dapat mengambil sedikit kesenangan." Jawab sayyidina Umar: "Seandainya ahli neraka dapat menuntut kesenangan, maka aku pasti akan berikan kepadamu kesenangan." Setelah itu Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh rotan lagi. Abu Syahamah merayu: "Wahai ayahandaku aku mohon kepadamu dengan nama Allah, tinggalkanlah aku supaya aku dapat bertaubat." Jawab Sayyidina Umar dengan pilu: "Wahai anakandaku, apabila selesai aku menjalankan hak Allah, jika engkau hendak bertaubat pun maka bertaubatlah dan jika engkau hendak melakukan dosa itu lagi pun maka lakukanlah dan engkau akan dipukul seumpama ini lagi." Selanjutnya Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh kali sebatan lagi. Abu Syahamah terus merayu: "Wahai ayahandaku, dengan nama Allah aku mohon kepadamu berilah aku minum seteguk air." Sayyidina Umar menjawab dengan tegas: "Wahai anakandaku, seandainya ahli neraka dapat meminta air untuk diminum, maka aku akan berikan padamu air minum." Perintah Sayyidina Umar diteruskan dengan meminta Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh rotan. Abu Syahamah mohon dia dikasihani: "Wahai ayahandaku, dengan nama Allah aku mohon kepadamu kasihanilah aku." Sayyidina Umar dengan sayu menjawab: "Wahai anakandaku, kalau aku kasihankan kamu di dunia, maka engkau tidak akan dikasihani di akhirat." Sayyidina Umar selanjutnya memerintahkan Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh kali sebatan. Abu Syahamah dengan nada yang lemah berkata: "Wahai ayahandaku, tak kasihankah ayahanda melihat keadaan aku begini sebelum aku mati?" Sayyidina Umar menjawab: "Wahai anakandaku, aku akan hairan kepadamu sekiranya engkau masih hidup dan jika engkau mati kita akan berjumpa di akhirat nanti." Sayyidina Umar terus memerintahkan Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh rotan. Dalam keadan semakin lemah Abu Syahamah berkata; "Wahai ayahandaku, rasanya seperti sudah sampai ajalku....." Sayyidina Umar dengan perasaan sedih berkata: "Wahai anakandaku, jika engkau bertemu Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, sampaikan salamku kepadanya, katakan bahawa ayahandamu memukul dirimu sehingga kau mati." Di saat yang semakin hiba ini Sayyidina Umar terus menyuruh Abu Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh kali rotan. Setelah itu Abu Syahamah dengan kudrat yang semakin lemah berusaha memohon simpati kepada para hadirin: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, mengapa kamu tidak meminta pada ayahandaku supaya memaafkan aku saja?" Kemudian salah seorang sahabat pun menghampiri Sayyidina Umar dan berkatas: "Wahai Amirul Mukminin, hentikanlah pukulan ke atas anakmu itu dan kasihanilah dia." Sayyidina Umar dengan tegas berkata: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, apakah kamu tidak membaca ayat Allah dalam surah an-Nuur ayat 2 yang tafsirnya: "Jangan kamu dipengaruhi kasihan belas pada keduanya dalam menjalankan hukum Allah." Mendengar penjelasan Sayyidina Umar itu, sahabat Rasulullah pun diam tidak membantah, sementara itu Sayyidina Umar terus memerintah Muflih memukul sepuluh sebatan lagi. Akhirnya Abu Syahamah mengangkat kepala dan mengucapkan salam dengan suara yang sangat kuat sebagai salam perpisahan yang tidak akan berjumpa lagi sehingga hari kiamat. Kemudian berkata Sayyidina Umar: "Wahai Muflih, pukullah lagi sebagai menunaikan hak Allah." Muflih pun meneruskan pukulan untuk ke seratus kalinya. "Wahai Muflih, cukuplah pukulanmu itu," perintah Sayyidina Umar apabila melihat anaknya tidak bergerak lagi. Setelah itu Sayyidina Umar mengisytiharkan: "Wahai sekalian umat Islam, bahawasanya anakku Abu Syahamah telah pergi menemui Allah." Mendengar pengumuman itu ramailah umat Islam datang ke masjid sehingga masjid menjadi sesak. Ada di antara mereka sedih dan terharu, malah ramai yang menangis melihat peristiwa tersebut. Menurut sumber lain, daripada Kitab Sirah Umar bin al-Khattab al-Khalifatul Rasyid umumnya masyarakat berpendapat kematian Abu Syahamah adalah disebabkan oleh pukulan rotan ayahnya sendiri Sayyidina Umar Radhiallah 'Anhu. Setelah selesai jenazah Abu Syahamah dikebumikan, pada malamnya Ibnu Abbas Radhiallahu 'Anhuma bermimpi bertemu dengan Rasulullah Sallalllahu 'Alaihi Wasallam yang wajah baginda seperti bulan purnama, berpakaian putih manakala Abu Syahamah duduk di hadapan baginda dengan berpakaian hijau. Setelah itu Rasululah Sallallahu 'Alaihi Wasallam berkata: "Wahai anak bapa saudaraku, sampaikan salamku pada Umar dan beritahu kerpadanya bahawa Allah telah membalas setiap kebajikannya kerana tidak mencuai-cuaikan hak Allah dan suatu kebahagiaan baginya sebab Allah telah menyediakan baginya beberapa mahligai dan beberapa bilik di dalam Jannatun Na'im. Bahawa sesungguhnya Abu Syahamah telah sampai pada tingkatan orang-orang yang benar di sisi Allah Yang Maha Kuasa.

This e-mail and any attachment are confidential and may be privileged or otherwise protected from disclosure. It is solely intended for the person(s) named above. If you are not the intended recipient, any reading, use, disclosure, copying or distribution of all or parts of this e-mail or associated attachments is strictly prohibited. If you are not an intended recipient, please notify the sender immediately by replying to this message or by telephone and delete this email and any attachments permanently from your system.