Doaku tidak
berbalas...Kisah sedih.
Assalamualaikum semua…post ni
merupakan satu cerita yang sedih..ya..kasih ibu amat besar..lebih besar
daripada segalanya, lebih berharga daripada nilai permata lebih beharga gaji
yang kita perolehi..tetapi mengapa kita perlu jadi sedemikian rupa…bacalah
dengan teliti cerita ini…hargailah mereka selagi kita masih ada…
Pada suatu hari, seorang pemuda
yang bernama Faizal terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi
di sebatang jalan raya.
Akibat daripada kemalangan itu
dia cedera parah. Kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai.
Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan
menjangkakan dia tidak ada harapan lagi untuk hidup. Ibunya, Jamilah segera
dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya.
Hampir pengsan Mak Milah
mendengar berita tentang anaknya itu. Dia segera bergegas ke hospital tempat
anaknya dimasukkan.Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya. Walaupun
telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan,
Mak Milah tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya
itu selamat.
Hari berganti minggu, minggu
berganti bulan, keadaan Faizal tidak banyak berubah. Saban hari Mak Milah akan
datang menjenguk anaknya itu tanpa jemu. Saban malam pula Mak Milah bangun
untuk menunaikan solat malam bertahajjud kepada Allah memohon keselamatan
anaknya. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Mak Milah
merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah.
Ini adalah antara doa Mak Milah
untuk anaknya itu ;
”Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah
aku dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku
yang Engkau kurniakan kepadaku, aku suapkan ke dalam mulutnya. Ya Allah, aku
pasrah dengan apa jua keputusan-Mu! Aku redho dengan qada’ dan qadar Mu yaa
Allah.”
”Yaa Allah, dengan air mataku
ini, aku bermohon kepadaMu, Engkau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau
cabut nyawanya. Aku sangat sayang kepadanya. Aku sangat rindu kepadanya. Susah
rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini. Terngiang-ngiang suaranya
kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya.”
“Ya Allah, tidak ada Tuhan melainkan hanya
Engkau saja. Tunjukkanlah kuasa Mu ya Allah. Aku reda kalau anggota badanku
dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna kembali.”
“Ya Allah, aku redho nyawaku Engkau ambil
sebagai ganti asalkan Engkau hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah yang Maha
segala hal, berkat kebesaran Mu ya Allah, terimalah doaku ini….aamiin”.
Keyakinan Mak Milah terhadap
kuasa Ilahi sangat kuat walaupun tubuh badan anaknya hancur cedera dan
dikatakan sudah tiada ada harapan lagi untuk hidup. Namun, Allah benar-benar
mahu menunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya.
Setelah 5 bulan terlantar,
akhirnya Faizal menampakkan tanda-tanda kesembuhan dan akhirnya dia sembuh
sepenuhnya. Berkat doa seorang ibu yang ikhlas.
Faizal dapat meneruskan hidupnya
hingga berumahtangga dan beranak-pinak. Ibunya, Mak Milah semakin hari semakin
tua dan uzur.
Suatu hari, Mak Milah yang
berusia hampir 75 tahun jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Pada mulanya,
Faizal masih melawat dan menjaga ibunya di hospital. Tetapi semakin hari
semakin jarang dia datang menjenguk ibunya hinggalah pada suatu hari pihak
hospital menghubunginya untuk memberitahu keadaan ibunya yang semakin teruk.
Faizal segera bergegas ke
hospital. Di situ, Faizal dapati keadaan ibunya semakin lemah. Nafas ibunya
turun naik. Doktor memberitahu bahawa ibunya sudah tidak ada masa yang lama
untuk hidup. Ibunya akan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bila-bila
masa saja.
Melihat keadaan ibunya yang
sedemikian dan kononnya beranggapan ibunya sedang terseksa, lantas Faizal terus
menadah tangan dan berdoa seperti ini;
“ Yaa Allah, seandainya mati lebih baik untuk
ibu, maka Engkau matikanlah ibuku! Aku tidak sanggup melihat penderitaannya.
Yaa Allah, aku akan redho dengan pemergiannya…Aamin.”
Begitulah bezanya doa ibu
terhadap anak dan doa anak terhadap orang tuanya. Apabila anak sakit, walau
seteruk mana sekalipun, walau badan hancur sekalipun, walau anak tinggal
nyawa-nyawa ikan sekalipun, namun ibu bapa akan tetap mendoakan semoga anaknya
diselamatkan dan dipanjangkan umur.
Tetapi anak-anak yang dikatakan
‘baik’ pada hari ini akan mendoakan agar ibu atau bapanya yang sakit agar
segera diambil oleh ALLAH, padahal ibu bapa itu baru saja sakit. Mereka meminta
pada Allah agar segera mematikan ibu atau bapanya kerana kononnya sudah tidak
tahan melihat ‘penderitaan’ ibu bapanya.
Anda bagaimana? Apa doa anda
untuk ibu bapa anda?
- See more at:
http://adminskss.blogspot.com/#sthash.2O9fM9qX.dpuf
No comments:
Post a Comment