Tuesday, September 9, 2014

PEMBUANGAN BAYI

PEMBUANGAN BAYI

1.0 PENGENALAN
Isu Pembuangan bayi yang semakin hari semakin banyak dilaporkan di dada akhbar dan paling menyayat hati terdapat bayi yang tidak berdosa bukan saja dibuang, malah dibakar. Menurut pandangan Anitayahya (2007), pengguguran dan pembuangan bayi membawa maksud penamatan proses kehamilan sebelum cukup bulan (sembilan bulan untuk manusia) yang mengakibatkan kemusnahan janin. Pandangan yang diberikan oleh saudari Anitayahya ini membuktikan bahawa pembuangan bayi ini merupakan satu jenayah yang boleh dianggap sebagai jenayah berat dan teruk. Selain itu, definisi dari saudari Anitayahya turut memaparkan kesan negatif kepada ibu sekiranya proses kelahiran dalam melahirkananak tidak mengikut kaedah yang betul. Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, halaman 208, perkataan buang bermaksud mencampakkan, melemparkan, menghapuskan, dan menghilangkan. Perkataan bayi bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan oleh si ibu. Manakala, makna pembuangan bayipula adalah perbuatan mencampakkan atau menghapuskan anak kecil yang tidak berdosa kemerata-rata tempat tanpa ada sifat berperikemanusiaan.
Definisi yang ditakrifkan dalam kamus Dewan ini menjurus ke arah menerangkan makna pembuangan bayi yang lebih jelas.Maksud yang diberikan ini mampu memberi lebih kefahaman kepada pembaca untuk mengetahui lebih mendalam tentang masalah pembuangan bayi ini. Akta yang terlibat didalam kes pembuangan bayi ialah Di bawah Akta Kanak-kanak 2001 (Child Act) Bab 3 Kesalahan Berhubung Dengan Kesihatan Dan Kebajikan Kanak –Kanak. Seksyen 31 iaitu penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak. Di Malaysia, kes pembuangan bayi dilihat berlaku semakin menjadi-jadi. Dianggarkan bagi tempoh 2008 hingga 2009, sebanyak 181 kes pembuangan bayi dilaporkan di Malaysia, manakala 60 kes direkodkan sejak awal tahun 2010 hingga 12/8/2010.
Malah masalah ini darihari ke hari semakin bertambah di negara tersebut. Berikutan itu, Kabinet Malaysia telah memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat. Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun. Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum denda maksimum RM 20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
2.0 FAKTOR-FAKTOR PEMBUANGAN BAYI
Pada zaman abad ke 21 ini, Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun dan bersedia dalam menongkah arus pemodenan dan globalisasi. Kini, namaMalaysia begitu terkenal di mata dunia. Namun begitu, di sebalik kegemilangan ini, masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit sosial yang sudah lama bersarang dalam kalangan masyarakat Malaysia, iaitu masalah pembuangan bayi. Biasanya, golongan remajayang sering terlibat dalam kes pembuangan bayi di Malaysia. Di bawah ada beberapa factor pembuangan bayi :
2.1 Kurang Didikan dan Kefahaman Agama
Faktor utama berlakunya permasalahan ini ialah kurangnya didikan dan kefahaman agama. Kekurangan didikan agama yang merupakan panduan dan pedoman hidup remaja telah menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan dan seterusnya terlibat dalam gejala-gejala negatif seperti pergaulan bebas dan sebagainya. Remaja yang melibatkan diridalam gejala pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sudah semestinya menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini telah menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum ada ikatan yang sah. Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama tidak teragak-agak untuk membuang dan meninggalkan anak mereka selepas dilahirkan. Lebih teruk lagi, ada segelintir remaja membunuh dan membakar bayi yang mereka lahirkan semata-mata mahu menghilangkan bukti hasil hubungan sulit mereka. Sikap negatif mereka ini telah menimbulkan seribu tanda tanya kepada masyarakat tentang kewibawaan mereka dalam memacu Malaysia ke arah pemodenan pada masa hadapan.
2.2 Pengaruh Rakan Sebaya
Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah kes pembuangan bayi dalam kalangan remaja berlaku. Rakan-rakan yang negatif tidak teragak-agak mengajak remaja untuk melakukan perkara-perkara di luar batasan agama dan norma masyarakatseperti pergi ke tempat hiburan, menghisap dadah, melepak, melakukan pergaulan bebasantara lelaki dan perempuan, dan sebagainya. Remaja yang terjerumus dalam kancah-kancah negatif tersebut, tanpa segan silu melakukan hubungan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan yang terdesak, mereka terpaksa membuang bayi mereka demi mengelakkan maruah diri dan keluargatercemar.
2.3 Sikap Masyarakat
Di samping itu, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum turutmenyebabkan masalah pembuangan bayi ini berlaku. Apabila seseorang remaja perempuan melahirkan anak luar nikah, sudah pastinya masyarakat setempat menghina dan memandang serong padanya. Secara tidak langsung, remaja perempuan itu juga pastinya dianggapmenjatuhkan maruah keluarganya. Remaja perempuan berasa tertekan dengan bebanan yang ditanggung seorang diri tanpa sokongan daripada pelbagai pihak. Demi menjaga imej sendiridan juga keluarga, remaja tersebut mengambil jalan mudah dengan membuang bayinya ekoran bimbang dipandang jijik dan hina oleh masyarakat. Jalan mudah yang diambil mereka membuktikan bahawa mereka memerlukan bimbingan dan sokongan daripada masyarakat untuk menyelesaikan masalah yang mereka alami.
3.0 KESAN MASALAH PEMBUANGAN BAYI
Pembuangan bayi pada hari ini telah memberi kesan dan impak yang begitu besardalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama dan penting negara pada masa hadapan, memainkan peranan yng besar dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu cara terbaik untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Kesan-kesan pembuangan bayi boleh diklasifikasikan kepada beberapa bahagian seperti kesan kepada bayi, ibu yang melahirkan, keluarga remaja perempuan yang terlibat dalam pembuangan bayi, kesan kepada masyarakatdan juga kesan kepada negara itu sendiri.
3.1 Kesan kepada Bayi
Bayi merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga kepada pasangan suami isteri tetapi, bayi juga menjadi bebanan kepada pasangan-pasangan kekasih yang telah terlanjur dantidak bersedia untuk memikul tanggungjawab di usia yang masih mentah, yakni usia remaja.Akibat daripada hilangnya sifat kemanusiaan dalam diri, bayi-bayi telah menjadi mangsa dan kesannya, semua bayi ini hidup tidak mengenali dan mendapat kasih sayang daripada ibubapa kandung mereka. Bayi-bayi ini juga terpaksa memikul gelaran anak luar nikahsepanjang hidup mereka walaupun mereka menjadi mangsa keadaan dalam masalah ini. Tambahan lagi, bayi-bayi ini masih kecil lagi dan tidak mengerti apa yang sedang berlaku kepada mereka. Apa yang lebih teruk lagi, mereka dibuang tempat-tempat yang terpencil dan jauh daripada pandangan masyarakat sehingga menyebabkan bayi-bayi yang tidak berdosa ini meninggal dunia. Sebagai contoh, baru-baru ini di Melaka, seorang bayi lelaki dijumpai mati dalam keadaan yang sungguh menyayat hati. Mengikut sumber dari pengarang utusan Malaysia, Rizanizam Abdul Hamid (2010), mayat bayi itu ditanam berhampiran Sungai Melaka selepasdikatakan meninggal dunia di Taman Melaka Baru, Batu Berendam. Apa yang lebih mengejutkan lagi, bayi tersebut adalah anak kepada pasangan remaja yang baru berusia 15dan 19 tahun. Siasatan polis mendapati bayi lelaki yang cukup sifat itu masih hidup ketika dilahirkan selain terdapat beberapa kesan lebam di bahagian kepala. Kejadian seperti ini cukup jelas membuktikan betapa kejamnya insan yang bergelar remaja yang tidak tahu menghargai pemberian dari Tuhan.
3.3 Kesan kepada Ibu Bayi
Kesan yang kedua pula adalah kesan kepada ibu bayi berkenaan atau lebih tepat lagipesalah. Hal ini kerana, sewaktu pesalah melahirkan anak, mereka tidak berada dalamkeadaan dan situasi yang selesa dan mengizinkan. Tanpa persediaan yang rapi, pesalah ini pastinya mengalami jangkitan kuman yang serius, kecederaan semasa melahirkan anak, dan juga kehilangan darah yang banyak. Majoritinya, mereka melahirkan anak dengan menggunakan kudrat sendiri tanpa pertolongan daripada pihak hospital dan pihak lain. Selain itu, pesalah juga sudah semestinya mengalami pelbagai masalah dalam diri seperti kemurungan, hilang keyakinan diri, dan juga masalah emosi. Hal ini akibat daripada perbuatan mereka sendiri yang sememangnya salah dari segi undang-undang, agama, dan negara.
3.4 Kesan kepada Institusi
Di samping itu, akibat daripada pembuangan bayi juga, berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan. Apabila institusi sesebuah keluarga itu runtuh, keharmoniaan dalam kekeluargaan juga turut terkena tempiasnya. Hal ini disebabkan, ibu bapa berasa malu mempunyai anak yang sebegitu rupa tingkah lakunya. Mereka menganggap anak seperti ini telah menconteng arang ke muka mereka. Apa yang mereka bimbangkan adalah jiran sekeliling mereka yang pastinya memandang serong dan negatif dengan keluarga mereka. Disebabkan masalah pembuangan bayi juga, masalah penceraian berlaku. Ibu bapa remaja yang terlibat dengan perbuatan yang tidak bermoral ini bergaduh dan menyalahkan sesame sendiri kerana tidak pandai mendidik dan memelihara anak sehingga anak-anak yang lain terpaksa menanggung akibatnya. Sebagai ibu bapa, janganlah terus menyalahkan anak-anak mereka tetapi membantu dengan memberi sokongan dan panduan untuk meneruskan hidup.
3.5 Kesan kepada Masyarakat
Kesan yang seterusnya adalah kepada masyarakat. Kes pembuangan bayi yang berlaku telah menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Mereka pastinya berasa malu dan kecewa dengan apa yang berlaku. Sudah semestinya remaja dipersalahkan dalam kes ini kerana biasanya, remaja merupakan golongan terbesar melibatkan diri dalam kegiatan ini.“Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Peribahasa ini bertepatan sekali dengan situasi yang berlaku ini. Masyarakat telah menerima akibatnya hasil daripada kegiatan tidak bermoral ini dan secara tidak langsung telah menimbulkan persepsi orang luar tentangkredibiliti masyarakat setempat dalam membendung kes-kes seperti daripada berlaku.
4.0 CADANGAN DAN LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
Perbuatan membuang bayi di merata-rata tempat adalah satu jenayah yang amat zalim dan keji serta lebih hina tarafnya daripada haiwan. Malah haiwan lebih baik daripada itu kerana mengasihani dan memelihara anak dan sanggup mati demi keselamatan dan nyawa anak-anak. Inilah kesannya apabila rohani seseorang tidak diisi dengan ajaran agama. Langkah yang lebih berkesan perlu diambil oleh semua pihak untuk membendung gejala sosial itu agar tidak ada lagi anak-anak luar nikah yang dilahirkan terbiar dan tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya.
4.1 Peranan Ibu Bapa
Bagi mengatasi masalah ini dari terus berpanjangan, para ibu bapa seharusnyamemberi perhatian, kasih sayang dan bimbingan yang penuh kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Manusia perlu memenuhi keperluan peringkat asas atau keperluan hayat atau fisiologi terlebih dahulu sebelum timbul keperluan peringkat berikutnyaiaitu keperluan keselamatan. Seterusnya, keperluan kasih sayang dan diikuti pada peringkat berikutnya, keperluan peringkat kendiri. Peringkat yang terakhir adalah sempurna kendiri.Berdasarkan teori ini kasih sayang diletakkan pada peringkat ketiga di mana memberi gambaran bahawa penghargaan dan kasih sayang sangat penting kepada manusia lebih-lebih lagi diperingkat remaja. Sekiranya ibu bapa kurang atau tidak memberi kasih sayang yang  secukupnya maka anak-anak akan mencari kasih sayang tersebut dari orang lain seperti rakan sebaya. Oleh itu, ibu bapa mestilah memainkan peranan yang penting dalam membentuk sahsiah diri anak-anak mereka supaya tidak terjerumus ke lembah maksiat seperti seks rambang, pergaulan bebas, dan sebagainya.
4.2 Peranan Sekolah
Selain itu, pihak sekolah juga memainkan peranan dalam mencorak sahsiah peribadi remaja daripada terjebak dengan gejala ini. Menurut pandangan Karen Yong (2006), dalam penulisannya yang bertajuk „masalah sosial tiada penghujungnya‟, pihak pentadbiran sekolah perlu mewujudkan Sekolah Bebas Gejala Sosial dengan mengadakan pendidikan secara komprehensif melalui kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah/IPT, intervensi, latihan gurudan penglibatan ibubapa. Pendidikan ini adalah elemen penting dalam strategi pencegahandan sekolah merupakan institusi penting bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang bebasdari gejala sosial. Kementerian Pelajaran telah diberi tanggungjawab bagi mengenalpasti, merancang dan melaksanakan segala program dan aktiviti tindakan berhubung dengan pendidikan pencegahan masalah sosial di peringkat sekolah, Institusi Latihan Guru dan IPTuntuk mewujudkan pemikiran generasi muda supaya menjauhi gejala sosial, menyediakan alternatif-alternatif berfaedah yang dapat mencegah daripada terlibat dengan gejala sosial danmewujudkan suasana sekitar yang menjadikan masalah sosial itu dibenci dan jijik (Khoo KayKim dan Alias Mohammed 1937).
4.3 Pencegahan sebelum berlaku
Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan mencegah seseorang daripada terlibat dengan gejala yang tidak sihat seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, dan sebagainya. Walaupun gejala ini bermula dengan masalah individu tetapi jika tidak dibendung ianya akan memberi kesan yang mendalam kepada keseluruhanmasyarakat sekitarnya. Masalah pembuangan bayi boleh diklasifikasikan sebagai salah satu jenayah yang paling kritikal di Malaysia. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah bekerjasama dalam mewujudkan kesedaran tentang kesan dan bahaya pembuangan bayi.
Di samping itu, mereka juga perlu merangsang penglibatan seluruh masyarakat setempatdalam usaha memerangi masalah pembuangan bayi yang semakin meruncing ini. Setiap individu, keluarga dan masyarakat di satu-satu kawasan perlu bekerjasama dan mempunyai peranan dalam pencegahan gejala ini dan memastikan kawasan mereka bersih daripada gejala sosial ini. Pemimpin-pemimpin masyarakat setempat juga perlu tampil ke hadapan bagimembantu kerajaan dalam melaksanakan program-program seperti pencegahan pergaulan bebas di kawasan mereka. Strategi jangka panjang ini juga untuk mewujudkan kesedarankepada semua lapisan masyarakat bahawa pergaulan bebas membawa mudarat kepada diri,keluarga dan masyarakat.
4.4 Bantuan kepada ibu-ibu yang hamil luar nikah
Akhir sekali, anak-anak remaja yang hamil luar nikah mestilah dibantu bagi menjalanipemulihan yang bukan sahaja menyediakan bantuan menjaga ketika mereka hamil tetapi yangpaling utama ialah membina kekuatan dalaman serta rohaniah. Hal ini penting bagi menjaminkesihatan si ibu dan juga anak yang bakal dilahirkan. Sekiranya penjagaan rapi dibuat, gejalapembuangan bayi mungkin dapat dikurangkan walaupun tidak sepenuhnya. Semua pihakdigesa agar turut serta dalam memberi bimbingan dan bantuan kepada kaum lelaki dalam usaha mendidik golongan tersebut untuk tidak mengambil kesempatan terhadap wanita.
5.0 STATISTIK PEMBUANGAN BAYI
Statistik pembungan bayi juga menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun ketahun dan bukanlah sesuatu yang boleh di banggakan bagi Malaysia sebagai sebuah Negara islam. Statistik dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati purata tiga bayi dibuang setiap dua minggu di negara ini sepanjang 2007 hingga April lalu, membabitkan 312 kes.Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Mohamed Fadzil Che Din, berkata perangkaan itumungkin lebih tinggi kerana ia yang disenaraikan itu hanyalah kes yang dilaporkan kepadaJKM. Kemudian, Statistik kes pembuangan bayi dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM)pula menunjukkan 396 kes dicatatkan dari 2005 hingga tahun lalu. Ia menunjukkan trendpeningkatan walaupun ada penurunan pada 2007. Sebanyak 67 kes dilaporkan pada 2005, 83kes (2006) yang menurun kepada 65 kes pada 2007, 102 kes (2008) dan 79 kes (2009). Sebilangan besar individu yang terbabit dalam kes pembuangan bayi berusia antara 18 hingga25 tahun, 20 kes membabitkan individu berusia bawah 18 tahun, 33 dilakukan individu 25tahun ke atas, manakala 403 individu lagi gagal dikesan peringkat umur mereka.
Daripada jumlah 396 kes itu, 137 kes membabitkan pembuangan bayi lelaki, 102 bayi perempuan dan selebihnya tidak diketahui jantina. Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi 2000 hingga 2008 pula,257,000 kanak-kanak didaftarkan tidak mempunyai nama bapa. Lebih menyedihkan bagitempoh 1999 hingga 2003 saja, 44 peratus anak yang tidak mempunyai nama bapa adalah anak orang Islam iaitu 30,978 daripada 70,430 kanak-kanak yang didaftarkan. Dalam perkembangan berkaitan Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi dan Pakar Runding KananHKL, Datuk Dr J Ravindran, berkata kes wanita melahirkan anak luar nikah di hospital terbabit mencatatkan peningkatan pada tahun ini berbanding tahun lalu. “Tahun lalu 392wanita melahirkan anak luar nikah. Daripada itu, 62 adalah berumur bawah 18 tahun. Pada tahun ini terdapat penambahan kes iaitu sehingga bulan Julai, terdapat 301 kes termasuk 34kes bawah umur 18 tahun,”
6.0 KESIMPULAN
Setelah meneliti dan mengkaji tentang permasalahan pembuangan bayi, terdapat banyak aspek yang boleh dikaitkan dengan masalah ini seperti punca-punca masalah, kesan-kesan daripada masalah, dan langkah-langkah mengatasi. Antara punca-punca masalah pembuangan bayi adalah kurangnya didikan agama dalam diri, terpengaruh dengan rakan sebaya yang mempunyai moral yang negatif, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum individu yang terlibat tanpa usul periksa, dan sikap remaja yang suka mencuba sesuatu yang baru.
Semua punca ini membuktikan betapa ampuhnya jati diri seseorang dalam meneruskan kehidupan yang penuh cabaran ini. Selain itu, kesan-kesan daripada permasalahan ini juga patut dititikberatkan. Hal inikerana, melihat kepada kesan-kesan yang diperhatikan, pastinya negara Malaysia tidak mampu untuk terus bersaing dengan negara lain disebabkan golongan remaja terus hanyut dengan masalah sosial ini. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti berlaku sekiranyaremaja pada hari ini tidak tahu cara untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka sendiri.
Antara kesan-kesan pembuangan bayi adalah seperti kesan kepada bayi yangdibuang, kesan kepada ibu yang melahirkan, kesan kepada institusi kekeluargaan, dan juga kesan kepada masyarakat. Akta yang terlibat juga sudah menerangkan bahawasanya telah diperuntukkan dibawah akta yang terlibat didalam kes pembuangan bayi ialah Di bawah Akta Kanak-kanak2001 (Child Act) - Akta 611 seksyen 31. Berikutan itu, Kabinet Malaysia telah memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikanperbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat.
Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun. Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum denda maksimum RM 20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kesimpulan yang dapat dibuat mengenai kes pembuangan bayi ini ialah semua pihak haruslah bekerjasama untuk menangani masalah ini. Jika salah satu pihak tidak mengambil tahu, masalah pembuangan bayi ini akan terus menjadi semakin serius.
7.0 RUJUKAN
INTERNET Wikipedia (2011). Hukuman mati di Malaysia. Diperoleh daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Hukuman_mati_di_Malaysia.Berita Harian (2010). Tangani kes pembuangan bayi. Diperoleh daripada http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tanganikesbuangbayi/ArticleRohaniza Idris dan Umi Nadirah Abdul Rahman (2010). Empat lagi kes buang bayi. Diperoleh daripada http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Empatlagikesbuangbayi/ArticleAnitayahya. 2007. Pengguguran dan Pembuangan Bayi: Definisi pembuangan bayi. Diperoleh daripada http://pengguguranbayi.blogspot.com/Abdul Halim Abdullah. 2010. Koleksi Berita Buang Bayi: Remaja Tanam Bayi. Diperoleh daripada http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/mayat-bayi-ditemui/BUKUKamus Dewan Edisi 4. 2005. Edisi baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Khoo Kay Kim dan Alias Mohammed. 1937. Masalah Sosial Dan Politik Di Malaysia. Kuala Lumpur: Gateway.Karen Yong (2006), dalam penulisannya yang bertajuk MASALAH SOSIAL TIADAPENGHUJUNGNYASURAT KHABARRizanizam Abdul Hamid. 2010. Remaja Tanam Bayi. Utusan Malaysia, 17 Mei: 17. 10


No comments: