BAB 1 – PENGENALAN KAUNSELING
Definisi kaunseling.
Satu perbincangan antara kaunselor terlatih dgn individu atau kelompok kecil yg mengalami kekeliruan dan memerlukan bantuan,bersama-sama memikirkan dan meneliti bbrp alternatif utk mengatasi sesuatu kecelaruan dan seterusnya melaksanakan alternatif yg dipilih.” Perbezaan antara kaunseling dan psikoterapi.
- Kaunseling – lebih menumpukan perhatian kpd membantu individu mengatasi kebuntuan,kekusutan fikiran utk meneruskan kehidupan yg lebih tenteram.
- Psikoterapi – lebih memberi penekanan kpd pemulihan ‘penyakit mental’.
Matlamat kaunseling
- Mengubah tingkah laku kpd kehidupan yg lebih produktif/memuaskan.Con: Ali suka lumba haram motosikal di jln raya.Kaunseling boleh membantunya mengubah tingkah laku yg bahaya ini spt menggalakkan minat Ali spy berlumba di litar lumba motosikal.
- Memulakan dan meneruskan hubungan positif. Cth:Lina rasa diabaikan suaminya.Dia marah dan kecewa. Kaunseling boleh membantu Lina berkomunikasi dgn suaminya perasaannya tanpa mengeruhkan keadaan dan mencapai penyelesaian.
- Mengurus kendiri dgn efaktif apb dlm kesulitan Cth: Koh kehilangan ibunya.Pelajarannya tergugat.Kaunseling boleh membantu Koh menerima kehilangannya dan mengurus pembelajarannya.
- Membuat keputusan Rasional.Cth:Devi tidak tahu bidang pengkhususan mana patut diambil di peringkat universiti. Kaunseling boleh membantu Devi dgn mengenali diri dan minatnya.
- Bantu Klien Berkembang secara positif dan mencapai potensi/minat. Cth Man minat melukis. Ibu bapaya suruh masuk aliran sains yg dia tak minat. Kaunseling boleh bantu capai resolusi man dan ibu bapanya.
Peranan Kaunselor ( Aspek tempat dan situasi)
- Sekolah – membantu pelajar membuat pemilihan kerjaya yg sesuai utk mereka.
- Penjara – Membantu pemulihan ahli dan proses mengintegrasikan mrk semula dgn masyarakat.
- Hospital – membantu keluarga yg kehilangan ahlinya menghadapi dan menerima kehilangan.
- Pejabat Agama Islam – membantu suami isteri yg mengalami masalah r.tangga.
- Pejabat Kerajaan – Membantu pekerja yg stress atau menghadapi masalah burn out.
- Gereja – membantu mrk yg menghadapi masalah peribadi spt masalah dgn ibu bapa.
Peranan Kaunselor (Aspek Individu)
- Kesihatan fizikal – bantu individu jaga kesihatan.amalkan tabiat yg positif.mengamalkan gaya hidup yg sihat.
- Keperluan sosial – hubungan keluarga,persekitaran tempat kerja,persahabatan dan kegiatan lain yg menghubungkan individu tersebut dgn orang lain.
- Kesihatan mental – kaunselor perlu rangsang pemikiran klien spy lebih kreatif dlm menyelesaikan masalah.
- Keperluan emosi – tingkatkan kesejahteraan emosi klien spy ia dpt menyatakan masalah dan perasaannya terhadap kehidupannya.
- Keperluan kerohanian – perlu krn skrg manusia bertindak berlandaskan sesuatu kepercayaan dan ajaran agamanya.
Ciri-ciri Kaunselor.
Ciri Kepentingan Percaya Klien unik dan berharga Membolehkan klien menaruh harapan dan mula percaya kepada kaunselor. Percaya Klien boleh berubah Membolehkan kaunselor meneruskan proses kaunseling jika ada penghujung di mana klien akan berubah dan boleh dibantu. Faham bagmna indiv efektif berfungsi M’bolehkan kaunselor mengetahui klien berjaya mencapai tahap perfungsian sbg individu yg efektif berfungsi & mblhkn proses kaunseling dihentikan.
Ada pengetahuan untuk membantu Membolehkan kaunselor tahu strategi mana yg sesuai digunakan utk membantu klien Ada kesanggupan Melibat diri Membolehkan klien percaya yg kaunselor benar-benar menumpukan sepenuh perhatian kpdnya dan masalah yg dihadapinya Mengenali diri sendiri Membolehkan kaunselor menjadi model kpd kliennya Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
- Pengajaran dan latihan – menyebarkan maklumat dan melatih kemahiran. Cth ceramah AIDS
- Kaunseling – membantu mencapai penyelesaian klien. Cth Pemulihan Dadah
- Pengambilan ujian – ujian IQ (kecerdasan),ujian EQ (ujian emosi dan ujian personaliti)
Kaunseling kelompok.
Antara tiga atau lebih individu.Penggunaan interaksi kelompok utk memfasiliti pemahaman kendiri dan memfasiliti perubahan tingkah laku individu. Jenis-jenis kelompok.
- Kelompok Bimbingan.Contoh-contoh tajuk yg diperbincangkan: masalah social (bahaya dadah);pengurusan masa.;kemahiran belajar;pemilihan kerjaya.;persediaan peperiksaan.
- Kelompok Kaunseling – lima hingga sepuluh orang.Berbincang sesama ahli dgn penyeliaan kaunselor.
- Kelompok lain – kelompok terapi,kelompok sensitivity,kelompok – T.
Kelebihan Kaunseling Kelompok.
- Sangat praktik- Tugas kaunselor banyak. Jimat masa-Selesaikan masalah yg sama secara kelompok.
- Berkaitan dgn jenis masalah yg dihadapi klien- Masalah interpersonal- lebih percaya rakan sebaya.
- Klien mempunyai peluang mencuba tingkah laku baru dlm keadaan selamat dgn sokongan ahli-ahli lain.
- Klien akan merasa kurang tertekan apb mengetahui org lain juga mempunyai masalah yg sama.
Unsur-unsur terapeutik dlm kaunseling kelompok.
- memberi harapan kpd klien.
- perasaan selamat dan mendapat sokongan.
- kesatuan antara ahli-ahli.
- mempelajari sesuatu dari ahli lain.
- pembelajaran interpersonal (perorangan)
Prinsip Kerahsiaan dlm Kaunseling.
- Tanggungjawab kaunselor menjaga kerahsiaan kliennya bkn muktamad.Dlm situasi tertentu boleh dedahkan.
- Kerahsiaan dipelihara sekiranya tdk menggugat hak individu lain atau org ramai.
- Kerahsiaan sesuatu yg tlh diketahui umum - kaunselor tdk terikat dgn kerahsiaan lagi.
Kepentingan Kerahsiaan (1) Klien rasa selesa dan selamat meluah perasaan (2) Klien boleh harapkan kaunselor dan menaruh kepercayan Situasi pengecualian kerahsiaan. (1) Klien membahayakan diri dan org lain. (2) Klien sendiri meminta maklumat ttg dirinya didedahkan. (3)Mahkamah meminta maklumat didedahkan. (4)Kaunselor mencurigai klien spt ada penderaan berlaku.
BAB 2 – PROSES KAUNSELING
Tahap Kaunseling.
(1) Tahap membina hubungan- tahap membina asas yg kukuh utk mewujudkan satu perkongsian bekerjasama.
- Mewujudkan suasana yg menggalakkan interaksi.
- Menentukan matlamat awal kaunseling.
- Menstruktur hubungan.;kefahaman ttg proses kaunseling; penjelasan peranan klien, kaunselor dan matlamat.; Aspek kerahsiaan klien.
- Membina kepercayaan.
(2) Tahap penerokaan – tahap memahami bgmn klien mempersepsikan masalahnya.
- Meneroka Skop masalah.
- Analisis aras perkongsian klien.
- Analisis Pola sejarah klien- Adakah pernah alami; Adakah resolusi sama.
- Mengenalpasti kekuatan dalaman klien
(3) Tahap membuat keputusan – thp membentuk satu matlamat utk klien.Strategi dan arah mana nak bawa klien. Persetujuan;
- matlamat mesti dipersetujui bersama
- setuju dgn pendekatan dan strategi diguna.
(4) Tahap pelaksanaan- thp di mana kaunselor berusaha menurunkan aras kerisauan klien, atau menyelesaikan masalahnya. Faktor yg mempengaruhi keberkesanan kaunseling:
- Pengaruh org yg terdekat cth ; suami
- Sumber bantuan lain cth: kebajikan masyarakat
- Penyediaan risalah –Maklumat AIDS
(5) Tahap menamatkan sesi kaunseling- thp kaunselor membuat rumusan apa yg tlh berlaku dlm sesi kaunseling dan kesannya.Tiga perkara yg mesti dicapai:
- kemajuan selama menjalankan kaunseling selama ini mesti dirumuskan kpd tiga kesan-kesannya.
- Isu-isu yg mesti diselesaikan pd masa ini hendaklah dikemukakan.
- Memikirkan cara-cara mengekalkan pertumbuhan klien setelah ditamatkan kaunseling. Klien yang enggan bekerjasama. (Dirujuk kpd kaunselor tanpa kerelaan mereka)
(1) Klien yang degil dan tidak komited. Sebab-sebab klien degil tapi komited dan tidak mahu membuat perubahan ialah kemungkinan klien:
- takut utk mengetahui diri dgn mendalam dan mengetahui kelemahan dan keburukan diri sendiri.
- Takut utk membuat perubahan.Sesuatu yg diketahui adalah selesa dan selamat dr sesuatu yg tdk diketahui yg mungkin akan menggugat rasa selamat.
- Takut atau tidak tahu bgmn hendak meluahkan perasaan.
- Tdk memahami proses kaunseling dan tidak tahu apa yg akan berlaku kalau melaluinya.
(2) Klien yg degil tapi komited.
- datang dgn sukarela.
- Sanggup membina hubungan dgn kaunselornya.
- Melibatkan secara aktif dlm proses kaunseling.
- Tetapi tdkmahu mengubah perasaannya,pemikirannya dan kelakuannya yg bermasalah.
Menghadapi klien yg degil.
- Elak reaksi negetif.- elak perbuatan yg blh timbulkan kemarahan klien
- Terima klien.- hormati
- Sikap tdk putus asa- bersabar
- Fahami punca kedegilan.
- Atasi kedegilan dgn positif – beri jalan yg membina/menolong
Mencari maklumat tentang klien.
- Mengenali klien sendiri sblm menjadi klien.
- Mendapat maklumat dr org terdekat dan yg mengenali klien.
- Menyelidik latar belakang klien dgn borang-borang.
- Membuat pemerhatian sendiri ke atas klien.
- Membuat pemerhatian ke atas apa yg diceritakan dan pergerakan badan klien
Bab 3- Kemahiran Berkomunikasi Mempelajari kemahiran kaunseling.
- kaunselor baca buku-buku.
- Mendengar kuliah.
- Menghadiri seminar-seminar.
- Berbincang dgn kaunselor atau org lain yg berminat.
- Melihat demontrasi bagaimana pendekatan-pendekatan kaunseling digunakan.
- Melakonkan gerak geri kaunselor yg dilihat atau dirakam.
Persediaan awal Kaunselor
- memastikan persekitaran perjumpaan; (selesa dan selamat./perbualan tidak boleh didengari oleh orang lain./Tidak ada gangguan manusia atau benda./Memberi ketenangan.)
- pengambilan klien. (mengetahui latar belakang klien./ Membuat kaji selidik untuk mengetahui klien.)
Temu bual Kaunseling Pertama. (Ada FASA)
- Fasa memulakan sesi.( berbual ringan utk bbrp minit sehingga klien rasa selesa.- Menetapkan dgn persetujuan klien brp lama sesi itu - Memastikan klien tahu dia boleh meluahkan masalahnya dgn selamat.)
- Fasa menstruktur sesi.( peranan masing2.- matlamat kaunseling.- Kerahsiaan antara kaunselor dan klien.)
- Fasa menerangkan matlamat sesi.
- Fasa menamatkan sesi. (dgn membuat keputusan utk meneruskan proses kaunseling atau tdk.Jika ya,adakah utk merujuk klien ke agensi lain atau tdk.Jika tdk,mengatur temujanji utk sesi seterusnya).
(5) Fasa membuat rujukan. Jenis-jenis tingkah laku bukan lisan.
- Anggota badan Cth: mata yang selalu pandang ke bawah mungkin menunjukkan klien tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
- Nada suara Cth: suara yang tinggi dalam percakapan mungkin menunjukkan klien sedang mengalami tekanan seperti marah atau kerisauan yang amat sangat.
- Persekitaran Cth: kedudukan klien yang jauh dari kaunselor dan mengundur apabila kaunselor mendekatinya mungkin menunjukkan klien masih belum bersedia untuk menaruh harapan atau kepercayaan kepada kaunselor.
Tingkah laku bukan lisan seorang kaunselor dan ertinya:
- Tumpuan mata.- Tumpuan mata yg bersahaja akan memberi erti yg kaunselor memang ambil berat apa yg hendak diperkatakan klien.
- Postur terbuka. - Kaunselor x blh duduk dgn tgn. atau kaki bersilang yg memberi erti dia tdk bersedia mendgr klien.Postur terbuka akan meyakinkan klien yg kaunselor sdg menumpu perhatian.
- Menghadap klien.- Kaunselor perlu hadap klien tanpa sebarang sekatan objek.Ini akan memberi erti yg kaunselor melibatkan diri dlm perbincgn antara mereka.
- Condong ke hadapan. - Menunjukkan minat kaunselor kpd apa yg hendak dibincang oleh klien.
- Dlm keadaan rilek. - Raut wajah kaunselor mesti dlm keadaan tenang dan selesa.Nada suara sederhana.Suara lembut.Keadaan tenang kaunselor akan meyakinkan klien dan ia akan merasa selesa.
Kemahiran Komunikasi
- Soalan terbuka.- Kaunselor perlu tahu bila serta byk mana hendak guna soalan terbuka. Jika digunakan pd masa yg sesuai akan menggalakkan klien bercerita.Terlalu byk soalan terbuka akan membosankan klien.
- Senyap.- Kaunselor perlu senyap spy klien dpt merefleksi ceritanya atau menggalakkan klien berckp.Terlalu lama senyap buat klien rasa tk selesa dn kaunselor tk tumpu perhatian.
- Mendengar. - Kaunselor perlu dgr dgn teliti apa yg dikatakan klien utk beri respon.Dia perlu ‘mendengar’ disebalik apa yg diperkatakan juga utk mengetahui maksud sebenar apa yg diperkatakan klien.
- Penyataan semula.- Kaunselor menyatakan semula dgn perkataan sendiri kenyataan klien utk memastikan persepsinya adalah betul.
- Merefleksi perasaan. - Penekanan kpd perasaan yg dialami oleh klien akan menunjukkan yg kaunselor menerima dan memahami apa yg klien rasa.
- Meringkaskan isu. - Ringkaskan semua isu yg penting dan masalah yg boleh merangkumi bbrp sesi.
- Meringkaskan perasaan. - Ringkaskan perasaan klien mengenai isu-isu pening dan masalah yg dihadapi dpt membantu kaunselor menunjukkan pemahaman kaunselor dan membolehkan kaunselor memberi respon yg betul secara empatik.
Bab 4: Kemahiran Peranan Peranan Penumpuan :
Beri sepenuh perhatian pd klien dan tunjuk pemahaman tanpa prasangka dari segi suara, fizikal, mental dan perasaan. Jenis-Jenis Respon Penumpuan
- Respon mudah; galak klien teruskan cerita spt ya, mm, oo atau anguk2 kepala.
- Refleksi kandungan dan perasaan ; memahami perasaan dari cerita klien spt sedih, marah, suka.
- Penekanan; merangsang klien jelaskan fakta penting dalam cerita spt, minta klien ulang yg disebut.
- Parafrasa; menunjukkan kaunselor faham masalah klien spt sebut semula ayat klien dgn perkataan sendiri.
Aras respon penumpuan
- Peranan tidak berkesan ; tunjuk sikap kurang minat, acuh tak acuh.
- Peranan sederhana ; beri perhatian pd sebahagian cerita klien.
- Peranan yg baik ; tunjuk minat pd cerita klien dan ceritakan semula dengan ayat sendiri.
- Peranan berkesan ; tunjuk minat yang tinggi cerita klien, terjemah cerita dengan betul dan beri respon. Peranan Penjelasan: permintaan kaunselor kpd klien menjelaskan suatu fakta yg tidak difahami.
Jenis respon penumpuan
- Menyemak Persepsi ; semak ketepatan persepsi pada cerita klien spt ‘tadi ada jelaskan bahawa…’
- penjelasan alternatif ; kaunselor tak pasti alternatif mana jadi pilihan klien spt ‘ adakah ini yg lebih penting..’
- Minta penjelasan lankut ; kaunselor minta klien buat penjelasn spt ‘ cuba jelaskan maksud saudara…’
Aras respon penjelasan
- Peranan kurang berkesan; tidak berminat berminat dan bersifat menghukum spt ‘anda memang bodoh’
- Peranan sederhana ; memberi penjelasan sebahagian mesej klien tidak sepenuh hati.
- Peranan yg baik ; pamer minat tinggi, fokus cerita klien dari aspek kandungan dan perasaan serta jelaskan kekeliruan.
- Peranan paling baik ; memahami dan mjelaskan cerita klien, bantu klien lihat isu dgn jelas, tidak menghukum dan tunjuk minat.
Peranan Menyokong: percaya bahawa klien ada potensi untuk menyelesaikan masalah dan galakkannya untuk mencari alternatif penyelesaian mengikut tahap2 kaunseling.
Jenis respon sokongan
- Menghargai ; rasa hormat tanpa bersyarat, spt ‘anda memang pandai mengatasi masalah ini dgn baik’
- Penerimaan ; bantu klien berfikiran positif pd diri, spt ‘ anda memang boleh lakukannya’
- Ambil hati ; tunjuk ambil berat dan beri sokongan pd klien, spt ‘teruk sungguh pengalaman anda ya’
- Ketenangan ; bantu atasi ketegangan, kerisauan dan bantu kawal emosi klien spt ‘tarik nafas pjg’.
Aras respon menyokong
- Tidak berperanan dgn baik ; tidak beri keyakinan, tidak ikhlas, nada suara hambar.
- Peranan sedrhana ; sokongan diberi dgn bersahaja, tidak serius.
- Peranan Baik; beri respon, sokongan pada situasi yg sesuai dlm proses kaunseling.
- Peranan paling baik ; nada suara sesuai, pilihan kata2 menyokong, respon sesuai.
Bab 5: Teori Kaunseling Behaviorisme Fungsi Teori :
- Menjelaskan suatu kejadian setelah membuat pemerhatian
- Menguasai keadaan tertentu
- Buat ramalan (lihat cth MS 164)
Kepentingan Teori:
- Beri erti , keyakinan dan halatuju kpd kaunselor.
- Beri fokus kpd kaunselor apa yg hendak dilakukan pd klien
- Sebagai panduan merancang dan buat persediaan dlm proses kaunseling.
Komponen Teori Kaunseling Behaviorisme
- Komponen pertama : dpetik dari pelaziman klasik oleh Ivan Pavlov
- Komponen kedua ; pelaziman operan oleh BF Skinner (Ganjaran dan dendaan)
- Komponen ketiga ; terapi tingkah laku kognitif (tingkah laku dan cara berfikir)
Teori Personaliti Behaviorisme: (konsepnya)
- Personaliti disebabkan perkembangan TL bukan disebabkan proses mantel.
- Personaliti ditentukan oleh persekitaran dan pengalaman
- Perbezaan personaliti disebabkan perbezaan pengalaman
- Hubungan minda-jasad, jasad roh tiada kesahihan saintifik, hanya boleh diramal.
- Personaliti mempunyai batasan genetik yg tidak boleh diubah ttp persekitaran dan rangsangan dalaman mainkan peranan dlm membentuk personaliti.
Teori Personaliti berdasarkan prinsip skinner
- Buat ramalan situasi utk kuasai TL individu.
- Tiada TL bersahaja, semuanya dipengaruhi persekitaran.
- Personaliti terbentuk dengan peneguhan
- TL boleh diubah dgn melemah peneguhan (proses pelupusan)
- Personaliti boleh ditiru melalui role play (tiru idola / main peranan)
Strategi membantu Klien
(1) Role Play: Lakonan dengan bimbingan kaunselor Cth: murid malu-kaunselor boleh ajar cara beri pendapat. Ada hadnya:
- Bergantung pd kemahiran dan kesungguhan kaunselor.
- Kehendak klien sendiri utk mengalami, mendengar, merasakan TL baru.
Faedah:
- Strategi melatih perlakuan yg sukar dilakukan oleh individu.
- Teknik meluaskan kesedaran klien
- Melakukan TL yg sukar dengan selamat dan terpimpin.
(2) Latihan Asertif: Teknik meningkatkan keyakinan diri Kaedah:
- role play dan lakonan situasi (pasif, agresif, asertif) yg biasa klien buat.
- teroka dan takrifkan masalah.
- role play yg ditetapkan (baru/positif) berulang kali depan kaunselor
- laksanakan TL asertif positif berperingkat dalam realiti
(3) Token Ekonomi (hadiah): Beri hadiah material bernilai utk peneguhan TL bersesuaian. Kaedah:
- Minta bantuan (guru, ibu bapa), jelaskan, buat komitmen matlamat Token Ekonomi.
- Pilih TL yg mudah diberi peneguhan dari mereka (guru, ibu bapa).
- Agihkan Token serta merta, adil dan konsisten.
- Token yg diagih masih mempunyai nilai peneguhan.
- TL yg diubah adalah juga TL dikehendaki di luar sekolah/rumah.
(4) Pengurusan, Pemantauan, Peneguhan Kendiri: Klien bekerjasama secara aktif dlm proses kaunseling. Ciri2
- Klien berperanan aktif dlm setiap fasa kaunseling.
- Klien beri idea ikut arahan kaunselor yg bina langkah tntu utk membantu.
- Proses pemikiran klien diberi tumpuan.
- Klien dijangka berusaha berubah.
- Klien belajar peneguhan kendiri.
- Klien dipanggil utk memantau, mencatit, memberi peneguhan kendiri dan buat penjelasan.
- Kaunselor berperanan sebagai mentor dan bukan pakar.
Kaedah:
- Takrifkan masalah & tentukan matlamat (penting, realistik, difahami, blh diukur)
- Urus & pantau TL sasaran (rekodkan TL dgn alat yg sesuai; jam, alat perakam, kertas, pen)
- Perubahan suasana persekitaran (elak wujud suasana yg x dikehendaki) & ambil langkah sesuai (sedarkan apa yg sedang dilakukan, Mudahkan TL +ve, hadkan rangsangan tidak dikehendaki)
- Beri Peneguhan sesuai & Tentukan akibat yg bermakna (jangka pendek/panjang)
- Teruskan kejayaan & kira apa yg dicapai. (Contoh: Kaitkan Proses individu gemuk nak turunkan berat badan) Bab 6: Kaunseling Pemusatan Insan Pandangan Rogers: Manusia adalah positif dan bergerak kehadapan utk capai potensi diri yg cemerlang.
Konsep utama:
- Fenomenologi: ( individu bertindak ikut pandangannya sendiri )
- Konsep Mengetahui: (a) Subjektif ; pengetahuan / maklumat utk rujukan diri sendiri. (b) objektif; pengetahuan / maklumat yg diketahui dan telah disahkan oleh orang lain . (c) interpersonal; pengetahuan luar dari sikap empati.
- Struktur personaliti: (a) Organisme ; Pusat segala pengalaman. (b) Kendiri ; (gabungan pengalaman dan persepsi ) konsep kendiri yg diingini.
- Proses perkembangan personaliti: Individu cenderung berkembang kepada kesempurnaan kendiri.
- Kecelaruan Psikologi: individu menjadi terbuka kepada pengalaman yg tidak defensive.
Konsep Kendiri Dlm Kaunseling Pemusatan Insan
- Konsep keseluruhan persepsi, tersusun dan konsisten mewakili ciri individu dan hubungannya dgn org lain.
- Kendiri idaman melibatkan persepsi dan makna berkaitan dgn kendiri yg dihargai individu , org yg signifikan dan masyarakat.
- Kendiri sebenar adalah kendiri yg tidak berpura2.
Sikap Kaunselor dalam Kaunseling Pemusatan Insan
- Kongruen atau keikhlasan ; kaunselor tunjuk sifat sebenrnya (tidak berpura2)
- penerimaan tanpa syarat ; anggap manusia dgn positif, boleh berubah.
- empati; pemahaman tepat dan empatik pada keadaan klien disebabkan pengalamannya
Kemahiran Asas Kaunseling Pemusatan Insan
- Soalan terbuka/tertutup ; Galak klien beri maklumat
- Dorongan minima ; Dorongan spt angukkan yg menunjukkan kaunselor faham cerita klien
- Prafrasa ; Ceritakan semula cerita klien dgn perkataan sendiri utk tunjuk pemahaman.
- Rumusan ; Marangkumkan maklumat yang berkenaan sebelum merespon.
- Refleksi Perasaan ; Merasai perasan klien utk galakan ia meluahkan perasaan.
- Konfron/mencabar; Teknik supaya klien melihat diri yg sebenarnya bukan hanya pada perkara yg baik sja.
- Memfokus ; Kaunselor beri tumpuan, tak berangan.
- Refleksi makna ; Keupayaan kaunselor memahami keseluruhan cerita termasuk perkara yg tidak diceritakan klien
.
No comments:
Post a Comment