4 PERKARA YANG DAPAT MENGUATKAN TUBUH makan daging, mencium haruman, selalu mandi dan memakai pakaian yang diperbuat dari kapas
4 PERKARA YANG MELEMAHKAN TUBUH terlalu banyak bersetubuh, terlalu banyak bersedih, terlalu banyak mereguk air liur, dan suka makan asam-asam
4 PERKARA YANG DAPAT MEMPERTAJAMKAN PENGLIHATANduduk menghadap Kaabah, mencelak mata setiap malam, memandang yanghijau-hijau dan membersihkan tempat duduk
4 PERKARA YANG DAPAT MENGABURKAN MATA melihat yang kotor-kotor, melihat orang yang disalib, melihat kemaluan wanita dan duduk membelakngi Kaabah
4 PERKARA YANG DAPAT MENAMBAH KEKUATAN AKALmeninggalkan berkata sia-sia, bersugi, sering menghadiri majlis orang-orang soleh dan majlis para ulama
PLATO berkata... Ada 5 perkara yang dapat mencelakakan orang bahkan dapat membunuh iaitu orang-orang kaya yang kedekut, hilangnya rasa kasih sayang, tertanamnya sifat sentiasa iri hati, nasihat yang tidak mempunyai ! pengaruh lagi dan orang-orang bodoh yang mentertawakan
Aslmk…wbt ada teman minta share bagaimana pulihkan atau menguatkan anggota tubuh secara zahir dan batin……
Insha Allah kalau berminat…maka ada beberapa amalan yang boleh kita share untuk kebaikan bersama…
Insha Allah kalau berminat…maka ada beberapa amalan yang boleh kita share untuk kebaikan bersama…
secara zahir….terapi nya
- sediakan madu asli dan zikirkan YA QOWIIYU YA MATIIN 313 x
- sediakan telur ayam kampung 5 biji
Cara mengamalkan nya.
- pada hari MINGGU,ambil madu 2 sudu dan telur 1 biji di campurkan dan kacau hingga rata dan di zikirkan YA QOWIIYU YA MATIIN 3 x di tiup lalu di minum…
- pada hari isnin, ambil madu 2 sudu dan telur 2 biji pula dan lakukan saperti di atas….
- pada hari SELASA amalan nya seperti hari isnin…..Insha Allah anda akan memiliki hasil yang menakjubkan dengan izin Allah.Amalkan selama 4 minggu berturut turut….boleh di amalkan oleh pria dan wanita sila coba selama 1 bulan
Untuk terapi secara BATHIN
1.setiap kali selepas solat subuh atau dhuha….wiridkan YA QOWIIYU YA MATIIN sebanyak 313 x lalu di tiupkan pada telapak tangan dan di sapukan hingga ke siku
Insha Allah anda akan miliki sesuatu energi yang ampuh berkat dari Al Asmaul Husna itu…..
1.setiap kali selepas solat subuh atau dhuha….wiridkan YA QOWIIYU YA MATIIN sebanyak 313 x lalu di tiupkan pada telapak tangan dan di sapukan hingga ke siku
Insha Allah anda akan miliki sesuatu energi yang ampuh berkat dari Al Asmaul Husna itu…..
2.Amalan ini amat sesuai untuk tukang urut,ahli silat,tinju,binabadan.ahli ruqyah,mereka2 yang bekerja dengan banyak yang mengunakan tangan dan juga untuk sesiapa saja yang ingin mengamalkan….di persillakan
3.untuk anda yang sering sakit sakitan dan baru sahaja pulih dari sakit dan juga yang inginkan agar tubuh anda kuat lahir bathin amalkan setiap malam 1000x Insha Allah…..berhasil atas izin Nya….
Sahabat, tips kesehatan. Banyak cara untuk memperkuat daya tahan tubuh anda. Sehingga tidak mudah sakit atau terserang penyakit. Dari Olahraga setiap pagi, tidur atau istirahat yang cukup, selalu berpikiran positif, menjaga kebersihan makanan yang anda konsumsi setiap harinya, memperbanyak makanan berserat tinggi serta memenuhi akan kebutuhan vitamin D.
Salah satu hal yang paling penting dalam menjaga daya tahan tubuh anda yaitu dengan mengkonsumsi makanan yang dapat memperkuat daya tahan tubuh anda. Di kutip dari Times of India, Tips kesehatan, Berikut ini 4 Makanan yang memperkuat daya tahan tubuh anda :
- Bawang putih : Bawang putih merupakan salah satu makanan yang memperkuat daya tahan tubuh anda. Ini dikarenakan, bawang putih mengandung vitamin C, B1, B6, Mineral (fosfat serta zat besi dan sulfoksida. Karena bahan-bahan tersebut anti jamur, antiseptik dan anti bakteri. Bawang putih sangat berkhasiat untuk mencegah penyakit pilek, batuk dan infeksi pada dada.
- Ikan : Ikan yang dimaksud yaitu ikan salmon, tuna dan makarel. Karena ikan-ikan tersebut banyak mengandung asam lemak omega 3. Fungsinya yaitu memperkuat daya tahan tubuh anda, meningkatkan aktifitas sel darah putih yang mampu menghancurkan bakteri yang berbahaya yang berada dalam tubuh anda.
- Buah : Buah yang dimaksud yaitu jambu monyet, duwet, jambu biji putih, gandaria, mangga manalagi. Karena buah-buah tersebut banyak mengandung Vitamin C yang berfungsi untuk memperkuat daya tahan tubuh anda, meningkatkan produksi sel darah putih serta menurunkan resiko terserang penyakit cardiovaskular.
- Gandum : Gandum banyak mengandung serat dalam jumlah yang tinggi, protein serta antioksidan. Gandum merupakan salah satu makanan yang juga sangat baik untuk memperkuat daya tahan tubuh anda dari segala serangan penyakit. Oleh karena itulah, kita sangat dianjurkan untuk mengkonsumsi makanan tersebut.
Doa Untuk Menguatkan Tenaga Batin
Lemah Tenaga Batin Atau Mati Pucuk
Lemah tenaga batin atau juga dikenali sebagai mati pucuk merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks.
Ia juga dikenali dengan nama disfungsi erektil (ED) atau “impotens” dalam istilah perubatan ( mati pucuk ).
Lemah tenaga batin, berkait rapat dengan tanggapan budaya kepada kesuburan, kejayaan, dan kelakian, mampu menyebabkan kesan psikologi teruk termasuk perasaan malu, perasaan hilang harga diri atau rendah diri, seringkali ia tidak perlu kerana dalam kebanyakan kes ia boleh diatasi.
Terdapat budaya menyepi yang kuat dan tidak mampu berbincang mengenai masaalah ini. Fakta sebenar adalah sekitar 1 dari 10 lelaki akan mengalami masaalah lemah tenaga batin berulang pada satu ketika dalam hidup mereka.
Cara Mengelakkan Terjadinya Lemah Tenaga Batin (Mati Pucuk)
Dr Berger dan Deborah dalam bukunya BioPotency telah membuat beberapa saranan mengenai cara mengelakkan terjadinya lemah tenaga batin, antaranya:
1- Kurangkan memakan daging berlemak, telur, susu, ais krim, mentega dan keju.
2- Kurangkan menggoreng makanan, lebih elok ianya dipanggang atau direbus.
3- Lebihkan memakan ikan.
4- Kurangkan memakan makanan yang masin atau makanan yang diproses.
5- Makanlah banyak makanan yang segar, buah-buahan, sayur-sayuran serta bijiran segar.
6- Bersenamlah selalu selama 20 atau 30 minit sekurangnye 3 kali seminggu.
Menjaga Kesihatan Diri Adalah Tuntutan Agama
Islam adalah agama yang merangkumi semua aspek kehidupan. Ini termasuk penjagaan dari sudut kesihatan, di mana Islam amat menitikberatkan kesejahteraan tubuh badan sebagaimana Islam menjaga jiwa dan akal. Justeru itu, kita amat dituntut supaya menjaga kesihatan kerana “sihat” merupakan anugerah berharga dari Allah swt. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu” (HR Bukhari)
Sabda Rasulullah s.a.w lagi:
“Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah” (HR Muslim)
Islam juga meletakkan kesihatan dan kesejahteraan di tempat yang pertama selepas keyakinan (keimanan). Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:
“Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman)” (HR Ibnu Majah)
Kita juga diajarkan oleh Islam untuk menjaga kesihatan dengan cara pencegahan sebelum ditimpa sebarang penyakit, seperti pepatah Inggeris “Prevention is better than cure” atau “Mencegah itu lebih baik daripada berubat”.
Tetapi, perlu juga diingatkan, di samping kita menjaga anugerah kesihatan yang diberikanNya kadangkala kita diuji dengan sedikit kesakitan. Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan kepada pesakit-pesakit supaya mereka berubat. Sabda Baginda s.a.w :
“Allah tidak menurunkan suatu penyakit itu kecuali diturunkan bersamanya ubat”. (HR Bukhari)
Di antara perkara yg menunjukkan Islam menggalakkan penganutnya menjaga kesihatan adalah Rasulullah s.a.w. telah menyenaraikan beberapa jenis ubat yang boleh digunakan seperti madu, tumbuhan herba, berbekam, jampi syari’ (amalan doa’, ayat Al-Quran dan Hadis), dan lain-lain lagi yang tidak bercanggah dengan Islam.
Perubatan perlu dirujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang ini, berdasarkan hadithnya:
“Jika sesuatu urusan itu berkait dengan hal-hal keduniaan maka kamulah yang mengaturnya dan jika ianya berkait dengan hal-hal keagamaan maka rujuklah kepadaku”. (HR Ahmad dan Muslim)
Rujukan : Ustazah Azhani Abu Basri. Dipetik dari: At-tobib, Adabuhu wa Fiqhhuhu oleh Dr. Zuhair Siba’i dan Dr.Muhammad ‘Ali Bar.
Berdoa Meminta Kebaikan
Doa‘ adalah memohon kepada Allah SWT dengan meminta kebaikan dari sisiNya dengan penuh ketulusan hati dan penuh pengharapan. Pengertian ini dijelaskan oleh Allah dalam beberapa tempat di dalam al-Quran. Antara firman Allah Ta’ala maksudnya:
“Berdoalah kepadaku, nescara akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk ke Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Surah Ghafir: Ayat 60)
Oleh itu berdoalah dengan penuh keyakinan diri bahawa doa’ itu akan diperkenankan dan sentiasalah istiqamah didalam mengamalkannya.
“Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan penuh bahawa doa itu akan dikabulkan ! dan sesungguhnya Allah tidak mengkabulkan doa daripada hati yang lalai & berpaling “ (HR At-tirmizi)
Doa Dan Amalan Mencegah Mati Pucuk Atau Lemah Tenaga Batin
1. Afdhal sesuatu perkara hendaklah dimulakan dengan bismillah. Dan seterusnya membaca Surah Al-fatihah:
3. Langkah yang seterusnya menadah tangan sepertimana untuk berdoa’ kepada Allah Ta’ala, lalu membaca kalimah ini:
4. Kemudian tepukkan kedua belah tangan ke belakang tulang sulbi menurun kebawah dalam keadaan duduk separuh atau berdiri tegak.
lebih afdhal amalkan amalan ini selepas solat subuh dan sentiasalah beristiqamah, semoga dengan amalan ini dapat menghindari dari penyakit-penyakit batin insyaAllah, dan apa yang dihajati akan diperkenankan oleh Allah Ta’ala, kerana ayat-ayat Allah ini adalah penawar, sesungguhnya sebaik-baik penawar kepada penyakit ialah ayat-ayat suci Al Quran. Sudah tentu juga, sebaik-baik penyembuh ialah Allah SWT.
Di dalam kitab Al-’Ilaj Bir-Ruqaa Min Al-Kitab Was-Sunnah, karangan said Ali Bin Wahf, menyatakan ijmak ulamak membenarkan menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk perubatan dan sebagainya, akan tetapi perlulah diyakini bahawa ayat-ayat Al-Quran yang digunakan tersebut tidak memberikan sebarang kesan zatnya sendiri. Bahkan Allah jualah yang memberi kesan ke atas sesuatu. Ayat yang di baca itu merupakan sebab dari sekian banyak sebab-sebab yang ditetapkan oleh Alah SWT.
Oleh: Ustaz Abu Nafis
No comments:
Post a Comment