5+5 = 11
Sani murid tahun 2 yang agak lembab dan suka nyediri. Cik gu yang palig dia takut ialah Cik gu Kumar, guru mate sekolahnya. Dengar suara Sir Kumar menengkig rasa nak terkencing.. . suatu hari Sir Kumar memulakan kelas dengan menguji kecekapan conggak. Semua murid berdiri dan kalau tak dapat jawab, berdiri atas kerusi. semua murid mesti jawab spontan.. tak boleh kira..bila tiba giliran Sani, Sir Kumar menengking 5 + 5 berapa ? cepat!!!!!. Sani cuba mengira secara sorok. Dia masukkan kedua-dua tangannya dalam kocek seluar. Bergerak-gerak seluarnya kerana menghintung. .. rasa nak terkencing pun ada sebab takut... Sir Kumar senyum melihat telatah Sani. Cepat Sani.. 5 + 5 berapa.. 11 cikgu... ..Sir Kumar senggih sambil keluar kelas... .
Bahaya guna Digi
Kajian baru-baru menunjukkan Digi (016 atau 014) tidak selamat digunakan. Apabila anda guna line Digi dan rakamkan dalam camera, dan perhatikan elok-elok... . anda boleh perhatikan kelibat seekor penunggu bewarna kuning akan mangekori pengguna tersebut. Jin atau toyol kuning ini akan ikut anda ke mana-mana: laut, gunung, hutan, dalam komuter, malahan dalam kereta lalu kat terowong pun dia ada gak.
Tak seram ke bila sentiasa diekori macam tu? Dah lah botak, pendek, tembam dan berwarna kuning cerah, makhluk ni jugak akan mengajuk-ajuk pergerakan anda! Pada masa yang sama, mereka akan menari-nari dan menyanyi lagi "I will follow Him" dari filem 'Sister Act 1' yang diubahsuai liriknya. So, hati-hati dengan pengguna Digi yang dekat dengan anda, kerana anda diperhatikan. Gunalah Celcom atau Maxis, macam saya. P/s: Ni bukan rekaan. Tetapi saya lihat sendiri dengan mata saya kat TV baru-baru ini. Kenapa, tak percaya?
Wasiat Nenek Ani
Ada sorang tua, nama dia Nenek Ani. Dia terlantar di hospital kerana sakit jantung, ... . Keadaannya semakin ari semakin teruk. Ani dah tak tau apa nak buat lagi. So suatu hari tu dia panggil Pak Din untuk bacakan doa untuk Nenek Ani.
Tapi semakin dibaca, semakin teruk sakit orang tua tu. Sampai terketar-ketar dan termengah-mengah kerana terlalu sakit. Nenek Ani dalam keadaan tak berdaya tu memberikan isyarat meminta pen dan kertas. Ani memberikan pen dan kertas kepada neneknya. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada, Nenek Ani menulis dan memberikan kertas itu kepada Pak Din.
Pak Din menganggap tak baik membaca wasiat di hadapan Nenek Ani sebelum Nenek Ani meninggal. Jadi dia pun masukkan kertas tu ke dalam poketnya. Tak lama kemudian Nenek Ani pun meninggal dunia. Selepas seminggu kematian Nenek Ani, Pak Din pun datang ke rumah Ani, dengan memanggil semua sanak saudara Nenek Ani, tujuannya tak lain dan tak bukan untuk menbaca wasiat dari nenek tersebut Pak Din pun berucap, menyatakan kesedihannya atas kematian Nenek Ani, dan di akhir ucapan itu Pak Din mengajak Ani dan saudara ! mara membaca wasiat itu bersama-sama, yang antara lain isi itu ialah... ... ... ... ."Din, ... . kau janganlah berdiri di atas wayar oksigen aku tu"
Jangan yakin sangat selepas pembedahan
Raju baru saja tersedar setelah menjalani pembedahan dan dia melihat ada dua orang pesakit lain yang berada di wadnya.
Dengan rasa lega dia berkata "Syukurlah, semuanya sudah berlalu.""Jangan terlalu yakin," kata Akbar yang tidur di sebelah kanan tempat tidurnya. "Kelmarin mereka meninggalkan gunting di dalam perutku, dan aku harus menjalani pembedahan sekali lagi!
"Yusri yang berada disebelah kiri tempat tidurnya pula menyampuk, "Kelmarin dulu, aku juga mengalami pembedahan ulangan kerana mereka tertinggal sebuah perkakas pembedahan di dalam perutku."Tepat pada saat itu, Doktor muncul di depan pintu dan berseru "Adakah sesiapa yang nampak handphone saya?" --
No comments:
Post a Comment