Ingin saya berkongsi pengalaman ini bersama teman-teman sekalian, semoga dapat dijadikan pengajaran dan pedoman untuk diri saya dan anda semua. Pernahkah anda melihat orang yang sedang sakit yang boleh menyebabkan kematian, tetapi hatinya penuh dengan kebencian dan dendam yang mendalam?
15 CARA KEMATIAN YANG DIINGINI
- Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim)
- Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.” (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)
- Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
- “Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad) Mati syahid di dalam medan perang.
- Mati dalam peperangan fisabilillah. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?
- Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.
- Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.”
- Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?”
- Baginda menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid.”(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi.
- Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)
- Mati kerana tenggelam.
- Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.
- Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)
- Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.
- Mati terbakar.
- Mati kerana penyakit busung perut.
- Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu’: “Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.” (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)
- Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).
- Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)
- Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)
- Mati dalam membela agama dan jiwa. “Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.”
- Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”
- Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.
Perubahan Awal Kepada Mayat Selepas Kematian
Secara biologinya, kematian didefinisikan sebagai berhentinya semua fungsi vital tubuh meliputi detik jantung, aktiviti otak serta pernafasan. Kematian dinyatakan terjadi ketika nafas dan denyut jantung individu telah berhenti selama beberapa waktu yang signifikan atau ketika seluruh aktiviti saraf di otak berhenti bekerja. Kematian juga ditakrifkan sebagai kehilangan fungsi secara tidak berbalik sebagai satu organisma dan secara keseluruhannya.
Setelah berlakunya sesuatu kematian, terdapat perubahan-perubahan tertentu yang berlaku pada jasad si mati. Perubahan – perubahan ini dibahagikan kepada perubahan awal dan perubahan lanjut. Perubahan-perubahan awal adalah seperti perubahan pada kulit, perubahan pada mata, algor mortis/penurunan suhu badan, rigor mortis/kaku mayat dan livor mortis/lebam mayat. Perubahan lanjut pula melibatkan proses pereputan, pembentukan adipocere dan mummifikasi.
Setelah berlakunya sesuatu kematian, terdapat perubahan-perubahan tertentu yang berlaku pada jasad si mati. Perubahan – perubahan ini dibahagikan kepada perubahan awal dan perubahan lanjut. Perubahan-perubahan awal adalah seperti perubahan pada kulit, perubahan pada mata, algor mortis/penurunan suhu badan, rigor mortis/kaku mayat dan livor mortis/lebam mayat. Perubahan lanjut pula melibatkan proses pereputan, pembentukan adipocere dan mummifikasi.
Perubahan Pada Kulit
Apabila kematian berlaku, perubahan pertama yang boleh dilihat adalah pada kulit si mati dimana kekenyalan kulit beransur hilang dan warna kulit berubah menjadi pucat.
Perubahan Pada MataPerubahan Awal Kepada Mayat Selepas Kematian
Perubahan pada mata pula boleh dilihat dengan menguji refleks pupil dan kornea. Apabila kematian telah berlaku, tiada lagi refleks pupil terhadap cahaya dan refleks kornea juga hilang.Kornea akan menjadi keruh selepas 2 jam kematian. Tekanan dalam mata mula menurun, bola mata beransur flaksid dan tenggelam ke dalam orbit mata.
Algor Mortis
Apabila kematian berlaku, suhu badan akan mula menurun dan keadaan ini dipanggil sebagai algor mortis. Suhu badan ini menurun secara radiasi, konduksi dan konveksi.Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kadar penurunan suhu badan si mati seperti umur, keadaan si mati, cara kematian, suhu persekitaran dan juga keadaan persekitaran dimana kematian tersebut berlaku.
Penurunan suhu badan cepat berlaku pada mayat kanak-kanak dan orang tua memandangkan mereka mempunyai permukaan tubuh yang lebih besar berbanding dengan isipadu tubuhnya. Pakaian juga mempengaruhi algor mortis ini.Sekiranya si mati berpakaian tebal, kadar penurunan suhu adalah lebih lambat berbanding si mati yang tidak berbaju atau berbaju nipis.
Selain daripada itu, susuk badan seseorang juga mempengaruhi penurunan suhu si mati. Mereka yang gemuk akan mengalami penurunan suhu yang lebih lambat disebabkan lemak yang terkumpul adalah tinggi berbanding susuk badan yang kurus. Perbezaan yang besar di antara suhu persekitaran dan suhu badan si mati mempercepatkan proses penurunan suhu badan si mati. Bagi mayat yang dijumpai di dalam air, penurunan suhu badan adalah dipengaruhi oleh keadaan air, suhu air dan juga aliran air tersebut. Air yang kotor menyebabkan suhu badan turun lebih lambat memandangkan aktiviti bakteria di dalam air tersebut mampu menaikkan suhu badan si mati.
Rigor Mortis
Selain algor mortis, badan si mati juga akan melalui fasa rigor mortis. Rigor mortis merupakan keadaan dimana seluruh badan beransur-ansur menjadi kaku selepas kematian berlaku. Keadaan ini biasanya mula berlaku dalam masa 1-2 jam selepas kematian dan biasanya kaku mayat ini beransur-ansur hilang dan berakhir selepas 48 jam. Kaku mayat ini berlaku kerana tindakbalas kimia pada otot apabila glikogen semakin berkurang dalam penghasilan Adenosin Tri Phosphate (ATP) menyebabkan penimbunan Adenosin Di Phosphate (ADP) dan seterusnya menyebabkan kontraksi otot.
Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kaku mayat termasuklah umur si mati, aktiviti yang dilakukan oleh si mati sejurus sebelum kematian, suhu persekitaran sewaktu kematian berlaku dan juga bentuk badan si mati.Tiada kaku mayat berlaku sekiranya si mati berada di dalam suhu bawah 6°C tetapi kaku sejuk pula yang akan berlaku. Semakin tinggi suhu persekitaran, semakin cepat kaku mayat berlaku dan semakin cepat juga kaku mayat ini hilang.
Sebaliknya, suhu persekitaran yang rendah melambatkan proses kaku mayat terjadi dan beransur hilang. Sekiranya si mati aktif beraktiviti sebelum kematian berlaku, contohnya dalam kes si mati mengalami pergelutan sejurus sebelum kematian, proses kaku mayat lebih cepat berlaku memandangkan kehilangan ATP yang banyak semasa aktiviti pergelutan berlaku.
Sebaliknya, suhu persekitaran yang rendah melambatkan proses kaku mayat terjadi dan beransur hilang. Sekiranya si mati aktif beraktiviti sebelum kematian berlaku, contohnya dalam kes si mati mengalami pergelutan sejurus sebelum kematian, proses kaku mayat lebih cepat berlaku memandangkan kehilangan ATP yang banyak semasa aktiviti pergelutan berlaku.
Kekurangan otot-otot pada jasad si mati juga mempengaruhi kadar perkembangan proses kaku mayat si mati. Orang yang kurus, bayi, dan orang tua biasanya mengalami kaku mayat pada kadar yang cepat berbanding jasad si mati yang berbadan besar.
Fasa-fasa kaku mayat mengikut urutan waktu setelah kematian
Kaku Mayat
Livor Mortis
Livor mortis atau juga dikenali sebagai lebam mayat atau postmortem hipostasis terjadi disebabkan terhentinya peredaran darah yang menyebabkan darah turun ke dasar salur-salur darah yang terendah pada mayat tersebut. Livor mortis ini dapat dikenali dengan warna ungu kebiruan atau merah kebiruan pada bahagian badan yang terlibat.
Lokasi lebam mayat ini bergantung kepada kedudukan jasad si mati, sekiranya si mati berada dalam keadaan terlentang, lebam mayat akan terbentuk di bahagian belakang badan kecuali bahagian yang terhimpit pada permukaan seperti bahagian punggung dan skapula (belikat).
Warna lebam mayat juga dapat memberi maklumat tentang perihal kematian si mati. Dalam kematian yang disebabkan keracunan sianida, warna lebam mayat ialah biru gelap-merah jambu, manakala dalam kematian disebabkan karbon monoksida warna lebam mayat ialah merah ceri (cherry pink). Lebam mayat ini mula berlaku selepas 1-3 jam kematian berlaku. Kepentingan livor mortis dalam kes medikolegal termasuklah dalam penentuan masa kematian, memberi maklumat berkenaan posisi terakhir mayat semasa meninggal dunia, selain sebagai pengesahan kematian telah berlaku.
Lebam mayat
Perubahan-perubahan awal yang berlaku selepas kematian ini sangat berguna sebagai pengesahan kematian telah berlaku selain dapat menganggarkan masa kematian. Perubahan-perubahan ini juga dapat membantu dalam penyiasatan sebab kematian dan memberi idea tentang kedudukan terakhir si mati sebelum meninggal dunia. Selepas perubahan-perubahan awal ini berakhir, perubahan lanjut selepas kematian seperti proses pereputan, pembentukan adipocere dan mummifikasi akan bermula.
Rujukan
- http://www.centralia.edu/academics/forensicscience/FORS%20101/PowerPointPres/TDeathInvest.ppt
- www.harriscountry.gov/ifs/cause.aspx
- http://webpages.sou.edu/chapman/CH300S10/ForensicPathology%202%20(student).ppt
- http://lontar.ui.ac.id/
- Postmortem Changes Powerpoint Presentation by Dr Amir Saad,Forensic Pathologist,HKL
- Shahrom Abd. Wahid,Patologi Forensik, Dewan bahasa & pustaka, 2001
Rujukan Gambar
- Postmortem Changes Powerpoint Presentation by Dr Amir Saad,Forensic Pathologist,HKL
- Shahrom Abd. Wahid,Patologi Forensik, Dewan bahasa & pustaka, 2001
Tanda 100 Hari Sebelum Kematian
Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut
(kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai
Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan
memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat
menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan
selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka,
“Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT
berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya.
Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.
Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil
Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk
mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah
memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat
Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat
dijangkau dengan mudah olehnya.
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila
telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke
dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya
melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang
pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai
ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang
lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya
mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan
menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan
saat nazak orang itu”.
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang
yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan
sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat
kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia
akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat
rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau
orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap
disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka
dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini
adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat
tinggalnya”.
TANDA 100 HARI SEBELUM MATI
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada
hambanya dan hanyaakan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapunsemua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka
sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut
sehingga ke hujung kaki akanmengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daginglembu yang baru saja disembelih dimana jika
diperhatikan denganteliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan
bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang
sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini
akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak
diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan
soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan
kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa
yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa
atau ditinggalkan sesudah mati.
100 hari sebelum
kematian – Ini adalah
tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh
mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan
mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan
berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut
sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
40 hari sebelum
kematian – Tanda ini juga
akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.
Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang
letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut
dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula
mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih
akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum
kematian – Adapun tanda
ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di
mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk
makan.
3 hari sebelum
kematian – Pada ketika
ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi
kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu
supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan
orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak
akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan
jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya
akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak
kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari sebelum
kematian – Akan berlaku
sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah
belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di
mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan
harinya.
Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang
dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus
mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat
maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan
sekarang akan mematikan pula.