Thursday, June 9, 2011

Ujian Allah


Bismillahirrahmanirrahiim...

Manusia seringkali lemah jiwa dan merasakan dirinya terlalu kerdil apabila berdepan dengan ujian.. Seringkali kita merasakan kitalah orang yang paling malang dan orang lain tidak di uji sepertimana kita di uji.. Perasaan begini menjadikan kita lemah dan lesu hingga punca penyelesaian masalah menjadi kabur. Inilah bisikan kelemahan yang akan menjadikan jiwa kita kerdil dan lesu tidak bermaya.. Besarkanlah jiwa kita.. Sebenarnya semua orang sedang dan akan berdepan dengan berbagai macam ujian bahkan ujian inilah tanda-tanda bahawa masih berlangsungnya kehidupan...

Sedarlah bahawa yang menjadikan kita tewas atau berjaya untuk berdepan dengan ujian bukanlah kecil atau besarnya ujian itu tetapi apakah sikap kita apabila berdepan dengan ujian tersebut.. Jika kita menganggap suatu ujian itu besar maka jiwa kita kecil dan lemah tetapi jika kita melihat ujian itu sebagai lumrah dan kemestian hidup maka jiwa kita menjadi kental.. Adakah apabila kita kecewa dan manangis, segala permasalahan itu akan selesai sendiri? Adakah dengan menyalahkan diri sendiri, semua masalah akan selesai? Tentunya tidak.. Jadi yang perlu kita lakukan ialah mencari punca masalah dan cuba menyelesaikannya mengikut kemampuan yang kita ada...

Janganlah melihat suatu musibah atau ujian itu secara bersendirian.. Hadirkanlah Allah dalam kehidupan kita.. Yakinlah dengan apa yang Allah janjikan.. Sentiasalah hubungkan hati kita dengan Allah swt supaya segala penyelesaiannya bermuarakan keimanan kepada Allah SWT...

Rasulullah SAW pernah mengajarkan sahabat-sahabat supaya zikirkan "Innalillahi wa inna ilaihi rooji'un. Alllahumma jurni fi musibati wa akhlifli khairan minha"
(Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali, Ya Allah berilah ganjaran daripada musibah yang menimpaku dan gantikanlah ia dengan kebaikan) apabila di timpa musibah.. Bahkan pada suatu hari pernah lampu/pelita Rasulullah SAW terpadam lalu baginda ucapkan innalillah.. hingga sahabat bertanya "Adakah inipun musibah ya Rasulullah?" Jawab baginda "Apa saja yang menyulitkan mukmin adalah musibah"...

Wallahu'alam...

No comments: