Thursday, July 7, 2011

Tips Tingkatkan Daya Fokus Anak


Saya selalu pesan kepada pelajar saya supaya isikan masa lapang mereka di dalam kelas dengan mengulangkaji pelajaran. Kerana ketika itulah masa yang sesuai untuk menyiapkan kerja sekolah atau membaca buku. Di sekolah sebentar tadi saya menggantikan guru yang tidak hadir di kelas tahun 3. Saya tidak merancang untuk mengajar mereka, cuma memberi kebebasan kepada pelajar untuk menyiapkan kerja sekolah mereka. Saya lihat gelagat seorang demi seorang. Macam-macam, biasalah kanak-kanak umur 9 tahun, bila mereka mula main, saya faham naluri mereka sukar dibendung. Keinginan untuk main membuak-buak ketika ada masa lapang. Lain dengan pelajar perempuan, yang tak henti mulutnya.

Yang saya terfikir, bagaimana agaknya anak saya nanti ketika berada dalam keadaan kawan-kawan yang sedang bermain. Bolehkah dia menumpukan perhatian untuk membuat kerja sekolah ketika itu. Saya rasa ada sesuatu perlu dilakukan untuk meningkatkan fokus anak saya kepada apa yang dilakukannya kelak. Ketika waktu belajar, dia perlu belajar betul-betul, ketika bermain, mainlah dengan sungguh-sungguh, ketika membantu orang, bantulah dengan ikhlas, ketika makan, makanlah dengan sederhana dan lain-lain lagi.

Saya nampak ia berkait rapat dengan fokusnya. Jom lihat bagaimana untuk tingkatkan fokus anak-anak sejak kecil:

  1. Kurangkan menonton televisyen. Kawal aktiviti menonton televisyen anak kita. Televisyen memang alat yang mampu mengurangkan dan melunturkan tahap fokus anak. Ada seorang ibu datang kepada saya ketika program perjumpaan waris, mengadu yang anaknya selalu buat kerja di hadapan televisyen. Samada makan, mengulangkaji pelajaran, dan lain-lain. Jadi anaknya sukar untuk mengulangkaji pelajaran dengan efektif. Saya cuba katakan kepada ibu tersebut bahawa televisyen memang mengganggu perhatian anak-anak. Tak berani nak cakap lebih daripada tu sebab saya pun masih “muda”… huhu
  2. Jaga pemakanan anak. Makanan yang berkhasiat dan makanan sunnah adalah amalan yang sangat baik. Kismis, kekacang, kurma, madu dan sayur-sayuran, adalah bahan makanan yang amat diperlukan oleh anak-anak kecil yang sedang membesar.
  3. Bermain permainan yang boleh meningkatkan fokus kepada anak. Antaranya adalah “tounge twister” (She sells sea shells by the sea shore, Rubber baby buggy bumpers Betty bought a bit of bitter butter), perkataan berlawanan (anda sebut satu perkataan anak anda akan sebut perkataan berlawanan dengannya (makin lama cepatkan sebutan anda), dan banyak lagi permainan yang sesuai terutama yang berkaitan dengan proses mengingat.
  4. Alat permainan yang meningkatkan fokus anak adalah Lego, Play Dough dan puzzle.

Baiklah, kita cuba dulu yang ini dan kita jangan mengharap hasil yang cepat. Yang penting kita berusaha dan konsisten. Wallahua’lam…

Related posts:

Tips Mendidik Anak AKTIVITI ANAK-ANAK 0-2 TAHUN Tips Ketika anak Berusia 0-6 bulan...
Tips Pendidikan Anak – 15 Bulan “Ketawanya sering mengukir senyuman ibu bapa yang meihat dan mendengarnya”...

No comments: