Friday, July 8, 2011

Doa Untuk Para Pejuang



Doa Untuk Para Pejuang Nov 7, '08 1:52 AM

Allahuma ya Allah, yang Maha Memiliki Keagungan dan Kebesaran
Allahuma ya Allah, yang Maha Kuasa, Maha Tinggi dan Maha Besar
Kami memohon kepada-Mu dengan seluruh Kekuatan dan Kekuasaan-Mu
Anugerahkan kepada para Mujahidin kemenangan atas izin-Mu
Ya Allah, berilah mereka kemenangan dan kekuatan
Satukan pandangan mereka sebagai kekuatan yang tak terkalahkan
Dan kukuhkan pula setiap kata dari mereka

Allahuma ya Allah, perbaiki selalu hati mereka
Dan bantulah kami untuk menghadapi musuh-musuh agama-Mu
Kuatkanlah persatuan di antara kami dan hilangkan segala kelemahan kami
Cabutlah ketakutan di dalam hati kami
Sungguh kami percaya segala takdir ada di tangan-Mu
Dan segala urusan akan kembali kepada-Mu
Tak ada satupun yang luput dari pengetahuan-Mu
Hanya kepada-Mu kami mengadukan segala derita
Hanya kepada-Mu kami mengadukan segala duka
Hanya kepada-Mu pula kami bawa berbagai keluh kesah

Allahuma ya Allah, hanya kepada-Mu saja
Kami mengadukan ketidakadilan yang kami terima dari para penjajah
Mengadukan kekejaman yang dilakukan para pendurhaka
Mengadukan segala pengkhianatan yang membawa luka
Allahuma ya Allah, hanya kepada-Mu kami mengadukan segala

Ya Allah, kegelapan dari kezaliman semakin menyelimuti kami
Kezaliman dari orang-orang yang mengingkari-Mu semakin luas

Allahuma ya Allah, kirimkan kepada mereka
Tangan-Tangan yang membawa kebenaran
Untuk membela penghinaan atas umat-Mu
Untuk mengembalikan kemuliaan atas umat-Mu
Dan untuk menghancurkan musuh-musuh kami

Allahuma ya Allah, tanganilah semua sumber ketidakadilan dan penjajahan
Kirimkan kekuatan-Mu langsung ke negeri-negeri yang menjadi pusat
dari kekufuran dan kefasadan

Ya Allah, mereka menyebarkan kerusakan di tanah-Mu
Mereka membunuh hamba-hamba-Mu
Mereka merusak agama-Mu
Kirimkan kepada mereka peringatan
Dengan segala kekuatan-Mu

Allahuma ya Allah, kirimkan langsung kekuatan-Mu
Kirimkan badai kepada mereka seperti Engkau mengirimkan badai kepada Kaum 'Ad
Buatlah mereka menangis seperti Kaum Tsamud
Kirimkan juga puting beliung seperti yang telah Kau kirim pada Kaum Nuh
Ya Allah, kirimkan kepada mereka malaikat-Mu dari langit
Keluarkan malaikat-Mu dari dalam tanah
Jadikan badai yang susul menyusul untuk mereka
Dan bebaskan saudara-saudara kamu yang telah ditawan
Kuatkan mereka
Kokohkan imannya
Dan jadikan segala kemungkinan untuk mereka

Allahuma ya Allah, balaslah orang-orang yang telah menyiksanya
Dengan kekuatan-mu, hancurkan dan berantaslah mereka
Jadikan rencana mereka sebagai penyebab kehancuran mereka sendiri
Jadikan makar mereka untuk mereka sendiri
Allahuma ya Allah, yang Maha Mendengar dan Menerima segala doa
Terimalah doa kami

Allahuma ya Allah
Kami memohon kepada-Mu, selamatkan al-Aqsha dari Kejahatan Yahudi
Selamatkan al-Aqsha dari kaum kafir yang berhati dengki
Ya Allah, izinkan kami melihat al-Aqsha merdeka dari cengkraman mereka
Izinkan kami melihat Zionis Israel kalah dan terhina
Hinakan mereka, lemahkan mereka, kalahkan mereka

Allahuma ya Allah, tinggikan Islam dan kaum Muslimin
Berikan kepada kami kemuliaan, kebesaran dan kekuatan
Kami memohon kepada-mu untuk kemenangan seluruh kaum Muslimin
Jagalah para pejuang-mu
Kuatkan mereka untuk menapaki jalan-Mu
Tinggikan derajat mereka yang menyeru kepada kebenaran
Karuniakan kemuliaan kepada Muslim yang mengikuti kebenaran

Allahuma ya Allah, kepada mereka yang mengingkari-mu
Takdirkan penderitaan menjadi takdir mereka
Jadikan kesusahan di setiap jalan yang mereka tempuh
Ubahlah kesehatan mereka menjadi wabah
Ubahlah kekuatan mereka menjadi kesakitan yang tiada tara
Gantikanlah kemakmuran mereka dengan kemiskinan yang membawa hina
Dan tukarlah keperkasaan mereka menjadi kelemahan yang membawa runtuh
Allahuma ya Allah, hanya kepada-Mu kami berserah diri.


*puisi ini diambil dari majalah sabili*

Thursday, July 7, 2011

Masalah Kehamilan dan Penyelesaian – Eklampsia


Eklampsia adalah merupakan masalah yang serius yang perlu dicegah oleh ibu hamil. Wanita hamil yang mengalami masalah ini akan berasa kekejangan kesan daripada kehamilan. Biasanya, sebelum terjadi eklampsia pesakit akan terlebih dahulu mendapat tanda-tanda awal praeklampsia. Ini adalah kerana praeklampsia akan mendorong anda untuk mendapat eklampsia. Berikut adalah beberapa penjelasan tentang eklampsia untuk rujukan ibu hamil.

Jenis dan Puncanya

Sehingga kini punca berlakunya praeklampsia atau eklampsia yang menyerang wanita hamil belum dapat dikenal pasti. Salah satu teori yang banyak dikemukakan sebagai punca eklampsia adalah wujudnya iskemia iaitu terdapatnya sekatan pada pembuluh darah, ini akan menyebabkan berlakunya gangguan aliran darah untuk sampai ke plasenta. Walaupunbegitu, teori ini masih tidak tepat untuk menjawab persoalan yang berkaitan.

Apa yang Perlu Anda Ketahui?

Anda hendaklah berhati-hati jika terdapat tanda-tanda eklampsia pada diri anda. Antaranya seperti hipereflekia (tindakan refleks yang tinggi), penglihatan terganggu, dan kejang. Kekejangan yang berlaku dalam tempoh yang lama akan mengganggu fungsi organ badan yang lain dan boleh membahayakan nyawa ibu serta bayi yang dikandung. Selain itu, pertumbuhan janin akan terbantut, manakala jika ibu hamil berada dalam keadaan tidak sedar atau koma kemungkinan akan berlaku pendarahan pada serebral.

Bagaimanakah Cara Untuk Mengatasi dan Mencegahnya?

Sebenarnya tidak ada cara lain untuk mencegah berlakunya eklampsia ke atas diri selain menjaga kehamilan dengan baik. Berikut terdapat beberapa cara pencegahan eklampsia.

  1. Sentiasa mengambil sayur-sayuran, buah-buahan yang segar dan mengandungi nutrien serta menjalani gaya hidup yang sihat.
  2. Amalkan pengambilan makanan yang mengandungi sedikit garam, rendah lemak, karbohidrat dan kandungan nutrien yang tinggi.
  3. Banyakkan berehat
  4. Lakukan pemeriksaan kehamilan secara teratur supaya dapat memantau keadaan ibu dan kandungan
  5. Segera periksa tekanan darah jika anda terasa pening atau leher terasa kaku. Ini adalah kerana gejala ini akan menimbulkan hypertension kepada kehamilan dan mungkin dijangkiti penyakit yang lebih serius.A

Tips Tingkatkan Daya Fokus Anak


Saya selalu pesan kepada pelajar saya supaya isikan masa lapang mereka di dalam kelas dengan mengulangkaji pelajaran. Kerana ketika itulah masa yang sesuai untuk menyiapkan kerja sekolah atau membaca buku. Di sekolah sebentar tadi saya menggantikan guru yang tidak hadir di kelas tahun 3. Saya tidak merancang untuk mengajar mereka, cuma memberi kebebasan kepada pelajar untuk menyiapkan kerja sekolah mereka. Saya lihat gelagat seorang demi seorang. Macam-macam, biasalah kanak-kanak umur 9 tahun, bila mereka mula main, saya faham naluri mereka sukar dibendung. Keinginan untuk main membuak-buak ketika ada masa lapang. Lain dengan pelajar perempuan, yang tak henti mulutnya.

Yang saya terfikir, bagaimana agaknya anak saya nanti ketika berada dalam keadaan kawan-kawan yang sedang bermain. Bolehkah dia menumpukan perhatian untuk membuat kerja sekolah ketika itu. Saya rasa ada sesuatu perlu dilakukan untuk meningkatkan fokus anak saya kepada apa yang dilakukannya kelak. Ketika waktu belajar, dia perlu belajar betul-betul, ketika bermain, mainlah dengan sungguh-sungguh, ketika membantu orang, bantulah dengan ikhlas, ketika makan, makanlah dengan sederhana dan lain-lain lagi.

Saya nampak ia berkait rapat dengan fokusnya. Jom lihat bagaimana untuk tingkatkan fokus anak-anak sejak kecil:

  1. Kurangkan menonton televisyen. Kawal aktiviti menonton televisyen anak kita. Televisyen memang alat yang mampu mengurangkan dan melunturkan tahap fokus anak. Ada seorang ibu datang kepada saya ketika program perjumpaan waris, mengadu yang anaknya selalu buat kerja di hadapan televisyen. Samada makan, mengulangkaji pelajaran, dan lain-lain. Jadi anaknya sukar untuk mengulangkaji pelajaran dengan efektif. Saya cuba katakan kepada ibu tersebut bahawa televisyen memang mengganggu perhatian anak-anak. Tak berani nak cakap lebih daripada tu sebab saya pun masih “muda”… huhu
  2. Jaga pemakanan anak. Makanan yang berkhasiat dan makanan sunnah adalah amalan yang sangat baik. Kismis, kekacang, kurma, madu dan sayur-sayuran, adalah bahan makanan yang amat diperlukan oleh anak-anak kecil yang sedang membesar.
  3. Bermain permainan yang boleh meningkatkan fokus kepada anak. Antaranya adalah “tounge twister” (She sells sea shells by the sea shore, Rubber baby buggy bumpers Betty bought a bit of bitter butter), perkataan berlawanan (anda sebut satu perkataan anak anda akan sebut perkataan berlawanan dengannya (makin lama cepatkan sebutan anda), dan banyak lagi permainan yang sesuai terutama yang berkaitan dengan proses mengingat.
  4. Alat permainan yang meningkatkan fokus anak adalah Lego, Play Dough dan puzzle.

Baiklah, kita cuba dulu yang ini dan kita jangan mengharap hasil yang cepat. Yang penting kita berusaha dan konsisten. Wallahua’lam…

Related posts:

Tips Mendidik Anak AKTIVITI ANAK-ANAK 0-2 TAHUN Tips Ketika anak Berusia 0-6 bulan...
Tips Pendidikan Anak – 15 Bulan “Ketawanya sering mengukir senyuman ibu bapa yang meihat dan mendengarnya”...

Friday, June 10, 2011

Kematian


Ingin saya berkongsi pengalaman ini bersama teman-teman sekalian, semoga dapat dijadikan pengajaran dan pedoman untuk diri saya dan anda semua. Pernahkah anda melihat orang yang sedang sakit yang boleh menyebabkan kematian, tetapi hatinya penuh dengan kebencian dan dendam yang mendalam?

15 CARA KEMATIAN YANG DIINGINI
  1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim)
  2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.” (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)
  3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
  4. “Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad) Mati syahid di dalam medan perang.
  5. Mati dalam peperangan fisabilillah. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?
  6. Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.
  7. Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.”
  8. Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?”
  9. Baginda menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid.”(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi.
Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:
  1. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)
  2. Mati kerana tenggelam.
  3. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.
  4. Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)
  5. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.
  6. Mati terbakar.
  7. Mati kerana penyakit busung perut.
  8. Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu’: “Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.” (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)
  9. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).
  10. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)
  11. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)
  12. Mati dalam membela agama dan jiwa. “Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.”
  13. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”
  14. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.

Perubahan Awal Kepada Mayat Selepas Kematian

Secara biologinya, kematian didefinisikan sebagai berhentinya semua fungsi vital tubuh meliputi detik jantung, aktiviti otak serta pernafasan. Kematian dinyatakan terjadi ketika nafas dan denyut jantung individu telah berhenti selama beberapa waktu yang signifikan atau ketika seluruh aktiviti saraf di otak berhenti bekerja. Kematian juga ditakrifkan sebagai kehilangan fungsi secara tidak berbalik sebagai satu organisma dan secara keseluruhannya.

Setelah berlakunya sesuatu kematian, terdapat perubahan-perubahan tertentu yang berlaku pada jasad si mati. Perubahan – perubahan ini dibahagikan kepada perubahan awal dan perubahan lanjut. Perubahan-perubahan awal adalah seperti perubahan pada kulit, perubahan pada mata, algor mortis/penurunan suhu badan, rigor mortis/kaku mayat dan livor mortis/lebam mayat. Perubahan lanjut pula melibatkan proses pereputan, pembentukan adipocere dan mummifikasi.
Perubahan Pada Kulit
Apabila kematian berlaku, perubahan pertama yang boleh dilihat adalah pada kulit si mati dimana kekenyalan kulit beransur hilang dan warna kulit berubah menjadi pucat.
Perubahan Pada MataPerubahan Awal Kepada Mayat Selepas Kematian
Perubahan pada mata pula boleh dilihat dengan menguji refleks pupil dan kornea. Apabila kematian telah berlaku, tiada lagi refleks pupil terhadap cahaya dan refleks kornea juga hilang.Kornea akan menjadi keruh selepas 2 jam kematian. Tekanan dalam mata mula menurun, bola mata beransur flaksid dan tenggelam ke dalam orbit mata.
Algor Mortis
Apabila kematian berlaku, suhu badan akan mula menurun dan keadaan ini dipanggil sebagai algor mortis. Suhu badan ini menurun secara radiasi, konduksi dan konveksi.Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kadar penurunan suhu badan si mati seperti umur, keadaan si mati, cara kematian, suhu persekitaran dan juga keadaan persekitaran dimana kematian tersebut berlaku.
Penurunan suhu badan cepat berlaku pada mayat kanak-kanak dan orang tua memandangkan mereka mempunyai permukaan tubuh yang lebih besar berbanding dengan isipadu tubuhnya. Pakaian juga mempengaruhi algor mortis ini.Sekiranya si mati berpakaian tebal, kadar penurunan suhu adalah lebih lambat berbanding si mati yang tidak berbaju atau berbaju nipis.
Selain daripada itu, susuk badan seseorang juga mempengaruhi penurunan suhu si mati. Mereka yang gemuk akan mengalami penurunan suhu yang lebih lambat disebabkan lemak yang terkumpul adalah tinggi berbanding susuk badan yang kurus. Perbezaan yang besar di antara suhu persekitaran dan suhu badan si mati mempercepatkan proses penurunan suhu badan si mati. Bagi mayat yang dijumpai di dalam air, penurunan suhu badan adalah dipengaruhi oleh keadaan air, suhu air dan juga aliran air tersebut. Air yang kotor menyebabkan suhu badan turun lebih lambat memandangkan aktiviti bakteria di dalam air tersebut mampu menaikkan suhu badan si mati.
Rigor Mortis
Selain algor mortis, badan si mati juga akan melalui fasa rigor mortis. Rigor mortis merupakan keadaan dimana seluruh badan beransur-ansur menjadi kaku selepas kematian berlaku. Keadaan ini biasanya mula berlaku dalam masa 1-2 jam selepas kematian dan biasanya kaku mayat ini beransur-ansur hilang dan berakhir selepas 48 jam. Kaku mayat ini berlaku kerana tindakbalas kimia pada otot apabila glikogen semakin berkurang dalam penghasilan Adenosin Tri Phosphate (ATP) menyebabkan penimbunan Adenosin Di Phosphate (ADP) dan seterusnya menyebabkan kontraksi otot.
Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kaku mayat termasuklah umur si mati, aktiviti yang dilakukan oleh si mati sejurus sebelum kematian, suhu persekitaran sewaktu kematian berlaku dan juga bentuk badan si mati.Tiada kaku mayat berlaku sekiranya si mati berada di dalam suhu bawah 6°C tetapi kaku sejuk pula yang akan berlaku. Semakin tinggi suhu persekitaran, semakin cepat kaku mayat berlaku dan semakin cepat juga kaku mayat ini hilang.
Sebaliknya, suhu persekitaran yang rendah melambatkan proses kaku mayat terjadi dan beransur hilang. Sekiranya si mati aktif beraktiviti sebelum kematian berlaku, contohnya dalam kes si mati mengalami pergelutan sejurus sebelum kematian, proses kaku mayat lebih cepat berlaku memandangkan kehilangan ATP yang banyak semasa aktiviti pergelutan berlaku.
Kekurangan otot-otot pada jasad si mati juga mempengaruhi kadar perkembangan proses kaku mayat si mati. Orang yang kurus, bayi, dan orang tua biasanya mengalami kaku mayat pada kadar yang cepat berbanding jasad si mati yang berbadan besar.
Fasa-fasa kaku mayat mengikut urutan waktu setelah kematian
Kaku Mayat
Livor Mortis
Livor mortis atau juga dikenali sebagai lebam mayat atau postmortem hipostasis terjadi disebabkan terhentinya peredaran darah yang menyebabkan darah turun ke dasar salur-salur darah yang terendah pada mayat tersebut. Livor mortis ini dapat dikenali dengan warna ungu kebiruan atau merah kebiruan pada bahagian badan yang terlibat.
Lokasi lebam mayat ini bergantung kepada kedudukan jasad si mati, sekiranya si mati berada dalam keadaan terlentang, lebam mayat akan terbentuk di bahagian belakang badan kecuali bahagian yang terhimpit pada permukaan seperti bahagian punggung dan skapula (belikat).
Warna lebam mayat juga dapat memberi maklumat tentang perihal kematian si mati. Dalam kematian yang disebabkan keracunan sianida, warna lebam mayat ialah biru gelap-merah jambu, manakala dalam kematian disebabkan karbon monoksida warna lebam mayat ialah merah ceri (cherry pink). Lebam mayat ini mula berlaku selepas 1-3 jam kematian berlaku. Kepentingan livor mortis dalam kes medikolegal termasuklah dalam penentuan masa kematian, memberi maklumat berkenaan posisi terakhir mayat semasa meninggal dunia, selain sebagai pengesahan kematian telah berlaku.
Lebam mayat
Perubahan-perubahan awal yang berlaku selepas kematian ini sangat berguna sebagai pengesahan kematian telah berlaku selain dapat menganggarkan masa kematian. Perubahan-perubahan ini juga dapat membantu dalam penyiasatan sebab kematian dan memberi idea tentang kedudukan terakhir si mati sebelum meninggal dunia. Selepas perubahan-perubahan awal ini berakhir, perubahan lanjut selepas kematian seperti proses pereputan, pembentukan adipocere dan mummifikasi akan bermula.
Rujukan
  1. http://www.centralia.edu/academics/forensicscience/FORS%20101/PowerPointPres/TDeathInvest.ppt
  2. www.harriscountry.gov/ifs/cause.aspx
  3. http://webpages.sou.edu/chapman/CH300S10/ForensicPathology%202%20(student).ppt
  4. http://lontar.ui.ac.id/
  5. Postmortem Changes Powerpoint Presentation by Dr Amir Saad,Forensic Pathologist,HKL
  6. Shahrom Abd. Wahid,Patologi Forensik, Dewan bahasa & pustaka, 2001
Rujukan Gambar
  1. Postmortem Changes Powerpoint Presentation by Dr Amir Saad,Forensic Pathologist,HKL
  2. Shahrom Abd. Wahid,Patologi Forensik, Dewan bahasa & pustaka, 2001


Tanda 100 Hari Sebelum Kematian

Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.


Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.
TANDA 100 HARI SEBELUM MATI


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanyaakan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapunsemua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akanmengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daginglembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan denganteliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. 
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Thursday, June 9, 2011

Rela dimadu demi agama


Rela dimadu demi agama

JOHOR BAHRU: “Demi agama, saya rela dimadu,” kata Muzlifah Mohd Adam, 34, madu kepada Nor Hanisah Warah Abdullah, 34, wanita Thailand yang menghadapi dilema berikutan urusan pendaftaran pernikahannya dengan ahli perniagaan di sini, belum diselesaikan Jabatan Agama Johor (JAJ).

Menurutnya, dia mengenali Nor Hanisah Warah atau nama asalnya, Waraporn Intasin, sejak kira-kira dua tahun lalu atas urusan perniagaan, kerana madunya itu mempunyai syarikat membekalkan mainan dari Thailand.

Katanya, perkenalan menerusi urusan perniagaan bertukar kepada persahabatan dan daripada hanya berurusan menerusi e-mel, mereka bersembang di telefon.

“Kami menjemput Nor Hanisah Warah datang ke Johor Bahru dan pelawaan itu diterimanya sebelum tiba di sini Februari lalu. Mungkin selepas melihat cara kehidupan kami sebagai Muslim, Waraporn Intasin terbuka hati memeluk Islam.

“Mungkin juga jodoh dia dengan suami saya, saya tidak mempunyai masalah bermadu dengannya. Saya mengambil keputusan itu kerana sedar berpeluang membantu menarik saudara baru.

“Selain itu dengan pengalamannya menguruskan perniagaan mengeksport mainan, kami (saya dan suami) berpendapat dia dapat membantu menguruskan salah satu perniagaan kami selain menemani saya yang kesunyian berikutan suami sibuk menguruskan perniagaan,” kata ibu kepada enam anak itu.

Menurutnya, selepas mengadakan perbincangan di mana suami bernikah di Satun, Thailand pada 13 Mac lalu, dia sanggup ke negara berkenaan bagi menemani madu dan suaminya itu.

Katanya, selepas sah bergelar suami isteri mereka kemudiannya tinggal bersama di Kampung Cahaya Baru, Masai, di sini, di mana Nor Hanisah Warah menguruskan ladang ternakan milik suaminya, manakala dia kekal menguruskan perniagaan kedai runcit.

Akhbar ini Sabtu lalu melaporkan, rayuan dan dilema seorang saudara baru memikirkan nasib kandungan sekiranya urusan pendaftaran pernikahannya masih belum dapat diselesaikan, sedangkan dia kini sudah mengandung empat bulan.

Nur Hanisah Warah Abdullah, 34, merayu urusan pendaftaran pernikahannya diselesaikan segera selepas pernikahannya itu disahkan Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, 6 Mei lalu.

Nur Hanisah Warah dipetik berkata, disebabkan tertarik dengan agama Islam dan ingin menjalani kehidupannya sebagai Muslim, dia sanggup meninggalkan sementara anak perempuannya berusia lapan tahun di rumah orang tuanya di Chiang Rai, Thailand berhijrah ke Malaysia.

Selain itu, katanya, dia menyerahkan perniagaan mengeksport permainan kanak-kanak kepada rakannya yang diusahakan bersama sejak kira-kira enam tahun lalu, selepas tertarik dengan ajaran Islam dan ingin menjadi seorang Muslim.

Bagaimanapun, katanya, disebabkan beberapa masalah pernikahan mereka masih belum boleh didaftarkan di sini, dia menghadapi pelbagai masalah seperti ketiadaan visa hingga menyebabkannya terpaksa pulang ke Chiang Rai, Thailand, kira-kira tiga minggu sekali membabitkan belanja hampir RM3,000 setiap kali pulang, selain bimbangkan masa depan kandungannya yang berusia empat bulan.

http://www.hmetro. com.my/Current_ News/myMetro/ Monday/Mutakhir/ 20081020085411/ Article/index_ html

RENUNGAN



Pernahkah kamu memancing ikan? Kalau tak pernah memancing pernahkah kamu melihat orang memancing? Kalau tak pernah pun, bolehkah kamu bayangkan seseorang sedang memancing?

Baiklah, katakanlah kamu menemani seseorang yang sedang asyik memancing. Tiba-tiba mata kailnya disentap oleh seekor ikan dan dia segera memutar pemutar tali pancing. Sekali-sekala dia menghenjut-henjut jorannya supaya mata kail semakin menyangkut mulut ikan.

Akhirnya, ikan itu dapat dinaikkan ke darat. Kamu lihat pemancing itu tersenyum lebar. Gembira benar hatinya. Kamu juga turut tersenyum kerana itu bermakna satu kemenangan. Kamu turut ghairah melihat pemancing itu cuba membebaskan ikan daripada mata kailnya.

Tiba-tiba, setelah dia melepaskan mata kail daripada mulut ikan, dia mencampakkan kembali ikan itu ke air.

Eh, apa hal? Kamu memandang pemancing itu dengan seribu tanda tanya, tapi dia bersahaja seolah-olah tindakannya itu tidak menimbulkan sebarang persoalan.

Kamu rasa apakah yang akan dideritai oleh ikan itu?
Bolehkan ia menyambung hidup dengan mulutnya yang terluka atau mungkin juga isi perutnya yang telah robek?

Sudah tentu ia akan mengalami kesakitan sebelum akhirnya mati. Dengan mulut yang koyak dan perut yang robek, dia tentu tidak dapat mencari makanan, untuk berenang pun mungkin dia tidak mampu. Dia mungkin disisihkan oleh kawan-kawan kerana sudah tidak boleh aktif lagi.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah dia mula menyayangi kamu hendaklah kamu menjaga hatinya. Jangan sesekali terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersama kamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati kamu.

Sebab itu apabila kamu merelakan hati kamu untuk bercinta, seriuslah dalam tindakan dan keputusan kamu itu, sebab jika kamu hanya main-main, akan ada pihak yang menangis.

Tentu kamu dapat bayangkan betapa sakit dan menderitanya ikan menjalani hidupnya setelah dilemparkan kembali ke air. Begitulah, alangkah sakitnya hidup bersama hati yang robek kerana mengingati seseorang.

Cinta adalah fitrah manusia. ALLAH menjadikan cinta untuk memberi keseronokan kepada hamba-hamba-Nya menjalani hidup mereka, tapi tahukah kamu lebih ramai orang yang menderita kerana cinta daripada yang berbahagia kerana cinta.

Kenapa jadi begitu?

Jika kamu sedang bercinta atau pun akan bercinta suatu hari nanti, peliharalah hatinya dan rencahilah cinta kamu dengan kejujuran,kesucian dan keikhlasan serta dasarkan cinta kamu kerana ALLAH. Hanya cinta yang begini akan kekal, selainnya pasti menempuh jalan berliku dan akhirnya menumpahkan air mata kesedihan.

Maka itu, jika kamu belum bersedia untuk berlaku jujur janganlah bercinta dulu. Jika kamu belum bersedia untuk setia janganlah cuba-cuba memberikan hati kepada orang lain.

Sebab perbuatan yang sebegini akan hanya menghabiskan masa, membazirkan airmata dan perbuatan kamu itu akan memulakan satu derita.

Ingatlah, kita adalah apa yang kita usahakan. Jangan sesekali memberikan harapan kepada orang lain, yang mana kita sendiri pun tidak pasti akan kesudahannya. .. Jika hari ini kita melukakan seseorang, suatu hari nanti kita pula akan dilukai seperti mana kita pernah melukakan dahulu.

Sesungguhnya setiap perbuatan itu akan ada balasannya.. .

Renungkanlah.


Perkembangan Psikologis Remaja


Perkembangan Psikologis Remaja
Bicara tentang psikologi remaja tentu tak lepas dari perkembangan psikologis remaja, yang mana dapat dikatakan suatu fase perkembangan yang dialami seseorang ketika memasuki usia 12-22 tahun. Pada fase perkembangan psikologi remaja, anak harus mampu meninggalkan sifat kekanak-kanakannya. Lebih lanjut tentangpsikologi remaja simak disini.

Perkembangan Psikologi Remaja

1. Siapa Remaja itu?
Menurut Sri Rumini & Siti Sundari (2004: 53) masa remaja adalah peralihan dari masa anak dengan masa dewasa yang mengalami perkembangan semua aspek/ fungsi untuk memasuki masa dewasa. Rentang waktu usia remaja ini biasanya dibedakan atas tiga, yaitu 12 – 15 tahun = masa remaja awal, 15 – 18 tahun = masa remaja pertengahan, dan 18 – 21 tahun = masa remaja akhir. Baca selengkapnya di Batasan Usia Remaja

2. Ciri-ciri atau Karakteristik Psikologi Remaja

a. Perkembangan Fisik Psikologi Remaja
Fase remaja adalah periode kehidupan manusia yang sangat strategis, penting dan berdampak luas bagi perkembangan berikutnya. Pada remaja awal, pertumbuhan fisiknya sangat pesat tetapi tidak proporsional, misalnya pada hidung, tangan, dan kaki. Pada remaja akhir,proporsi tubuhmencapai ukuran tubuh orang dewasa dalam semua bagiannya (Syamsu Yusuf :2005). Berkaitan dengan perkembangan fisik ini, perkembangan terpenting adalah aspek seksualitas ini dapat dipilah menjadi dua bagian, yakni :

1)     Ciri-ciri Seks Primer
2)      
Perkembangan psikologi remaja pria mengalami pertumbuhan pesat pada organ testis, pembuluh yang memproduksi sperma dan kelenjar prostat. Kematangan organ-organ seksualitas ini memungkinkan remaja pria, sekitar usia 14 – 15 tahun, mengalami “mimpi basah”, keluar sperma. Pada remaja wanita, terjadi pertumbuhan cepat pada organ rahim dan ovarium yang memproduksi ovum (sel telur) dan hormon untuk kehamilan. Akibatnya terjadilah siklus “menarche” (menstruasi pertama). Siklus awal menstruasi sering diiringi dengan sakit kepala, sakit pinggang, kelelahan, depresi, dan mudah tersinggung. Psikologi remaja

2) Ciri-ciri Seks Sekunder

Perkembangan psikologi remaja pada seksualitas sekunder adalah pertumbuhan yang melengkapi kematangan individu sehingga tampak sebagai lelaki atau perempuan. Remaja pria mengalami pertumbuhan bulu-bulu pada kumis, jambang, janggut, tangan, kaki, ketiak, dan kelaminnya. Pada pria telah tumbuh jakun dan suara remaja pria berubah menjadi parau dan rendah. Kulit berubah menjadi kasar. Pada remaja wanita juga mengalami pertumbuhan bulu-bulu secara lebih terbatas, yakni pada ketiak dan kelamin. Pertumbuhan juga terjadi pada kelenjar yang bakal memproduksi air susu di buah dada, serta pertumbuhan pada pinggul sehingga menjadi wanita dewasa secara proporsional.

b. Perkembangan Kognitif Psikologi Remaja
Pertumbuhan otak mencapai kesempurnaan pada usia 12–20 thn secara fungsional, perkembangan kognitif (kemampuan berfikir) remaja dapat digambarkan sebagai berikut
  1. Secara intelektual remaja mulai dapat berfikir logis tentang gagasan abstrak
  2. Berfungsinya kegiatan kognitif tingkat tinggi yaitu membuat rencana, strategi, membuat keputusan-keputusan, serta memecahkan masalah
  3. Sudah mampu menggunakan abstraksi-abstraksi, membedakan yang konkrit dengan yang abstrak
  4. Munculnya kemampuan nalar secara ilmiah, belajar menguji hipotesis
  5. Memikirkan masa depan, perencanaan, dan mengeksplorasi alternatif untuk mencapainya 
  6. Mulai menyadari proses berfikir efisien dan belajar berinstropeksi
  7. Wawasan berfikirnya semakin meluas, bisa meliputi agama, keadilan, moralitas, dan identitas (jati diri)

c. Perkembangan Emosi Psikologi Remaja

Remaja mengalami puncak emosionalitasnya, perkembangan emosi tingkat tinggi. Perkembangan emosi remaja awal menunjukkan sifat sensitif, reaktif yang kuat, emosinya bersifat negatif dan temperamental (mudah tersinggung, marah, sedih, dan murung). Sedangkan remaja akhir sudah mulai mampu mengendalikannya. Remaja yangberkembang di lingkungan yang kurang kondusif, kematangan emosionalnyaterhambat. Sehingga sering mengalami akibat negatif berupa tingkah laku “salah suai”, misalnya: psikologi remaja
  1. Agresif : melawan, keras kepala, berkelahi, suka menggangu dan lain-lainnya
  2. Lari dari kenyataan (regresif) : suka melamun, pendiam, senang menyendiri, mengkonsumsi obat penenang, minuman keras, atau obat terlarang

Sedangkan remaja yang tinggal di lingkungan yang kondusif dan harmonis dapat membantu kematangan emosi remaja menjadi :
  1. Adekuasi (ketepatan) emosi : cinta, kasih sayang, simpati, altruis (senang menolong), respek (sikap hormat dan menghormati orang lain), ramah, dan lain-lainnya
  2. Mengendalikan emosi : tidak mudah tersinggung, tidak agresif, wajar, optimistik, tidak meledak-ledak, menghadapi kegagalan secara sehat dan bijak

d. Pekembangan Moral Psikologi Remaja
Remaja sudah mampu berperilaku yang tidak hanya mengejar kepuasan fisik saja, tetapi meningkat pada tatanan psikologis (rasa diterima, dihargai, dan penilaian positif dari orang lain). psikologi remaja

e. Perkembangan Sosial Psikologi Remaja
Remaja telah mengalami perkembangan kemampuan untuk memahami orang lain (social cognition) dan menjalin persahabatan. Remaja memilih teman yang memiliki sifat dan kualitas psikologis yang relatif sama dengan dirinya, misalnya sama hobi, minat, sikap, nilai-nilai, dan kepribadiannya.
Perkembangan sikap yang cukup rawan pada remaja adalah sikap comformity yaitu kecenderungan untuk menyerah dan mengikuti bagaimana teman sebayanya berbuat. Misalnya dalam hal pendapat, pikiran, nilai-nilai, gaya hidup, kebiasaan, kegemaran, keinginan, dan lain-lainnya.

f. Perkembangan Kepribadian Psikologi Remaja
Psikologi remaja. Isu sentral pada remaja adalah masa berkembangnya identitas diri (jati diri) yang bakal menjadi dasar bagi masa dewasa. Remaja mulai sibuk dan heboh dengan problem “siapa saya?” (Who am I ?). Terkait dengan hal tersebut remaja juga risau mencari idola-idola dalam hidupnya yang dijadikan tokoh panutan dan kebanggaan. Faktor-faktor penting dalam perkembangan integritas pribadi remaja (psikologi remaja) adalah:
  1. Pertumbuhan fisik semakin dewasa, membawa konsekuensi untuk berperilaku dewasa pula
  2. Kematangan seksual berimplikasi kepada dorongan dan emosi-emosi baru
  3. Munculnya kesadaran terhadap diri dan mengevaluasi kembali obsesi dan cita-citanya
  4. Kebutuhan interaksi dan persahabatan lebih luas dengan teman sejenis dan lawan jenis
  5. Munculnya konflik-konflik sebagai akibat masa transisi dari masa anak menuju dewasa. Remaja akhir sudah mulai dapat memahami, mengarahkan, mengembangkan, dan memelihara identitas diri

Tindakan antisipasi remaja akhir adalah:
  1. Berusaha bersikap hati-hati dalam berperilaku dan menyikapi kelebihan dirinya
  2. Mengkaji tujuan dan keputusan untuk menjadi model manusia yang diidamkan
  3. Memperhatikan etika masyarakat, kehendak orang tua, dan sikap teman-temannya
  4. Mengembangkan sikap-sikap pribadinya

g. Perkembangan Kesadaran Beragama
Iman dan hati adalah penentu perilaku dan perbuatan seseorang. Bagaimana perkembangan spiritual ini terjadi pada psikologi remaja? Sesuai dengan perkembangannya kemampuan kritis psikologi remaja hingga menyoroti nilai-nilai agama dengan cermat. Mereka mulai membawa nilai-nilai agama ke dalam kalbu dan kehidupannya. Tetapi mereka juga mengamati secara kritis kepincangan-kepincangan di masyarakat yang gaya hidupnya kurang memedulikan nilai agama, bersifat munafik, tidak jujur, dan perilaku amoral lainnya. Di sinilah idealisme keimanan dan spiritual remaja mengalami benturan-benturan dan ujian.
Demikian perkebangan psikologi remaja, mudah-mudahanan dapat bermanfaat.