ARAHAN PERKHIDMATAN
• Tanggungjawab Kerajaan untuk mentadbir negara supaya kepentingan rakyat terpelihara
• Bagi melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkan maka jabatan-jabatan telah ditubuhkan.
1. Mengemaskan Pentadbiran Pejabat
Perkara yang perlu diberi perhatian dalam jabatan
Aspek pentadbiran.
i. Carta organisasi
ii. Mencapai objektif jabatan
iii. Bimbingan dan latihan
iv. Menyelaras aktiviti (Bahagian/Unit)
v. Menyediakan panduan kerja
vi. Pembahagian kerja dan penurunan kuasa
• Menggalakkan perhubungan kakitangan yang baik
• Perhubungan baik dengan orang ramai.
• Menyemak semula fungsi-fungsi jabatan.
• Mengkaji aktiviti-aktiviti jabatan.
• Senarai tugas.
• Nasihat
* Dari jabatan lain
* Dari Bahagian Penyelarasan Perlaksanaan dan Kemajuan Pentadbiran
* Dari Jabatan Perkhidmatan Awam
• Melahirkan semangat satu pasukan.
• Latihan dalam jabatan
• Pusingan kerja antara kakitangan
• Perlu hubungan baik dengan orang ramai JANGAN
- Pilih kasih
- Mengherdik atau mencaci orang yang daif atau kurang pengetahuan
- Angkuh
• Perlu berlaku adil/saksama (boleh beri keutamaan kepada warga tua/perempuan hamil)
• Kemudahan untuk orang ramai
- Kaunter
- Mengeluarkan borang rasmi
- Menyediakan tempat menulis
- Tempat menunggu
- Tempat beratur
‹ Sistem Penilaian Prestasi melibatkan proses penetapan SKT,penilaian pelakuan dan pencapaian
pegawai dalam tempoh masa tertentu bagi mempertingkatkan kualiti dan produktiviti jabatan.
‹ Hasil penilaian ini membolehkan pihak pengurusan mengambil tindakan, pertimbangan dan keputusan berkaitan dgn. pengurusan dan kemajuan kerjaya PYD
Menentukan penempatan dan bidang kerjaya sesuai dengan potensi,kebolehan,keistimewaan
serta kemajuan pegawai
Menentukan kesesuaian dan kelayakan untuk kenaikan pangkat,pemangkuan,pinjaman dan
pertukaran sementara.
° Menentukan kelayakan atau kesesuaian untuk pergerakan dan anjakan gaji
° Menentukan penganugerahan khidmat cemerlang, pingat dan bintang kebesaran serta surat
penghargaan
° Mengenalpasti keperluan latihan
° Memberi kaunseling dengan tujuan memperbaiki dan mempertingkat prestasi serta motivasi pegawai
Û Penilaian hendaklah dilaksanakan secara objektif,adil dan telus
Û Penilaian hendaklah diasaskan kepada penghasilan kerja dan tingkahlaku yang
dipamerkan oleh PYD ke arah pencapaian objektif jabatan yang ditetapkan
Û Menggalakkan persaingan positif
∑ Membolehkan prestasi kerja dinilai dengan lebih sistematik dan meyakinkan
∑ Membolehkan ketua perkhidmatan melaksanakan sistem penilaian prestasi mengikut kesesuaian perkhidmatan tertentu
∑ Membolehkan SPP digunakan dalam pelbagai fungsi pengurusan sumber manusia
Penetapan SKT
Penilaian prestasi yang objektif,adil & telus
Pengiktirafan kegiatan dan sumbangan diluar tugas rasmi
Penetapan wajaran markah mengikut aspek penilaian prestasi yang bersesuaian dengan
setiap kumpulan pegawai
Pemakaian lima jenis borang LPPT mengikut kumpulan pegawai JPA(Prestasi) 1/2002;2/2002;3/2002;4/2002 dan 5/2002
peranan Panel Pembangunan Sumber Manusia sebagai pihak yang memastikan penilaian dibuat dengan objektif,adil dan telus
PANDUAN BAGI PENILAIAN YANG OBJEKTIF, ADIL DAN TELUS
• Penilaian dibuat secara berterusan berdasarkan pencapaian kerja sebenar PYD
• tidak dibuat secara tergesa-gesa atau dilakukan di saat akhir
• dibuat tanpa dipengaruhi tahun-tahun sebelumnya
• tidak dipengaruhi oleh faktor pilih kasih
• Pegawai penilai tidak bersifat terlalu murah hati atau sebaliknya
• pegawai penilai tidak mengambil jalan mudah dengan memberi markah dalam lingkungan pertengahan
• penilaian dibuat dengan keyakinan bahawa PYD merupakan aset terpenting dan boleh dimajukan dari semasa kesemasa
• tidak memberi perhatian kepada perkara yang baru berlaku (positif atau negatif)
• Merupakan buku catatan pegawai yang mengandungi tarikh tarikh lantikan pengesahan dalam
jawatan, kemasukan dalam perjawatan berpencen, keputusan-keputusan peperiksaan, tindakan
tatatertib, kenaikan pangkat, kursus-kursus yang dihadiri, cuti tidak bergaji, pinjaman
bergaji, pinjaman perumahan, dll yang dicatit beserta dengan rujukan kuasa.
C. SIJIL PERKHIDMATAN DAN SURAT TAKZIM
• Dikeluarkan bagi menghargai jasa dan sumbangan atas perkhidmatan seseorang pegawai
• Dikeluarkan apabila meninggalkan perkhidmatan atas sebab-sebab persaraan atau berhenti dengan rekod yang baik
• Perlantikan dan kenaikan pangkat kumpulan Pengurusan dan Profesional
• Perlantikan mengikut undang-undang
• Pengosongan Jawatan tanpa cuti atau lain-lain sebab yang munasabah
• Sistem Baru Penilaian Prestasi Anggota Perkhidmatan Awam, Malaysia
PERKARA-PERKARA PERKHIDMATAN
KENYATAAN PERKHIDMATAN
• Kenyataan Perkhidmatan perlu direkod penuh
• Kenyataan Perkhidmatan Induk
• Sijil Perkhidmatan Dan Surat Takzim
Takzim
- Persaraan Persaraan
• Mengeluarkan perlantikan kenaikan pangkat dan pengosongan jawatan.
• Sejenis komunikasi bertulis secara sehala bagi menyampaikan suatu pesanan dari satu pihak
kepada pihak yang lain
• Tujuan untuk memberi kefahaman dan menambah pengetahuan mengenai peraturan
membuat surat,mengirim surat dan menerima surat.
• pentadbiran pejabat diuruskan melalui rekod bertulis dan surat menyurat merupakan satu aspek yang paling penting.
• Terbuka - dokumen rasmi yang tidak diperingkatkan Rahsia Besar, Rahsia, Sulit dan Terhad
• Terhad- Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi selain daripada yang diperingkat rahsia Besar, Rahsia atau Sulit tetapi berkehendakkan juga diberi satu tahap perlindungan keselamatan
Contoh:
• Buku-buku jabatan bagi maksud arahan
• Perintah-perintah dan arahan-arahan biasa jabatan
Sulit
• Dokumen rasmi ,maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika dideadahkan tanpa kebenaran walaupun tidak membahayakan keselamatan negara tetapi memudaratkan kepentingan atau martabat Malaysia atau menyebabkan kesusahan kepada pentadbiran atau menguntungkan sebuah kuasa asing.
Contoh dokumen sulit
• Laporan-laporan perisikan biasa
• Laporan kenaikan pangkat
• Kertas soalan/keputusan peperiksaan
• dokumen tender
• keputusan PPG
Rahsia
• Dokumen rasmi,maklumat rasmi dan bahan-bahan rasmi, yang jika didedahkan tanpa kebenaran akan membahayakan keselamatan negara,menyebabkan kerosakan besar kepada
kepentingan dan martabat sesebuah kuasa asing.
Contoh Dokumen Rahsia
• Surat-surat antara jabatan mengenai perkara-perkara dasar yang penting
• maklumat-maklumat penting mengenai pertubuhan-pertubuhan subversif dan kegiatan-
kegiatannya
• Kertas untuk pertimbangan Jemaah Menteri seperti permohonan penyelarasan gaji
Rahsia Besar
• Dokumen rasmi,maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran akan menyebabkan akerosakan yang amat besar kepada Malaysia.
Contoh Dokumen Rahsia Besar
• Maklumat-maklumat yang sangat penting mengenai perancangan gerakan dan
penempatan barisan peperangan angkatan tentera jika berlaku peperangan.
• Kertas Jemaah Menteri yang sangat penting mengenai dasar utama Kerajaan berkaitan
perkara-perkara politik dan ekonomi.
• Poskad
• Surat biasa
• Surat berdaftar
• Surat berdaftar akuan terima
• Bungkusan
Membuat Surat Rasmi
• Kepala Surat - muka petama hendaklah ditaip di atas kertas yang mempunyai nama dan
alamat jabatan
• Nombor fail dan Tajuk Surat - setiap surat perlu ada nombor fail, tarikh dan tajuk Ini
dapat mengesan surat-surat dan untuk mengambil tindakan lanjut
• Rujukan Silang- jika suatu surat itu merupakan jawapan kepada surat yang di terima, maka perlu menyebut rujukan surat yang dibalas itu.
• Kata-kata Hormat - mulakan dengan ‘Tuan /Puan’ dan akhiri dengan ‘Saya yang menurut
perintah’
• Tajuk Surat - satu surat dihadkan kepada satu tajuk sahaja. Tajuk membayangkan kandungan
surat yang berkenaan.
• Kandungan Yang Jelas - tiap-tiap surat itu akan terang maksudnya dan tidak akan mengelirukan pembaca
• Perenggan Bernombor dan Muka Surat
• Tanda Pengkelasan - Sulit, Rahsia
Surat-surat yang diterima
• Asingkan surat-surat
œ Persendirian
œ Jabatan
œ Untuk Perhatian
œ Tersalah Alamat
• Buka Surat (Jabatan)
– Cop tarikh terima
– masukkan ke dalam fail berkenaan
– minit
• Mengkandungkan Surat
– tentukan tajuk
– dapatkan fail
– tebuk lubang sebelah kiri
– nombor kandungan
– buat catatan di kertas minit
• Menulis Minit
* Kepentingan
* Cara Menulis Minit
-Nombor setiap perenggan
- Ditulis jelas
-Minit yang panjang ditaip (jika lebih 1 muka surat – dikandungkan)
-Ditandatangan dan ringkasan jawatan
Melayani surat-surat yang diterima
• Memerlukan perhatian segera
• patut beri kepada pegawai pada hari diterima
• masukkan surat dalam fail berkenaan dan edar pada pegawai untuk tindakan
• rekod surat yang diterima
• surat mengandungi wang/barang berharga-daftar ikut AP 71
Menghantar surat
• Surat biasa
– pastikan surat lengkap
– asing mengikut tempat
– sampul surat rasmi
– cop jabatan
• Surat Berdaftar
œ Perkataan BERDAFTAR
œ Buku kira-kira belanja pos
œ Resit pos
• Dengan Tangan/Segera/Fak
– copkan Hantar Dengan
Tangan/Segera/Fak
– catatkan dalam buku ‘despatch’
– jarak kurang daripada 25 KM
Fungsi Surat
• Alat Perhubungan
• Sebagai Rekod
• Barang Bukti
• Imej
FAEDAH PENGGUNAAN
• Semua maklumat, surat, permohonan berkenaan sesuatu perkara akan dikumpul dalam satu fail
• Memudahkan pengesanan maklumat untuk tindakan
• Memudahkan latihan kepada kakitangan baru
• Memudahkan pertukaran kakitangan
UNTUK MENYENANGKAN TATACARA PENDAFTARAN DAN PENGENDALIAN FAIL
DENGAN CARA MENGGUNAKAN SENARAI PENGKELASAN YANG TELAH DITENTUKAN
DAN DIBERIKAN NOMBOR KOD MASING-MASING
BILA FAIL BOLEH DIWUJUDKAN
ß PERKARA BARU
ß FAIL LAMA DITUTUP
PEMBUKAAN FAIL BARU
V Tentukan tajuk fail
V Tentukan nombor rujukan fail
V Tentukan/pilih kulit fail mengikut taraf keselamatan
V Tuliskan tajuk fail & nombor rujukan fail pada kulit fail baru
V Buat catatan atas kertas minit
V Kandungkan surat dalam fail
PENYAMBUNGAN FAIL
• BILA FAIL LAMA DITUTUP
‹ tebal fail satu inci
‹ nombor kandungan/folio sampai kepada angka seratus
• GUNA TAJUK YANG SAMA
• GUNA NOMBOR RUJUKAN SAMA TAPI JILID BERIKUTNYA
SISTEM FAIL
DEFINISI:
• PROSES MENGKLASIFIKASI, MENYUSUSUN, MENYIMPAN DAN MENYELENGGARA
FAIL-FAIL BAGI MEMUDAHKAN PENGURUSANNYA APABILA DIPERLUKAN.
• TUJUANNYA ADALAH UNTUK KECEKAPAN SESUATU JABATAN
JENIS KUMPULAN FAIL
• ‘Housekeeping’ Meliputi perkara-perkara seperti pentadbiran, perjawatan dan senarai kakitangan
• ‘Operational’ Meliputi fail-fail tentang fungsi asas sesuatu organisasi seperti rekod tanah untuk Pejabat Tanah, rekod pendapatan untuk Jabatan Hasil Dalam Negeri dsb.
TARAF KESELAMATAN FAIL
‹ TERBUKA
‹ TERHAD
‹ SULIT
‹ RAHSIA
‹ RAHSIA BESAR
WARNA KULIT FAIL
• Terbuka – Putih
• Terhad – Putih dan tercatit perkataan TERHAD
• Sulit – Hijau dan tercatit perkataan SULIT
• Rahsia – Merah jambu berpalang dan tercatit perkataan RAHSIA
• Rahsia Besar – Kuning dan berpalang merah dan tercatit perkataan RAHSIA BESAR
KAEDAH PENDAFTARAN
∑ MENGIKUT SIRI
∑ MENGIKUT TAHUN
∑ MENGIKUT PENGKELASAN PERKARA
∑ MENGIKUT BAHAGIAN ATAU UNIT
PERGERAKAN FAIL
° FAIL KELUAR MASUK MELALUI KERANI PENDAFTARAN
° PENGHANTARAN ANTARA PEGAWAI PERLU ADA SLIP TRANSAKSI
° PERLU ADA SISTEM SIMPAN DALAM PERHATIAN
KEPERLUAN TERHADAP SISTEM FAIL YANG BAIK
ß Kepadatan - Seboleh-bolehnya menggunakan ruang yang minima
ß Asesibiliti - Mudah untuk dirujuk
ß Ekonomi - Menentukan sistem penyimpanan fail adalah dengan kos yang minima
ß Keanjalan - Bagi maksud pembesaran ruang di masa hadapan
ß Rujukan Silang - Supaya memberi kemudahan dalam mengesan lain-lain dokumen yang bersangkutan atau
rekod dapat di-cari di bawah berbagai tajuk
ß Jadual Pengasingan - Bagi membolehkan fail-fail yang tidak lagi aktif dipindahkan
ß Kelasifikasi - Untuk memberi kemudahan di dalam membuat rujukan
PENYEDIAAN NOMBOR RUJUKAN FAIL
Nama Organisasi/Bah(TK)/Kod Organisasi/Kod Perkara Utama/Kod Pecahan Perkara Utama/Kod Pecahan Kecil Perkara Utama
PENGEDARAN FAIL
ß fail keluar/masuk direkodkan
ß fail telah digunakan hantar ke bilik pendaftaran
ß fail tebal diberikan jilid
ß fail berperingkat diasingkan
ß simpan dalam perhatian (sdp)
SIMPAN DALAM PERHATIAN (SDP)
∑ Fail diperlukan pada masa atau tarikh yang ditetapkan oleh pegawai
∑ Kerani fail catat SDP fail yang diperlukan dalam buku harian rasmi atau buku daftar
∑ Fail diperolehi dari tempat simpanan pada masa dan tarikh yang diperlukan
PERKARA YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN
BILA BUKA FAIL
• beri tajuk ringkas yang sesuai
• satu fail satu perkara
• satu tajuk jangan ada lebih fail induk
• beri pengkelasan yang sesuai
PENGURUSAN REKOD KERAJAAN
DEFINASI
SEMUA JENIS GAMBAR, SURAT, DOKUMEN, REKOD, DAFTAR, BAHAN BERCETAK, BUKU, PETA, PELAN, LUKISAN, GAMBAR, MIKROFILEM, FILEM WAYANG GAMBAR DAN RAKAMAN SUARA YANG DITERIMA ATAU DIKELUARKAN OLEH MANA-
MANA JABATAN KERAJAAN DALAM APA JUA BENTUK UNTUK TUJUAN MENJALANKAN DAN MENUNAIKAN URUSAN RESMI MEREKA.
(AKTA ARKIB NEGARA 1966)
REKOD
o Tidak boleh dimusnahkan tanpa kelulusan dari Ketua Pengarah Arkib Negara
o Ketua jabatan bertanggungjawab melakukan kajian semula setiap tahun
(Surat Pekeliling Am 1/97 – Ketua Jabatan bertanggungjawab melakukan Kajian Semula setiap
tahun bagi menyenaraipindahkan semua rekod yang berusia 5 tahun dari tarikh ianya ditutup)
PEMELIHARAAN REKOD
‹
TERHINDAR DARI AIR, PANCARAN MATAHARI TERUS MENERUS
‹
BILIK BERHAWA DINGIN
‹
PUNYA PEREDARAN UDARA YANG BAIK JIKA TIADA HAWA DINGIN
‹
DIBERSIHKAN SELALU
‹
SETIAP ENAM BULAN PERIKSA TEMPAT SIMPANAN REKOD
‹
PERSEKITARAN DISEMBUR RACUN SERANGGA
PEMELIHARAAN REKOD
‹
DILARANG MAKAN, MINUM, MEROKOK, LEPAK
‹
DILARANG JADI STOR PENYIMPANAN BARANGAN LAIN TERUTAMA BERBENTUK
CECAIR
‹
SIMPAN REKOD ATAS RAK YANG PUNYA JARAK 6 INCI DARI ARAS LANTAI
‹
JANGAN SUSUN TERLALU PADAT
‹
KERINGKAN REKOD DENGAN DIANGINKAN
MUSUHMUSUH-MUSUH REKOD
MUSUH REKOD
ß TIKUS
ß LIPAS
ß ANAI-ANAI
ß MANUSIA
ß HABA/SUHU
ß KELEMBAPAN
ß SILVERFISH
ß BOOKLICE
ß DLL
°
REKOD YANG TERUS DISIMPAN DI JABATAN ATAS KEPERLUAN TETAPI
TELAH MENCAPAI USIA 20 TAHUN DARI TARIKH IANYA DIWUJUDKAN PERLU
MENDAPAT KELULUSAN KHAS DARI JABATAN ARKIB NEGARA UNTUK TERUS
MENYIMPANNYA
i. Perkhidmatan Am
1. Kemudahan Perhubungan untuk urusan Kerajaan sahaja
2. Perhubungan Cepat Digalakkan
ii. Perkhidmatan Pos
iii. Peraturan-Peraturan Telegram
iv. Penggunaan Telefon
i. Alatulis
* Kawalan
* Pemeriksaan Bekalan
ii. Borang-borang Dan Rekod-rekod Bercetak
* Bersiri
* Rujukan Jabatan Peguam Negara (melibatkan perundangan)
* Borang kewangan – Akauntan Negara
* Dicetak oleh Percetakan Nasional
iii. Memesan Bekalan alatulis dan Borang-borang Bercetak
* Cetak – Percetakan Nasional
* Pemborong Yang Dhulurkan
iv. Mesin-mesin Pejabat
* Membeli
* Menyelenggara
v. Lain-lain Perkakas Pejabat
* Pesanan mengikut kontrak perbendaharaan
i.
Peraturan Am
* Buku Kedatangan (Punch Kad)
* Kebakaran
-
Mencegah (Latihan)
-
Pemeriksaan Tahunan Pemadam Api
-
Bilik Tahan Api
* Rekod perlu ditulis dalam dakwat kekal
* Bilik-bilik (saiz bilik)
* Kebersihan pejabat
* Mengemukakan Warta Kerajaan
* Menyemak bahan cetak
* Nasihat undang-undang
ii. Hubungan Dengan Pentadbiran Negeri
* Hubungan dengan Pegawai Daerah
* Lawatan Ketua Jabatan ke Daerah
* Hubungan dengan Setiausaha Kerajaan
SOALAN?
Sunday, November 25, 2007
PENGHAYATAN NILAI DAN ETIKA
PENGHAYATAN NILAI DAN ETIKA KERJA BERTERASKAN ISLAM DI JABATAN-JABATAN KERAJAAN
Pendahuluan
1.1 Kertas ini bertujuan mengimbas kembali peranan pelbagai jabatan kerajaan dalam menyuburkan nilai dan etika berteraskan Islam dalam semua aktiviti latihan dan amalan pengurusannya. Pada masa yang sama, berdasarkan kekuatan dan kelemahan yang berlaku dalam pelaksanaan aspek ini, beberapa cadangan akan dikemukakan bagi membolehkan program pemantapan dan penyuburan nilai dan etika ini dapat diteruskan dengan jayanya.
1.2 Kertas ini juga secara ringkasnya akan cuba menjawab persoalan-persoalan berikut:
- Adakah jabatan-jabatan kerajaan pada masa kini telah mempunyai satu garis panduan nilai dan etika berteraskan Islam yang bersepadu yang dapat difahami dan dihayati secara bersepadu juga oleh semua lapisan ahli organisasi dalam semua bidang tanggung jawab?
- Adakah garis panduan nilai itu berteraskan gabungan antara dua ilmu penting iaitu Ilmu Naqli dan Aqli? Atau adakah ianya dibentuk atas dasar kepentingan untuk menjaga nama dan imej semata-mata?
- Apakah matlamat sebenarnya di sebalik program penerapan nilai dan etika itu: adakah sekadar untuk memenuhi kehendak Pekeliling-Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam/kehendak Stakeholder/kehendak politik dan ekonomi semasa, atau memang secara ikhlas menuju ke arah memenuhi kehendak Islam yang begitu jelas menekankan aspek pemupukan setiap individu sebagai manusia yang beradab dan berakhlak tanpa melalui peraturan yang rigid atau paksaan?
- Apakah faktor sebenar yang menyumbang ke arah pemantapan aspek nilai itu: pola kepemimpinan jabatan(terutama dari segi teladan dan komitmen yang ditunjukkan), persekitaran, peraturan dan pengawasan, atau program nilai itu sendiri?
Senario Pelaksanaan Program Pemantapan Nilai & Etika Berteraskan Islam di Jabatan-jabatan Kerajaan
2.1 Dalam proses bagi membangunkan sistem pengurusan integriti di negara ini, usaha murni kerajaan dalam hal tersebut telah bermula semenjak daripada tahun 1979 lagi apabila terbitnya buku Panduan Perkhidmatan Cemerlang, sambil pada masa yang sama, cogan kata “Berkhidmat Untuk Negara” turut diperkenalkan. Beberapa dasar serta program yang menyusul selepas itu adalah:
- Penggubalan Perintah Am (Kelakuan dan Tatatertib) Bab “D” (1980);
- Arahan menggunakan kad perakam waktu (1981);
- Pelancaran Dasar Bersih, Cekap dan Amanah (1982);
- Pengenalan Dasar Pandang Ke Timur (1982);
- Kempen Kepimpinan Melalui Teladan (1983);
- Pelancaran Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran (1985);
- Gerakan Budaya Kerja Cemerlang yang bertemakan “Kualiti Teras Kejayaan” (1989);
- Pengenalan Sistem Belanjawan Diubahsuai (1990);
- Penggubalan Pekeliling-pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (bermula daripada tahun 1991 hingga kini);
- Penerbitan buku panduan bertajuk Amalan-amalan yang Tidak Produktif ;
- Penetapan tarikh rasmi sambutan Hari Q Perkhidmatan Awam iaitu pada 31 Oktober setiap tahun;
- Pemberian Anugerah Kualiti Perdana Menteri;
- Pemberian Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam;
- Pemberian Anugerah Khas Perkhidmatan Awam;
- Pemberian Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (1991);
- Penubuhan Sistem Inspektorat dalam Perkhimatan Awam (1991);
- Pelaksanaan Sistaem Saraan Baru (1992);
- Penggubalan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bagi menggantikan Bab D;
- Penggubalan Piagam Pelanggan (1993);
- Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia (2001);
- Garis Panduan bagi Mengadakan Ceramah Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Perkhidmatan Awam (2001);
- Penerbitan buku/majalah/buletin menyentuh soal etika pengurusan; dan
- Penganjuran beberapa siri seminar/bengkel/kursus mengenai aspek nilai dan etika dalam Perkhidmatan Awam.
2.2 Sebagai reaksi terhadap usaha ini, pelbagai jabatan kerajaan telah melaksanakan usaha yang sejajar dengan arahan yang digariskan di samping menjalankan usaha-usaha tambahan sebagai nilai tambah terhadap arahan tersebut, contohnya:
- Menerbitkan buku-buku rujukan penting berkaitan dengan aspek nilai dan etika seperti buku koleksi ucapan Perdana Menteri Malaysia, buku koleksi ucapan Ketua Setiausaha Negara, dan pelbagai buletin atau newsletter jabatan yang memuatkan amanat ketua jabatan masing-masing dan amanat pemimpin tertinggi negara dalam mana-mana majlis yang penting;
- Mengadakan beberapa siri seminar kebangsaan yang secara khusus membicarakan tentang nilai dan etika;
- Beberapa siri kursus nilai dan etika serta kursus pemantapan nilai Islam dalam pengurusan;
- Wacana ilmu yang diadakan di peringkat eksekutif oleh sesetengah jabatan;
- Perhimpunan bulanan;
- Sesi gotong-royong;
- Minggu Q;
- Penerbitan poster-poster;
- Aktiviti sukan;
- Penulisan artikel dalam buletin, jurnal dan Newsletter jabatan;
- Aktiviti keagamaan seperti tahlil,kelas agama dan majlis korban; dan
- Penerbitan dokumen yang menjelaskan tentang nilai seperti risalah kecil yang berkaitan etika kepegawaian , piagam pelanggan, manual prosedur kerja, fail meja, pelan risiko jabatan, dan buku panduan kualiti.
Masalah Pelaksanaan Program Pemantapan Nilai dan Etika
Walaupun usaha ke arah memantapkan aspek nilai dan etika dilaksanakan oleh pelbagai jabatan kerajaan, namun ada kelemahan-kelemahan tertentu yang patut difikirkan semula oleh semua ketua jabatan sebagaimana yang disenaraikan di bawah:
3.1 Program ini dilaksanakan sekadar melepaskan batuk di tangga, tidak ditangani secara istiqamah, kurangnya kesungguhan dalam pelaksanaan program ini, dan hanya dilaksanakan semata-mata untuk memenuhi laporan tertentu. Perkara ini pernah dibangkitkan oleh Y.Bhg. Tan Sri Samsudin Kasim, Ketua Setiausaha Negara, dalam pertemuannya dengan pegawai kanan kerajaan dalam Majlis Khas Fasilitator Islam yang diadakan di INTAN pada 5 Mac 2004;
3.2 Masih berlaku pendekatan penduaan (dualistic approach) dalam pelaksanaan program ini, yakni tidak ada pendekatan yang bersepadu dalam aspek nilai bagi semua aktiviti utama di kebanyakan jabatan kerajaan. Contohnya, dalam proses membuat keputusan, kita belum ada satu piawai nilai yang boleh digunakan dalam hal tersebut bagi menunjukkan sesuatu ketetapan itu dibuat berdasarkan keutamaan yang telah sedia digariskan dalam agama. Oleh itu, ada perancangan yang dibuat dengan tergesa-gesa dan mengakibatkan pembaziran. Begitu juga dalam bidang latihan yang didapati aspek nilai kurang disepadukan dalam setiap subjek yang diketengahkan;
3.3 Aktiviti agama hanya bersifat ritual tanpa difikirkan bagaimana ia boleh dijadikan teras dalam semua bidang tanggung jawab utama di jabatan-jabatan kerajaan;
3.4 Program pemantapan nilai ini dilaksanakan dalam keadaan yang bersifat berat sebelah, yakni lebih banyak tertumpu kepada staf bawahan akibat lahirnya prasangka dan buruk sangka terhadap mereka oleh pengurusan atasan. Oleh itu, kebanyakan program agama dan nilai hanya ditekankan terhadap staf bawahan semata-mata dan hanya mereka sahajalah yang diminta untuk menghadirinya;
3.5 Kurangnya contoh melalui teladan yang ditunjukkan oleh pengurusan atasan, misalnya ada pegawai atasan yang tidak menjawab salam ketika diberi salam, ego, menunjukkan muka masam semasa bekerja, takabbur dengan kedudukan, dan mementingkan diri sendiri. Ini mengakibatkan program pemantapan nilai tidak dapat dijayakan dengan sebaik-baiknya kerana lahirnya keadaan “cakap tak serupa bikin”;
3.6 Semangat kekeluargaan berdasarkan prinsip persaudaraan yang berkisarkan aspek musyawarah-muafakat-gotong-royong semakin luntur di sesetengah jabatan. Sebaliknya yang mula mengambil alih adalah aspek perhubungan yang hanya berlandaskan fungsi (functional-relationship) dan lebih bertumpukan aspek kuasa, kekananan, menjaga kedudukan masing-masing tanpa menghiraukan kebajikan orang lain (non-caring), dan unsur mengampu;
3.7 Pengurusan atasan di sesetengah jabatan lebih banyak menghebahkan dan berbangga dengan kecemerlangannya yang bersifat rethorik tanpa sedar bahawa ada kelemahan utama yang sedang berlaku di jabatan masing-masing, misalnya aspek pentadbiran yang kelam-kelibut, penurunan tahap motivasi staf yang berlaku dengan tiba-tiba, keadaan syak-wasangka antara staf dengan pengurusan, perancanaan pengurusan jabatan yang semakin tidak teratur dan aspek perancangan yang terlalu bersifat keduniaan tanpa dihubungkaitkan dengan aspek akhirat. Perkara ini mestilah diperakui dengan jujur dan ikhlas oleh pihak pengurusan di sesetengah jabatan tanpa sebarang prejudis;
3.8 Kurangnya usaha yang proaktif dalam aspek pemantapan nilai dan etika. Apa yang ada hanyalah program yang menyusul setelah sesuatu arahan dikeluarkan oleh pihak atasan; dan
3.9 Warga sesetengah jabatan kurang dibimbing untuk memahami secara mendalam tentang apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai nilai dalam erti kata yang mutlak berlandaskan Ilmu Wahyu. Ini disebabkan nilai yang sering diperkatakan itu sering difahami dalam konteks yang bersifat nisbi yakni semata-mata untuk memenuhi tuntutan dan keperluan hidup beroganisasi. Walaupun segala nilai itu diambil dari sumber yang mutlak tetapi pengertian terhadap setiap nilai itu diolah serta dibentuk berdasarkan pengalaman keduniaan dan rasional semata-mata.
Faktor Kekuatan Yang Membantu Sesetengah Jabatan Dalam Program Pemantapan Nilai dan Etika Berteraskan Islam
Walaupun lahirnya kelemahan-kelemahan tertentu yang sebahagiannya telah dinyatakan di atas, sebahagian daripada jabatan kerajaan sebenarnya mempunyai kelebihan-kelebihan tersendiri yang dapat dimanfaatkan untuk menyubur dan memantapkan nilai dalam setiap fungsi utamanya. Kekuatan yang ada pada jabatan tersebut adalah seperti berikut:
4.1 Faktor ketrampilan yang perlu terus dipertahankan dari segi mengatur urusan pentadbiran yang kemudiannya dapat dimanfaatkan untuk membangunkan tradisi pembudayaan ilmu di kalangan ahli organisasi. Jika ini dilakukan, ia akan dapat memberi sumbangan yang amat bermakna dalam aspek penyuburan nilai;
4.2 Terbukanya peluang yang luas kepada ahli organisasi untuk meningkatkan diri melalui program perancangan latihan dan pengayaan kerja (job enrichment) yang telah di atur oleh sesetengah jabatan;
4.3 Telah lahir banyak mekanisme rangkain (networking mechanism) yang memudahkan proses interaksi antara organisasi. Keadaan ini sebenarnya dapat membantu kita memahami senario dan fenomena nilai dalam konteks yang lebih luas;
4.4 Lahirnya sifat keterbukaan di kalangan pengurusan jabatan untuk menerima teknik dan kaedah baru pengurusan terutamanya yang bersifat proteknologi yang dapat membantu dan memantapkan proses pembinaan nilai; dan
4.5 Telah ada di pelbagai jabatan kerajaan satu sistem pendokumentasian hasil maklumat dan sistem perpustakaan yang baik yang boleh terus dipertingkatkan untuk dijadikan sebagai pusat rujukan utama dalam bidang nilai dan etika.
Perancangan Strategi Penyuburan dan Pemantapan Nilai dan Etika Berteraskan Islam di Jabatan-jabatan Kerajaan
Setelah melihat kepada faktor kelemahan dan kekuatan di atas, kita harus sedar bahawa jabatan kerajaan kini kian menjadi sebuah organisasi yang kompleks dan kadang kala sukar diurus sehingga melahirkan dilema nilai yang payah diselesaikan kerana ia melibatkan pelanggaran prinsip adab dan akhlak yang berlaku secara halus (subtle) tanpa disedari. Lantas kita perlu renungkan semula secara mendalam sambil memohon petunjuk Illahi tentang bagaimana untuk mengembalikan semula satu bentuk pengarahan yang kental untuk mencapai matlamat sebenar dan sepenuhnya bagi sesebuah organisasi kerajaan, bagaimana falsafah kerja dan hakikat organisasi dapat diperdalami dan dihayati sebaik-baiknya, bagaimana budaya kerja berteraskan ilmu serta kebenaran dapat dibangunkan dengan lebih sempurna, dan bagaimana semangat kekeluargaan dan kepentingan permuafakatan dapat disuburkan.
Sehubungan dengan perkara ini, berikut digariskan perencanaan strategi am yang boleh digunakan sebagai panduan untuk memperhalusi lagi program pemantapan nilai dan etika pada masa-masa yang akan datang. Strategi am ini meliputi beberapa perkara dasar seperti berikut:
5.1 Membentuk falsafah pekerjaan berteraskan prinsip nilai agama.
Semua warga organisasi awam perlu diperjelaskan bahawa pekerjaan serta kedudukan atau habuan yang dicapai hasil daripada pekerjaan yang dilakukan bukanlah satu kemegahan atau tanda kemuliaan (tasrif) tetapi ia merupakan amanah yang rapat kaitannya dengan prinsip pertanggungjawaban (taklif). Oleh itu, ia perlu dilakukan dengan penuh rasa tanggung jawab dan kesedaran tentang maksud pengabadian sehingga membolehkan unsur fasad tidak berlaku dalam setiap fungsi pekerjaan yang dilaksanakan.
Sehubungan dengan perkara ini, dicadangkan supaya setiap jabatan kerajaan berusaha menampilkan satu falsafah pekerjaan yang perlu sentiasa dihayati berdasarkan kesedaran berikut:
i. mencari rezeki yang halal untuk hidup sempurna dalam konteks melaksanakan haq sebagai hamba Allah (‘ubudiyyah) ;
ii. mendapat keredhaan Allah supaya semua yang dikerjakan itu diterima sebagai ibadat dalam konteks melaksanakan haq pada diri dan pekerjaan (ihsan); dan
iii. membina tamaddun dan membentuk keadilan dalam masyarakat berasaskan ilmu dan kebenaran dalam konteks melaksanakan haq pada masyarakat dan semua manusia lain (‘adalah) serta haq pada alam dan makhluk lain (tidak melakukan fasad).
Jika falsafah ini dihayati dengan ikhlas dan penuh keazaman, ia akan melahirkan ketenangan dan keharmonian dalam organisasi kerana setiap daripada kita akan melaksanakan tugas masing-masing dengan perasaan redha dan bersyukur kerana tidak terikat dengan keinginan nafsu untuk mencari nama, kedudukan, dan puji- pujian yang menjadi sebahagian daripada punca yang mengakibatkan kecurigaan, iri-hati, dengki, hasad, dendam, dan khianat di kalangan ahli organisasi. Atas kesedaran dan penghayatan falsafah ini, barulah kerja dapat beralih menjadi ibadat apabila keikhlasan kerana Allah menjadi “mahkota” pada setiap pekerjaan yang dilakukan.
5.2 Mengemaskinikan kurikulum latihan.
Institusi latihan awam yang ditubuhkan bawah kementerian-kementerian tertentu hendaklah memastikan supaya setiap kurikulum yang digubal dan sesuatu perkara yang diajar mestilah dilihat dari tiga perhubungan yang penting iaitu alam – manusia – Pencipta. Ini bagi membolehkan tercapainya matlamat penyucian aqal serta roh dan pembangunan daya jasmani.
Di samping itu, asas-asas universal mengenai manusia dari segi hakikat kejadiannya, peranannya dan kesudahannya serta prinsip mutlak nilai yang mesti dipeganginya hendaklah turut disajikan kepada setiap pegawai yang menghadiri kursus.
Bagi membolehkan perkara ini direalisasikan dengan jayanya, mana-mana organisasi latihan awam bolehlah memikirkan untuk menubuhkan satu badan penilai dan penasihat bebas di peringkat organisasi masing-masing yang diwakili oleh kelompok agamawan, ilmuan dan para profesional dan orang-perorangan yang terbukti jujur dan mulia akhlaknya di sisi masyarakat. Fungsi badan ini adalah:
i. memberi nasihat dan maklum balas dalam hal yang berkaitan dengan isu nilai dan etika serta pada masa yang sama, mengambil langkah yang proaktif dalam mengemas kini kaedah penerapannya dalam semua kurikulum dan pendekatan latihan;
ii. bertukar pendapat serta pengalaman sambil menentukan strategi-strategi ke arah meningkatkan keberkesanan sistem integriti pengurusan;
iii. membentuk satu usaha secara bergandingan dengan institusi-institusi latihan atau pengajian tinggi sama ada dalam dan luar negeri dalam bidang penyelidikan yang menyentuh permasalahan nilai dan etika;
iv. menerbitkan satu jurnal atau buletin yang bersifat jaringan dalam bidang tersebut;
v. berperanan secara tidak langsung sebagai jawatankuasa integriti dalam usaha meningkatkan sakhsiah dan profesionalisme warga organisasi; dan
vi. mengambil inisiatif yang berterusan dalam mendokumentasikan kajian-kajian kes dalam bidang tersebut . Kajian kes ini hendaklah meliputi organisasi yang berjaya dan juga yang gagal, bukan sahaja pada masa kini tetapi juga pada masa lalu.
5.3 Melahirkan corak kepemimpinan dan pengurusan yang beradab dan berbudaya ilmu.
Sebagai memastikan suburnya nilai-nilai dan amalan baik dalam organisasi, pengurusan atasan dan kepemimpinan di setiap jabatan hendaklah melalui satu proses penataran ilmu abadi (perennial knowledge) secara berterusan, bukan saja diasyikkan dengan ilmu alat (recipe knowledge) seperti pengurusan. Ini bagi membolehkan sesuatu yang diputuskan dan dilaksanakan itu sejajar dengan tuntutan agama, mengambil kira kesan jangka panjang tanpa dibataskan dengan tekanan atau kehendak semasa, dan tidak terikat dengan kehendak amarah dan hawa nafsu. Para ulama Islam yang mu’tabar seperti Ibn Hazm pernah mengingatkan kita bahawa jika pengetahuan itu hanya digunakan untuk maksud kebendaan, keduniaan, mencapai kedudukan yang bersifat sementara, atau mencari nama maka kita bakal dihidapi oleh penyakit kerohanian yang teruk dan tidak terubat sehingga sampai ke peringkat boleh menghancurkan jiwa kita.
Ilmu yang sepatutnya diperdalami sepanjang masa oleh barisan kepimpinan di organisasi awam, selain daripada pengetahuan mengenai pengurusan, adalah ilmu yang meliputi hakikat ketuhanan, hakikat manusia, hakikat akhirat, hakikat kematian, sejarah bangsa dan tamaddun dunia, falsafah pemikiran, dan kesusasteraan. Ilmu yang sebegini tidak akan menjadikan kita “miskin “ dari segi skop pemikiran.
Penataran dan pengayaan pada aspek ilmu ini bolehlah dilakukan secara diskusi, pembahasan, usrah, muzakarah dan pewacanaan yang dilakukan secara tidak formal melalui interaksi secara aktif dengan para ilmuan dan pemikir ulung.
Selain itu, kita perlu memikirkan untuk menampilkan satu aturan adab dan akhlak kepemimpinan pengurusan atasan yang antaranya meliputi perkara-perkara berikut:
i. Berusaha menjadikan sesuatu organisasi itu seolah-olah sebuah rumah tangga berteraskan semangat kekeluargaan, musyawarah, muwafakah, dan saling bantu-membantu dengan jujur/ikhlas tanpa diungkit atau mengharapkan apa-apa balasan;
ii. Tidak dipengaruhi oleh sifat sombong, takabbur, suka menunjuk-nunjuk kuasa, dan berfikiran sempit;
iii. Menanam sikap cintakan ilmu dan kebenaran serta sentiasa menghormati ahli ilmu;
iv. Berpegang kepada konsep mengasuh, membimbing dan mendokong, bukannya mengarah;
v. Bertindak atas dasar ilmu, bukannya atas dasar kuasa atau marah;
vi. Menanamkan sifat sabar yang tinggi terhadap karenah staf bawahan, berkongsi masalah dan tidak mengambil tindakan sesuka hati terhadap mereka, tawadhu’, mesra dan hormat-menghormati antara setiap ahli organisasi;
vii. Banyakkan muhasabah dan lebih banyak menyalahkan diri sendiri apabila berlaku sesuatu kepincangan dalam organisasi;
viii. Menerima secara positif segala teguran walaupun dari staf bawahan;
ix. Melahirkan suasana berfikir dan bertukar-tukar pendapat secara bebas sehingga orang merasa selesa ketika membincangkan perkara yang mendatangkan kepentingan bersama;
x. Segala keputusan, cadangan, dan tindakan yang baik yang dilakukan oleh peringkat staf atau pegawai yang lebih rendah kedudukannya hendaklah didokong serta diiktiraf, bukan dibatalkan atau diketepikan begitu sahaja; dan
xi. Tidak mempunyai sikap buruk sangka terhadap staf di samping sanggup berkorban dalam mempertahankan hak dan kebajikan mereka.
5.4 Meningkatkan galakan ke arah pembacaan bermutu.
Pembacaan bahan-bahan bermutu tinggi mestilah digalakkan kepada seluruh warga organisasi awam melalui pelbagai cara. Gerakan ini boleh dimulakan dengan azam untuk menepati slogan “satu halaman satu pemkiran” atau “buku sumber pembangunan negara”. Kegemaran membaca hendaklah ditanam dengan segala daya agar kegiatan ini menjadi cinta yang mendalam lalu secara tidak langsung dapat memupuk nilai yang baik di kalangan warga organisasi awam.
Sehubungan dengan ini, beberapa cadangan di bawah bolehlah dipertimbangkan jika difikirkan wajar:
i. Perpustakaan atau pusat sumber yang dibangunkan di sesetengah jabatan hendaklah lebih membanyakkan koleksi dalam bidang pemikiran atau buku-buku yang menampilkan idea agung yang meliputi bidang sastera, sejarah, falsafah sains atau kemanusiaan, dan pemikiran bertunjangkan agama. Buku-buku seperti ini hendaklah dijadikan bahan asas kepada para pegawai sama ada untuk dianalisis atau rujukan dalam penyiapan sebarang penulisan kertas konsep bagi sesuatu projek yang hendak dilaksanakan;
ii. Buku hendaklah dijadikan perkara pokok dalam semua bentuk hadiah dan cendaramata sama ada dalam majlis atau seminar yang diadakan oleh sesuatu jabatan itu;
iii. Pengurusan atasan organisasi awam hendaklah menunjukkan teladan sebagai pembaca, penulis, dan pencinta ilmu yang serius;
iv. Setiap jabatan atau unit-unit bawahnya mestilah menghasilkan satu projek penulisan yang membahaskan ilmu dan pemikiran dalam bidang-bidang yang ditangani, bukan sekadar buku yang bersifat manual;
v. Program “bedah buku” secara mingguan perlu diadakan yang menghendaki setiap warga jabatan tersebut dari segenap lapisan jawatan diberi tugasan membahaskan buku yang dibacanya sama ada di kalangan warga unitnya (mungkin selama 15 minit pada hari Isnin) atau dalam majlis khas yang dianjurkan oleh jabatan itu, mahupun sebelum satu-satu mesyuarat di peringkat jabatan dimulakan;
vi. Sudut-sudut bacaan terbuka bolehlah di adakan di setiap jabatan kerajaan. Walau bagaimanapun, elakkan daripada meletakkan majalah hiburan dan surat khabar;
vii. Mana-mana jabatan bolehlah memikirkan untuk menubuhkan satu sudut yang memuatkan buku-buku second-hand untuk dipinjam-sewa yang secara tak langsung mendatangkan hasil tambahan kepada jabatan tersebut;
viii. Satu penerbitan khas perlulah difikirkan untuk membolehkan para staf di sesuatu jabatan bebas tetapi beradab dalam menampilkan kebolehan menulis mereka dalam apa jua aspek sama ada memberi komentar, membangkitkan isu, pojok, kesusasteraan, cerita pendek, dan cadangan;
ix. Perpustakaan yang ada di sesuatu jabatan atau unit perhubungan awamnya bolehlah menjalinkan kerjasama dengan mana-mana penerbit dan kedai buku ternama di Malaysia atau di luar Malaysia dalam melaksanakan beberapa siri kempen pembacaan dan beberapa aktiviti sampingan yang berkaitan dengannya (seperti seminar atau bengkel pembacaan) di samping memberi diskaun istimewa pembelian buku;
x. Rancangan pembangunan buku dan penghasilan ilmu pengetahuan hendaklah sentiasa diberi keutamaan yang sama dengan keutamaan yang diberikan kepada perancangan pembangunan yang lain; dan
xi. Setiap kursus di selaraskan oleh mana-mana jabatan hendaklah memasukkan satu slot khas yang berkaitan dengan pewacanaan buku.
5.5 Melaksanakan beberapa siri program pembangunan sakhsiah warga organisasi.
Demi memastikan nilai-nilai kerohanian dan akhlak berteraskan agama diajar dan diamal secara berhikmah, berani dan sederhana, beberapa usul berikut dikemukakan sebagai pertimbangan:
i. mengadakan siri Imbasan dan Iktibar yang meliputi pengisahan tentang negara yang mengalami kehancuran akibat keruntuhan nilai dan juga negara yang mengecapi keharmonian disebabkan pemerintahannya yang adil. Siri ini juga akan turut mengenang tokoh-tokoh ulung dunia dan Tanah Melayu yang menyumbang makna yang besar dalam segenap kehidupan insani seperti Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda, Imam al-Ghazali, Hamzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri dan Za’ba.
ii. Komunikasi antara pihak pengurusan dengan staf bawahan melalui amalan dasar komunikasi dua hala yang terbuka perlu dipertingkatkan;
iii. Bagi membolehkan berlakunya keakraban, semangat muhibbah, dan saling faham-memahami antara satu sama lain, satu bentuk latihan yang bersifat partisipatif yang disertai oleh semua lapisan jawatan di jabatan tersebut hendaklah diadakan dari semasa ke semasa;
iv. Sebagai tanda keperihatinan, pengurusan atasan di sesuatu jabatan jika berupaya, memperuntukkan satu pertiga daripada elaun keraian mereka untuk tujuan memenuhi tabung pendidikan bagi mengurangkan beban staf sokongan yang melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi secara sambilan;
v. Staf bawahan yang terbukti kecemerlangan dari segi peribadi dan kerja hendaklah diberi insentif dihantar berkursus pendek atau attachment di luar negeri;
vi. Setiap jabatan mestilah memastikan warganya mengikuti kursus yang bercorak multi-disiplin yang menuju ke arah membentuk ketinggian peribadi dan kecermelangan dalam pekerjaan;
vii. Pengurusan atasan di sesuatu jabatan perlu menggalakkan penubuhan satu jawatankuasa khas yang diwakili dan diterajui oleh individu dari staf sokongan sebagai jurucakap dengan pihak pengurusan (dalam pertemuan yang diadakan secara berkala) terhadap sebarang masalah yang berbangkit berkaitan dengan kebajikan dan hak kumpulan sokongan. Mereka hendaklah diasuh untuk mengenengahkan sesuatu isu secara teliti dan adil tanpa dipengaruhi oleh hawa nafsu sendiri atau kepentingan kelompok yang tidak berasas;
viii. Program gotong-royong yang melibatkan semua lapisan jawatan hendaklah diadakan dengan kerap sama ada di dalam atau di luar jabatan tersebut seperti Program Bersama Penduduk Kampung (dalam hal ini, pengurusan atasan janganlah sekadar bertindak menjenguk muka sahaja);
ix. Sukan dalam erti kata riadah (bukan untuk bertanding dan menunjuk kuat) perlulah dipertingkatkan lagi mutunya, dan
x. Setiap warga di setiap jabatan tanpa mengira pangkat dan agama, hendaklah ditugaskan secara bergilir-gilir membaca renungan pagi selama lima minit selepas pembacaan doa.
5.6 Membina suasana dan persekitaran yang kondusif terhadap pembentukan nilai.
Setiap organisasi awam hendaklah sentiasa memastikan lahirnya satu citra organisasi yang menampakkan penekanan dan penyuburan terhadap aspek adab dan akhlak. Dalam hal ini, beberapa perkara yang dinyatakan di bawah perlu diberi perhatian yang wajar:
i. Dalam aspek pembangunan lahiriah di mana-mana jabatan, kita mesti pastikan supaya setiap pembangunan tersebut tidak menggambarkan pembaziran atau satu projek yang lahir tanpa perancangan yang rapi;
ii. Sesuatu program pembangunan itu mestilah tidak dibuat hanya sekadar ingin menunjukkan kehebatan jabatan tersebut atau kehebatan penerajunya;
iii. Setiap ahli organisasi awam mestilah diasuh memastikan kebersihan dan kekemasan pejabat masing-masing walaupun tanpa bantuan kakitangan pencuci luar. Pemeriksaan dan teguran dalam hal ini perlu dilakukan dengan giat oleh pengarah jabatan itu sendiri;
iv. Bilik-bilik pejabat dan sudut-sudut tertentu yang dilalui oleh ramai klien hendaklah memaparkan slogan-slogan yang menarik berkaitan dengan nilai dan etika. Pihak pengurusan bagi sesuatu jabatan pula perlulah, semasa taklimat bagi mana-mana majlis yang diadakan, mengambil kesempatan mengungkapkan semula slogan itu, dan memberi tafsiran ringkas dalam hal yang berkaitan. Slogan-slogan tersebut adalah seperti berikut:
o akal bersih, jiwa gigih, ni’mat diraih
o qalbu suci menagih ridha Illahi
o musyawarah - muwafakah membawa barakah
o ilmu luhur, jahil berkubur, adab tumbuh subur
o jernih hati, ikhlas budi asas peribadi
o telaah, tafakkur serta tadabbur , amanah tidak kan luntur
o bakti ditabur, ikhlas nan jujur, teras peribadi tersohor
o anugerah Tuhan disyukuri, keduniaan tidak dituhani, ni’mat kejayaan abadi
o Islah hati dan perbuatan, daki puncak sa’adah keredhaan Tuhan.
(Slogan-slogan ini juga boleh dijadikan tema dalam setiap majlis perhimpunan bulanan jabatan dengan sedikit pengubahsuaian)
v. Segala bentuk perjalanan pengurusan di sesuatu jabatan dan citra organisasinya mestilah menggambarkan satu manifestasi daripada nilai-nilai berikut:
o ikhlas (kebersihan rohani tertinggi yang terhindar dari sebarang kecenderungan syirik dan riya’);
o taqwa (disiplin diri tertinggi dalam pengabadian kepada Allah);
o adil (keberanian untuk menilai diri sendiri dan fenomena persekitaran organisasi secara tegas berasaskan ilmu yang benar dan kebijaksanaan);
o ihsan (kesempurnaan amal dari segi cara dan alat);
o sabar (keupayaan menerima cabaran dan dugaan dengan penuh kecekalan jiwa tanpa melakukan tindakan susulan yang bersifat semberono);
o syukur (kerendahan diri dalam mengiktiraf pemberian Allah);
o taat (keazaman dan kesungguhan dalam melaksanakan ketetapan Allah);
o pemurah (kepekaan dan keprihatinan terhadap kekurangan orang lain);
o pemaaf (keinsafan tertinggi terhadap kelemahan manusia);
o redha (penyerahan yang sempurna dan tawakkal kepada taqdir Ilahi);
o bercakap benar (keberanian tertinggi dalam menegakkan keadilan dan perkara ma’ruf di samping mencegah unsur-unsur yang menghancurkan maruah manusia); dan
o amanah (cekal dan berkorban dalam melaksanakan sesuatu kebaikan dan tanggungjawab tanpa sebarang niat untuk berkhianat).
vi. Bagi melahirkan budaya kerja yang cekap dan mapan, birokrasi dalam urusan perolehan teknologi dan peralatan pejabat atau latihan hendaklah dikurangkan, contohnya melalui tatacara pengurusan kewangan yang fleksibel; dan
vii. Setiap warga organisasi awam hendaklah digalakkan untuk berusaha menghayati konsep sihat yang menyeluruh yakni sihat jasmani, aqal, dan roh.
5.7 Mengukuhkan sistem dan tata kaedah latihan yang menyumbang ke arah penyuburan nilai.
Bagi membolehkan terhasilnya nilai-tambah terhadap pengurusan latihan di setiap institusi latihan awam, beberapa perkara di bawah dikemukakan untuk difikirkan secara mendalam oleh ahli-ahli lembaga pengurusan jabatan yang berkaitan:
i. Pewacanaan ilmu secara aktif melalui kuliah, ceramah, tutoran, seminar, persidangan, forum, diskusi, atau penulisan, dan konsep “pembelajaran semula” patut dijadikan satu perkara yang dibiasakan atas para peneraju latihan;
ii. Para jurulatih di mana-mana institusi latihan awam juga hendaklah ditanam dengan budaya membaca yang meluas di luar bidangnya seperti buku-buku pemikiran di samping membuat peninjauan ilmu secara kritis. Ini bagi membolehkan mereka berfungsi dengan sebaik-baiknya sebagai pengasuh aqal dan jiwa kepada para peserta kursus;
iii. Berkaitan dengan kaedah latihan, mereka mestilah berupaya menampilkan satu kaedah pengajaran yang menggabungkan kaedah empiric (kaedah kemusykilan) dan penghayatan ilmu wahyu di samping membentangkan aliran pemikiran yang pelbagai dalam subjek yang dibincangkan;
iv. Para jurulatih juga mestilah mempunyai komitmen yang tinggi dan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyuburkan ilmu dan nilai keagamaan melalui setiap latihan yang dilaksanakan;
v. Setiap kurikulum yang dibangunkan mestilah bersifat pembangunan diri (development of manhood) dan pembaikan/pembangunan daya kerja (remedial/development of human potentiality);
vi. Para peserta kursus pula hendaklah sentiasa diasuh untuk berdialog dan sering didedahkan teknik latihan yang menekankan analisis senario yang memberi manfaat kelak kepada mereka dalam mendiagnos dan menghuraikan segala permasalahan yang berkaitan jika ianya timbul dalam organisasi masing-masing;
vii. Memastikan bahawa seluruh kegiatan kokurikulum dalam mana-mana kursus yang diadakan memberi sumbangan membina ke arah pembinaan adab dan akhlak. Oleh itu, sebarang kegiatan yang berbentuk hiburan yang membuang masa hendaklah dielakkan;
viii. Suasana keiltizaman peserta hendaklah dihidupkan dengan cara yang sihat tanpa timbulnya rasa terhina atau rasa megah di kalangan mereka. Oleh itu, penilaian terhadap peserta kursus hendaklah dilakukan dalam bentuk yang meyakinkan misalnya melalui perbahasan, kajian lapangan, projek kumpulan, penulisan dan latihan berfikir; dan
ix. Dalam perkaitan perkara di atas, modul latihan di setiap institusi latihan awam mestilah berasaskan konsep penyertaan menyeluruh di samping mengelakkan aspek persaingan tidak sihat. Oleh itu, hakikat diri dan maruah manusia, peranannya terhadap makhluk di sekitarnya, dan hakikat Penciptanya hendaklah dijadikan mesej asas setiap program latihan supaya para peserta kursus mendapat manfaat yang sebenar dan enlightened terhadap perkara yang diajarkan
Kesimpulan dan Rumusan
6.1 Kita semua patut ingat bahawa penyuburan dan pemantapan nilai, jika dilakukan tanpa kesedaran agama yang tinggi (semata-mata kerana ia merupakan tuntutan Ilahi), atau dilaksanakan sekadar untuk memenuhi laporan dan diperhebah-hebahkan, nescaya tidak akan mencapai matlamat sebenar.
6.2 Apa yang penting dalam hal ini ialah bukan organisasi per se, tetapi manusia yang menganggotainya. Oleh itu, tumpuan utama dalam aspek pemantapan nilai dan etika ini bukan semata-mata menjadikan seseorang ahli organisasi atau peserta kursus itu baik sebagai seorang pekerja tetapi baik sebagai seorang manusia yang sebenarnya yang sentiasa sedar tentang kehadiran Tuhan di sepanjang perjalanan hidupnya.
6.3 Cadangan-cadangan yang dikemukakan di atas janganlah kiranya dianggap sebagai rethoric semata-mata, tetapi diharapkan setiap cadangan tersebut dapat dihalusi dan dinilai manfaatnya.
6.4 Segala cadangan di atas dikemukakan atas kesedaran untuk melihat lahirnya semangat setiakawan di kalangan warga organisasi awam berlandaskan sifat amanah, pengorbanan serta pembelaan tanpa mengira kedudukan, warna kulit, dan agama. Pengorbanan yang sebegini patut diiktiraf walaupun pengiktirafan itu tidak dipinta.
6.5 Segala cadangan ini hendaklah dilaksanakan mengikut tertib dan keutamaan dari segi memenuhi hak atas agama, aqal, diri, keturunan (maslahah kepada generasi akan datang), dan ekonomi. Oleh itu, segala tuntutan untuk semata-mata memenuhi kepentingan peribadi yang berteraskan nafsu, memenuhi kepentingan kelompok kecil yang berkuasa, dan penampakan imej luaran sahaja, hendaklah dielakkan sebagai intipati niat dalam perencanaan cadangan ini.
6.6 Apa yang diketengahkan ini bukanlah khayalan kosong tetapi ia merupakan idea yang telahpun dilaksanakan dan diamalkan di peringkat diri peribadi dan institusi Islam yang terdahulu. Mungkin kita terperangkap dengan konsep ideal Barat yang menganggap sesuatu yang pernah berlaku pada zaman kegemilangan Islam sebenarnya tidak lagi releven dan hanya peninggalan sejarah untuk semata-mata ditatapi.
6.7 Sebagai mengakhiri kertas cadangan ini, saya menyeru diri saya sendiri dan semua peringkat pengurusan organisasi awam untuk merenung dengan sepenuh hati-budi akan syair berikut yang dinukilkan oleh seorang ulama Islam tersohor, Sheikh Abdul Samad al-Falembani (rahimullahu ‘anhu) dalam kitab terjemahannya Hidayat al-Salikin yang berbunyi sedemikian:
Seseorang, manakala hati dia,
dengan angan-angannya tertipu dia;
Dan bergaduh-gundah dengan loba akan,
kaya dunia yang bukannya tempat kaya;
Dan terkelam-kabut dengan asap jahil,
serta ‘ujub, sum’ah, takabbur, dan riya’;
Mempersidir ia akan ‘amal ‘ibadat,
Dan meng’asi melekas akan dia;
Lupa ia hari haru-hara mati,
padanya yang tidak ia bersedia.

NILAI DAN ETIKA
NILAI DAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM
PENDAHULUAN
Sebuah kerajaan yang memerintah bertanggungjawab menggubal dasar-dasar dan peraturan-peraturan yang difikirkan perlu untuk mencapai matlamat sosio-ekonomi dan wawasan negara. Perkhidmatan Awam merupakan institusi penting bagi melaksanakan dasar yang digubal dalam membantu usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berasaskan kepada nilai-nilai murni sejagat. Keberkesanan dan kecekapan jentera pelaksanaan mendukung pembangunan negara meningkatkan kualiti penghidupan rakyat di negara ini.
Untuk mencapai matlamat ini, jentera pentadbiran awam dikemaskini bagi memenuhi sebarang keperluan mengikut perubahan persekitaran dan cabaran semasa. Penjawat Perkhidmatan Awam pula dikehendaki menghayati dan menanam sikap dan nilai positif agar ia menjadi teras atau tunggak kepada keperibadian dan tatakelakuan anggota Perkhidmatan Awam. Pelbagai dasar dan program telah dilaksanakan oleh Kerajaan secara berterusan agar penanaman dan penghayatan sikap dan nilai murni diamalkan oleh anggota Kerajaan. Di antaranya ialah:
Teras Perkhidmatan Awam
Bersih, Cekap dan Amanah
Penerapan Nilai-nilai Murni
Kepimpinan Melalui Teladan
Pemakaian Tanda Nama
Kad Perakam Waktu
Pekeliling-pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
Untuk melaksanakan etika kerja yang baik anggota perkhidmatan awam perlu meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bidang. Anggota Perkhidmatan Awam, disamping perlu memiliki nilai dan sikap yang positif, seharusnya juga mencari pendekatan baru bagi meningkatkan kepakaran agar mereka lebih cekap dan inovatif ke arah menyumbang kepada pembangunan negara.
DEFINISI NILAI DAN ETIKA
Nilai ditakrifkan sebagai kehendak dan keinginan yang mendorong seseorang atau sesebuah institusi untuk bertindak mengikut pemilihan berasaskan norma-norma utama meliputi perilaku dan amalan masyarakat; manakala Etika pula bermaksud tanggungjawab dan tingkah laku seseorang atau profesyen terhadap masyarakat/pelanggan.
RASIONAL
Keberkesanan untuk mewujudkan sesebuah tamadun bagi negara bergantung kepada idealisme dan motivasi setiap individu dan institusi sosial termasuk Perkhidmatan Awam. Anggota Perkhidmatan Awam berperanan sebagai “Stewardship” negara bagi mempertahankan kepentingan awam dan keadilan bagi semua rakyat dalam pembentukan sistem sosio-ekonomi negara. Anggota Perkhidmatan Awam di Malaysia mempunyai empat peranan utama dalam pembangunan negara iaitu:
Perkhidmatan Awam adalah satu institusi utama masyarakat dan negara.
Perkhidmatan Awam memberikan perkhidmatan kepada Raja, Kerajaan dan rakyat dengan penuh kesetiaan.
Perkhidmatan Awam bertanggungjawab membentuk satu masyarakat yang adil dengan sistem ekonomi terbuka yang berpandukan kepada kepentingan awam, menjaga keamanan dan perundangan, menggalakkan inovasi, penyelidikan dan pembangunan tamadun.
Perkhidmatan Awam menjalankan hak-hak dan kuasa-kuasanya dengan penuh tanggungjawab serta berlaku adil kepada rakyat yang menerima khidmatnya.
TERAS PERKHIDMATAN AWAM
Etika Perkhidmatan Awam telah dilancarkan pada tahun 1979 melalui Buku Perkhidmatan Cemerlang dan bertujuan:
Mengekal dan memelihara kepercayaan terhadap tugas yang diberikan.
Memupuk tanggungjawab bersama, mengeratkan perhubungan dengan kakitangan dan mewujudkan suasana yang sihat dan cekap dalam perkhidmatan.
Membentuk sikap dan pembawaan anggota Perkhidmatan Awam bersesuaian dengan semangat Rukunegara.
Tujuh Teras Etika Perkhidmatan adalah:
Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan
Bekerja dengan penuh tanggungjawab
Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
Bekerja dengan penuh muhibbah dan kemesraan
Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
Bekerjasama dalam membenteras kelemahan dan musuh negara
Berpegang teguh kepada ajaran agama
Oleh yang demikian, kefahaman terhadap Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam amatlah penting kerana ianya: Menentukan arah dan memberikan makna kepada pemikiran, tindakan dan tingkah laku anggota Perkhidmatan Awam bagi memenuhi tanggungjawab dan amanah sebagai pekerja negara.
Memberi penyatuan dan penyelarasan di antara anggota-anggota Perkhidmatan Awam sebagai institusi utama yang memberi sumbangan kepada pembangunan tamadun masyarakat.
Merupakan standard mutlak bagi mendorong anggota Perkhidmatan Awam berkhidmat dengan ikhlas dan berkesan.
Adalah wajar nilai-nilai dan etika Perkhidmatan Awam dijelaskan secara terperinci dan mendalam meliputi apa yang telah dinamakan sebagai Tonggak Duabelas (The Twelve Pillars) iaitu:
Menghargai Masa
Ketekunan Membawa Kejayaan
Keseronokan Bekerja
Kemuliaan Kesederhanaan
Ketinggian Peribadi
Kekuatan Sifat Baik Hati
Pengaruh Teladan
Kewajipan Menjalankan Tugas
Kebijaksanaan Berkhidmat
Keutamaan Kesabaran
Peningkatan Bakat
Nikmat Mencipta

KOD NILAI DAN ETIKA JABATAN
KOD NILAI MURNI DAN ETIKA JABATAN
PRAKATA
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan hidayatNya, satu risalah telah berjaya disusun yang bertajuk KOD NILAI MURNI DAN ETIKA bagi pegawai dan kakitangan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan seluruhnya.
Risalah ini mengandungi nilai-nilai murni dan etika yang dipilih berdasarkan kepada keperluan dan keadaan suasana, sikap yang diingini dan etika yang terpuji. Kod ini bertujuan untuk dijadikan rujukan dan asas panduan bekerja oleh pegawai dan kakitangan JKKP bagi menuju matlamat memberi perkhidmatan yang bersih, cekap dan amanah.
Akhirnya, saya berharap kod ini dapat difahami, dihayati dan diamalkan oleh setiap individu untuk meningkatkan lagi kecekapan, keberkesanan dan kualiti hasil kerja. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak-pihak yang telah memberikan sumbangan tenaga dan fikiran dalam menyiapkan risalah ini.
Ir HAJI ABU BAKAR CHE MAN
Ketua Pengarah
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Malaysia.
UNSUR-UNSUR NILAI UTAMA
Benar
Taat Setia
Amanah, Bersih, Jujur dan Ikhlas
Bertanggungjawab
Berintegriti
Tegas, Adil dan Saksama
Bijaksana
Ketepatan Masa
Sikap Jimat Cermat
Telus
Bekerjasama dan Semangat Berpasukan
Cekal, Kuat Semangat dan Dedikasi
Bersyukur
1.0 NILAI-NILAI MURNI
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yakin nilai-nilai murni perlu diterapkan di dalam diri setiap kakitangan dan dijadikan amalan harian. Nilai-nilai murni yang perlu dihayati adalah seperti berikut :
1.1 Benar
1.2 Taat Setia
1.3 Amanah, bersih, jujur dan ikhlas
1.4 Bertanggungjawab
1.5 Berintegriti
1.6 Tegas, adil dan saksama
1.7 Bijaksana
1.8 Ketepatan masa
1.9 Sikap jimat cermat
1.10 Telus
1.11 Bekerjasama dan semangat berpasukan
1.12 Cekal, kuat semangat dan dedikasi
1.13 Bersyukur
1.1 Benar
Segala urusan yang dilakukan hendaklah tepat, betul dan tidak keliru.
Amalan positif
� Bercakap dan bertindak dengan betul, tepat dan tidak keliru
� Kepimpinan melalui teladan
Amalan negatif
� Menyimpang dari tugas
� Menyalahgunakan kuasa
1.2 Taat Setia
Taat Setia menghendaki setiap kakitangan JKKP pada setiap masa dan waktu menumpukan taat setianya yang tidak berbelah bagi kepada Yang di Pertuan Agong, Negara, Kerajaan dan Jabatan. Nilai ini amat perlu untuk dihayati oleh setiap kakitangan demi mempertahankan kedaulatan negara, bangsa dan agama.
Amalan positif
� Taat setia dan patuh kepada arahan
� Sedia berbakti
� Sanggup berkorban setiap ketika
Amalan negatif
� Khianat dalam melaksanakan tugas
� Suka membangkang tanpa cadangan untuk membaikinya
� Tidak ikut peraturan
1.3 Amanah, Bersih, Jujur dan Ikhlas
Amanah adalah satu nilai yang perlu ada pada setiap kakitangan oleh kerana keadaan tugasnya yang berkait rapat dengan urusan-urusan pentadbiran dan menjaga kewangan serta harta benda Kerajaan dan rakyat yang mesti dipelihara dan dikawal tanpa dicemari oleh unsur-unsur yang merosakan. Setiap kakitangan mesti menunaikan amanah kepada Tuhan, diri, keluarga, majikan, negara dan masyarakat seluruhnya.
Kebersihan yang dimaksudkan ialah dari semua segi sama ada kebersihan moral atau pun fizikal. Kebersihan moral bermakna sentiasa berfikiran bersih dalam apa juga tugas yang dilakukan. Segala-galanya dilakukan dengan niat yang baik dan murni, tidak menyalahgunakan kuasa, tidak sombong, tidak angkuh, tidak terlibat dalam sebarang jenayah dan rasuah. Dari segi fizikal, seseorang kakitangan hendaklah sentiasa berpakaian bersih, kemas dan rapi.
Perasaan jujur dan ikhlas merupakan satu nilai yang melambangkan kesucian dan kebersihan hati seseorang. Nilai seperti ini sangat penting bagi seseorang dalam menjalankan amanah, tanggung jawab dan sebagainya kerana ia boleh mewujudkan ciri-ciri mulia dalam sesebuah masyarakat seperti bersikap rendah hati, bertolak ansur dalam hati setiap kakitangan.
Amalan positif
� Menyempurnakan tugas dengan amanah
� Kemas/bersih dalam pakaian, pemikiran dan tindakan
� Bersih daripada sifat dengki
� Ikhlas dan bertimbangrasa
� Bersifat ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab
Amalan negatif
� Bersikap sombong dan suka menunjuk
� Tidak boleh dipercayai dan tidak amanah
� Pengotor dan selekeh dalam pembawaan
� Selalu berpura-pura dalam tindakan
1.4 Bertanggungjawab
Seseorang kakitangan tidak boleh membelakangkan kewajipan awamnya atau berkelakuan yang boleh diertikan sebagai tidak bertanggungjawab. Ia tidak boleh membenarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tanggungjawab awamnya. Ini penting untuk menentukan kakitangan benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemegang amanah negara dan rakyat. Bertanggungjawab juga membawa erti bahawa seseorang itu tidak terlepas dari dipersoal jika gagal melaksanakan beban tugasnya dengan sempurna.
Amalan positif
� Mempunyai komitmen terhadap kerja
� Bertanggungjawab dan sedia berbakti
� Menyempurnakan tugas dengan berkesan
� Mengutamakan masyarakat lebih daripada diri sendiri
Amalan negatif
� Menganggap kerja sebagai beban
� Tidak diberi tanggungjawab yang mencabar
� Tidak dipercayai dan selalu dicurigai
� Suka mencari helah untuk mengelak tanggungjawab
1.5 Berintergriti
Integriti biasanya sering dihubungkaitkan dengan nilai-nilai amanah, jujur, kebolehpercayaan dan juga sentiasa memelihara kepentingan awam tanpa mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri. Sebarang kerja yang dibuat hendaklah dilakukan dengan penuh ketulusan hati. Ini juga bermakna jika kakitangan jabatan telah diberi kuasa, mereka perlu menggunakan kuasa dengan adil dan saksama.
Amalan positif
� Jujur dan ikhlas
� Bersih hati dan fikiran
� Bermaruah dan berhemah tinggi
� Senang didampingi oleh semua pihak
� Berdisiplin dalam segala perkara
� Bersikap profesional dan cekap
Amalan negatif
� Sombong dan meninggi diri
� Sukar untuk membuat kebajikan
� Hipokrit serta berpura-pura
� Tamakkan pangkat dan kedudukan
1.6 Tegas, Adil dan Saksama
Sikap tegas berkehendakan setiap kakitangan sentiasa berpendirian teguh, tepat dalam membuat keputusan dan tidak mudah dipengaruhi oleh anasir luar yang dapat merubah pegangannya. Begitu juga dengan sikap adil dan saksama, iaitu semua kakitangan hendaklah sentiasa menanamkan sikap tersebut terhadap pelanggan dalaman dan pelanggan luaran dengan memberi mereka layanan-layanan yang mesra, teratur dan memuaskan.
Amalan positif
� Jelas dan jitu dalam pemikiran, penulisan dan percakapan
� Boleh menerima teguran
� Berlaku adil dalam semua tindakan
� Sedia menerima cadangan dan nasihat
� Bijaksana dalam membuat pertimbangan
� Mengutamakan keadilan dalam setiap perbuatan
� Bertimbangrasa tetapi tegas
Amalan negatif
� Menyukarkan persoalan yang mudah
� Memperbesar-besarkan perkara kecil
� Bersifat melampau dan keterlaluan dalam semua hal
� Berat sebelah dalam membuat keputusan
� Tidak konsistan
1.7 Bijaksana
Kebijaksanaan dalam membuat keputusan adalah merupakan salah satu perkara penting dalam bidang pengurusan. Ini kerana dalam melaksanakan kuasa-kuasa yang berbentuk regulatori, pegawai perlu membuat keputusan dengan segera, tepat, adil dan saksama serta penuh berkeyakinan, berasaskan kepada akal budi, arif, kepandaian dan berhati-hati. Dengan itu tindakan yang diambil dapat diterima oleh semua pihak.
Amalan positif
� Membuat keputusan dengan pemikiran yang dinamik
� Berakal budi, arif, pandai dan berhati-hati dalam membuat pertimbangan
� Berpandangan jauh
� Berkeyakinan dalam tindakan dan tuturkata
Amalan negatif
� Bersikap birokratik dan autokratik dalam membuat keputusan
� Gopoh dalam tindakan
� Cepat menghukum tanpa siasatan
� Tidak boleh menerima kritikan
1.8 Ketepatan masa
Penggunaan masa secara berkesan adalah satu asas yang baik dalam pembentukan sikap positif di kalangan kakitangan. Arahan menggunakan Kad Perakam Waktu bertujuan untuk memastikan kakitangan tiba di pejabat pada masa yang ditetapkan dan melaksanakan tugas dengan dedikasi dan tekun semasa di pejabat. Selain daripada itu mematuhi panduan bermesyuarat dengan mengamalkan masa yang optima seperti yang dijelaskan di dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam.
Amalan positif
� Menepati masa
� Menyegerakan tugas
Amalan negatif
� Datang lambat ke pejabat
� Tidak menyegerakan tugas
� Mungkir janji
1.9 Sikap jimat cermat
Berjimat cermat ialah satu sifat yang elok dipupuk sepanjang masa, bukan sahaja berjimat dari segi wang bahkan perkara-perkara lain seperti masa, bahan dan penggunaan apa sahaja. Orang yang berjimat sebenarnya menghargai perkara atau benda-benda yang dicermatkan itu. Sikap berhati-hati dalam membelanjakan sesuatu, menunjukkan bahawa seseorang itu bertanggungjawab terhadap bahan-bahan yang digunakannya.
Amalan positif
� Berhati-hati bila berbelanja
� Accountable
� Tahu membezakan antara keperluan dengan kemewahan
� Menyelaras harta benda kerajaan dengan baik
� Bertanggungjawab di atas perbelanjaan yang dilakukan
� Mengadakan sistem kewangan yang berkesan
� Menyedari bahawa hasil kerajaan datangnya daripada rakyat
Amalan negatif
� Boros dan suka membazir
� Memperaga kehebatan dan kemewahan
� Suka bermewah dengan harta kerajaan
� Tidak cermat dengan harta kerajaan
� Suka berbelanja besar yang tidak kena pada tempatnya
� Kurang peka dan bakhil kepada keperluan awam
1.10 Telus
Setiap kakitangan JKKP perlulah mengamalkan prosedur kerja yang bersistematik dan menerangkan dengan tepat dan jelas alasan bagi setiap tindakan yang diambil.
Amalan positif
� Bekerja mengikut prosedur
� Amanah dalam menjalankan tugas
� Mengamalkan sikap terbuka dalam menjalankan tugas
Amalan negatif
� Mengamalkan �double standard�
� Tidak dapat memberikan penjelasan yang tepat bila diperlukan.

Setiap kakitangan mempunyai tugas dan peranan yang berbagai. Oleh itu kita perlu mempunyai satu budaya yang dapat mempengaruhi kita supaya bekerjasama, berdisiplin dan rajin bekerja. Setiap kakitangan organisasi tidak mungkin dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan berkesan secara bersendirian. Justeru semangat berpasukan mestilah ditanamkan di dalam diri kakitangan-kakitangan di semua peringkat supaya objektif dan peranan masing-masing dapat dilaksanakan mengikut matlamat yang telah ditentukan.
Amalan positif
� Sedia memberi kerjasama
� Tolong menolong antara satu sama lain
� Suka membantu rakan sejawat
� Bekerja dengan penuh muhibah, kasih sayang dan kemesraan
Amalan negatif
� Memperkecil-kecilkan kebolehan orang lain
� Menganggap diri sendiri selalu betul
� Suka mementingkan diri sendiri
� Berhasad dengki
1.12 Cekal, kuat semangat dan dedikasi
Setiap kakitangan mestilah tekun, cekal, kuat semangat dan sentiasa bersungguh-sungguh melaksanakan tugas-tugasnya tanpa rasa jemu dan kecewa. Meraka perlu sentiasa memberi perhatian dan penelitian terhadapnya tanpa leka dan lalai. Berusaha mengatasi sebarang masalah dengan bersungguh-sungguh samada secara berseorangan atau secara berkumpulan, adalah dituntut.
Amalan positif
� Gigih dalam melaksanakan tugas yang mencabar
� Rajin dan sentiasa berusaha
� Tekun dalam menjalankan tugas
� Sabar dalam menghadapi cabaran pekerjaan
� Berdisiplin dalam setiap pekerjaan
� Bersemangat dalam menjalankan tugas yang diarah
� Dedikasi dalam mencapai matlamat organisasi
� Cekal menghadapi kesulitan semasa bertugas
� Bercita-cita tinggi
Amalan negatif
� Mudah tersinggung
� Tidak tekun
� Mudah putus asa
� Mudah mengalah
� Tidak bercita-cita tinggi
� Tidak bersemangat
� Tidak tahan dengan teguran
� Takutkan cabaran
1.13 Bersyukur
Bersyukur adalah suatu tindak balas yang baik, sama ada melalui perkataan atau perbuatan terhadap kebaikan yang diterima oleh seseorang. Sesuatu kebaikan sering dibalas dengan perkataan yang baik, yang indah dan luhur serta perbuatan yang menggambarkan pemberian itu diterima dengan penuh penghargaan dan terima kasih. Biasanya kata-kata pijian dan sanjungan diluahkan oleh penerima kepada orang yang memberi.
Amalan positif
� Menganggap kerja sebagai ibadah
� Menghargai kemudahan yang disediakan
� Bersyukur akan nikmat kerja yang dikecapi
� Mencintai kerjayanya dan berdedikasi dalam menjalankan tugas
Amalan negatif
� Menganggap kerja sebagai beban
� Lupa daratan
2.0 KOD ETIKA
2.1 Dalam menjalankan tugas rasmi, pegawai dan staf hendaklah :
2.1.1 Mengutamakan kewajipan awam.
2.1.2 Menjaga imej, kewibawaan, kredibiliti dan reputasi perkhidmatan awam.
2.1.3 Sentiasa berusaha untuk menjalankan tugasnya dengan cekap, jujur, amanah, bertanggungjawab, tidak cuai dan sentiasa mematuhi arahan.
2.1.4 Tidak menggunakan pengaruh luar dalam menyelesaikan masalah perkhidmatan.
2.2 Seseorang pegawai atau staf tidak boleh :
2.2.1 Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendirian.
2.2.2 Berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya.
2.2.3 Berkelakuan dengan apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya hingga menjejaskan kedudukannya bagi faedahnya sendiri.
2.2.4 Berkelakuan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.
2.2.5 Kurang cekap atau kurang berusaha.
2.2.6 Tidak jujur atau tidak amanah.
2.2.7 Tidak bertanggungjawab.
2.2.8 Membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk atau memajukan tuntutan berhubungan dengan perkhidmatan awam, samada tuntutan itu adalah tuntutannya sendiri atau tuntutan kakitangan-kakitangan perkhidmatan awam yang lain.
2.2.9 Cuai dalam melaksanakan tugas.
2.2.10 Ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah

Tuesday, November 6, 2007
PENGURUSAN MASA

PENGURUSAN MASA
Oleh Syed Hasan Alatas
Oleh Syed Hasan Alatas
Pengurusan Masa ialah perihal mengurus masa (waktu)dengan sebaik mungkin,sehingga masa (waktu) membawa munafaat bagi semua pihak. Begitu pentingnya masa,sehingga Allah s.w.t.mengingatkan kita supaya menggunakan masa itu dengan sebaik-baiknya.
Allah berfirman: "Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal sholih. Dan berwasiat (nasihat-menasihati)dengan Kebenaran. Dan berwasiat (nasihat-menasihati) dengan kesabaran." (Q.S.al-'Ashr:1-3)
Dalam firman Allah dalam surah al-'Ashr,mengingatkan kita sesungguhnya kita manusia berada dalam kerugian,karena tak pandai menggunakan masa dengan sebaik mungkin.Sehingga ramai manusia yang membuang masa.Boleh jadi dengan melepak disimpang-simpang jalan sambil menggangu orang yang lalu lalang. Ada yang membuang masa dengan percakapan yang tidak berfaedah, ada yang menghabiskan masa dengan bertengkar, maki hamun, menabur fitnah, mengadu domba, berkhayal dan berbagai lagi amal perbuatan yang merugikan.
Kecuali mereka yang beriman dan beramal yang sholih.Orang yang beriman mereka mempercayai bahwa Allah s.w.t. menjadikannya tidaklah untuk hal yang sia-sia ataupun merugikan. Allah s.w.t. menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian, tetapi oleh karena kesalahan manusia sendiri, sehingga segala anugerah Ilahi kepadanya telah disalah gunakan, sehingga membawa kerugian,ataupun bencana kepada makhluk lainnya.
Orang beriman mengakui bahwa ia dijadikan adalah untuk mengabdikan dirinya kepada Allah s.w.t.dan segala apa yang dilakukannya adalah dengan tujuan untuk memperoleh KeredhaanNya semata-mata.
Ia bekerja dengan Ikhlas,bersungguh-sungguh dan semua apa yang dilakukannya itu karena Allah,bukan karena lainnya.Hatinya dipenuhi dengan kecintaan kepada yang Maha Kuasa yang telah menciptakannya dari salah satu dari ratusan juta sel seperma lelaki dan telur wanita,setelah melalui peroses kejadian yang sangat mengagumkan,lahirlah dirinya kedunia ini.
Kelahirannya dengan tidak membawa apa-apa benda kemewahan dunia.Dia lahir telanjang.Kelahirannya dengan tangisan jika sekiranya tak ada orang lain yang mengasihinya,mungkin dirinya telah dicampakkan ke tong sampah sebagaimana banyak kejadian pada masa zaman moden sekarang ini.
Semenjak manusia berada dalam masa ibundanya mengandung,masa ketika ia telah dilahirkan menjadi seorang bayi (balita), masa ketika masih kanak-kanak,masa remaja,masa dewasa,masa tua, alam barzah hingga akhirat. Jika semua masa ketika berada di dunia ini digunakan dengan sebaik mungkin,Insya-Allah akan meujudkan manusia yang baik di dunia dan baik pula di akhirat. Insya Allah akan mewujudkan manusia yang bahagia hidup di dunia,dan bahagia pula hidup di akhirat.
DISIPLIN MASA.
Disiplin ataupun kepatuhan(keta'atan)kepada peraturan sangatlah dipentingkan dalam Islam. Dalam segalah hal,baik dalam hal-hal yang berhubungan dengan Maha Pencipta,yaitu Allah s.w.t.juga hal-hal yang berhubungan dengan sesama manusia dan hubungan dengan makhluk lainnya. Contohnya: Ketika menunaikan ibadah sholat, zakat,puasa, haji semuanya itu telah diatur dengan sebaik-baiknya. Demikian pula dalam hubungan kita dengan orang tua kita, ibu bapa kita,sanak saudara, jiran tetangga sesama Muslim,hubungan dengan tamu, sahabat, hubungan dengan sesama insan,hubungan sesama makhluk Allah s.w.t., hubungan dengan makhluk halus dimana mata kasar tak dapat melihatnya seperti kuman, atom yang terpaksa menggunakan alat teknolgi moden barulah kita mengetahui dia ujud. Demikian pula ada makhluk lainnya yang kita tak dapat melihat dia tetapi dia bolih melihat kita seperti malaikat, setan, jin, dan makhluk halus lain-lainnya...
Allah s.w.t.telah mengajarkan kita al-Quran,menjadi petunjuk kepada kita untuk membedakan yang benar dengan yang salah. Al-Quran mengandung berbagai perintah dan larangan,al-Quran mengandung Ilmu Pengetahuan,al-Quran mengandung Hukum Hakam,sejarah Ummat dahulu kala,untuk dijadikan teladan bagi ummat sesudahnya.Isi al-Quran menyebutkan segala hal yang penting meliputi semua bidang.Al-Quran juga mengajarkan kepada manusia supaya menggunakan akal fikiran dan segala anggota dan kemudahan yang Allah telah sediakan itu untuk difikirkan dan dimanfaatkan.Kita disuruh menuntut Ilmu Pengetahuan yang berguna,dan hanya mereka yang beriman dan mempunyai Ilmu Pengetahuan sahaja yang takut bercampur kagum atas kebesaran dan keagongan Allah s.w.t.
Allah berfirman yang maksudnya:
"Arrahman (Yang Maha Pengasih)telah mengajarkan al-Quran.Telah menjadikan Insan (manusia)sebagai makhluk yang mempunyai akal fikiran. Matahari dan bulan (beredar)dengan perhitungan.Bintang-bintang dan pohon-pohon kedua-duanya bersujud (kepada Allah s.w.t).Langit (alam raya)ditinggikan-Nya,dan diadakan neraca Keadilan. Supaya kamu jangan aniaya dalam neraca timbangan. Dirikanlah timbangan dengan adil dan janganlah kamu merugikan pada timbangan. Bumi ditetapkanNya untuk makhlukNya, padanya ada buah-buahan dan pohon korma yang mempunyai mayang (kelopak). Biji-bijian yang mempunyai daun ditangkainya dan harum-haruman. Maka nikmat Allah yang mana lagi yang hendak kamu dustakan? (Q.S.Arrahman:1-13)
Rasulallah s.a.w.adalah seorang Nabi dan Rasulallah yang telah berjaya menggunakan masa hidup beliau dengan sebaik mungkin.Meskipun Baginda telah mengalami berbagai cobaan hidup semenjak Baginda masih dalam kandungan ibundanya yang bernama Aminah binti Wahab,ayahandanya yang tercinta Abdullah bin Abdul Muthalib,wafat.Ketika berusia 6 tahun ibundanya yang dikasihi,berpulang kerahmatullah pula.Dua tahun Nabi s.a.w.diasuh oleh Datuknya yang bernama Abdul Muthalib, dengan penuh kasih sayang,kemudian Abdul Muthalib dipanggil Allah s.a.w.Setelah itu Nabi kita s.a.w.diasuh pula oleh bapak saudaranya (pamannya) yang bernama Abu Thalib,sehingga Baginda dewasa.
Semenjak masa kecil hingga wafat,Nabi s.a.w.mengisi masa yang dilaluinya itu dengan teliti dan cermat.Sehingga pengurusannya begitu berguna dan membawa kebahagiaan kepada seluruh makhluk Allah s.w.t.ketika hayat baginda, dan pengaruhnya berterusan hingga kini dan hingga hari Qiamat. Sehingga baginda Nabi s.a.w.meskipun telah lama meninggalkan kita, tetapi namanya senantiasa disebut dan dikenang oleh manusia sejagat.Namanya tetap hidup, meskipun telah lama (ribuan tahun) wafat dan meninggalkan ummat manusia.
Ketika masih kecil masanya telah diisi dengan membantu keluarga Halimatussa'diah dengan cara mengembala ternak.Ketika berusia 12 tahun,baginda ikut bersama bapa saudaranya (pamannya Abu Thalib)berniaga ke Syam (Syria). Masa usia 15 tahun turut serta dalam peperangan Fijar.Ketika berusia 16 tahun terlibat dalam gerakan Hilful Fuzul (perjanjian sumpah setia di kalangan Quraisy). Masa usia 23 tahun, baginda berniaga kali kedua, dengan membawa barang perniagaan Saidatina Khadijah ke Syam.
Masa usia 25 tahun,Nabi s.a.w.mendirikan rumah tangga dengan saidatina Khadijah.Mereka sekeluarga hidup aman damai saling mengasihi dan saling membantu baik dalam urusan rumah tangga dan juga dalam urusan kemasyarakatan.Sehingga saidatina Khadijah wafat,hanya saidatina Khadijah seorang sahaja iteri Nabi s.a.w.
Masa Rasulallah s.a.w.berusia 35 tahun,ketika itu terjadi perbalahan antara pimpinan Quraisy,siapakah diantara mereka yang lebih berhak meletakkan hajaral aswad (batu hitama)ditempatnya semula (di ka'bah) yang sedang dalam perbaikan kembali, karena beberapa kerusakan ketika itu.Oleh karena semua pihak merasa dirinya lebih berhak,maka hampir saja terjadi pertumpahan darah yang mengerikan.
Alhamdulillah dengan kepercayaan penuh atas keadilan pemuda Mohammad s.a.w.untuk menyelesaikan perbalahan yang sedang mereka hadapi itu,maka merekapun bersedia apapun keputusan yang diputuskan pemuda Muhammad s.a.w.
Alhamdulillah calon Nabi dan Rasulallah itu telah memberikan keputusan yang amat bijak. Dimana baginda telah meletakkan hajaral aswad itu diatas sehelai kain,dan meminta semua pihak terutama para pemimpin Quraisy sama-sama mengangkat hajaral aswad yang berada dikain itu,lalu dibawa kedekat ka'bah dan pemuda Mohammad s.a.w.sendiri (sebagai pengadil) meletakkan hajaral aswad dika'bah. Semua pihak merasa puas hati atas keadilan yang telah memberikan kesempatan kepada semua pihak turut mengangkat hajaral aswad,dan turut mewakilkan pemuda Mohammad s.a.w. meletakkannya ditempatnya semula (ka'bah). Dalam usia 35 tahun itu pula, Mohammad s.a.w.telah dianugerahkan seorang putri dari isteri yang dikasihi Saidatina Khadijah,putri tersebut Nabi namakan Fathimah Azzahra (bunga mekar semerbak)yang menjadi wadah keturunan suci Nabi s.a.w (Ahlul Bait).
Masa baginda Nabi s.a.w.berusia 40 tahun,ketika Nabi s.a.w.bersunyi-sunyi diri di gua hira',maka turunlah ayat Quran yang pertama kepada Rasulallah s.a.w,yang maksudnya: "Bacalah !Dengan nama TuhanMu yang menciptakan. Telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhanmu yang amat pemurah. Mengajarkan manusia (menulis) dengan pena. Mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tiada diketahuinya." (Q.S.al-Alaq:1-5)
Ayat yang pertama yang diturunkan kepada Rasulallah s.a.w.adalah ayat yang menjadi dasar bagi kemajuan manusia sejagat. Karena dalamnya mengandung,seruan tentang kewajiban manusia membaca,menulis,dan menkaji tentang kejadian dirinya.
Dengan membaca,maka banyak Ilmu pengetahuan akan diperoleh.Tahu pula menulis,maka Ilmu Pengetahuan yang diperoleh itu,bolih disebar luaskan dan disimpan dalam jangka masa yang lama,dari satu generasi kesatu gererasi yang lain, hingga hari Qiamat.Demikian pula dengan menkaji tentyang diri kita,dari mana asal usul kita,apa yang kita bawa ketika dilahirkan,setelah itu untuk apa kita dihidupkan ini,dan kemana pula akhirnya kita akan pergi nanti,semua itu akan menimbulkan satu kesadaran,untuk apa kita dijadikan oleh Allah s.w.t.dan kemana pula akhirnya kita nanti.Semua itu akan menimbulkan kesadaran, bahwa kita adalah manusia yang lemah tak berdaya diciptakan dari cantuman benih dari ibu dan ayah kita. Kita dilahirkan tak bawa apa-apa telanjang bulat, dengan Rahmat Allah berbagai kelengkapaan untuk kehidupan diberikan kepada kita.Allah menyediakan pula kepada kita segala kemudahan dalam bumi dan diruang angkasa dan dipelatnit-pelanit lainnya,untuk dimanfaatkan.Semua itu kita lakukan demi pengabdian kita kepada Allah s.w.t.Akhirnya kita mohon hidayah dan taufiqNya sehingga kita meninggal dunia dengan "Husnul Khatimah"(akhir yang baik)dengan mendapat Keredhaan Allah s.w.t.sehingga kita menemuiNya, dan mempertanggung jawabkan akan segala apa yang telah kita lakukan selama hayat kita di dunia.Dengan kemurahan dan Kasih sayangNya, kita akan ditempatkan di Jannatun Na'im,Insya Allah,amin.
Setelah turunnya wahyu yang pertama itu (surah al-Alaq 1-5), kepada Nabi s.a.w.,mulailah Nabi s.a.w.mengadakan Dakwah secara senyap,mengajak ummat manusia kejalan yang benar,jalan yang diredhai Allah s.w.t.Ketika itu manusia telah jauh menyimpang dari ajaran Tauhid. Penyembahan kepada Allah s.w.t.Tuhan yang Maha Esa,telah bertukar menyembah kepada banyak tuhan. Disamping itu juga menyembah patung berhala.Ada pula yang menyembah kepada manusia, matahari, bulan, bintang, pohon kayu,batu, dan berbagai lagi penyembahan lainnya.
Perikemanusiaan telah mengarah kepada sifat-sifat kebinatangan yang kuat menindas yang lemah,yang kaya memeras yang miskin.Kezaliman dimana- mana.Akhlak manusia begitu rendahnya sehingga ada yang sanggup mewarisi dan mengawini ibu tirinya,bila ayahnya telah mati.
Pembunuhan,pencurian,perampokan,perzinaaan itu perkara biasa.Bertebaran kejahatan didaratan dan dilautan karena perbuatan manusia.Nabi Mohammad s.a.w.cuba membetulkan semua ini.Manusia berpecah belah,bersukupuak.Masing-masing menganggap sukunya yang paling mulia dan hebat,dan berusaha untuk menakluki puak lainnya.Sehingga perkelahian dan peperangan timbul,dari masa kesemasa.
Dakwah secara senyap yang dilakukan oleh Nabi s.a.w.untuk mengajak manusia supaya berbaik-baikan antara satu dengan lainnya tak dihiraukan.Hal seperti ini memasuki masa tiga tahun.Meskipun demikian usaha gigih Nabi s.a.w,tidak sia-sia. Nabi s.a.w.mendapat pengikut sedikit demi sedikit hingga mencapai 40 orang.
Pada akhir tahun ketiga dari kerasulan,mulailah Nabi s.a.w,mengadakan Dakwah secara terang-terangan. Semenjak itu mulailah pula berbagai halangan dan rintangan,dan berbagai tekanan dilakukan oleh pimpinan kaum Quraisy.Mereka mendatangi Abu Thalib,bapak saudara Nabi s.a.w,dengan berbagai tantangan dan ancaman.
Halangan dan rintangan menjadi-jadi.Para pengikut Nabi s.a.w.ramai yang dianiaya, disiksa, dibunuh dengan kejamnya. Nabi s.a.w.tak sampai hati mendengar tangisan para pengikutnya yang setia itu,maka Rasulallah s.a.w. mengarahkan mereka supaya Hijrah ke Habsyah, pindah mencari perlindungan. Sedangkan Rasulallah s.a.w.masih tetap tinggal di Makkah menanggung segala azab sengsara yang dilakukan oleh kaum Quraisy. Rasulallah s.a.w.rela menanggung semua itu demi melaksanakan perintah Dakwah, menyeru manusia kejalan yang benar,jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t.dengan tidak mengharapkan apa-apa upah.
Setelah pimpinan kaum Quraisy gagal menghentikan usaha Dakwah Nabi s.a.w.dan Nabi s.a.w.dengan usaha gigih terus maju dalam perjuangan suci ini,membela mereka yang dizalimi,membela mereka yang lemah.Dari hari kehari sokongan berdatangan dari mana-mana pihak,terutama dari mereka yang lemah, miskin yang merasa mereka telah mendapat pembelaan dari Nabi s.a.w.
Pimpinan kaum Quraiy mendatangi Abu Thalib,bapak saudara Nabi s.a.w.dan mengharapkan pamannya itu mempengaruhi Nabi s.a.w.dengan tawaran yang menarik hati,yang biasanya ramai manusia biasa terpengaruh dan menerimanya. Antaranya Nabi s.a.w, ditawarkan:" jika sekiranya Mohammad inginkan kekayaan, akan kami berikan sebanyak mana yang dia mahu.Jika inginkan pangkat ataupun kuasa,akan kami jadikan dia Ketua kami.Jika sekiranya Mohammad inginkan wanita cantik,molek yang menawan akan kami sediakan pula.
Adakah Nabi s.a.w.tertawan dengan segala tawaran yang menarik hati itu? Biasanya ramai pemimpin akan mundur dari perjuangan,bila kiranya mereka diberikan tiga ta itu, yaitu: "harta, takhta, wanita. "Ramai pemimpin yang bertekuk lutut dan tenggelam dalam kemewahan dan kekuasaan yang ada. Ramai yang terhenti perjuangan mereka dalam mempertahankan kuasa,harta dan wanita yang telah dimilikinya itu. Ramai pemimpin tak sanggup lagi berjuang. Ramai pemimpin yang mengkhianati sahabat seperjuangan, karena kuatir kuasa, harta, wanita yang telah dimilikinya itu akan lenyap jika dia meneruskan perjuangan.
Sekian, tarima kasih, Insyaallah kita akan jumpa lagi.
Friday, November 2, 2007
TERAPI PSIKOLOGI SECARA KEROHANIAN

TERAPI PSIKOLOGI SECARA KEROHANIAN:
SATU PENDEKATAN BARU
SATU PENDEKATAN BARU
Terapi kaunseling secara kerohanian (Agama) adalah satu konsep yang telah digunakan oleh junjungan Nabi S.A.W. dan para sahabat dalam merawat diri dan jiwa melalui terapi agama dengan menggunakan ayat-ayat Allah S.W.T disamping menunaikan solat dan melakukan amal kebaikan sesama makhluk.
Ini berdasarkan kepada firman Alah dalam surah Bani Israel : 82 yang bermaksud :
“ Dan Kami turunkan dari Al-quran yang menjadi penawar dan Rahmat bagi orang-orang yang beriman”.

Begitu juga maksud ayat Al-Quran dalam surah Yunus : 57 bermaksud :
“ Wahai manusia telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit yang ada dalam dadamu (jiwa) dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman”.

Beberapa pakar psikologi barat berpendapat bahawa penyakit-penyakit jiwa yang menimpa manusia mempunyai perkaitan yang rapat dengan agama. Antara pendapat yang menyokong fakta di atas ialah :
1) Profesor. Dr. C.G.Jung dalam bukunya “ Modern Man In Search Of A Soul” menyatakan sebagai berikut : Antara para pesakit saya yang sudah berusia lingkungan 35 tahun tidak seorang pun yang menghadapi tekanan jiwa tidak mempunyai kaitan dengan agama.
2) Profesor. J.G.MacKenzie, memberikan pendapat sebagai berikut : “ Para pesakit jiwa sembuh, bukanlah kerana pengetahuan mereka yang sempurna tentang ilmu perubatan dan bukan juga kerana mereka pakar sakit jiwa, melainkan kerana kecekapan mereka dalam bidang agama”.
3) Dr. Wadfield menegaskan sebagai berikut : “ Saya telah mencuba menyembuhkan penyakit saraf dengan pengisyaratan ketegangan dan kepercayaan tetapi usaha ini baru berhasil dengan jayanya, sesudah ia dihubungkan dengan keyakinan akan kekuasaan Tuhan”.
Dalam hal ini menunjukkan bahawa ahli-ahli kedoktoran Amerika Syarikat dan Eropah serta pakar Psikologi Barat menegaskan bahawa KEPENTINGAN PENGETAHUAN PSIKOLOGI DAN AGAMA DIGUNAKAN BERSAMA-SAMA DALAM PROSES MERAWAT DAN MENYEMBUH PENYAKIT-PENYAKIT MANUSIA”.
Tepat dengan ucapan seorang ahli falsafah terkenal bernama IBNU QAIYIM AL JAUZI dalam kitabnya yang berjudul ZADUL –MA’AD, bahagian ketiga, muka surat 110-111 (cetakan Mesir tahun 1928) beliau berkata :
“ Setiap Doktor tidak dapat menyembuhkan pesakit dengan pemeriksaan jiwanya, dan tidak dapat memberikan rawatan kepada para pesakitnya, selain mereka beramal soleh, menghubungkan diri dengan Allah, dan mengingat hari akhirat. Jika tidak mereka bukanlah doktor yang sebenarnya bahkan merupakan calon doktor yang masih lemah”.
Diharapkan para ahli psikologi dan kaunselor dapat menggunakan kaedah psikologi kerohanian (Agama) sebagai satu pendekatan baru. Kita tidak dapat menafikan bahawa semua makhluk termasuk manusia dicipta oleh Allah. Dia sangat mengetahui ciptaan-Nya dan jika manusia itu sakit maka gunakanlah “manual” Allah iaitu Al-Quran.
Beberapa panduan yang boleh digunakan sebagai terapi psikologi jiwa ialah:
a) Penumpuan kepada sesuatu perkara
- Membaca ayat 1-5 dari surah Thaha
- Membaca ayat 200 surah Ali Imran
a) Penumpuan kepada sesuatu perkara
- Membaca ayat 1-5 dari surah Thaha
- Membaca ayat 200 surah Ali Imran
b) Menghafal pelajaran (tidak mudah lupa)
- Membaca penghulu taubat
- Membaca penghulu taubat
c) Mengurangkan masalah kedegilan dan panas baran
- Membaca surah Thaha ayat 1-5
- Membaca surah Ikhlas, Fatihah, Ayat Kursi (1 kali )
- Membaca bismillah 5 (3 kali )

d) Mengurangkan kebimbangan dan ketegangan
- Membaca surah Al-Insyirah
- Memperbanyakkan selawat kepada Rasulullah

Bagi para pembaca yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai panduan di atas anda bolehlah datang atau menghubungi Pusat Kaunseling MAINS di alamat berikut :
51+ 53, Tingkat 4, Terminal One Shopping Complex, 20 B, Jalan Lintang, 70200 Seremban. Tel : 06-7679905 Fax : 06- 7679906

“KAMI SEDIA HULUR BANTUAN, ANDA PULANG DENGAN SENYUMAN”
Subscribe to:
Posts (Atom)