Monday, November 26, 2007

CONTOH SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN


TAJUK AMALAN ETIKA PENGURUSAN

Soalan 1

a) Sebutkan empat komponen utama (4P) dalam proses pengurusan.
b) Apakah yang dimaksudkan bahawa "pengurusan adalah suatu proses yang menyeluruh dalam mencapai objektif organisasi"?.

Jawapan:-

a) Empat komponen utama dalam proses pengurusan ialah:-

Perancangan
Penyusunan
Pimpinan
Pengawalan

b) Maksud "pengurusan adalah suatu proses yang menyeluruh dalam mencapai objektif organisasi" ialah proses pengurusan melibatkan tunjuk ajar dan tunjuk arah kepada sesuatu golongan manusia unutk mencapai matlamat organisasi.

Soalan 2

Senaraikan enam peranan seorang pengurus yang berkesan.
Apakah tujuh perinsip etika pengurusan seperti yang dipraktikkan oleh Matsushita?

Jawapan:-

a. Enam peranan seorang pengurus yang berkesan ialah:-

i. Bertanggung jawab memberi motivasi dan latihan kepada kakitangan
ii. Menjalin hubungan yang baik dengan orang yang penting
iii. Mendapatkan maklum balas
iv. Menganalisis dan menyebarkan maklumat-maklumat penting berkaitan dengan organisasinya.
v. Menggerakkan serta mewujudkan pelbagai perubahan dan inovasi, dan
vi. Bertanggug jawab sebagai jurucakap dan perunding bagi pihak organisasinya.

b. Tujuh perinsip etika pengurusan yang dipraktikkan oleh matsushita ialah:

i. Perkhidamatn unutk negara melalui perindustrian
ii. Keadilan
iii. Harmoni dan kerjasama
iv. Berusaha unutk kebajikan
v. Berbudi bahasa dan merendah diri
vi. Penyesuaian dan penyerapan
vii. Bersyukur.

Soalan. 3

a) Apakah lima cara (5B) yang perlu dilakukan oleh setiap pekerja unutk meningkatkan mutu kerjanya?
b) Senaraikan dua belas ciri nilai dan etika pengurusan yang baik.

Jawapan:-

a) Lima cara yang perlu dilakukan oleh pekerja unutk meningkatkan mutu kerjanya ialah:

i. Bekerja dengan penuh bertanggung jawab
ii. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
iii. Bekerja dengan penuh kemesraan
iv. Bekerja unutk membenteras kelemahan
v. Berpegang teguh kepada ajaran agama

b) Dua belas ciri dan etika pengurusan ialah:

i. Amanah
ii. Bersih
iii. Berdedikasi
iv. Berdisiplin
v. Bertanggungjawab
vi. Bersopan santun
vii. Syura/Permesyuaratan
viii. Adil
ix. Berintegrasi
x. Berilmu
xi. Akauntabiliti
xii. Produktiviti

Soalan 4

a.) Kesatuan Sekerja diwujudkan dengan empat tujuan. Nyatakan tujuan-tujuan itu.
b.) Apakah tiga keadaan ayng boleh mengakibatkan tindakan "tiupan wisel"?
c.) Senaraikan enam etika yang perlu dititikberatkan oleh pihak pengurusan terhadap pekerja-pekerjanya.

Jawapan:

a) Empat tujuan kesatuan sekerja diwujudkan ialah:

i. Mengurangkan bidang kuasa pengurusan terhadap pekerja
ii. Membolehkan pekerja melibatkan diri dalam pembentukan dasar-dasar yang menyentuh kebajikan dan perkhidmatan kakitangan
iii. Memaksimunkan pembangunan ahli secara keseluruhannya dan tidak hanya bertumpu kepad individu-individu tertentu sahaja.
iv. Menerajui pertumbuhan ahli-ahli kesatuan dan meluaskan pengaruhnya.

b) Tiga keadaan yang boleh mengakibatkan tindakan "tiupan wisel' ialah_

i. Menyebabkabn kecederaan kepad pihak ketiga
ii. Mencerobohi hak asasi manusia
iii. Mengadakan aktivitiyang bertentangan dengan tujuan dan matlamat penubuhan sesebuah organisasi

c.) Enam etika yang perlu dititikberatkan oleh pihak pengurusan terhadap pekerja-pekerjanya ialah:-

i. Menilai dan memperbaiki perkhidmatan pekerja
ii. Menghindarkan pengamalan pilih kasih
iii. Memberikan perhatian kepada keperluan
iv. Memastikan pendapatan yang bepatutan
v. Mengagihkan tugas berdasarkan kepakaran dan kemampuan
vi. Mementingkan perhubungan dan komunikasi dua hala.


ETIKA DAN NILAI-NILAI MURNI MALAYSIA

Soalan 1: Apakah kepentingan Bahasa kebangsaan dan kebudayaan Kebangsaan bagi negara kita?

Jawapan:-

Sebagai negara yang berbilang kaum, dimana satu kaum dengan kaum yang lainnya wujud jurang pemisahan, iaitu dalam bentuk berlainan bahasa serta bewrlainan budaya. Dalam situasi sebegini, peranan Bahasa kebangsaan dan kebudayaan Kebangsaan adalah sangat penting. Kedua-duanya menjadi "alat pengikat" yang dapat menghasilkan perpaduan kaum.
Soalan 2: Penjajah memupuk perpecahan kaum dan pemerentah hari ini memupuk perpaduan kaum. Bincangkan pernyataan ini.

Jawapan:-

Semasa negara ini di bawah pemerentahan penjajah British dahulu, pihak penjajah mendapati mereka dapat mengukuhkan kewibawaan mereka dengan sengaja menghalang perpaduan dan kerjasama di kalangan pelbagai kaum yang mendiami Tanah Melayu. Dengan kata lainnya, penjajah telah memastikan bahawa diantara satu golongan etnik dengan yang lainnya, tidak wujud persefahaman. Strategi "pecah dan perintah' ini diaplikasikan dalam pelbagai lapangan.
Pada hari ini perpaduan kaum menjadi agenda utama pemerentah. Langkah-langkah yang dilaksanakan kini adalah kesinambungan akepda dasar yang serupa yang telah dijalankan pada masa yang lepas. Dalam usaha kerajaan unutk memastikan tercapainya matlamat wawasan 2020, integrasi dan kerjasama kaum maih menjadi cabaran yang perlu diatasi.
Soalan 3: Pilih 3 nilai murni dalam etika Malaysia dan kenal pasti unsur-unsur kerohanian, kemanusiaan, dan kewarganegaraan yang terkandung didalamnya.

Jawapan:-

Tiga nilai murni yang berkenaan ialah:-

i. Baik hati
Unsur kerohanian dalam nilai murni ini berkaitan dengan sifat belas kasihan dan bertimbang rasa. Satu sifat begatif yang sering terdapat pada manusia ialah sifat berdengki dan berdendam. Manakal sifat belas kasihan adalah sifat ketuhanan atau kuddus. Unsur kemanusiaan pula adalah sifat murah hati. Manusia yang murah hati, dikasihi dan dihormati oleh orang lain. Unsur kewarganegaraan dapat dilihat pad sifat saling faham-memahami. Di dalam negara kita yang berbilang kaum ini, kefahaman antara satu kaum dengan lain penting sekali, unutk mengelakkan persengketaan.

ii. Keadilan
Unsur kerohanian pada nilai ii terdapat apabila seorang ketua jabatan berlaku adil terhadap orang bawahannya. Ketua yang adil ialah aorang yang bersifat takwa, ertinya takut kepada Allah s.wt. unsur kemanusiaan juga terdapat pada nilai ini, iaitu bila orang yang berkuasa tidak sewenang-wenangnya menggunakan kuasanya terhadap mereka yang lemah. Unsur kewarganegaraan pula terdapat pada pemerintah yang adil menjalankan tanggung jawabnya.

iii. Kejujuran
Orang yang jujur sentiasa tulus dan ikhlas dalam tindak tanduknya. Dia sedar walaupun tidak dilihat orang , namun hakikatnya Allah s.w.t sentiasa memerhati egala gerak lakunya. Disinilah aterletaknya sifat kerohanian pada nilai ini. Kejujuran dalam hubungan seseorang dengan seorang lain menggambarkan kesucian hati, iaitu safat peri kemanusiaan yang unggul. Seorang warganegara yang baik jujur dalam memainkan peranannya sebagai rakyat. Dia tidak menipu kerajaan dengan mengelak daripada membayar cukai yang mandatori, misalnya cukai pendapatan.

Soalan 4: Senaraikan lima nilai dalam tonggak dua Belas yang dapat menghasilkan rakyat yang;
a. "teguh dalam nilai-nilai kegamaan dan kerohanian", dan
b. "cekap dan berkualiti" dalam pelaksanaan perkhidmatannya.
Yang manakah di antara (a) dan (b) yang bertindih fungsinya.

Jawapan:

Rakyat yang "teuh dalam nilai kegamaan dan kerohanian" dapat dihasilkan oleh nilai-nilai berikut:
Menghargai masa
Keseronokan bekerja
Ketinggian peribadi
Kewajipan menjalankan tugas
Keutamaan kesabaran
Rakyat yang "cekap dan berkualiti" dalam melaksanakan perkhidmatannya pula dapat dihasilkan oleh nilai-nilai berikut:
Ketekunan membawa kejayaan
Keseronokan bekerja
Pengaruh teladan
Kewajipan menjalankan tugas
Keutamaan keasbaran.
Nilai-nilai yang bertindih fungsinya dalam senarai di atas ialah:-
Keseronokan bekerja
Kewajipan menjalankan atugas
Keutamaan kesabaran

Soalan 5: Apakah aspek-aspek pembangunan bukan material yang hendak kita pelihara dalam proses mencapai taraf negara membangun pada tahun 2020?

Jawapan:-

Taraf negara membangun yang hendak kita capai pada tahun 2020 tidak pula akan mengorbankan aspek-aspek pembangunan bukan material yang berikut:-

i. Sosial
ii. Kerohanina
iii. Kebudayaan
iv. Kualiti hidup.

Soalan 6: Bezakan di antara Teori Deontologikal dengan Teori Teologikal dalam etika sekular barat.

Jawapan:

Teori Deontologikal mementingkan penilaian perbuatan semasa, manakala teori Teleogikal menilai baiknya selepas perbuatan itu. Etika Deontologikal melihat proses perbuatan, tetapi Teologikal mementingkan kesan atau akibat sesuatu perbuatan itu sendiri.

TAJUK 1. FALSAFAH

Soalan 1: Bagaimanakah tanggapan umum tentang falsafah? Jelaskan sifat-sifat falsafah sebenarnya..

Jawapan.

Sifat-sifat falsafah:
i. Ilmu falsafah dianggap sukar difahami, dikhusukan akepada intelektual, kadangkala mengelirukan para pengkaji dan hasil nya boleh mendatangkan perasaan curiga kepada kebanyakan orang.
ii. Falsafah sebenar tidak mempunyai 'body of knowledge' kecuali aspek persejarahannya.
iii. Ia mempersoalkan fonomena kejadian alam seara keseluruhannya.
iv. Jawapan yang diperolehi berbentuk spekulatif.

Soalan 2: Bezakan antara ilmu falsafah dengan ilmu sains.

Jawapan.

Perbezaan antara ilmu falsafah dan sains ialah:
i. Falsafah menggunakan kaedah perbahasan dialektika dan logika unutk mempastikan kebenaran sesuatu isu atau permasalahan, manakala
ii. Sains menggunakan kaedah penyelidikan emperika dan jawapan yang objektif.

Soalan 3: Jelaskan mengapa fa;safah dianggap sebagai 'ibu' pengetahuan aqli.

Jawapan.

Falsafah adalah 'ibu'aqli ialah;
i. Ilmu aqli berlawanan dengan ilmu wahyu yang berasal dari tuhan
ii. Hasil dari penyelidikan ahli-ahli falsafah dari zaman Yunani purba hingga ke hari ini merupakan berbagai bentuk disiplin ilmu seperti sains, sains sosial, psikologi, perundangan, ekonomi dan sebagainya.

Soalan 4: Mengapakh sesuatu kebenaran sangat penting dalam kehidupan kita setiap hari?

Jawapan.

Kebenaran sangat apenting dalam kehidupan disebabkan ia akan memberikan makna kepada kehidupan individu tersebut dan langsung akan menghasilkan kepuasan kepadanya. Juga unutk membezakan di antar manusia dengan bukan manusia.

Soalan 5: Apakah yang andaketahui mengenai istilah kebijaksanaan. Kisahkan satu "incident' yang terkandung di dalamnya elemen bijaksana atau and anggap sebagai bijaksana.

Jawapan.

Kebijaksanaan ialah apabila seseorang itu dapat membezakan sesuatu yang jelek, buruk ayau hodoh dari sesuatu yang baik, cantik dan indah dan bert6indak unutk memperolehinya atau menjauhkan dirinya.

Soalan 6: Apakah yang dikatakan kehidupan yang bahagia? Bagaimanakah caranya unutk mencapai kebahagian hidup?

Jawapan:

Kehidupan yang bahagia ialah apabila seseorang itu dapat merasai bentuk kehidupan yang selamat, aman, tanpa kegelisahan dan keraguan. Ada dua pendapat mengenai cara unutk mencapai kebahagian.
a. Denagn memeliki pengetahuan yang luas mengenai seluruh aspek kehidupan
b. Dengan menjadikan seorang yang benar-benar bertakwa kepad tuhan.

Soalan 7: Apakah sebenarnya peranan ahli-ahli falsafah? Mereka semata-mata berfikir di dalam kamar?

Jawapan:

Peranan ahli falsafah ialah:
i. Falsafah mencari jawapan kepad permasalahan manusia yang tidak dapat dicari oleh ilmu sains misalnya perasaan manusia seperti kasih sayang dan lain-lain.
ii. Memberikan penjelasan kepad konsep-konsep yang ada di dalam setiap ilmu pengetahuan.
iii. Mencari kebenaran kepad kepercayaan dan andaian manusia.

Soalan 8: Apakah yang dimaksudkan dengan teori pengetahuan atau epistemologi? Falsafah Islam mempunyai pendapat yang berbeda dari falsafah barat mengenai teori pengetahuan. Jelaskan perbedaan-perbedaan tersebut?

Jawapan:-

i. Epistemologi atau teori pengetahuan ialah aberkaitan dengan permasalahan yang timbul dari persoalan menganai asal usul pengetahuan, sifat pengetahuan, limitasi pengetahuan, sama ada pengetahuan hakiki atau tidak.
ii. Islam meletakkan ilmu wahyu sebagai satu-satunya pengetahuan yang berbentuk hakiki dan absolut.

Soalan 9: Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan istilah metafizik dan beri satu contoh permasalahan yang sedang diperbincangkan pada masa kini.

Jawapan:-

Metafizik mempersoalkan perkara-perkara yang berkaitan dengan hakikat kewujudan yang melampaui alam kebendaan dan perkaitan dan matlamat manusai di alam semesta ini.

Soalan 10: Apakah yang anda faham mengenai etika. Permasalahan-permasalahan yang semacam manakah yang sering diperbincangkan di dalam disiplin etika?

Jawapan:-

Etika ialah permasalahan yang berkaitan dengan nilai-nilai dan perinsip-perinsip yang mencorak perlakuan manusia. Ia ameliobatkan penilaian atau 'judgement' ke atas perlakuan manusai dan menentukan sama ada baik atau buruk, betul atau salah, yang dipuji atau dikeji, yang patut dilakukan atau yang tidak patut dilakukan. Perkara-perkara yang diperbincngkan ialah seperti masalah keadilan, kesksamaan kebenaran dan seumpamanya.

TAJUK 3; FLASAFAH AKHLAK ISLAM

Soalan 1: Nyatakan takrif akhlak mengikut Ibnu Maskawih dan Al-Ghazali.

Jawapan:

Takrif akhlak mengikut:
i. Ibnu Maskawih - Akhlak adalah keadaan jiwa yang mendorong unutk melakukan perbuatan tanpa melalui pertimbangan fikiran.
ii. Al-Ghazali - Akhlak adalah gejala kejiwaan yang telah meresap dalam jiwa yang dsaripadanya timbul perbuatan-perbuatan yang mudah tanpa amenggunakan pertimkbangan fikiran terlebih dahulu.

Soalan 2: Bagaimanakah anda dapat mengenali akhlak murni?

Jawapan:

Akhlak murni dapat dikenali dari peribadi rasulullah s.a.w kerana beliau adalah model peribadi mulia yang harus dijadikan contoh dan tauladan dalam hidup didunia.
Soalan 3: Nyatakan beberapa ayat al quran yang mencegah perbuatan syirik. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan tauhid uluhiyah dan syirik tab'id.

Jawapan:

i. Surah an-Nisa, 4:116; Surah Luqman 31:13; Surah al-maidah 5:73
ii. Tauhid uluhiyah - Allah memiliki sifat ketuhanan dan kekuasaan ke atas segala makhluk-Nya dan allah tempat mengabdi dan tumpuan segala ibadah.

TAJUK2; FALSAFAH ETIKA.

Soalan 1: Jelaskan maksud etika dari segi istilah dan apakah ukuran/kriteria ayng digunakan unutk menentukan etika?

Jawapan:

Etika ialah kelakuan yang dianggap baik kerana menepati sesuatu ukuran yang disetujui ramai. Bagaimanapun, setiap masyarakat mempunyai ukurannya sendiri. Ada masyarakat yang menjadikan perintah Tuhan sebagai ukuran baik buruk sesuatu kelakuan. Ada masayarakat yang merujuk kepada norma-norma masyarakat sebagai penentu etika. Selain itu ada juga orang-orang tertentu yang tidak mahu tunduk kepada ketentuan tuhan atau norma masyarakat. Mereka hanya tunduk kepada ketentuan sendiri.

Soalan 2: Berikan lima contoh amalan yang beretika dan tidak beretika dalam agama yang anda anuti.

Jawapan:-

Contoh amalan beretika:
a. Amanah
b. Jujur
c. Bertanggung jawab
d. Tolong menolong
e. Menepati janji
Amalan tidak beretika
f. Memfitnah
g. Bohong
h. Khianat
i. Takbur
j. Tamak

Soalan 3: Jelaskan maksud dan berikan contoh-contoh yang sesuai bagi setiap jenis etika berikut:

Etika keagamaan
Etika kerasionalan
Etika keprofesionalan
Etika perniagaan

Jawapan:-

Maksud bagi perkataan tersebut;_
a. Etika keagamaan.
Ialah etika yang bersumberkan ajaran agama. Kitab suci setiap agama menjadi rujukan etika unutk penganut-pengantnya. Sebagai contoh, Al Quran dan hadith menjadi sumber rujukan bagi penganut Islam, Bible unutk orang-orang Kristian dan Rigvedo unutk orang-orang Hindu.
b. Etika Kerasionalan:-
Ialah etika yang ditentukan oleh pertimbangan akhlak semata-mata dan tidak terikat kepada mana-mana ajaran agama. Peraturan etika ini, bagaimanapun berubah bilamanusia mengubah fikirannya. Ada kala sesuatu kelakuan dikira baik pada satu masa tetapi berubah menjadi tidak baik pada masa yang lain.
c. Etika keprofesionalan
Ialah tatatertib yang diamalkan oelh setiap ahli di dalm sesuatu profesion unutk menjaga nama baiknya dan keselamatan pelanggan-pelanggannya. Contohnya ialah etika guru, doktor dan peguam.
d. Etika perniagaan
Ialah peraturan-peraturan ayng perlu diamalkan oleh peniaga-peniaga supaya setiap ahli masyarakat yang terdiri dariapda majikan, pekerja, pelanggan dan orang ramai tidak mengalami apa-apa masalah atau kesusahan apabila mengguna barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mana-mana syarikat.

No comments: