Friday, February 29, 2008

Kepimpinan

KEPIMPINAN


Pendahuluan

Penerimaan Islam secara meluas di Nusantara pada abad ke 13 masihi telah mengubah banyak nilai dalam masyarakat tempatan, termasuk yang berkait dengan "kepimpinan". Bermula daripada waktu itu Islam telah mengambil peranan kepimpinan yang meluas dan merangkumi hampir semua kegiatan hidup termasuk keagamaan, Ibadat, keilmuan, sosial, politik dan sebagainya.

Asas utama kepada kepimpinan yang meluas ini 1alah sifat Islam sendiri yang menyeluruh. Misalnya, akidah atau pegangan hidup yang dibawa oleh Islam bukan sekadar menyentuh soal ketuhanan dan alam metafizika sahaja, tetapi juga merangkumi alam dan manusia. Dalam konsep yang luas ini, syirik iaitu pelanggaran terhadap prinsip tauhid yang menjadi asas aqidah berkenaan, bukan sahaja boleh berlaku disebabkan oleh penyembahan berhala atau memuja kuasa-kuasa ghaib semata-mata tetapi juga meliputi pemujaan terhadap sesama manusia dan kuasa-kuasa material dalam kehidupan biasa.

Berasaskan akidah ini Islam menegaskan bahawa alam dan manusia bukan suatu mistri, tetapi boleh difahami. Manusia adalah hamba Tuhan yang diberi peranan sebagai khalifah dibumi ini. Sedangkan alam dicipta untuk faedah dan kepentingan manusia.

Dalam hubungannya dengan hidup dan kebudayaan, akidah merupakan asas pemikiran bagi sistem keilmuan dan kemasyarakatan, termasuk sosial, ekonomi, politik dan sebagainya.

Bagi melaksanakan kepimipinan tersebut, dari segi akidah dan kepercayaan, Islam mengubah pandangan orang Melayu daripada mempercayai dewa-dewa seperti yang mereka anuti di zaman Hindu kepada mempercayai tuhan yang Maha Esa. Disamping itu mereka dibimbing mempercayai Nabi-Nabi, Rasul, Malaikat, Kitab-Kitab Suci, Hari Kiamat dan Qadha dan Qadar. Kemudian diikuti oleh kepimpinan kearah menunaikan amal Ibadat seperti yang terkandung dalam rukun Islam yang lima dan yang selain daripada itu.

Di bidang adat dan istiadat pula, bagi mengubah tradisi animisme dan Hinduisme, agama Islam telah memimpin orang-orang Melayu kearah mengenali dan mengamalkan adat istiadat Islam sebagai ganti. Adat istiadat itu dilakukan sejak daripada individu itu lahir ke dunia hinggalah ke hari kematiannya.

Dalam aspek keilmuan, Islam telah memimpin masyarakat Melayu kearah menenali pengetahuan yang bercorak falsafah.4 Dengan itu Islam telah memperkenalkan pemikiran yang bercorak rasional dan intelektual dalam masyarakat Melayu. Tamadun Islam telah mengubah penekanan daripada unsur-unsur estetika dalam kebudayaan Melayu seperti yang biasa berlaku pada zaman Hindu kepada pemikiran yang bercorak akliah.5 Dengan itu Islam mengubah tasawwur orang Melayu daripada yang bercorak metologi fantasi kepada pemikiran yang bercorak intelektual yang berdasarkan falsafah Islam dan mistik yang rasional dan ilmiah. Dengan itu Islam menekankan kedua-kedua aspek jasmani dan rohani untuk membangunkan masyarakat Melayu.

Dari segi sosial pula Islam menekankan unsur-unsur persamaan, keadilan dan sebagainya. Dengan itu Islam telah membawa satu perubahan yang radikal sebagai ganti kepada sistem Kasta Hindu yang membahagikan penduduk alam Melayu kepada beberapa susun lapis seperti di India. Islam juga menghapuskan semangat kedaerahan dan membentuk perpaduan dikalangan penduduk alam Melayu melaui konsep ummah atau masyarakat Islam.
Dari segi politik pula, Islam telah membawa banyak perubahan. Misalnya, sistem feudalisme Hindu digantikan dengan sistem feudalisme yang diperkenalkan pada zaman kerajaan Abbasiah. Islam telah memberi corak keislaman dalam sistem kesultanan Melayu. Misalnya konsep Diraja telah diubah sifatnya daripada penjelmaan dewa kepada seorang pemerintah atau pemimpin rakyat sahaja. Sultan dalam pengertian Islam seharusnya menjalankan pemerintahan dengan adil dan bertimbang rasa kepada rakyat serta bertindak mengikut perintah Allah, membuat kebaikan dan mencegah kejahatan.

Dalam bidang kesenian Islam telah mempengaruhi semua bidang kesenian Melayu, baik dalam seni lagu, seni tari, seni ukir, seni bina, seni hiasan, maupun seni drama. Begitulah juga dalam hal kesusasteraan.

Kepimpinan Yang Menyeluruh

Kepimpinan biasa dihuraikan sebagai peranan sosial yang dimainkan oleh pemimpin dan diterima secara sepontan oleh pihak yang dipimpin berasaskan proses interaksi antara kedua belah pihak.9 Dalam konteks kertas kerja ini Islam dilihat sebagai suatu institusi kepimpinan yang memainkan peranannya berasaskan penerimaan masyarakat umum secara sepontan melaui proses interaksi yang tertentu.

Ternyata daripada apa yang dihuraikan di atas bahawa Islam, sejak mula kedatangannya lagi ke Nusantara telah memainkan peranan kepimpinan yang meluas, bukan sekadar sebagai agama dalam konsepnya yang sempit tetapi juga sebagai cara hidup dalam konsepnya yang luas dan menyeluruh.

Berdasarkan kepimpinan yang luas dan menyeluruh seperti itulah Islam berjaya menubuhkan masyarakat dan negara Islam di rantau ini. Di Malaysia, masyarakat dan negara Islam seperti itu mula ditubuhkan di Melaka pada awal abad ke Lima belas.10 Kemudian ia berkembang ke merata tempat diseluruh semenanjung, begitu juga ke Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, tempoh kepimpinan Islam yang menyeluruh ini tidak kekal lama. Bermula daripada kejatuhan Melaka ke tangan penjajah Portugis pada tahun 1511 M. Kepimpinan Islam di rantau ini mula tersingkir, bukan sahaja dalam aspek politik dan pemerintahan, tetapi juga dalam aspek-aspek yang lain termasuk pendidikan dan tamadun.
Terutama di bawah penjajahan Inggeris, Islam tidak lagi memainkan peranan pemimpin di Malaysia kecuali dalam hal-hal Ibadat ritual dan pendidikan agama dalam konsepnya yang sempit.

Malah, apabila Malaysia mencapai kemerdekaan dengan merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957, kepimpinan Islam di rantau ini gagal dibangkitkan kembali. Sebelum pemergian mereka, penjajah telah selesai menyiapkan pelapis dari kalangan penduduk Malaysia sendiri yang bakal mengambil alih kepimpinan berasaskan Sekularisme/Libralisme barat. Dengan itu kepimpinan Islam kekal di takok lama iaitu berfungsi hanya dalam aspek Ibadat ritual dan keagamaan dalam konsepnya yang sempit sahaja. Malah ia begitu terpingir dan tidak termasuk dalam "arus perdana".

Penerimaan masyarkat Islam di Malaysia terhadap sekularisme barat telah meletakkan Islam sebagai satu "agama" pada suatu pihak disamping urusan kenegaraan di pihak yang satu lagi. Dualisme ini telah mempengaruhi corak umum kehidupan bermasyarakat dan bernegara dan menyukarkan kepimpinan Islam yang sebenarnya untuk berfungsi sepertimana sepatutnya.

Fenomena ini bukan sahaja lahir akibat daripada pengaruh barat, tetapi diperkukuhkan lagi oleh masyarakat Islam sendiri, termasuk mereka yang komited dengan pengajaran Islam. Bagi menghadapi kekuasaan penjajahan di negara ini para pemimpin Islam sendiri telah membina benteng pemisah antara Islam dan kehidupan harian dalam negara dengan alasan bahawa apa yang diamalkan di bawah kuasa penjajahan itu bertentangan dengan ajaran Islam dan perlu dijauhi.

Usaha Kebangkitan Semula Kepimpinan Islam

Dengan lain perkataan, secara umumnya, sejak kekuasaan penjajah sampai sesudah merdeka, Islam di Malaysia telah diletakkan oleh para penganutnya pada kedudukan difensif. Kedudukan yang negatif ini telah menjadikan kepimpinan Islam seolah-olah kehilangan fungsi dan tidak berdaya lagi untuk kembali berperanan terutama kerana masyarakat telah jauh lebih maju daripada cita-cita kepimpinan Islam sendiri yang ada.
Malah, apabila umat Islam sedar dan berhasrat untuk mengembalikan kepimpinan Islam ke tampuknya yang asal mereka berpecah kepada berbagai aliran pemikiran yang menjadi asas kepada corak kepimpinan yang mahu dipulihkan itu. Secara umumnya aliran-aliran tersebut biasa dikenali sebagai aliran tradisional, aliran moden dan aliran reformasi.

Aliran tradisional bersikap konservatif dan mempertahankan yang lama. Bagi aliran ini sejarah adalah sumber aspirasi dan perlu dipertahankan. Kerana itu mereka bersikap negatif terhadap pembaharuan dan perubahan. Pada pandangan mereka ini kepimpinan Islam perlu berkait rapat dengan tradisi dan tidak boleh menyerap nilai-nilai baru yang dikatakan banyak dipengaruhi oleh Barat.

Aliran moden banyak dipengaruhi oleh kebudayaan dan pemikiran Barat moden. Antara nilai yang menjadi asas kepada kepimpinan corak ini ialah penolakan terhadap soal-soal emosi, kekudusan dan tindakan yang tidak rasional.

Sementara aliran reformasi pula menekankan perkembalian kepada ajaran Islam yang murni bagi membersihkan kepimpinan Islam daripada pemalsuan dan penyelewengan. Dari segi ini ia mempunyai banyak persamaan dengan aliran tradisional. Bagaimanapun, aliran ini berkait erat dengan ijtihad baru. Dalam konteks ini ia berbeza daripada aliran tradisional.

Sehingga abad ke 19 kepimpinan Islam di Malaysia lebih bercorak tradisi. Aliran ini terus memainkan peranannya sehingga ke abad 20 melalui para ulama yang gigih menyambung tradisi sebelumnya. la berasaskan kepada pemikiran tradisional yang disebarkan di pusat-pusat pengajian agama (pondok) yang berserakan di seluruh Malaysia.16 Kepimpinan corak ini menekankan nilai-nilai tradisi yang tersimpul dalam konsep fardhu ain, iaitu pembinaan peribadi muslim berasaskan akidah, fiqh, akhlak dan tasawuf.

Dalam melalui proses perkembangan seterusnya aliran kepimpinan tradisional ini pernah mengalami pembaharuan. la terutama sekali dihasilkan oleh gerakan-gerakan dakwah, seperti Gerakan Jamaah Tabligh dan Pertubuhan al-Arqam. 8erbeza dengan kepimpinan tradisional konservatif sebelumnya, gerakan tradisional baru ini memberi tumpuan yang agak serius kepada soal-soal pembinaan masyarakat Islam. Mereka memberi tumpuan yang banyak kepada soal-soal pendidikan, sosial, ekonomi dan malah politik.

Corak kepimpinan modermis pula lahir pada akhir abad ke Sembilan belas apabila pertubuhan-pertubuhan Islam lahir di Tanah Melayu. Secara umumnya kepimpinan corak ini merupakan reaksi terhadap proses modernisasi yang dilaksanakan oleh penjajah barat di Tanah Melayu pada waktu itu.

Kepimpinan corak ini lahir dalam bentuk pertubuhan-pertubuhan seperti pertubuhan-pertubuhan sosial dan pertubuhan-pertubuhan politik. Antara pertubuhan-pertubuhan sosial yang berpengaruh ialah gerakan sosial moden yang didokong atau dilindungi oleh kerajaan Inggeris. Selain daripada itu ialah pertubuhan bahasa dan sastera, persatuan guru dan persatuan pelajar.

Dalam politik, kepimpinan bercorak modernis ini berkait rapat dengan faham kebangsaan atau nasionalisme.19 Di Malaysia, nasionalisme dapat dibahagikan kepada dua iaitu konservatif dan radikal.

Di antara organisasi politik awal yang bercorak nasionalisme konservatif ialah pertubuhan Melayu Bersatu (UMNO) 1946. Sifat konservatif UMNO bukan hanya sekadar mempertahankan tradisi kebangsaan Melayu, tetapi juga mempertahankan tradisi kerjasama dengan pihak penjajah. Kerana corak kepimpinan yang konservatif inilah penjajah Inggeris bersetuju mengadakan perbincangan dengan UMNO yang kemudiannya menghasilkan perlembagaan persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.20 Berasaskan corak kepimpinan seperti itulah juga UMNO menang mutlak dalam pilihanraya umum 1955.

Sementara yang bercorak nasionalisme radikal pula ialah seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) (1937).21 Kerana coraknya yang radikal ini ia telah dihapuskan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1941 dengan menangkap para pemimpinnya. Nasib yang sama dialami oleh pertubuhan- pertubuhan radikal yang lain seperti Parti Kebangsaan Melayu Melayu (PKMM) (1945), Angkatan Pemuda Insaf (API) (1946) dan Parti Rakyat Malaya (PRM) (1955).

Kepimpinan bercorak reformasi atau Islah pula tumbuh dan berkembang melalui tokoh-tokoh agama yang menerima perkembangan baru dalam pemikiran Islam. Antara mereka ialah Syekh Muhamad Tahir Jalaluddin (1869-1956), Syed Syekh al-Hadi, Tok Khurasan (1875-1944), Haji Wan Musa bin Abdul Samad (1895-1957) dan ramai lagi.22 Kepimpinan bercorak ini dikembangkan melalui penulisan, seperti Majalah al-Imam23 (1906-1908), al-Ikhwan (1926), Saudara (1928) dan Pengurusan (1918-sekarang).24 la juga dikembangkan melalui madrasah-madrasah atau sekolah-sekolah agama yang mengajar ilmu-ilmu agama dan menawarkan juga ilmu-ilmu semasa.

Kepimpinan bercorak ini kemudiannya berkembang melalui parti- parti politik Islam yang ditubuhkan. Paling awal ialah Hizbul Muslimin (HAMIM) yang ditubuhkan pada 1948 oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Bagaimanapun parti ini dibubarkan apabila tokoh-tokoh utamanya ditangkap di bawah perintah darurat 1948.

Pada tahun 1951 sayap agama dalam UMNO menubuhkan Persatuan Ulama Malaya yang kemudiannya berubah menjadi Persatuan Islam se Tanah Melayu (PAS) yang benar-benar terpisah daripada UMNO.27 Antara tokoh-tokoh utama yang pernah memimpin parti ini ialah Dr Burhanuddin al-Helmi, Ustaz Zulkifli Muhammad dan Dato' Muhammad Asri Haji Muda. Bagaimanapun, berbanding dengan UMNO parti ini kurang berjaya dalam perjuangan politiknya.

Selain politik, kepimpinan bercorak reformasi ini juga terbentuk dalam gerakan dakwah dan pertubuhan-pertubuhan pelajar. Antaranya ialah gerakan al-Imam yang ditubuhkan pada 1928.28 Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) yang ditubuhkan pada 1956, Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) (1965), Pertubuhan al-Rahmaniyah (1963) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) (1971).

Penutup

Nyatalah daripada huraian di atas bahawa kepimpinan Islam di Malaysia telah mengalami sejarah perkembangan yang tersendiri. Perkembangan ini tentu sekali didorong oleh berbagai-bagai faktor samada yang bersifat tempatan atau antara bangsa.

Apa yang penting disebut disini ialah kepimpinan yang berbagai corak ini di Malaysia sekarang secara umumnya bertelingkah antara satu sama lain. Adalah suatu kenyataan yang tepat apabila dikatakan bahawa krisis yang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia sekarang bukan berpunca daripada penerimaan atau penolakan terhadap Islam sebagai dasar hidup, tetapi lebih kepada krisis kepimpinan.

Adalah menjadi tanggungjawab umat Islam yang insaf di Malaysia sekarang untuk mencari jalan kearah persefahaman diantara corak-corak kepimpinan yang ada ini.

MILIKI KUALITI DIRI

Bergerak menuju ke alam kerjaya bukanlah sesenang ‘menelan liur yang sudah ada di kerongkong’, tetapi setiap pekerja perlu mempersiapkan diri secukupnya untuk mengelakkan sebarang pengaruh negatif mempengaruhi cara bertindak para pekerja. Memang tidak dinafikan, sebagai seorang pekerja sudah tentunya nilai kebebasan adalah satu-satunya nilai yang paling dikehendaki. Namun para pekerja perlu ingat bahawa kebebasan bukanlah bererti mendapat peluang untuk berbuat apa sahaja.

Sebaliknya kebebasan itu adalah suatu tahap yang sepatutnya digunakan oleh para pekerja untuk merangka dan menyusun pertimbangan-pertimbangan dan tindakan, terutamanya pekerjaan yang sepatutnya dilakukan dalam usia yang masih muda.

Kebebasan itu sudah semestinya bukan bermaksud pekerja boleh ‘melepak’. Kebebasan itu sebenarnya adalah masa yang diperuntukkan kepada pekerja berfikir secara rasional dan bertindak dengan matang untuk memperolehi kecemerlangan awal yang mungkin mengatasi pencapaian orang yang sudah lama bekerja.
Adalah satu kerugian besar jika para pekerja tidak dapat membina diri, yakni syahsiah dan jasmani yang sempurna pada masa awal kerjaya ini. Sebagai bantuan kepada para pekerja dalam meneroka jalan ke arah mencapai kejayaan dalam hidup, maka setiap para pekerja perlu memiliki nilai kualiti diri. Mental dan jasmani iaitu, kualiti ilmu, kualiti susila, kualiti fikir, kualiti kerja dan kualiti kepimpinan.

A: Kualiti Ilmu

Setiap pekerja perlu memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi dan luas. Para pekerja mestilah sentiasa cuba untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman tentang apa sahaja perkara sebagai persediaan kerjaya. Pekerja perlulah menanamkan cita-cita menjadi pemimpin yang berguna dan cemerlang. Untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan ini sudah tentulah penilaian-penilaian yang bersifat pemilikan kualiti ilmu menjadi pertimbangan yang besar.

Gabungan ilmu pengetahuan-pengalaman akan menjadikan pekerja sebagai satu kelompok masyarakat yang memiliki kualiti kemahiran yang tinggi. Dengan pemilikan kemahiran yang tinggi inilah pekerja akan merasakan dirinya amat berguna kepada masyarakat dan negara. Cara memiliki ilmu pengetahuan dan pengalaman yang luas, diantaranya:
  • Pertama, para pekerja perlu meyakini dengan berada di tempat kerja, dan jangan ponteng atau ? tuang kerja? sesuka hati.
  • Kedua, sentiasa mepertingkatkan kemahiran kerja
  • Ketiga, menanamkan sikap kritis dan aktif dalam suasana kerja.
  • Keempat, menghidupkan sikap bersaing untuk mencapai kecemerlangan dalam kerjaya.
Setiap apa yang dilihat, yang didengar, yang dibaca, yang ditonton dan seumpamanya, dipertimbangkan secara kritis dan rasional seterusnya menerima yang baik dan membuang yang buruk. Sentiasa berkerja membina kemahiran dan kecekapan. Dengan memiliki semua ini pekerja akan meletakkan dirinya sebagai insan berkualiti ilmu yang terbaik.

B: Kualiti Susila

Setiap pekerja perlu memiliki akhlak yang sempurna, budi yang mulia dan sikap yang toleran. Para pekerja perlu melatih diri dan berusaha membentuk diri yang dinamis dalam erti sentiasa melakukan perkara-perkara yang baik dan cuba mengelakkan dari berbuat sesuatu yang bersalahan dengan hukum agama, bertentangan dengan peraturan dan undang-undang negara, serta tidak bersesuaian dengan adat dan etika hidup, khususnya di negara kita.

Para pekerja mestilah meletakkan diri sebagai insan yang mampu meneruskan cita-cita dan kehendak keluarga dan masyarakat. Sikap seperti sayangkan diri sendiri, menghormati ibu bapa dan keluarga, menyayangi masyarakat dan cintakan negara serta menyanjung kemuliaan agama perlulah ditanam dan disuburkan berterusan. Dengan memiliki kualiti susila - berbudi bahasa dan berakhlak mulia - sajalah kedudukan pekerja di sudut pandangan masyarakat akan lebih terhormat. Bukannya susah untuk pekerja memiliki kualiti susila yang tinggi dan mulia.
  • Pertama, sentiasa cuba memperbaiki diri untuk berada di satu tahap keinsanan yang terbaik iaitu sabar, yakin, bertakwa dan patuh kepada ajaran agama.
  • Kedua, sentiasa membuat pertimbangan di antara perangai dan kelakuan yang buruk dengan yang baik.
  • Ketiga, meletakkan masa depan itu adalah lebih penting daripada keseronokan hari ini.
C: Kualiti Fikir

Setiap pekerja perlu menyuburkan kemampuan berfikir pada setiap masa. Dengan memiliki ilmu pengetahuan dan pengalaman yang luas, kualiti susila yang terpelihara, sudah tentunya para pekerja dapat menghidupkan suasana berfikir secara rasional, matang dan berpandangan jauh.

Sesuatu kerja yang hendak dilakukan dibuat pertimbangan. Setiap perbuatan yang hendak dikerjakan dipertimbangkan kesan baik dan buruknya.
Sebelum memulakan langkah untuk bergerak, difikirkan cara-cara terbaik untuknya dan difikirkan apakah manfaat yang diperolehi daripadanya.
Dengan kata lain, kualiti fikir ialah satu proses di mana para pekerja membiasakan diri dengan mengesan kelemahan dan kebaikan, kelebihan dan keburukan, keuntungan dan kerugian.
Caranya amat mudah, sebelum bertindak maka fikirkanlah? Apakah yang akan aku perolehi daripadanya?

d: Kualiti Kerja

Setiap pekerja perlu aktif, dinamik dan progresif. Sikap berusaha dan bekerja keras dalam memperolehi kejayaan adalah amat penting. Para pekerja perlulah meletakkan dirinya sebagai suatu kelompok masyarakat yang memiliki daya saing yang tinggi, daya tahan yang tinggi, serta kekuatan mental dan fizikal yang lebih baik berbanding orang yang telah meningkat usia.
Untuk itu para pekerja mestilah mempercayai diri sendiri dengan meyakini bahawa berbuat kerja yang lebih bermanfaat itu adalah lebih banyak untungnya daripada melepaskan tenaga ke dinding-dinding pasar raya atau ke butang-butang mesin permainan video.
Adalah lebih baik belajar berniaga dan membantu ahli keluarga. Suatu kerja yang dilakukan dengan minat, keinginan dan cita-cita akan membawa keuntungan bermanafaat.

e: Kualiti kePimpinan

Setiap pekerja perlu meletakkan dirinya sebagai manusia. Manusia dijadikan oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi ini. Dengan ertinya sebagai Pemimpin dan Pengurus yang bertanggungjawab mentadbir, mengendali dan memajukan bumi Allah ini dengan sebaiknya.
Untuk itu, para pekerja perlu melatih diri menjadi pemimpin seawal berada di dalam dunia. Di tempat kerja para pekerja boleh melatihkan diri menjadi pemimpin dengan menawarkan diri menjadi ketua pada setiap aktiviti yang diadakan.

Dengan latihan menjadi pemimpin inilah para pekerja akan dapat membina keyakinan dan ketelusan diri sebagai persiapan menyahut cabaran masa depan.
Untuk itu, para pekerja perlu sedar bahawa dunia pekerja itu bukanlah satu pentas untuk bebas seperti seekor katak yang baru keluar dari tempurungnya. Tetapi satu era untuk pekerja membina diri dan kualiti diri agar dapat membina semangat waja yang sejati dengan gemilang dan terhormat.
Sila rujuk artikel ini bersama:


SOALAN TUGASAN SECARA BERKUMPULAN :
  • Huraikan tiga peringkat tahap pengurusan dalam sesebuah organisasi dan tunjukkan perbezaan yang terdapat di antara tahap-tahap pengurusan tersebut?
  • Pengurusan bukanlah tanggungjawab seseorang Pengurus Besar atau Pengarah semata-mata tetapi juga tanggungjawab pentadbir bahagian. Dalam konteks ini, huraikan empat fungsi pengurusan yang perlu dilaksanakan.
  • Terangkan maksud organisasi? Pada pandangan anda apakah kebaikan Carta Organisasi di sesebuah Jabatan?
  • Gaya Kepimpinan adalah merujuk kepada cara seseorang pemimpin mempengaruhi pekerjanya. Huraikan tiga bentuk gaya kepimpinan yang biasa digunakan?
  • Kuasa sering dikaitkan dengan pemimpin. Huraikan 5 jenis kuasa yang perlu ada pada seorang pemimpin bagi memimpin kakitangan bawahannya?
  • Henry Mintzberg dalam bukunya, The Manager’s job, menjelaskan peranan Pengurus dibahagikan kepada tiga bahagian. Huraikan ketiga-tiga peranan itu?

No comments: