BIMBINGAN
KAUNSELING
NAMA PELAJAR :
MASHRIPAH BT YUSOFF
Fakta Kes
“Dilema
bercinta dengan suami orang secara rahsia”
Puteri,
seorang gadis berusia lewat 40-an belum berkahwin dan mendampakan kehadiran
seorang lelaki bergelar suami. Puteri telah berkenalan dan menjalinkan hubungan
cinta dengan seorang lelaki yang sudah beristeri melalui laman sosial di
internet. Lelaki yang baru dikenali telah melamar beliau dan merancang untuk
berkahwin secara rahsia. Hal demikian adalah disebabkan ibu bapa beliau tidak
merestui hubungan mereka dan tidak mahu berlaku kekecohan berlaku antara lelaki
tersebut dengan isterinya. Puteri berjanji akan berbaik-baik dengan madu serta
ibu bapa beliau selepas bernikah nanti.
Pengenalan
Allah berulang kali berfirman dalam Al Quran
tentang setiap benda dicipta berpasang-pasangan..
“Maha
Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang
ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa-apa yang mereka
tidak ketahui.” (Yaa Siin 36:36)
Sejak
awal keujudan manusia, manusia dijadikan berpasang-pasangan. Lelaki memerlukan
pasangan dalam kalangan golongan perempuan sebagai teman hidup. Teman dalam
erti kata yang sebenarnya.
Dalam
kehidupan manusia, kecenderungan untuk berpasangan sangat tinggi dan mustahil seorang manusia normal tidak
mempunyai perasaan ini. Malahan haiwan juga mempunyai fitrah yang sama.
Penyaluran fitrah yang betul adalah perlu agar tidak timbul fitnah. Seorang
wanita akan berbicara tentang lelaki dan sebaliknya bagi seorang lelaki. Hal demikian
merupakan fitrah yang dicipta sejak azali lagi sebagai satu keperluan dan
perasaan saling memerlukan antara satu sama lain.
Menurut Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj,
Pengerusi Pembangunan Sosial Ikram dalam pembentangan ketas kerja bertajuk “Kekangan
kewangan dan fenomena kahwin lambat dalam kalangan golongan muslim Malaysia”, statistik
terbaru menunjukkan bilangan lelaki melebihi wanita di negara ini pada nisbah 106 berbanding 100 (106:100), Bilangan
wanita mengatasi lelaki hanya berlaku di dua negeri iaitu Perlis dan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sementara purata jangka hayat kaum lelaki di
negara ini adalah di antara 72 hingga 75 tahun manakala bagi perempuan 76
tahun.
Menyentuh tentang isu
kahwin lambat di kalangan muslim di negara ini, beliau berkata 2.5 juta
rakyat Malaysia berumur 25 tahun ke atas (16.7 peratus) tidak berkahwin
di atas beberapa sebab. Antara faktor penyumbang fenomena ini adalah masalah
kewangan, tiada calon sesuai, kemajuan kerjaya, selesa hidup membujang dan
komitmen kepada keluarga.
Berdasarkan pecahan gender, 44.7 peratus
lelaki tidak berkahwin ekoran masalah kewangan berbanding wanita (14 peratus),
tiada calon sesuai (19.3 peratus lelaki, 40 peratus perempuan), kemajuan
kerjaya (12.8 peratus lelaki dan 8.4 peratus perempuan), selesa hidup
membujang (8.4 peratus perempuan) dan komitmen terhadap keluarga (7.4 peratus
bagi lelaki dan wanita).
Nabi
Muhammad SAW pernah bersabda, antara tanda-tanda kecil kiamat ialah apabila
berkurangnya jumlah kaum lelaki. Menurut Bryan Sykes (2005), Professor of Human Genetics di
University of Oxford tentang penelitian yang beliau lakukan berkaitan kromosom
Y dan hasilnya cukup mengejutkan. Penelitian yang dibuat dari Deoxyribonucleic
acid
(DNA) manusia-manusia purba, mumi, dan manusia modern, didapati bahawa kromosom
Y semakin lama semakin mengecil dalam evolusi. Kromosom Y dalam tubuh lelaki
semakin lama semakin dikuasai oleh kromosom wanita, yaitu X. Pengecilan
kromosom Y manusia terus berlangsung dalam kadar kecepatan sama seperti
sekarang akan mengakibatkan jumlah kaum lelaki akan merosot berbanding wanita dalam
tempoh beberapa puluh tahun yang akan datang. Hal
ini akan menyebabkan bilangan bayi dilahirkan sebagai lelaki akan berkurangan
seterusnya menjurus kepada kemerosotan bilangan lelaki berbanding wanita.
Fenomena ini akan memperlihatkan bilangan wanita lambat berkahwin disebabkan
sukar mendapatkan pasangan yang sesuai.
Poligami
Poligami dari sudut bahasa adalah
menghimpunkan berbilang isteri dalam satu masa. Mengikut Kamus Dewan, poligami
bererti amalan beristeri lebih daripada seorang pada masa yang sama. Dalam
bahasa Arab, poligami disebut “al-zawjat ta’addad”
( تعدد الزوجات ). Asal perkataan “ta’addad” (تعدد) bererti bilangan, manakala perkataan “al-zawjat” (الزوجات)
diambil dari perkataan “al-zawjat” (الزوجة) yang bererti isteri. Dua
perkataan tersebut apabila digabungkan membawa erti isteri yang banyak atau
berbilang-bilang.
Maka
poligami bolehlah dimaksudkan sebagai berkahwin lebih daripada seorang iaitu
lawan kepada perkataan monogamy yang
membawa erti berkahwin dengan seorang wanita sahaja. Ia juga berlawanan dengan
perkataan poliandri iaitu amalan
bersuami lebih daripada seorang dalam satu-satu masa.
وَإِن
خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُوا فِى اليَتَامَى فَانكِحُوا مَاطَابَ لَكُم مِّنَ النِسَآءِ
مَثْنَى وَثُلَثَ وَرُبَعَ فَإِن خِفْتُمْ أَلاَّ تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْمَامَلَكَتْ
أَيْمَنُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَىۤ أَلاَّ تَعُولُوا
(Surah an-Nisa’ (4):3)
Terjemahan
ayat :
“dan jika kamu takut tidak berlaku adil
terhadap anak yatim, maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari
perempuan-perempuan, dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak
akan berlaku adil di antara isteri-isteri kamu, maka berkahwinlah dengan seorang
sahaja atau hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah
lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman”
وَلَن
تَسْتَطِيعُوۤا أَن تَعْدِلُوا بَيْنَ النِسَآءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ فَلاَ تَمِيلُوا
كُلَّ المَيْلِ فَتَذَرُوهَا كَالمُعَلَّقَةِ وَإِن تُصْلِحُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ
اللهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا
(surah an-Nisa’ (4):129)
Terjemahan ayat
:
“dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh hendak melakukannya, oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau-lampau berat sebelah kepada isteri yang kamu sayang, sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung di awang-awang, dan jika kamu memperbaiki keadaan yang pincang itu dan memelihara diri daripada perbuatan zalim, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi.
“dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh hendak melakukannya, oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau-lampau berat sebelah kepada isteri yang kamu sayang, sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung di awang-awang, dan jika kamu memperbaiki keadaan yang pincang itu dan memelihara diri daripada perbuatan zalim, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi.
Petikan ayat dari surah an-Nisa’ ayat
3 dan 129 menerangkan tentang islam mengajurkan poligami dengan menetapkan
syarat-syarat dan panduan supaya kebenaran yang diberi tidak disalah erti atau digunakan
oleh kaum lelaki untuk kepetingan peribadi sehingga mengakibatkan berlakunya
ketidakadilan dalam kalangan isteri-isteri disamping menjaga kepentingan
anak-anak yatim.
Dalam hal ini, puteri perlu
diberi peluang untuk berfikir serta membuat pertimbang dari perbagai sudut agar
keputusan yang dibuat adalah tepat dan menguntungkan semua pihak yang terlibat.
Perkahwinan yang dibina biarlah bahagian sehingga ke akhir hayat. Puteri harus
bersedia dari segi rohani serta mental jika berhasrat untuk meneruskan hajat
menerima lamaran dan seterusnya berkahwin dengan lelaki yang tertaktha di hati
puteri sekarang.
Sesungguhnya poligami adalah
syariat yang sangat berhikmah untuk menampung kelemahan suami dan
isteri-isteri. Apabila mempunyai isteri lebih dari satu, ia membantu lelaki
yang beriman untuk menyalurkan fitrah di jalan halal lagi diredhai, kerana
fitrah lelaki itu sebahagian besarnya ada pada poligami. Ia juga membantu
wanita-wanita yang beriman untuk menyalurkan fitrah di jalan yang halal lagi
diredhai.
Seandainya salah seorang isteri
sakit, isteri yang lain boleh menjaga suami dan rumahtangga. Hal ini memberi
kekuatan kepada suami untuk terus membantu dan menjaga kebajikan isteri yang
sakit. Seorang isteri yang tidak melahirkan anak, boleh menumpang kasih pada
anak dari isteri yang lain. Suami berasa seronok punya anak, isteri pun berasa
seronok dengan keluarga besar.
Keadilan,
bertanggungjawab, berfikiran positif serta bersifap bertelaransi adalah faktor
utama dalam kebahagiaan sebuah keluar berpoligami. Sebagai isteri dalam sebuah keluarga pologami
seharusnya faham dengan sedalam-dalam faktor adil. Adil pada diri sendiri dan
adil kepada isteri yang lain. Sebagai isteri kepada suami berpoligami, Puteri
perlu bersedia untuk menjadi penasihat kepada suami dan faham dengan situasi dan
hakikat bahawa dalam apa jua keadaan suami berpoligami wajib berlaku adil serta
komited kepada jadual perkongsian dan sebagainya.
Suami harus berlaku
adil kepada dirinya
Suami yang mengamalkan poligami seharusnya sedar dan faham
tentang tanggungjawabnya. Ada segelintir suami berpoligami bagi kepentingan
diri sendiri. Bagi mereka berpoligami bagi menyelesaikan masalah sosioekonomi
mereka. Mereka pula memilih pasangan dalam kalangan wanita yang berkerjaya dan
belum berkahwin dilewat usia.
Tanggungjawab suami ini tidak luput atau terbatal hanya
kerana si isteri bekerja bermaksud kalau pun isteri kedua bekerja dan isteri
pertama tidak bekerja, tanggungjawab suami kepada kedua-dua isteri adalah sama
sahaja iaitu menyediakan segala keperluan untuk isteri-isteri dan anak-anaknya.
Adil kepada diri
sendiri bermaksud suami faham dengan tanggungjawab sebagai suami dan sejauhmana
kemampuannya untuk berlaku adil kepada diri sendiri. Kemampuan melaksanakan
tanggungjawab zahir dan batin. Puteri sendiri perlu sedar sejauhmana kemampuan
suami dalam memenuhi tuntutan puteri sebagai isteri. Suami pula perlu sedar
sejauhmana kemampuannya untuk memenuhi keperluan zahir dan batin Puteri. Adil
pada diri suami mengambilkira adakah ia mampu melaksanakan tanggungjawabnya
mengikut keperluan Puteri. Sekiranya ia tidak berkesanggupan dan menggagahi
juga hasrat untuk berpoligami maka sisuami dikira tidak adil pada dirinya. Hal
demikian bakal mengerohkan kerukunan rumahtangga yang dibina sebab terdapat
insan yang tidak puas hati dengan naftah sama ada zahir atau batin yang
diberikan.
Dalam hal ini perbincangan dalam suasana yang harmoni harus
dilakukan bagi membincangkan masalah tersebut. Desakan hanya akan mengerohkan
keadaan. Penyelesaian secara bijak adalah perlu. Puteri hendaklah berfikiran
rasional dan professional dalam hal ini. Adalah sukar bagi seorang isteri minta
dilepaskan dari ikatan perkahwinan yang dibina atas dasar cinta disebabkan oleh
hal-hal yang kita sendiri tidak minta. Hakikatnya dalam hal ini ianya menuntut sebuah
pengorbanan. Hakikatnya pengorbanan adalah perlu dalam keharmonian sebuah rumah
tangga yang dibina.
Seorang suami harus berlaku adil pada dirinya. Adil dari segi
kemampuan dalam menyediakan nafkah zahir dan batin kepada isteri-isterinya.
Lantaran itu seandainya seorang suami yang sering sakit dan mengalami kesukaran
untuk bekerja mencari rezeki, sudah tentu tidak akan dapat menanggung beberapa
orang isteri. Apabila beliau tetap berpoligami, ini bererti beliau telah
menganiayai dirinya sendiri. Sikap yang demikian adalah tidak adil.
Lantaran itu adalah menjadi kewajipan
puteri untuk berbincang dengan suami bagi menyelesaikan hal tersebut secara
profsional. Mungkin puteri berkemampuan membantu suami dengan bekerja bagi
membantu suami. Namun puteri harus memastikan tindakan tersebut tidak menjurus
kepada suami tidak berlaku adil kepada dirinya. Puteri seharusnya sedar akan
hakikatnya seandainya ditakdirkan suami tidak berkemampuan memberi nafkah
secara zahir dan batin maka puteri haruslah bertindak mengikut landasan yang
dianjurkan oleh Islam walaupun terdapat peruntukan undang-undang yang
membolehkan Puteri menuntut fasah di mahkamah.
Memastikan suami adil
di antara para isteri.
Adil adalah syarat wajib dalam keharusan berpoligami. Menurut
Abu al-‘Aynayn, keadilan bermaksud penyamarataan terhadap semua isteri tanpa
wujud pilih kasih di antara mereka. Ia termasuk interaksi yang baik di antara
suami isteri yang meliputi perbuatan, tutur kata dan akhlak. Keadilan ini wajib
dijelmakan di dalam perkara-perkara ikhtiari dan lahiriah yang melibatkan
beberapa aspek iaitu nafkah, pakaian, penempatan, giliran bermalam dan musafir.
Perasaan dan kasih sayang pula tidak termasuk di dalam
tuntutan keadilan kerana ianya di luar kawalan manusia dan bersifat relatif.
Walaupun begitu suami tetap dilarang daripada menzahirkan secara jelas tentang
perbezaan ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Nisak ayat 129 di
atas.
Untuk berpoligami adalah mudah tetapi untuk
berlaku adil adalah sukar untuk dilaksanakan. Apabila keadilan tidak
dilaksanakan dengan baik maka berlakulah bibit-bibit perpecahan dalam keluarga
berpoligami urutan dari rasa tidak puas hati, sifat cemburu dan sebagainya
melangsungkan perpecahan dalam keluarga.
Perpecahan dan kekecohan memberi kesan
kepada kerukunan rumah tangga dan secara langsung akan melibat emosi dan
perasaan suami menjadi tidak seimbang dan terumbang ambing. Lantaran itu,
menjadi tanggungjawab isteri untuk sentiasa menasihati suami akan tanggungjawab
dan peranan untuk berlaku adil kepada diri sendiri.
Untuk
berlaku adil adalah sukar bagi lelaki yang mengamalkan poligami. Hal demikian
melibatkan kedua pihak suami dan isteri. Bagi memastikan keharmonian sebuah
keluarga yang mengamalkan poligami maka isteri-isteri seharusnya memainkan
peranan penting. Isteri-isteri harus sentiasa memperingati suami akan
tanggungjawab dari segi pengiliran, nafkah dan sebagainya agar suami tidak
lalai dan cuai. Kegagalan isteri-isteri terutamanya isteri kedua memperingati
suami agar berlaku adil kepada isteri-isteri akan menimbulkan rasa tidak puas
hati dalam kalangan isteri-isteri sehingga menimbulkan keretakkan dalam rumah
tangga.
Menyentuh tentang nafkah, seorang suami wajib menyediakan
keperluan setiap isterinya dan anak-anaknya. Adil dalam konteks ini mengambilkira
kira keperluan setiap isteri dan anak-anak. Contohnya, isteri pertama dengan
lima anak dan isteri kedua dengan dua anak. Isteri pertama wajid diberikan
nafkah yang sepadan dengan tanggungannya berbanding isteri kedua bagi menampung
keperluan mereka. Sementara wang saku, suami wajib sediakan bagi tujuan
kecemasan sahaja dengan syarat segala keperluan rumahtangga termasuk tabungan
dan keperluan lain isteri telah disediakan.
Isteri-isteri seharusnya sedar bahawa dalam
kehidupan berpoligami tidak sama dengan monogamy. Poligami adalah perkongsian.
Isteri-isteri berkongsi suami. Maka sudah tentu hak yang bakal diperolehi
daripada suami perlu dikongsi dengan isteri-isteri yang ada. Lantaran itu, bagi
memastikan keharmonian dalam poligami terus subur, isteri-isteri harus belajar
memahami dan menghormati hak-hak masing-masing. Saling nasihat menasihati ke
arah kesejahteraan keluarga dan suami.
Mohon restu
Doa restu ibu bapa amat
penting dalam sesebuah perkahwinan. Tiada ibu bapa yang tidak mahu anak mereka
bahagia dalam berumah tangga. Kebahagian rumah tangga anak-anak bertitik tolak
daripada restu ibu bapa mereka.Keredhaan ibu bapa amat penting kerana ia
membekalkan keyakinan untuk melangkah ke alam perkahwinan. Dan untuk mendapat
redha ibu bapa, kita perlu menjaga hati mereka.
Perkahwinan atas
dasar cinta semata-mata umumnya tidak akan kekal lama. Cinta akan pudar. Ibu
bapa puteri menghalang dan meminta diputuskan hubungan puteri dengan teman
lelaki adalah disebabkan teman lelaki puteri sudah beristeri. Hal demikian pada
hemat akan menyebabkan puteri tidak akan menikmati nikmat berkeluarga dalam
ertikata yang sebenarnya. Hal demikian disebabkan Puteri secara hakikatnya
terpaksa berkongsi suami dengan isteri tua suami. Lantaran itu, suami tidak
akan bersama Puteri sepanjang masa da nada kalanya urusan rumahtangga terpaksa
dilakukan secara sendirian.
Tambahan pula
apabila tiba hari perayaan seperti Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha sudah
semestinya kedua orang tua Puteri menyimpan harapan agar Puteri sekeluarga akan
pulang ke kampong bagi berkumpul beramai-ramai merayakan hari lembaran
bersama-sama di kampong. Pada hemat mereka jika Puteri berkahwin dengan lelaki
berstatus suami orang maka sudah tentu terdapat pengiliran untuk pulang
menyambut perayaan di kampong. Ini yang membimbangkan mereka.
Situasi yang
berlaku di sekeliling mereka serta laporan berita di media massa yang
membicarakan perihal suami gagal memberi nafkah dan tidak berlaku adil
mengerunkan mereka. Kegerunan kepada hal-hal sedemikian menyebabkan mereka
tidak merelakan ianya berlaku kepada puteri.
Puteri perlu
menyakinkan mereka seandainya berhasrat ingin meneruskan hasrat puteri untuk
menerima lamaran tersebut. Bakal suami juga perlu memainkan peranan menyakinkan
kedua ibu bapa puteri bahawa beliau benar-benar ikhlas untuk memperisterikan
puteri. Di samping itu, bakal suami juga hendaklah membuktikan kemampuan dari
segi ekonomi dan kemampuan beliau untuk membimbing puteri dalam hal-hal duniawi
dan akhirat. Dalam soal ini, ibu bapa umumnya lebih tahu menilai kesesuaian
calon menantu kerana mereka melihat dari banyak aspek.
Kesan
jika tidak direstui
Perkahwinan yang tidak direstui ibu bapa adalah tidak berkat.
Hilangnya keberkatan menyebabkan timbul pelbagai masalah silih berganti dan
rasa tidak yakin dalam menghadapi masalah akibat tidak mendapat doa dan redha
ibu bapa. Kekecohan dalam rumah tangga mudah berlaku dan akan wujud tuduh
menuduh antara satu sama lain yang mampu meretakkan hubungan suami isteri.
Penceraian mudah
berlaku apabila perkahwinan tidak mendapat restu ibu bapa. Hal demikian adalah
kerana ibu bapa akan mengambil sikap berkecuali sekiranya berlaku perselisihan
faham atau masalah dalam keluarga suami isteri terlibat. Keadaan akan menjadi
lebih serious apabila suami dan isteri masing-masing enggan bertolak angsur
sehingga menyebabkan penceraian berlaku. Penceraian diharuskan dalam sebuah
perkahwinan tetapi ianya amat dibenci oleh Allah SWT.
Merahsiakan
perkahwinan
Merahsiakan perkahwinan
daripada pengetahuan isteri pertama dan kedua ibu bapa sepertimana yang
dihasratkan adalah langkah yang kurang bijak. Islam menganjurkan keikhlasan
dalam diri serta bermusyawarah dalam membuat keputusan. Sebuah keluarga yang
harmoni semua perkara sama ada baik atau buruk adalah dalam pengetahuan
bersama. Begitu juga dengan keakrapan hubungan anak dengan kedua ibu bapa. Ibu
bapa yang telah membesarkan Puteri dengan memberikan pendidikan agama
secukupnya untuk kegunaan di hari tua sudah tentu akan terasa kecil hati dengan
tindakan Puteri jika merahsiakan perkahwinan daripada pengetahuan mereka. Tindakan
Puteri akan diklasifikasikan sebagai menderhaka terhadap kedua ibu bapa Puteri.
Tindakan teman lelaki Puteri menjalinkan hubungan sulit
dengan Puteri di laman sosial sehingga melahirkan bibit-bibit cinta adalah satu
tindakan yang kurang wajar. Beliua seolah-olah menyimpan niat tersembunyi.
Situasi ini tidak mustahil akan turut dilakukan dilakukan pada Puteri.
Kepercayaan Puteri kepada beliau tidak seharusnya diberikan seratus peratus.
Peribahasa Melayu, buat baik berpada-pada,
buat jahat jangan sekali seharusnya dijadikan
panduan dan pedoman dalam mengharungi kehidupan seharian.
Islam
menyediakan garis panduan yang jelas dalam mengendalikan sebuah perkahwinan
diawali dengan merisik, peminangan dan majlis akad nikah. Proses ini dianjurkan
bagi memelihara kerukunan rumahtangga islam agar tidak dipandang serong olah
bangsa dan agama lain. Lantaran itu, hasrat Puteri untuk melangsungkan
perkahwinan secara rahsia adalah bertentangan dengan dasar dan prinsip yang
diutarakan oleh islam.
Peruntukan
undang-undang Seksyen 23 Poligami
Bercakap mengenai poligami tidak akan terlepas dari mengaitkannya dengan
Mahkamah Syariah. Ini kerana, dalam konteks perkahwinan di Malaysia, suami yang
hendak berpoligami dikehendaki di sisi undang-undang untuk mendapatkan
kebenaran bertulis terlebih dahulu dari Mahkamah Syariah. Berpoligami dalam
konteks ini ialah untuk perkahwinan lebih dari seorang isteri samada dua atau tiga
atau empat.Enakmen Undang-Undang Keluarga
Islam (Negeri Selangor) 2005 dengan jelas menyebut Seksyen 23 :
Subseksyen 1
Tiada seorang pun
lelaki semasa wujudnya suatu perkahwinan boleh, kecuali dengan mendapat
kebenaran terlebih dahulu secara bertulis daripada Mahkamah, membuat akad nikah
perkahwinan yang lain dengan perempuan lain.
Subseksyen 2
Tiada perkahwinan yang diakadnikahkan tanpa kebenaran di
bawah subseksyen (1) boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini melainkan jika
Mahkamah berpuashati bahawa perkahwinan sedemikian adalah sah mengikut Hukum
Syarak dan Mahkamah telah memerintah supaya perkahwinan itu didaftarkan tertakluk
kepada seksyen 124.
Seksyen di atas jelas menerangkan poligami adalah dilarang dibuat secara
rahsia. Hal demikian bagi satu langkah pencegahan daripada kecelaruan salasilah
serta taraf kelahiran anak hasil perkahwinan disamping menjaga kepentingan dan
kebajikan para isteri yang terlibat.
Jesteru itu, seandainya Puteri berhasrat menerima lamaran teman lelaki
Puteri adalah wajar dilaksanakan mengikut landasan undang-undang yang
disediakan. Bermula dengan majlis merisik, meminang dan seterusnya majlis akad
nikah. Perkahwinan yang dilaksanakan mengikut prosuder yang ditetapkan disertai
oleh kaum keluarga serta insan-insan tersayang dari kedua pihak akan menjadikan
perkahwinan yang dibina lebih berkat di sisi Allah SWT.
Siasat latarbelakang
teman lelaki
Sepertimana
Puteri maklumkan, perkenalan Puteri dengan teman lelaki bermula di laman
sosial. Dewasa ini terdapat berbagai laman sosial dilapangan. Setiap individu
pasti mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun laman sosial. Menurut Mohd Hizazy Bin Yusof (2011), Rakyat Malaysia berada di tangga ke 16 sebagai pengguna laman sosial Facebook
terbesar di dunia, berdasarkan statistik bagi bulan Oktober 2010 yang
dikeluarkan oleh laman Facabaker.com, sebuah laman yang menyelaraskan statistik
dan penggunaan laman sosial facebook di kalangan pengguna seluruh dunia.
Merujuk kepada senarai tersebut rakyat Amerika Syarikat masih mendahului
senarai dan diikuti oleh Indonesia dan United Kingdom. Kedudukan Malaysia di
tangga ke 16 adalah berdasarkan rekod pendaftaran pengguna di facebook.
Keujudan laman
sosial secara langsung telah meningkatkan kes penipuan dan peningkatan gejala
sosial dalam kalangan masyarakat. Menurut Muhamad
Amirul Afiq Mastor (2012), akibat cinta, nafsu dan
kepercayaan membuatkan rakyat negara ini mudah terdedah kepada jenayah siber
dengan kerugian mencecah lebih RM49.46 juta setahun. Walaupun tidak pernah bersua muka
mahupun mengenal hati budi dan latar belakang mereka, namun kebanyakan mangsa
yang merupakan golongan wanita hanyut dibuai lamunan indah si penjenayah.
Walaupun nampak remeh dan tidak
membahayakan seperti jenayah ragut mahupun samun, namun jenayah siber
mencatatkan kerugian sehingga RM49.46 juta tahun lalu. Jumlah tersebut
sebenarnya peningkatan sebanyak 114 peratus berbanding tahun 2010, yang hanya
mencatatkan RM20.5 juta. Namun jika dilihat dalam skop yang lebih luas, negara
mencatatkan anggaran kerugian sebanyak RM2.75 bilion dalam tempoh lima tahun
kebelakangan ini akibat daripada jenayah siber.
Laporan
di atas memperlihatkan betapa seriousnya
gejala penipuan dalam laman sosial yang kurang diberi perhatian oleh
pengguna-pengguna laman sosial. Laman sosial menjadi medan kepada perbagai
aktiviti sosial dari perbagai peringkat usia bermula seawal usia tujuh tahun.
Kempen kesedaran perlu dilaksanakan melalui semua media massa. Teknologi tidak
salah dalam hal ini. Tetapi kesedaran dalam kalangan pengguna tentang bahaya
dan risikonya terhadap negara dan rakyat.
Berbalik
kepada masalah Puteri, seharusnya Puteri menyiasat latar belakang teman lelaki
Puteri. Siasat siapa beliau, di mana tempat tinggal, siapa isteri beliau. Nyatakan
hasrat untuk berjumpa dengan ibu bapa beliau sekiranya masih ada atau keinginan
untuk bertandang ke rumah beliau untuk berkenalan dengan isteri beliau. Hasrat
Puteri akan mengambarkan wajah sebenar beliau sama ada ikhlas atau sebaliknya
dalam hubungan ini.
Percaya kepada diri sendiri
Melalui
luahan perasaan Puteri, dapat dibuat andaian bahawa Puteri kurang keyakinan
diri. Puteri mempunyai sikap rendah diri. Puteri seharusnya sedar bahawa setiap
manusia yang lahir di dunia ini sempurna dan pasti terdapat kelemahan di
mana-mana sudut. Wajah yang cantik bukan lagi menjadi ukuran. Ukuran kepada
kesempurnaan seorang wanita dilihat pada budi pekertinya.
Puteri
seharusnya meningkatkan kemahiran dalam kemahiran interpersonal. Kemahiran
berkemunikasi dengan orang lain. Puteri berkemampuan berkomunaksi dengan rakan
di sekeliling tetapi perasaan malu dan sifat kurang keyakinan diri membuatkan
Puteri merasa tersisih. Terbukti apabila Puteri berjaya menjalinkan hubungan di
laman sosial dengan teman lelaki yang seterusnya memberikan harapan kepada
Puteri. Puteri mampu melakukannya. Buangkan rasa rendah diri yang merantai diri
Puteri. Mulakan perubahan dengan mengubah personality diri dan cara berpakaian.
Kesimpulan
Kesimpulannya,
di usia Puteri lewat 40-an bukanlah penamat atau titik akhir sebuah kebahagia
bagi seorang wanita dalam mengecapi kebahagian berumahtangga. Di usia begini
kematangan fikiran serta keteguhan ekonomi mampu menjadikan rumahtangga yang
dibina sama ada dengan lelaki berstatus suami orang atau mana-mana lelaki
samada berstatus duda beranak atau bujang bakal mengubah corak kehidupan
Puteri.
Bagi
mencapai hasrat yang diidamkan restu ibu bapa menjadi prasyarat utama. Malah
ianya merupakan tiket ke arah menjana sebuah institusi keluarga bahagia. Cinta
semata-mata belum tentu menjamin kebahagian tanpa doa restu ke dua ibu bapa.
Tidak semua perkahwinan poligami bermasalah.
Terdapat keluarga poligami yang hidup dalam aman dan bahagia dengan
memperlihatkan kesatuan dan kerjasama padu dalam dalam melayari bahtera
rumahtangga. Ianya bertitik tolak dari keikhlasan, tolak ansur dan sikap
berfikiran positif dalam kalangan keluarga poligami. Tidak ramai wanita yang
sudi bermadu tetapi jika kena pada tempatnya ianya bakal mengiklafkan hikmah
yang menguntung serta membahagiakan diri individu terlibat.
Bahan Rujukan
- Abu Daud. (23 Februari, 2011). Definisi poligami. Retrieved from apple-mujahidahislam: http://apple-mujahidahislam.blogspot.com/2011/02/definisi-poligami.html
- Ahmad Tajdid. (22 September, 2013). Jumlah lelaki melebihi wanita di Malaysia. Retrieved from Harakahdaily: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/22193-jumlah-lelaki-melebihi-wanita-di-malaysia
- Badan Perundangan Negeri Selangor. (2005). ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2005. Shah Alam: Badan Perundangan Negeri Selangor.
- Bernama. (29 Julai, 2011). Penduduk Malaysia kini 28.3 juta. Retrieved from Berita Harian: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PendudukMalaysiakini28_3juta/Article/artikel
- Bryan Sykes. (2004). Adam's Curse: A Future without Men. New York: W.W. Norton & Company.
- M. Mahir Hassan. (23 November, 2013). Nukilan Umum: Sempurna atau Keinginan? Persoalan sebelum Berumahtangga? Retrieved from Erti hidup pada matlamat: http://arorahikmahmh.blogspot.com/2013/11/nukilan-umum-sempurna-atau-keinginan.html
- Mohd Hizazy Bin Yuso. (28 Mac, 2011). Malaysia Di Tangga 16 Pengguna Facebook Dunia. Retrieved from Unit Kajian Strategik: http://ukspnc.blogspot.com/2011/03/malaysia-di-tangga-16-pengguna-facebook.html
- MUHAMAD AMIRUL AFIQ MASTOR. (09 April, 2012). Ancaman jenayah siber. Retrieved from Utusan Malaysia: http://www.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/NAM2003/index.asp?y=2012&dt=0409&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm
- Nur Hafiz & Associates. (01 Januari, 2012). Poligami untuk bacaan ssuami. Retrieved from Khidmat Peguan Syarie: http://sukapeguamsyarie.blogspot.com/2013/07/poligamibacaan-untuk-suami.html
No comments:
Post a Comment