Setelah Al Haris bin Amr, Raja
negeri Kandah berkahwin dengan anak perempuan Auf bin Muhlim, di waktu utusan
di raja hendak membawa pengantin perempuan untuk disampaikan kepada Raja tadi,
maka ibunya berwasiat kepada anak perempuannya ini. Dia berkata:-
"Wahai anakku!
Kalaulah wasiat ini untuk
kesempurnaan adabmu
aku percaya kau telah
mewarisi segala-galanya,
Tetapi !
Ia sebagai peringatan untuk
yang lalai
Dan pedoman kepada yang
berakal.
Andai ibu-bapamu dapat
memberikan segala-galanya
nescaya,
tidak perlu bagimu seorang
suami
dan kau terlalu berharga
bagi kami,
Tetapi !
Wanita dicipta untuk lelaki
Lelaki dicipta untuk
wanita.
Berceraila kau dari ayunan
buaianmu
meninggalkan teratak tempat
besarmu
melangkah menuju ke alam
baru
yang belum kenal
yang belum biasa
Kau milik suamimu
anggap dirimu sebagai hamba
tentunya suamimu
jadi teman yang paling
setia
Bawalah wasiat dariku
sepuluh sifat
sebagai bekalan perjalanan
menuju alam bahagia
Relakan hatimu
sekadar yang ada
semoga suci hatimu
dengan taat setia
dan hulur tanganmu
tanda mahu berganding bahu
jauhkan dirimu dari
segala yang jelek
yang dihidu atau dipandang
mata
juga awasi gerak lakumu
agar tidak sumbang
mengguris rasa
Sembunyikan suram wajahmu
gantikan ia dengan sinar
secerah sang suria pagi
Dan badan yang semerbak
harum
bermandikan bauan
mata berpasak, kening
bercelak
itu menambah seri
itu membankitkan berahi
dan…………….
air cukup memada
bagi yang tiada
Jaga masa makannya
juga waktu tidurnya
kerana,
perut kosong hilang bicara
mata mengantuk hilang
kesabaran di dada
Kunci mulutmu
tabahkan hatimu
badanmu terselamat
jiwa temanmu tidak terseksa
Simpan dulu kerianganmu
di kala dia berduka
pendamkan kesedihanmu
di kala dia bergembira
akibat aksi tidak senada
hilang simpatimu disebab
pertama
keruh suasana disebab kedua
Hulur tanganmu……
andai kau menghulur sebelah
tangan
nescaya dia menghulur kedua
belah tangan
tidak cukup tangan, nyiru
pula ditadahkan
Ketahuilah !
Kasihmu tiada sampai ke
mana
Jika hatimu berdua tidak
sejiwa
kasih kau, kasihlah dia
benci kau, bencilah dia
Allah saja yang menentukan
nasibmu."
"Kau bawalah wasiatku ini,
dan sampaikan salamku kepada suamimu." Beginilah ibu tadi menambah pesanan
kepada anaknya. Seterusnya wanita ini telah tercapai kedudukan yang mulia di
sisi suaminya. Dia telah memperolehi tujuh orang anak lelaki, yang semuanya
mereka telah menjadi pemerintah negeri Yaman selepas ayah mereka. Beginilah
seterusnya statusnya wanita-wanita yang memiliki kelebihan.
Aku sudahi dengan nama Allah,
semoga Dia memberi taufik dan hidayat. Amin
1 comment:
Sekadar coretan
RASA YANG TERTINGGAL..
kenapa perlu ada kesedihan dlm kegembiraan ?
kenapa perlu ada keraguan dlm kepastian ?
kenapa ada pilu di hati sedangkan ini yg kita harapkan ?
apakah kerana ini saja pilihan yg kita ada ?
lalu kita reda dlm kepasrahan ?
Sungguh kita tidak mengerti
kenapa perlu ada 'rasa yg tertinggal' ?
RASA YANG TAK MAMPU DITELAN, TAK MAMPU JUA DILUAHKAN...
Post a Comment