Penceraian/ Masalah Rumah
Tangga: Kesannya Kepada Emosi dan Tingkah Laku Anak-anak
Dua pengalaman yang amat menyedihkan
dan paling menekan perasaan (stressful) dalam kehidupan berkeluarga adalah kematian dan perceraian. Jika pasangan yang bercerai mempunyai anak, keadaan akan
menjadi bertambah rumit. Islam memang membenci perceraian meski hal itu
dibolehkan.
Mengikut bancian Malaysian Family Life
Survey tahun 1984, didapati hampir tujuh peratus pasangan suami isteri bercerai. Kadar perceraian meningkat di kalangan
pasangan yang telah lama mendirikan rumahtangga.
Bagi wanita yang baru bercerai, dunianya berubah sama sekali. Dia
akan sering berasa kesunyian: kawan-kawan yang biasa mendampinginya mungkin
tidak lagi serapat dahulu kerana tidak lagi mempunyai minat yang sama. Dia
mempunyai banyak masa lapang dan perlu mencari cara untuk memenuhinya terutama
sekali jika dia tidak bekerja. Jika dia mempunyai anak-anak pula, dia terpaksa
menghadapi masalah menjaga dan memenuhi keperluan anak-anaknya tanpa bantuan
seorang suami.
Wanita yang bekerja dan mempunyai anak pula terpaksa memain
peranan sebagai seorang ayah di samping tugasnya sebagai ibu dan pekerja
pejabat. Tetapi ciri-ciri seorang ayah tidak ada padanya. Tugasnya berat dan
mencabar sekali! Seringkali, status ekonominya merosot selepas bercerai
menyebabkan dia berasa sugul, marah, kurang yakin pada diri sendiri serta takut
menghadapi masa depan. Jika dia tidak bekerja dan hanya mengharapkan nafkah
bulanan yang mungkin tidak cukup untuk memenuhi keperluan diri dan
anak-anaknya, dia berkemungkinan besar akan menghadapi tekanan emosi.
Kajian-kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak memberi banyak
tekanan kepada ibu yang baru bercerai.Jika dia mempunyai bayi dan anak-anak di
peringkat prasekolah, dia terpaksa mengaturkan penjagaan bagi anak-anaknya
supaya dia dapat bekerja, pergi pasar, kepejabat kadi atau ke tempat-tempat
lain yang berkenaan. Dia perlu memastikan bahawa anak-anaknya yang masih
bersekolah selesa mengikut pelajaran mereka dan anak-anak remajanya diawasi
pergaulan mereka agar berdisiplin dan tidak terjerumus ke dalam kancah aktiviti
anti-sosial
Peranan ayah dalam keluarga
Seoarang ayah merupakan ketua keluarga. Dia adalah sebaik-baik
contoh kepada anak-anak dengan segala sifat kebapannya. Pengalaman dan detik
-detik yang dilalui bersama ayah mempengeruhi pembentukan akhlak anak -anak.
Bayangkan betapa girangnya seorang anak apabila ayahnya mendodoi ,membelai ,
mencium dan menimangnya. Apabila dia terjatuh dan luka di kaki dia , akan berlari
mendapatkan ayahnya. Si ayah akan mendokong serta memujuknya , membasuh luka
dan melekatkan plaster. Dia akan berasa tenteram dan melupakan kesakitannya.
Ayahnya juga tempat dia bermanja. Apabila dia mengeluh sakit perut ,
ayahnya akan menggosok -gosokkan minyak sehingga dia berasa lega kembali.
Apabila dia jatuh sakit , ayahnya akan membawa dia ke klinik atau hospital. Ada
masanya , ayahnya akan bermain -main dan bergurau senda dengannya pada petang
hari dengan penuh kemesraan.
Ayahnya mungkin menghantarnya ke
sekolah dan menjemputnya pulang dari setiap hari. Dia dibawa pergi membeli
-belah , berkelah bersama keluarga dan juga melancong. Ayahnya akan membelikan
hadiah sempena hari lahirnya atau membawanya menonton wayang gambar. Hari Raya
merupakan hari yang amat bahagia bagi kanak -kanak. Seorang ayah akan membawa
anaknya bersembahyang bersama -sama dan membawa seisi keluarga melawat saudara
mara. Semua pengalaman ini tidak mungkin dilupakan oleh anak -anak terutamamya
jika hubungan mereka dengan ayah begitu rapat sekali. Walaupun ibulah yang
memang lebih sering bersama anak -anak , belaian kasih seorang ayah tidak
ternilai harganya dan kemungkinan tidak lagi dapat dinikmati sepenuhnya oleh
anak -anak selepas perceraian. Kanak -kanak tidak tahu mengapa ibu bapa mereka
mesti bercerai. Mereka biasanya kebingungan. Saudara mara terdekat seperti
datuk, nenek, bapa saudara dan para profesional yang arif boleh membantu mereka melalui detik-detik mencabar ini dan seterusnya mengurangkan sedikit
kesedihan dan kepedihan hati. Apabila ibu bapa bercerai dan anak ditinggalkan
dibawah jagaan ibu, perasaan rindu anak itu terhadap ayahnya sering dirasai.
Dia berasa tersingkir dan marah terhadap ibu bapanya. Dia merasakan bahawa jika
ibunya sanggup memutuskan perhubungan dengan bapanya, tidak mustahil ibunya
sendiri boleh menyingkirkannya juga. Perasaan ini mungkin merunsingkan
fikirannya dan boleh meninbulkan pelbagai reaksi dan tingkah laku yang tidak
diingini yang boleh menambahkan lagi tekanan kepada ibu.
Kesan terhadap kanak-kanak
Di luar negeri, banyak kajian tentang perceraian dan
kesannya terhadap kanak-kanak telah dijalankan. Walaupun kajian-kajian ini
dapat memberikan maklumat tentang kesan-kesan jangka pendek dan jangka panjang
secara umum, adalah sukar untuk meramalkan kesan perceraian terhadap seseorang
kanak-kanak kerana berbagai-bagai faktor mempengaruhi cara kanak-kanak itu
menghadapi peristiwa ini. Bayi kecil tidak merasakan sangat kehilangan ayahnya
jika dibandingkan dengan anak yang berusia lima tahun yang sudah mesra dengan
ayahnya.
Selagi bekas pasangan suami isteri itu masih bertelingkah setiap
kali mereka bertemu, selagi itulah emosi anak-anak akan terus tertekan. Keadaan
rumahtangga yang huru-hara, suasana yang tidak tenteram dan ibu yang tidak
dapat mengawal keadaan atau perasaannya juga akan menyebabkan emosi anak-anak
terganggu.
Pertukaran sekolah dan perpisahan
dengan kawan-kawan rapat boleh menyebabkan anak-anak berasa hiba, lebih lebih
lagi jika mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru. Kunjungan
dan bantuan daripada datuk dan nenek amatlah penting untuk mengurangkan beban
yang dialami oleh keluarga yang terlibat. Berpindah ke rumah datuk nenek boleh
memberi ketenteraman jiwa kepada keluarga tersebut sementara mencari jalan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan
baru.
Kesan perceraian berbeza di antara seorang kanak-kanak dengan
kanak-kanak yang lain. Disini diberi dua contoh kes yang ditemui.
KES 1
A. Seorang kanak-kanak Melayu berusia empat tahun yang memang cerdik.Dia
sering menangis terutamanya pada waktu malam. Ibu bapanya telah bercerai
sebulan yang lalu dan pada setiap hari minggu, ayahnya akan mengunjung dan
membawanya bersiar-siar. A memang mesra dan
rapatdengan ayahnya sejak kecil lagi. Dia sering bertanyakan ibunya mengapa ayahnya tidak lagi balik kerumah seperti dahulu. Ibunya pula berasa marah terhadap A kerana setiap kali selepas dihantar
pulang , A akan menangis teresak-esak sehingga berjam-jam lamanya. Dia tidak bersetuju bekas suaminya membawa A keluar.
Di tadika pula , A yang biasanya mudah mesra dan suka bergaul, asyik menyendiri sahaja. Dia tidak berselera makan dan badannya jelas kelihatan susut. Dia juga mudah panas hati jika kehendaknya tidak dituruti. Ibu A menyatakan bahawa tingkah laku anaknya banyak berubah selepas dia
bercerai dengan suaminya.
KES 2
B. pula seorang anak
Cina berusia 12 tahun. Ibu bapanya telah bercerai sejak tiga tahun yang lepas
dan tinggal bersama bapa saudaranya (abang ibunya) selama dua tahun. Ibunya bekerja disebuah kedai dan ayahnya tidak pernah langsung melawatnya
selepas perseraian itu. B telah dibawa
oleh bapa saudaranya berjumpa dengan ahli psikologi dan pakar psikiatrik kerana
gerak-geri dan tingkah lakunya amat sukar diawasi. Dia tidak mematuhi, selalu mencuri duit dan keluar sehingga larut malam
bersama kumpulan budak-budak nakal. Dia malas belajar dan sering ponteng sekolah. Disekolah, dia telah beberapa kali dibawa ke perhatian guru besar kerana
berkelakuan biadab, suka bertumbuk, mencuri duit murid-murid lain dan merokok.
Banyak kajian menunjukkan bahawa masalah tingkah laku dan
gangguan emosi sering dialami oleh kanak-kanak apabila berlaku perceraian
dikalangan ibu bapa mereka. Corak tingkah laku berbeza di antara kanak-kanak
dan ia berhubung kait dengan perkara-perkara seperti usia dan jantina.
Kanak-kanak yang terganggu emosinya lebih sering mengeluh sakit seperti demam,
sakit tekak, sakit perut dan sebagainya.
Seseorang kanak-kanak akan berasa marah terhadap ibu bapanya
kerana bercerai dan dia melepaskan perasaan marahnya itu melalui perubahan
sikap yang mendadak. Dia menjadi degil, bersikap panas baran, bertumbuk dengan
budak-budak lain, mencuri, ponteng sekolah, bercampur dengan kumpulan
budak-budak nakal dan menghisap rokok. Dia menjadi penyedih dan tidak suka
bergaul, asyik menyendiri, menangis seorang diri, tidak lena tidur malam dan
kelihatan malas.
Kanak-kanak mungkin berasa takut
menghadapi masa depan tanpa seorang ayah. Mereka risau jika terpaksa berhenti
atau bertukar sekolah, berpindah rumah, menghadapi masalah ekonomi dan
sebagainya. Ini menyebabkan mereka berkelakuan tidak menentu. Kanak-kanak
prasekolah mungkin tidak mahu berenggang dengan ibunya kerana takut kalau-kalau
dia akan kehilangan ibunya pula. Dia juga mungkin lebih kerap kencing malam dan
membuang air besar dalam seluarnya.
Kanak-kanak remaja pula lebih sukar
dikawal tanpa pengawasan ayahnya. Jika ibunya bekerja, ini akan memberinya lebih banyak kebebasan. Perasaan
marah, kecewa dan sedih menguasai dirinya. Jika tidak diberi perhatian, dia
akan cuba mencari ketenangan jiwa dengan berpoya-poya dan menghabiskan masa
dikedai-kedai serta pusat-pusat membeli-belah bersama kawan-kawan yang mungkin
memberikan pengaruh yang kurang sihat.
Dia mungkin tidak mengendahkan pelajarannya, selalu ponteng
sekolah, merokok, meyertai kumpulan budak-budak nakal dan berkemungkinan besar
terdedah pada pengaruh najis dadah. Anak-anak remaja yang tidak berdaya
mengatasi ketegangan jiwa ini mungkin akan lari dari rumah. Ada juga remaja
yang bertindak lebih jauh daripada itu sehingga sanggup cuba membunuh diri.
Beban tanggungjawab yang terpaksa dipikul seorang diri oleh wanita
yang telah diceraikan menyebabkan ramai daripada mereka yang berkahwin sekali
lagi. Adakalanya, ini dapat memperbaiki keadaan tetapi adakalanya boleh juga
menimbulkan masalah perhubungan di antara kanak-kanak dengan ayah tirinya.
Datuk, nenek dan saudara mara boleh membantu keluarga yang
mengalami perceraian menyesuaikan diri dengan suasana penghidupan baru. Ibu
atau bapa saudara yang rapat dengan anak-anak ini boleh membantu mereka
mengatasi masalah emosi yang dialami. Anak-anak mungkin amat marah pada ibu dan
bapa mereka tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Ibu yang baru bercerai mungkin
berasa tertekan dan tidak dapat menunjukkan caragaya keibuan yang memuaskan.
Saudara mara, jiran atau pembantu rumah yang boleh menjaga anak-anaknya dari
semasa ke semasa boleh memberikan sedikit kelegaan dan ketenteraman jiwa.
Pada pandangan saya, kesan perceraian
terhadap kanak-kanak akan menjadi lebih ketara pada masa depan memandangkan
lebih ramai keluarga yang mengamalkan penghidupan bercorak ' kelompok' (nuclear
family type) dan hidup jauh daripada saudara mara. Para kaunselor, pakar
psikologi dan pakar kanak-kanak boleh membantu keluarga yang terlibat
menghadapi keadaan ini agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru.
6 comments:
Child Psychologists
help children and adolescents who are experiencing difficulties with their emotions or behaviors. Although there are different types of child psychotherapy, each relies on communications as the basic tool for bringing about change in a child's feelings and behaviors. In children and adolescents psychology, playing, drawing, building, and pretending, as well as talking, are important ways of sharing feelings and resolving problems.
Assalaimulaikum,selamat pagi sy baru sje berkawin 3bulan dgn pasangan sy ini tapi sy gagal didik isteri sy ni hormat bila sy bercakap dia pun nak lompat dan dia ckp dia suami buat dia boleh buat juga,,sy suami ni byk sabar dan sy nak cari jln penyelesaian sje di sini,,apa pendapat
Assamualaikum. Sy jgk ada masalah keluarga tp malu nk luah kat sini. Ada cara lain x. Sy nk mntk pendapat
Sy nak kaunseling
saya pun sama na kausenling
Salam,sy nk kaunseling
Post a Comment