Monday, September 8, 2014

Kemahiran Berfikir


Kemahiran Berfikir
Perkembangan daya intelek individu telah diberikan penekanan utama dalam Falsafah Pendidikan Negara ( FPN) bersama-sama dengan perkembangan rohani, emosi, dan jasmani. Selaras dengan saranan ini, maka Kemahiran Berfikir telah dijadikan satu daripada elemen utama dalam system pendidikan kita sebagai usaha meningkatkan perkembangan intelek Pelajar.
Bagi memastikan kemahiran berfikir ini dikuasai oleh Pelajar, maka objektif tentang penguasaan kemahiran berfikir ini telah didokumentasikan dalam kurikulum sekolah. Umpamanya dalam kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR), satu daripada `objektifnya ialah untuk membolehkan Pelajar menguasai kemahiran berfikir, dan mengembangkan bakat serta kreativitinya. Manakala Kurikulum Bersepadu sekolah Menengah ( KBSM ) pula antara objektif yang diberikan penekanan ialah untuk mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek, serta pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif.
Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan , beberapa perubahan telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan. Antaranya termasuklah Sekolah Bestari. Sehubungan dengan perkara ini Kemahiran Berfikir dijadikan sebagai satu daripada elemen yang dilaksanakan dalam Kurikulum Sekolah Bestari. Dengan ini Kemahiran bukanlah satu mata pelajaran berasingan , tetapi merupakan elemen yang akan diajarkan secara penyebatian yang merentasi kurikulum. Semoga dengan penguasaan Kemahiran Berfikir ini diharapkan kualiti pemikiran murid akan meningkat dan mereka berkeupayaan memperoleh ilmu dan menguasai kemahiran dengan lebih berkesan.
Pelajar-pelajar yang menguasai kemahiran berfikir sudah tentu akan berfikir terlebih dahulu sebelum sesuatu tindakan itu dibuat. Dengan ini, kemahiran berfikir akan mampu memandu Pelajar menggunakan bahasa yang baik dan menghasilkan idea-idea yang bernas, pendapat yang jitu dan pandangan yang kritis dan kreatif.
Di samping itu Pelajar-pelajar juga akan berkeupayaan untuk membuat pertimbangan dan penilaian tentang kebaikan dan keburukan sesuatu itu dari segi amalan, nilai, sikap dan norma hidup dalam konteks negara kita. Dengan adanya kemahiran berfikir juga diharapkan para Pelajar dapat menghadapi cabaran-cabaran terkini dan mampu mengenai cara hidup yang sesuai dengan cara perkembangan teknologi maklumat yang semakin canggih tanpa mengorbankan nilai dan amalan yang baik sesuai dengan rakyat Malaysia.

Pelajar-pelajar pada masa sekarang tentunya akan menjadi generasi pada masa kan dating. Oleh itu dengan menyediakan Pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif, berketrampilan, berikan pengetahuan dan yang mengamalkan nilai dan sikap yang positif diharapkan tahap pembangunan Negara pada masa kini dan akan dating , akan menjadi lebih mantap dan berkesan.

            “ The level of the development of a country is determined, in considerable part, by the development of it’s people ‘s intelli gence….”

-          Luis Alberto Machado

Apakah Definisi Dan Tujuan kemahiran berfikir?

 Definisi yang sesuai untuk konsep kemahiran berfikir masih dopertikaikan, kerana kebanyakan tokoh pemikir memounyai pemdapat yang berbeza-beza. Umpamanya George (1970) melihat pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah dan perlakuan semulajadi yang kompleks. Edward de Bono (1976) pula mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan maslah, malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu bedasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah.

 Mayer (1977) pula melihat pemikiran sebagai melibatkan pengelolaan operasi-operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau system kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah.

 Menurut seorang okoh pemikir lain, iaitu Chaffee (198), pemikiran merupakan proses luar biasa yang digunakan dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

 Satu lagi definisi tentang berfikir yang agak menarik ialah definisi yang dikemukakan oleh Vincent Ryan Ruggiero(1984):

 “ Thinking is any mental activity that helps formulate or solve a problem, make a decision, or fulfill a desire to understand. It is a searching for answers, a reaching for meaning.”

Selain itu terdapat definisi yang lebih luas tentang pemikiran dan mempunyai pertalian yang erat dengan definisi di atas, iaitu definisi yang diperjelas oleh John barell (1991):

 “… I define thinking as a search for meaning and understanding that can involve the adventurous generation of options, he attempt to arrive at logical, reasonable jugements, and reflection in the process.”

 Walaupun tafsiran tentang pemikiran itu berbeza-bea, namun secara amnya kebanyakan tokoh pemikir bersetuju bahawa pemikiran dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

 Berdasarkan beberapa difinisi yang telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh di atas, maka dapatlah dirumuskan bahawa:

“Pemikiran ialah proses mengunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami.”

Apakah kesilapan kita

Kita sering sahaja berfikir untuk melakukan sesuatu atau bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan. Namun demikian kita juga sering membuat kesilapan semasa berfikir. Adakah anda pernah membuat kesilapan semasa berfikir? Cuba anda fikirkan pula mengapakah kesilapan-kesilapan itu berlaku. Cuba renung kembali apakah kesan atau daripada kesilapan tersebut.

Mengikut Perkins dan Swarts (1990) kesilapan-kesilapan utama yang sering kita lakukan semasa berfikir ialah berfikir secara terburu-buru, sempit, kabur dan bercelaru. Kesilapan-kesilapan tersebut dapatlah dihuraikan seperti yang berikut:

i.              Berfikir secara terburu-buru
Kesilapan ini berlaku apabila kita bertindak dengan tergesa-gesa untuk membuat keputusan atau menyelesaikan sesuatu masalah. Hal ini demikian kerana kita tidak menggunakan masa yang cukup untuk bertindak. Apabila keadaan ini terjadi maka berlakulah kesilapan-kesilapan yang tidak seharusnya berlaku.

ii.            Fikiran yang sempit
Kelemahan ini berlaku apabila kita cuba membendung fikiran kita daripada melihat sesuatu itu dengan lebih luas. Kita juga tidak berusaha untuk memberi pertimbangan yang wajar, mencari makna yang tersirat, menerokai bukti-bukti lain yang nyata, meninjau pandangan-pandangan orang lain, memilih alternative-alternatif dan mengkaji kemungkinan-kemungkinan lain. Akibat daripada tindakan seperti ini, kita mungkin terlepas pandangan untuk membuat keputusan yang terbiak.

iii.           Fikiran yang kabur
Kesalahan ini berlaku apabila idea yang hendak kita sampaikan itu tidak jelas dan tidak menepati objektif yang dikehendaki. Umpamanya mungkin kita tidak memperjelaskan sesuatu konsep itu dengan lebih terperinci dengan memberi tafsiran dan contoh-contoh yang nyata. Dengan itu berlakulah kesamaran pada idea yang hendak kita sampaikan.

iv.           Fikiran yang bercelaru
Kelemahan ini berlaku apabila kita tidak merancang dan menyusun idea yang hendak kita sampaikan itu dengan cara yang sistematis. Idea yang hendak kita sampaikan itu lazimnya kita sampaikan secara  rawak, iaitu tidak disusun mengikut urutan atau prinsip-prinsip tertentu. Dengan itu berlakulah perulangan dan pertindihan idea yang tidak menentu tanpa arah dan tuju hala tertentu.

Bagaimanakah cara untuk kita meningkatkan kemahiran berfikir pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran?

             Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan kemahiran berfikir Pelajar. Antaranya termasuklah perkara-perkara yang terdapat dalam jadual yang berikut.

Kesilapan

Aktiviti/latihan

i.  Fikiran yang terburu-buru
Adakan aktiviti yang memberi peluang kepada Pelajar menggunakan masa untuk berfikir dengan teliti.

Contoh:

§  Perbincangan untuk menjana idea dan membuat pilihan bagi aktiviti lisan.
§  Latihan dan aktiviti untuk membuat keputusan sama ada secara bertulis ataupun lisan.
§  Penggunaan penyusunan grafik yang sesuai supaya sesuatu keputusan itu dapat dibuat dengan teliti.

ii.  Fikiran yang sempit
Adakan latihan dan aktiviti untuk meluaskan fikiran Pelajar?

Contoh:
§  Aktiviti perbahasan, perbincangan dan sumbangsaran terhadap sesuatu tajuk
§  Latihan menggunakan penyusun grafik membanding dan membeza, dan sebagainya.

iii. Fikiran yang kabur
Adakan latihan dan aktiviti untuk memperjelas sesuatu idea dalam penulisan.

Contoh:
§  Latihan membuat definisi berdasarkan kategori dan cirri-ciri sesuatu objek atau perkara
§  Latihan menggunakan penyusunan grafik idea berpusat untuk kerangka karangan.

iv. Fikiran yang bercelaru
Adakan latihan dan aktiviti untuk menyusun idea dengan lebih sistematis dan dalam lisan dan penulisan.

Contoh:
  • Latihan menyusun isi-isi penting mengikut isi-isi penting mengikut urutan tertentu.
  • Latihan menggunakan ayat topic dan ayat sokongan dalam karangan
  • Latihan menggunakan penyusunan grafik ida berpusat dan cara aliran.

Apakah Otak dan minda itu sama?

Kita selalu bercakap tentang otak dan minda, tetapi adakah kita tahu akan maksud otak dan minda. Sebenarnya otak merupakan organ yang terletak pada bahagian kepala kita yang mempunyai system-sistem tertentu, manakala minda pula merupakan kualiti pemikiran yang dihasilkan oleh otak berkenaan.
Sebagai analogi otak dapat diibaratkan seperti sebilah pisau, manakala minda dapat diibaratkan seperti ketajaman yang terdapat pada matapisau tersebut. Pisau tidak dapat digunakan dengan sempurna jika mayanya tidak diasah untuk mendapatkan ketajaman yang maksimum. Begitu halnya dengan otak kita yang tidak dilatih dan dikembangkan untuk menghasilkan minda atau pemikiran yang berkualiti.
Oleh itu otak kita harus diasah dan digilapkan seperti juga mata pisau.Jika usah ini sering dilakukan maka sudah tentulah potensi minda kita akan meningkat dari semasa kesemasa. Namun demikian kita seharusnya juga berwaspada supaya pisau yang kita asah itu dapat digunakan kepada perkara perkara yang bermanfaat dan berfaedah.

Otak dapat dibahagikan kepada dua bahagian utama , iaitu otak kanan dan otak kiri . Otak kanan letaknya di hemesfera yang terdapat pada bahagian kanan kepala , manakala otak kiri pula letaknya di hemesfera yang terdapat pada bahagian kiri kepala .

Sesuai dengan kedudukannya maka kedua-dua bahagian otak itu disebut sebagai Hemesfera Otak kanan ( HOKA ) dan Hemesfera Otak kiri (HOKI ) .

Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai fungsi-fungsi tertentu , iaitu sebagai yang dapat dilihat di bawah ini .

Hemesfera Otak Kiri (HOKI)       Hemesfera Otak Kanan (HOKA)

Logik                                                        Kreatif
Analitis                                                     Sintesis
Urutan                                                      Global
Bahasa                                                    Bentuk corak, pola, ruang
Matematik                                                Lukisan, rentak, muzik
Linear                                                       Imej, visual, gambar, imaginasi

                                         Rajah : Fungsi HOKA dan HOKI

Berdasarkan penerangan di atas dapatlah diperhatikan bahawa HOKI lebih memberikan tumpuan kepada kemahiran kritis dan HOKA lebih memberikan tumpuan kepada kemahiran kreatif . Oleh itu kedua-dua bahagian otak ini hendaklah diberikan perhatian yang sama dalam pengajaran dan pembelajaran .

Kita bukan sahaja pelajar yang kritis , tetapi kia juga memerlukan pelajar yang kreatif . Dengan ini kedua-dua otak kanan dan otak kiri hendaklah dikembangkan dengan sewajarnya melalui rangsangan , bahan , alat dan aktiviti berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran . Seseorang pelajar itu seharusnya mendapatkan kemahiran menggunakan kedua-dua bahagian otak itu untuk mendapatkan potensi minda yang optimum .

Latihan

Anda diberitahu bahawa seorang murid buta akan dimasukkan ke dalam kelas anda pada bulan hadapan kerana sekolah anda telah dipilih menyertai program Pendidikan Inklusif.         

Sebagai guru biasa anda tidak berpengetahuan tentang pengajaran dan pembelajaran murid buta, tetapi anda menpunyai tanggungjawab untuk menentukan murid buta berkenaan dapat belajar secara optimum.
  1. Gunakan kemudahan internet seperti Browses, Search Engines, News Groups dan Discussion Groups untuk mengumpul apa sahaja maklumat tentang orang buta dan pengajaran pembelajaran mereka.
  2. Semasa anda merantau (surf) internet tadi anda sudah tentu perhatikan bahawa terdapat banyak bahan tentang orang buta. Anda mungkin tertanya-tanya sama ada anda hendak atau tidak memuat turun (download) semua bahan yang dapat dicapai (access). Oleh itu anda terpaksalah membuat satu keputusan pada masa itu.
  3. (a)  Apakah keputusan yang anda telah buat?
  4. (b)  Nyatakan apakah perkara-perkara yang anda telah pertimbangkan sebelum membuat keputusan diatas?
  5. Antara perkara yang anda telah ambil kira ialah apakah pilihan-pilihan yang ada, apakah akibat yang mungkin berlaku bagi setiap pilihan yang terbaik bagi anda dalam konteks akibatnya.
  6. Sudah tentu anda telah memuat turun (download) banyak bahan tentang tajuk orang buta daripada internet. Sebelum anda cuba menggunakan semua bahan itu bagaimanakah anda akan menentukan sumber maklumat yang anda peroleh dapat dipercayai atau tidak?
  7. Sila nyatakan apakah perkara-perkara yang perlu anda semak untuk cuba memastikan kepercayaan sumber maklumat bahan internet tersebut.
  8. Dengan menentukan sumber maklumat yang boleh dipercayai, bahan bacaan juga dapat dikurangkan. Pada masa yang sama bahan yang akan anda baca nanti tentulah lebih tepat dan terkini isi kandunganya.
  9. Sekarang bacalah bahan-bahan yang anda telah dikenal pasti itu (bahan yang boleh dipercayai) untuk membolehkan anda menangani masalah murid buta dalam kelas anda.
  10. Sekarang, cuba nyatakan proses-proses mental (jenis pemikiran) yang telah anda gunakan dalam langkah (iv) di atas. Iaitu langkah-langkah untuk menguasai isi kandungan bahan yang dibaca tadi.
  11. Syabas kalau anda dapat mengenal pasti beberapa proses mental/pemikiran yang telah digunakan. Satu cirri orang yang berfikir dengan baik adalah kesedarannya tentang jenis dan kualiti kemahiran berfikir yang digunakan dalam mana-mana situasi-reflektif dan metakognitif).
  12. Dalam Langkah (iv) anda telah menganalisi isi kandungan yang terdapat dalam bahan internet. Anda telah mengategori maklumat yang terdapat dalam bahan berlainan kepada aspej-aspek yang utama. Anda mungkin telah tertanya-tanya apakah persamaan dan perbezaan yang terdapat dalam bahan-bahan itu, adakah persamaan dan perbezaan itu signifikan atau tidak, apakah kategori atau corak yang terdapat dalam persamaan dan perbezaan yang signifikan itu.
  13. Selapas anda telah menganalisis bahan-bahan anda melalui mengkategori dan membanding beza, anda perlu memilih dan mengaplikasikannya dalam perancangan dan pengajaran anda.
Sila senaraikan topik yang relevan untuk menolong anda merancang pembelajaran optimum murid buta itu.

Jelaskan bahawa dalam usaha anda untuk mencari penyelesaian kepada masalah asal, anda telah menggunakan pelbagai jenis kemahiran berfikir seperti membuat keputusan, memastikan kepercayaan sumber maklumat, mengkategori dan membanding dan membeza. Perubahan yang dibawa oleh era komunikasi dan kecanggihan teknologi yang semakin meningkat akan menjadi anda semakin bijak berfikir.

No comments: