Pendahuluan
Nabi Muhammad s.a.w. telah dilahirkan
pada Subuh Isnin, 12 haribulan Rabiu-Awwal Tahun Gajah bersamaan 29hari bulan
Ogos T.M 570. Siti Aminah telah melahirkan seorang bayi lelaki comel,di rumah
bapa saudaranya. Semasa bayi suci di lahir, bayi itu telah siap bersunat dan
tali pusatnya telah siap dipotong oleh Malaikat Jibril a.s. Nabi Muhammad s.a.w
dilahir setelah dua bulan bapanya meninggal. Nabi Muhammad s.a.w telah menjadi anak yatim sejak dilahirkan.
Siti Aminah amat gembira dengan
lahirnya nabi Muhammad s.a.w Abdul
Mutalib membawa cucunya ke kaabah dengan penuh kasih sayang dan di sana beliau
berdoa dan mengucap syukur kepada Allah. Setelah itu nabi Muhammad dibawa
semula kepada ibunya siti Aminah lalu menyusukan selama tiga hari. Nabi
Muhammad disusukan oleh ibu susuan ialah Thuwaibah (Suwaibah) Al-Aslamiyyah
iaitu hamba kepada Abu Lahab. Apabila nabi Muhammad berumur tujuh hari datuknya
mengadakan kenduri kesyukuran. Nabi Muhammad kemudiannya di susu oleh Halimatun Sa’adiah binti Abu Zuaib
As-Sa’diah dan suaminya bernama Harris bin Abdul Ozza.Rasulullah s.a.w
mempunyai beberapa orang saudara susuan iaitu anak Halimatun Sa’diah dan anak Tsuwaibah.
Baginda adalah pembawa
rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat dunia. Nabi Muhammad s.a.w merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada
umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul
tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam membawa
perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak
dan erti kehidupan sebenarnya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad di lahirkan
di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan
Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia serta seluruh alam. Nabi Muhammad
merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin yang bermaksud
'yang terpuji'. .
Peristiwa Yang Berlaku Pada Rasulullah
Di zaman Kanak-kanak.
Menurut Syeikh Shahfiyurrahman Al Mubarakfuri peristiwa
pembelahan dada Rasulullah SAW seperti yang di riwayatkan oleh Muslim dari Anas
bahawa Rasulullah SAW sewaktu baginda kecil
dan sedang bermain dengan beberapa temannya baginda didatangai Jibril
dan membelah dada Rasulullah dan mengeluarkan segumpal darah dari dada baginda.
Jibril memberitahu “Ini adalah sebahagian dari syaitan yang terdapat pada
dirimu”. Jibril mencucinya di dalam satu bekas besar yang diperbuat daripada
emas dengan menggunakan air zam-zam. Setelah dicuci Jibril memasukkanya semula
dan meletakkan semula didalam dada Rasulullah.
Sewaktu itu semua teman-teman Rasulullah lari dari situ dan memberitahu
kepada ibu susuan Muhammad iaitu Halimah
bin Abu Dzu’aib dan menyatakan bahawa Muhammad telah dibunuh Setelah itu Halimah dan teman-teman Rasulullah
datang semula di tempat kejadian itu dan menghampiri Muhammad dilihat wajah
Muhammad semakin berseri. Oleh itu dari
peristiwa pembelahan dada Muhammad, ibu susunya iaitu Halimah sangat khuatir
diatas keselamatan Muhammad lalu beliau mengembalikan baginda kepada
ibunya ketika berusia enam tahun.
Muhammad s.a.w kembali kepangkuan ibunya iaitu
Aminah binti Wahab. Sewktu Muhammad bersama keluarganya, ibunya selalu membawa
Muhammad ke makam ayahandanya yang telah
meninggal dunia sewaktu Muhammad masih dalam kandungan ibunya. Ayahanda
Muhammad di makamkan di Yastrib (Madinah)
dan di temani oleh Ummu Aiman selama sebulan di Madinah Aminah dan rombongan
kembali semula ke Mekah. Semasa dalam perjalanan pulang ke Madinah ibunya . di timpa
sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’(sebuah kampung yang terletak di antara
Mekah dan Madinah) Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa
Rasulullah SAW) dan di biayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib
Ketika Muhammad berumur lapan tahun datuknya, ‘Abdul
Muttalib pula meninggal dunia di Mekah. Semasa datuknya meninggal, beliau
berpesan supaya Muhammad dijaga oleh salah seorang anaknya Abu Talib iaitu bapa
saudara Muhammad dan saudara kandung kepada Abdullah bapa Muhammad s.a.w sewaktu dalam penjagaan Abu Talib, Abu Talib
rela menjalankan persahabatan dan permusuhan sekiranya sesiapa saja orang-orang
di Mekah yang mahu mengganggu Muhammad demi membela anak saudaranya Muhammad.
Sewaktu Ibnu Asakir mentakhrij iaitu Julhumah bin Arfthah,
semasa beliau sampai di Mekkah, ketika itu Mekkah di landa kemarau Orang-orang Quraisy meminta Abu Talib berdoa memohon hujan. Abu Talib mengangkat
anak kecil yang seolah-olah adalah matahari yang membawa mendung yang menampakkan
awan sedang berjaan perlahan-lahan. Pada masa itu Abu Talib dan berberapa orang
anak kecil yang lain,. Abu Talib memegang tangan Muhammad s.a.w lalu
menempelkannya ke diding Kaabah. Tiba-tiba langit yang cerah menjadi mendung dari
segala penjuru, lalu hujan pun turun dengan lebatnya.
Sewaktu bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir
ke Syam atas urusan perniagaan. Di Kota Busra, negeri Syam, ibu kota Hauran
yang terletak di bawah kekuasaan negeri Rom. Di negeri tersebut ada seorang
pendita Nasrani bernama Bahira .Ketika rombongan Abu Talib tiba di kawsan
tersebut, Rahib Bahira segera menghampiri dan mempersilakan mereka masuk ke
tempat tinggalnya dan melayan tetamu yang datang dengan hormatnya Pada halnya sebelum ini Rahib Bahira tidak pernah
keluar dari tempatnya. Rahib Bahira memegang tangan Muhammad s.a.w dan berkata
kepada Abu Talib bahawa anak ini iaitu Muhammad s.a.w akan menjadi pemimpin
semesta alam dan anak ini diutus oleh Allah sebagai rahmat bagi seluruh alam.
Abu Talib hairan dan bertanya dari mana mengetahui cerita tentang pengutusan
seorang nabi semesta alam itu. Rahib Bahira menceritakan bahawa semenjak Abu
Talib sampai di Aqabah semua batu, pokok tunduk bersujud kepada Muhammad s.a.w.
Itu dalah kebesaran nabi. Setelah itu Rahib Bahira meminta agar Abu Talib
kembali semula ke Makkah bersama anak saudaranya kerana khuatir akan
keselamatan Muhammad s.a.w dari gangguan orang-orang Yahudi.
Hubungkait Guru Pendidikan
Islam Dengan Sifat Rasulullah
Guru pendidikan Islam mestilah mempunyai
ciri-ciri sifat Rasululuh s.a.w iaitu mempunyai sifat ketokohan sebagai
pemimpin, melayan kanak-kanak seperti anak sendiri, tidak suka meminta-minta, pakar
dalam bidang agama, sentiasa berlemah lembut dan mempunyai jati diri yang jitu.
walau pun baginda di lahir sebagai anak yatim tapi baginda memiliki akhlak dan
sifat-sifat yang sangat mulia. Oleh kerana itu hendaklah kita mempelajari dan
memiliki contoh-contoh sifat-sifat nabi seperti Shiddiq, Amanah, Fathonah dan Tabligh. Mudah-mudahan dengan memahami sifat-sifat
tersebut seseorang itu akan sentiasa dihormati dan disanjungi walau di mana berada.
Ini di kaitkan ketika Rasululuh mengikut bapa saudaranya Abu Talib berniaga di
negeri Syam, contoh Abu Talib melayan
Rasulullah seperti anaknya sendiri dan mengajar Rasulullah berniaga di usia
yang masih kecil lagi. Begitu juga kita sebagai guru dan sentiasa menganggap
anak didik itu seperti anak sendiri.
Semasa dalam perjalanan dari Mekah ke negeri
Syam Rasulullah begitu sabar dan tabah walau pun perjalanan ke Syam mengambil
masa yang lama. Di sini kita kaitkan jika kita berhasrat untuk menjadi guru
pendidikan Islam perasaan sabar dan tabah mestilah menebal dihati. Ini kerana
kita bukan sahaja berdepan dengan kerenah murid-murid malah dengan ibu bapa
kanak-kanak , persekitaran dan kakitangan yang lain. Sewaktu baginda bersama
rombongannya tiba di Syam baginda telah disambut oleh Pendita Rahib Bahira dengan
penuh hormat dan Pendita Rahib telah menyatakan bahawa kanak-kanak ini akan
jadi pemimpin seluruh semesta ini.
Sepertimana Rasululah sewaktu dalam perjalanan
ke negeri Syam, semua batu dan pokok-pokok sujud menghormati Rasulullah .kerana
kemuliaan Baginda. Oleh itu sebagai seorang guru pendidikan Islam yang
berfungsi sebagai murabbi dan penuh iltizam diperlukan oleh masyarakat dan umat
Islam dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dihadapi Islam. Peradaban guru
sedemikian sifatnya mampu menyelesaikan banyak masalah.
Guru dipanggil sebagai murabbi, iaitu guru
yang mendidik (menjayakan tarbiah). Mereka menjayakan peningkatan murid dari
segi akal, rohani, jiwa dan fizikal. Mereka bertanggungjawab membentuk murid supaya
yang memiliki peribadi yang baik.. Guru yang mempunyai kemampuan sebagai
murabbi, apa lagi murabbi dalam pengertian kerohanian di pandang mulia dalam
Islam kerana mereka mempunyai keperibadian yang mampu membawa manusia ke jalan
kebaikan dan kebenaran sebagaimana yang dikehendaki Allah dan RasulNya.
Alangkah beruntung dan bahagianya masyarakat dengan adanya guru yang bukan
sahaja menyampaikan mata pelajaran kepada murid, tetapi turut meningkatkan
peribadi dan kemampuan mereka. dan masyarakat sekeliling.
Dalam Islam juga guru dipanggil mursyid, iaitu
guru yang membimbing, menentukan kehidupan serta nilai yang betul. Ini memang
tepat dengan tujuan dan matlamat pendidikan sebagai proses menyampaikan kepada
generasi muda, apa yang benar, baik dan unggul yang pernah diketahui, difahami,
diyakini dan diamalkan dalam peradaban manusia, khususnya Islam. Ini termasuk
setiap yang positif yang boleh dimanfaatkan daripada peradaban lain, termasuk
barat. Mana-mana yang negatif pula perlu di jauhkan.
Guru sebagai pendidik, adalah ahli ilmu yang membimbing
manusia ke jalan yang betul dalam pandangan hidup, hidup kerohanian, akhlak dan
kepakaran dalam bidang ilmu yang berfaedah. Dengan ini, dikatakan bahawa
pendidikan atau irsyad itu berjalan seiring dengan matlamatnya. Dalam Islam
guru juga dipanggil muaddib, iaitu guru yang menjayakan adab. Yang dimaksudkan
dengan adab ialah semua jenis gerak-geri, sikap dan perbuatan serta nilai yang
betul dan 'manis' dalam hubungan dengan semua pihak, bermula dengan Allah,
orang tua, ibu, bapa, guru, rakan dan seterusnya masyarakat. Inilah konsep adab
yang menyeluruh dan luas yang disebutkan oleh Nabi Muhammad saw. dalam hadis
yang lebih kurang bermaksud: Tuhanku menjayakan pendidikan adab dalam diriku
dan dia sempurnakan pendidikan adab itu.
Baginda mememiliki pemikiran yang jitu, pandangan yang
lurus mendapat sanjungan kerana kecerdikan, dan mempunyai akhlak yang mulia.
Baginda sangat suka berdiam diri dalam waktu yang lama untuk mengamati,
memusatkan fikiran dan mengadili kebenaran. Banginda amat takut dengan kurafat
dan berusaha menjauhkan. Dalam perhubungan sesama manusia baginda sangat
mempertimbangkan keadaan dirinya dengan diri mereka. Contohnya selagi boleh
mendapat kebaikan baginda akan berbincang dan bergaul dengan baik. Rasululah
mempunyai keistemewaan di kalangan kaumnya dan mempunyai akhlak-akhlak yang
terpuji. Sepertimana Rasulullah, seorang guru yang berpendidikan Islam mestilah
mencontohi sikap mulia Rasulullah barulah seorang guru itu sentiasa diperlukan
dan walau ke mana sahaja guru ini sebagai rujukan untuk mendapatkan pandangan.
Kita tahu Rasulullah bersikap shiddiq, ini dapat dilihat
semasa rasululah mengikut bapa saudaranya Abu Talib ke Syam di mana sewaktu
hendak ditinggalkan Rasullulah menanggis dan apabila di tanya Abu Talib mengapa
menangis, Rasulullah dengan becakap benar bahawa baginda hendak mengikut Abu
Talib ke Syam dan tidak mahu sentiasa ditinggalkan. Dengan demikian guru
pendidikan Islam mestilah bersikap Shiddiq artinya benar walau pun untuk
berkata benar itu menyebabkan kita dihina, tetapi kita mesti ingat bahawa
berkata benar itu adalah yang paling terbaik sekali, bukan hanya perkataannya
yang benar, tapi juga perbuatannya juga benar sejalan dengan ucapannya.
Baginda
mampu menyusun strategi, berani, tegas dan berprinsip. Sebenarnya bukan sekadar
pemimpin negeri atau negara sahaja yang perlu mencontohi sifat-sifat Rasulullah
saw ini, sebaliknya mereka yang memimpin keluarga (ibu bapa), guru. syarikat, persatuan
dan sebagainya perlu menerapkan nilai-nilai ini dalam diri mereka. Jadi dalam
pengajaran dan pembelajaran guru perlu menyusun strategi bagi melancarkan
perjalanan kelas contohnya guru itu mesti lah telah bersedia membuat persedian
mengajar, alat bantu dan tahu bagaimana hendak mengatasi masalah dengan
murid-murid, ibu dan masyarakat sekeling. Jika tiada strategi maka sukar untuk
mengatasi sebarang masalah yang mendatang.
Menurut
kajian yang dibuat Haji Husseimy bin Zamburi hakikatnya, dunia hari ini
mengagumi keperibadian baginda. meletakkan Rasulullah SAW sebagai insan paling
berpengaruh di dunia dalam kalangan seratus orang manusia paling berpengaruh di
dalam sejarah dunia. Begitulah kehebatan Nabi Muhammad SAW. Baginda memiliki
akhlak yang sangat mulia terhadap sesama manusia tanpa mengira status sosial,
warna kulit dan bangsa. Baginda berbuat baik termasuk kepada orang jahat atau
musuh.Jadi kita sebagai pendidik islam tidak boleh membezakan di antara kaum
lain dan juga agama.
Guru mesti memiliki
akhlak dan sifat-sifat sangat mulia yang boleh dicontohi khususnya empat sifat
iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fatonah.
Dengan memiliki sifat-sifat yang sedemikian rupa maka seorang guru akan
dipercaya dan disanjungi oleh murid-muri malah masyarakat am. Seperti mana Rasululah akan mendahului memberi salam dan mendoakan
kesejahteraan kepada sahabat-sahabatnya. Oleh itu guru tidak perlu menunggu
murid memberi salam dahulu dan ada lebih baik guru apabila berjumpa murid, guru
yang memberi salam dan mendoakan kesejahteraan murid
Perancangan Ke arah Menjadi Guru Pendidikan
Islam Yang Terbaik Berasaskan Akhlak Baginda
Guru
berpendidikan Islam perlulah memantapkan ilmu agama yang asas, seperti ilmu
feqah, tajwid, alquran, sirah nabi hafazan. Ini kerana apabila seorang guru
mempunyai ilmu agama yang mantap maka mudah bagi untuk mendidik anak-anak dan
sesiapa saja yang memerlukan bimbinganya.
Mempunyai
sikap yang tegas dan tidak pernah berasa ragu. Sebelum mengambil sesuatu
keputusan, akan berfikir dan mempertimbangkannya terlebih dahulu.supaya tidak
akan mendatangkan kesusahan kepada semua orang.. (melawat dan membesarkanya
Seorang
guru mestilah cerdik, bijaksana dan cepat berfikir serta bertindak. Sentiasa
memberikan buah fikiran, pendapat dan pandangan daripada pelbagai peringkat
masyarakat. Pandai menyelesaikan
sebarang kesulitan, terutamanya dalam penyelesaian masalah berbangkit. Segala
pandangan dan pendapat yang diberikan secara umumnya diterima dan dihormati.
Mestilah
mempunyai Sifat amanah yang menghiasai peribadi dan sentiasa menjadi amalan
dalam kehidupan seharian sama ada dalam bentuk perbuatan mahupun perkataan. Sentiasa
dipercayai oleh ibu bapa, masyarakat atau sesiapa sahaja yang berurusan dengan
kita.
Sentiasa
bersikap sabar dan sayang kepada kanak-kanak dan sentiasa melayan kerena
kanak-kanak walaupun kanak-kanak itu nakal atau kurang upaya. Sebagai guru yang
mempunyai teras yang jitu dalam pendidikan Islam tidak akan membeza-bezakan
diantara kanak-kanak yang normal dan tidak normal
Guru
pendidikan Islam mestilah mempunyai akhlak dan sifat mulia seperti mana Nabi
Muhammad S.A.W. Sentisa bertanggungjawab untuk memimpin manusia ke jalan yang
benar dan diredhai Allah demi mengecapi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat, sepertimana yang
terungkap di dalam kitab suci al-Quran sejak berabad yang lalu.
Sentiasa
berlemah lembut dengan kanak-kanak dan tegas dalam mendidik kanak-kanak serta
sentisa mendampingi kanak-kanak terutama kanak-kanak yang mempunti masalah
contoh seorang kanak-kanak yang pintar pantas. Sebagai guru mestilah tahu
bagaimana untuk mengatasi dan dapat menyelesaikan dengan rasa kasih sayang.
Suka
memaafkan di atas kesalahan yang dilakukan oleh kanak-kanak, ibubap dan
masyarakat. Contoh kalau ada diantara ibu bapa yang bersikap kasar atau
terlepas kata-kata yang kurang menyenakan kita, maka kita perlulan memaafkan
atas kesalahannya dan banyakan bersabar.
Seorang
guru sentiasa berfikir positif dan tidak mempunyai sikap prasangka terhadap
mana-mana pihak. Seorang pendidik haruslah sentiasa belajar atau mencari ilmu
bagi menambah pengetahuan dan tahu perkembangan semasa. Kita tahu senyum itu
sedekah maka seorang pendidik yang mempunyai pendidikan islam yang jitu maka
hendaklah sentiasa senyum walau pun dalam kesusahan.
Tidak
mudah mengaku kalah jika menghadapi masalah dan berfikir secara rasional
bagaimana untuk mengatasi masalah. Contoh jika disekolah terdapat kanak-kanak
atau ibu bapa yang mempunyai banyak kerenah kita tidak mudah mengalah malah
bertindak menyelesaikan secara positif...
Kesimpulan
Nabi
Muhammad S.A.W. telah diutus untuk membawa syariat Allah yang terakhir sekali
iaitu agama Islam untuk seluruh umat manusia dan ianya kekal sehingga akhir
zaman. Baginda merupakan seorang insan yang terulung dalam konteks kehidupan,
dalam masa yang sama baginda juga merupakan seorang murabbi teragung yang
mempunyai akhlak serta nilai yang sangat mulia yang didasari oleh
al-Quran. Akhlak mulia merupakan teras
dan menjadi asas utama kepada pembinaan jati diri serta pembentukan masyarakat
yang ideal. Akhlak berperanan untuk menjadi penentu kepada pembangunan sesebuah
bangsa. Kita boleh melihat dan memperakui betapa tinggi dan ppentingnya
kedudukan akhlak dalam Islam sehingga ianya menjadi misi utama diutuskan
Menyedari
bahawa mereka bagai role model Guru pendidikan Islam mestilah. menanamkan
perasaan cinta dan taat kepada Allah .Mendedahkan dan memahamkan murid kepada
pelbagai bentuk ibadah wajib, kelebihan, ancaman, cara melaksanakan serta
kaitan dengan kehidupan di dunia dan akhirat Memotivasikan murid untuk
melaksanakan amalan agama dalam kehidupan seharian
Nabi
Muhammad S.A.W. ke dunia. Baginda pernah menegaskan pentingnya akhlak dalam kehidupan melalui
sepotong hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi yang bermaksud “Sesungguhnya aku
diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia” Begitu juga dengan perakuan
dan penjelasan yang diungkapkan oleh Sayyidatina ‘Aisyah mengenai akhlak Nabi
Muhammad S.A.W. dengan menyatakan ‘akhlak Rasulullah adalah al-Quran’ Ini
menunjukkan bahawa akhlak baginda adalah cukup sempurna dan ianya dapat dilihat
semenjak baginda masih kecil hinggalah ke akhir hayatnya kerana baginda
memperhiasi diri dan peribadinya dengan al-Quran.
Pendidikan Islam
adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan
penghayatan Islam berdasarkan al-Qur'an dan alSunnah bagi membentuk sikap,
kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai
tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke
arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat . Guru
bukan sekadar pengajar tetapi dia juga pendidik
Guru perlu menguasai dasar
pendidikan dan cara-cara mengajar yang berkesan Mementingkan konsep di dalam
pengajaran. Sentiasa mengunakan pendekatan motivasi. Mengusai pengurusan bilik darjah dan
menanamkan asas agama yang kuku
Menanam minat beragama dan
sensitif kepadanya Menggerak dan menaikkan emosi murid supaya cintakan agama Membasmi
kejahilan beragama berasaskan pendidikan Islam. Melahirkan Jailul Qur'an di
kalangan murid dan meningkatkan cara hidup Islam dikalangan murid serta mewujudkan
nafsu mutmainnah di kalangan murid. Mewujudkan ciri-ciri tamadun Islam di
sekolah dan luar sekolah, membanteras kemungkaran dan kesesatan di kalangan mereka
dengan cara yang baik. Membentuk iklim sekolah dengan nilai agama serta keterampilan
yang perlu dimilikki oleh guru agama. Lebih berdidikasi. Cemerlang melaksanakan
tugas. Membantu murid untuk menjadi seorang muslim yangberakhlak, berilmu,
beriman, beramal dan bertaqwa Memahami falsafah, matlamat dan hasrat
pendidikanIslam. Meningkatkan ilmu yang sedia ada. Pendekatan pengajaran yang
boleh menimbulkan minatpelajar. Menguatkan ukhuwwah dan gerakan sesama guru
pendidikan Islam
Secara
ringkas, seperti yang kita tahu, banyak sifat dan akhlak Nabi Muhammad SAW yang
boleh dipelajari termasuk tawaduk, pemalu, siddiq (benar), amanah (boleh
dipercayai), tabligh, fatanah, tabah, syukur, pemaaf,
bertakwa, beristiqamah, ikhlas, khusyuk, zuhud (hidup soleh tidak dikuasai
kemewahan dan keseronokan dunia), lemah lembut dan bijaksana. Sebagai guru pendidikan
islam sangat menekankan aspek integriti seperti amanah, bertanggungjawab, telus
dan jujur.
Rujukan:
- Sirah Nabawiyah-Perjalan Hidup Rasul Yang Agung Syeikh Shafiyurrahman Al-Mubarakfuri Pustaka Ibnu Katsir sdn Bhd
- Lahir cahaya kebenaran sejarah nabi Muhammad s.a.w Haji Husseimy bin Zamburi (Editor Dr Mohd Puzki b.Usop dan Ust Zainal Mat Zain
- Buku Teks Sekolah Rendah Agama Islam Negeri Selangor Susunan oleh Halim bin Tamuri, Anas bin Ayob, Adni bin Ramli
No comments:
Post a Comment