Tuesday, September 9, 2014

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS




KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS


Konsep

“Critical thinking is a reasonable, rejective thinking that focussed on deciding what to believe or not.”  (Robert H. Ennis, 1991)

“Kemahiran Berfikir Secara Kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kesahan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.”  (Som & Mohd, 1998)

Pemikir Yang Bijak/Baik :-

Ø  cekal melaksanakan tugas
Ø  mendengar secara aktif/pendengar yang baik
Ø  bekerjasama dengan orang lain
Ø  jujur dan terbuka ( menerima pandangan orang lain )
Ø  peka dengan fikiran sendiri serta dapat menjelaskan langkah-langkah dan sekuen yang digunakan
Ø  mahir dalam menyoal
Ø  dapat mengubahsuai konsep dan kemahiran dalam pelbagai situasi yang berlainan
Ø  sifat ingin tahu dan inisiatif yang tinggi
Ø  kesediaan mengambil risiko dan cabaran

Ciri-ciri individu yang berfikiran kritis
Ø  melihat sesuatu secara lebih teliti dan terperinci
Ø  mencari huraian lebih tepat
Ø  membuat kesimpulan setelah yakin tentang kebenaran
Ø  berhujah berpandukan bukti
Ø  berfikiran terbuka

Kemahiran - Kemahiran Dalam Pemikiran Kritis
ü  membanding dan membeza
ü  membuat kategori
ü  menyusun mengikut urutan
ü  meneliti bahagian kecil dan bahagian keseluruhan
ü  membuat ramalan
ü  mengusul periksa andaian
ü  membuat inferens
ü  mengesah sumber maklumat
ü  menerangkan sebab

MEMBANDING DAN MEMBEZA

Definisi
Kemahiran Membanding dan Membeza merupakan kemahiran berfikir yang membolehkan anda meneliti persamaan dan kelainan antara dua atau lebih objek, idea, peristiwa dll berdasarkan aspek-aspek tertentu serta membuat huraian atau kesimpulan.
Contoh kemahiran Membanding dan Membeza ialah seperti membanding dan membeza antara Tun Abdul Razak dan Tunku Abdul Rahman, nelayan dan petani, dan segi tiga dan pyramid.
PG membanding dan membeza (lampiran)

MEMBUAT KATEGORI

Definisi
Kemahiran mengkategori ialah akitiviti minda mengelompokkan maklumat, objek atau perkara mengenai sesuatu ke dalam kumpulan atau kelas tertentu mengikut ciri-ciri sepunya yang boleh diperhatikan. 
Kemahiran ini melibatkan kemahiran membanding dan membezakan ciri-cirinya serta mengkelaskannya di dalam kelompok-kelompok yang sesuai : buku, anjing, pokok bunga raya, harimau.
PG Membuat Kategori (lampiran)

MEMBUAT SEKUENS

Definisi
Kemahiran membuat sekuens bererti menyusun atur perkataan, ayat, idea, tugas, tindakan, atau cara, mengikut sesuatu urutan , pola, hierarki atau keutamaan yang dikehendaki.
Contoh : Susunkan tugas-tugas berikut mengikut keutamaan :
§  Siram pokok bunga
§  Baiki tayar basikal yang bocor
§  Buat latihan matematik

MENELITI BAHAGIAN-BAHAGIAN KECIL DAN KESELURUHAN

Definisi
Kemahiran ini merupakan kemahiran berfikir secara kritis yang dapat membantu kita melihat dengan jelas bahagian-bahagian kecil dalam sesuatu benda atau organisma atau sistem serta fungsinya dan kaitan bahagian-bahagian kecil itu dengan keseluruhan

Contoh : kajian tindakan

Ramalan
Merupakan jangkaan terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang mungkin berlaku pada masa akan datang yang buat berdasarkan maklumat dan bukti tertentu

No comments: