Wednesday, September 10, 2014

PENILAIAN Dlm Sosio Emosi




PENGHARGAAN

Assalamualaikum…

Pertama sekali kami bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaannya dapat juga kami menyiapkan tugasan kami yang telah diusahakan selama ini. Tugasan ini amat penting buat kami memandangkan ia merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek Perkembangan Sosio-emosi Kanak-kanak dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak. Seterusnya, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru yang mengajar dalam subjek ini iaitu En. Mohd Radzhi bin Abdul Rahman yang banyak memberikan tunjuk ajar. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan tugasan masing-masing. Ucapan terima kasih juga kepada Kak Julie binti Maat  yang telah banyak membantu kami semasa membuat pemerhatian terhadap anak beliau. Kesabaran dan kerjasama yang diberikan amat dihargai. Budi kalian tidak akan kami lupakan.


PENDAHULUAN

Banyak takrifan yang telah diberikan oleh tokoh-tokoh terkemuka untuk mentakrifkan perkataan sosioemosi. Perkataan sosioemosi terdiri daripada dua perkataan iaitu sosial dan emosi.Menurut Kamus Pelajar Edisi Pertama, sosial bermaksud segala hal yang berkaitan dengan masyarakat atau kemasyarakatan. Manakala Kamus Dewan Edisi Ketiga pula menakrifkan sosial sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Manakala menurut Kamus Advanced Leaner’s English- Malay Dictionary  (2001) menyatakan emosi sebagai perasaan apa sahaja yang meluap-luap seperti kasih gembira, benci, takut,  gembira dan sebagainya

Perkembangan sosial pula adalah satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Menurut Rohani Abdullah, proses ini melibatkan cara berfikir tentang kendiri, orang lain dan perhubungan sosial. Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan orang lain, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri. Identiti sosial dan kefahaman kendiri kanak-kanak berkembang dalam dua peringkat, iaitu kewujudan kendiri dan kategori kendiri (Lewis, 1995; Lewis & Books-Gunn, 1979).

Perkataan emosi berasal daripada perkataan Greek iaitu “emovere” yang membawa maksud “untuk keluar”. Oleh itu, emosi adalah satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya. Emosi juga boleh ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada perasaan emosi.

Ahli psikologi dan fisiologi berpendapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati, tindak balas fisiologi dan pernyataan emosi. Emosi datang dalam berbagai bentuk seperti emosi gembira, sedih, takut, marah dan lain-lain. Tahap emosi juga pelbagai dan secara umumnya emosi dikelaskan sebagai emosi positif seperti gembira, teruja, girang dan emosi negatif pula adalah seperti marah, sedih, kecewa dan lain-lain.Oleh itu, sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat.Emosi merupakan sesuatu perasaan jiwa yang kuat.

Definisi Sosioemosi

Mengikut Daniel Goleman, dalam bukunya Emotional Intelligence (1997), emosi merujuk kepada perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak. Jenis-jenis emosi; pendapat Goleman (1997), mengenalpasti 8 jenis emosi ynag utama:

Marah
Hairan
Sedih
Benci
Takut
Malu
Gembira
Sayang

J. B. Watson (1878-1958) ahli psikologi di Amerika Syarikat telah mencipta istilah Behaviorisme untuk menghuraikan tingkahlaku manusia. Kajian beliau dipengaruhi oleh Teori Pelaziman Klasik Pavlov iaitu tentang emosi kanak-kanak dengan menggunakan Model Pelaziman Klasik. Misalnya berkelip-kelip mata, bersin apabila hidung gatal dan sebagai gerakan yang berlaku secara semulajadi adalah tingkahlaku yang diwarisi dan tidak perlu dipelajari.

Watson juga mengkaji tentang pembelajaran emosi manusia. Manusia mewarisi 3 jenis emosi semulajadi, iaitu takut, amarah dan kasih-sayang. Mengikut Dobson Strack (1993) kanak-kanak mempunyai inklinasi untuk mempunyai sikap memberontak, mementingkan diri sendiri, tidak jujur, mengeksploitasi dan tamak. Tingkahlaku ini tidak perlu diajar pada mereka. Ia adalah pernyataan sifat kemanusiaan mereka (A child is naturally inclined toward rebellion, selfishness, dishonesty, aggression, exploitation, and greed. He does not have to betought these behaviours, They are inevitable expressions of his humanness ((Strack ms 13)). Ini bermaksud jika kanak-kanak tidak diberi didikan yang mencukupi mengenai nilai moral kanak-kanak itu akan terdorong melakukan tingkahlaku yang tidak baik untuk diri mereka.

Menurut pandangan islam pula, emosi merupakan sebahagian daripada fitrah kejadian manusia. Islam menerangkan tentang manusia melalui ayat-ayat al-Quran, daripada dua unsur iaitu unsur material dan unsur spiritual. Unsur material iaitu berkaitan unsur jasmani yang terbina daripada darah, daging, dan tulang.
Firman Allah dalam surah al-Mukminun (23):12-14.

Unsur spiritual pula berkaitan dengan unsur roh, nafsu, hawa dan akal seperti dalam surah al-Nahl(16):78. Berdasarkan ayat-ayat al-Quran, hadis dan para ulama’ tentang kejadian manusia yang terdiri daripada unsur jasmani dan rohani, maka Islam tidak pernah menafikan tentang wujudnya emosi dalam diri manusia. Malah al-Quran telah menggambarkan beberapa bentuk emosi yang terdapat dalam diri manusia. Menurut Tokoh Islam iaitu Iman al-Ghazali mengatakan emosi takut merupakan perasaan yang ada pada diri manusia. Manusia akan merasa takut ketika berhadapan dengan perkara yang merbahaya dan mendatangkan kerosakan. Perasaan takut yang ada pada manusia terbahagi kepada  beberapa jenis iaitu takut kepada Allah, takut kepada manusia, takut kepada kematian dan takut kepada miskin. Emosi marah pula merupakan naluri semulajadi manusia yang sedia wujud. Emosi marah yang tidak dapat dikawal dan menurut hawa nafsu adalah dilarang dalam Islam kerana ia boleh membawa kepada kerosakan diri dan orang lain. Allah s.w.t menyeru manusia supaya menahan marah seperti dalam firmannya dalam surah Ali Imran (3):134

Emosi benci mempunyai kebaikan dan keburukannya. Kebaikannya ialah apabila manusia benci melihat kemungkaran yang berlaku akan mendorong manusia untuk memperbetulkan keadaan tersebut manakala keburukannya pula ialah apabila emosi benci tidak dapat dikawal boleh membawa kepada permusuhan dan pergaduhan. Dalam al-Quran yang menceritakan tentang wujudnya emosi benci dalam diri manusia adalah seperti dalam surah al-Baqarah (2):216

Secara amnya, emosi adalah perasaan atau kompenen efek dalam tingkah laku seseorang manusia (Lefrancois,2001) Santock ( 1998 ), seorang ahli psikologi perkembangan mendefinasikan emosi sebagai perasaan atau efek yang melibatkan satu gabungan rangsangan fisiologi ( physiological arousal ) seperti degupan jantung yang laju dengan tingkah laku yang nyata seperti senyum. Emosi boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu emosi yang positif dan emosi yang negatif.

Emosi yang tergolong dalam kategori emosi yang positif adalah seperti rasa gembira, seronok, ghairah, dan bersemangat. Emosi yang negatif pula adalah terdiri daripada emosi yang mempunyai nada yang negatif seperti cemas,marah,sedih,rasa bersalah,dan sebagainya.Kanak-kanak dikatakan boleh mengalami kedua-dua jenis emosi ini serentak.

Pensyarah Psikologi Perkembangan Dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Mastura Badriz, berkata ilustrasi emosi yang terlihat dalam kehidupan harian kanak-kanak berfungsi sebagai satu cara bagi komunikasi untuk memberitahu dan menyatakan keperluan mereka.

TUJUAN PENILAIAN

Tujuan penilaian sosioemosi dilakukan adalah untuk menilai tahap perkembangan kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke kebawah berkembang mengikut usianya ataupun sebaliknya. Sepanjang pertempuan kami sebanyak dua siri didapati kanak-kanak yang kami nilai iaitu adik Mahir sosioemosinya berkembang amat baik sekali sepertimana kanak-kanak normal.Kami juga telah memerhati perkembangan sosial dan tahap emosi Adik Mahir serta menilai sejauh mana seseorang kanak-kanak sepertinya dapat bergaul dengan orang yang baru dikenalinya. Selain dari itu tujuan penilaian adalah untuk mengetahui tingkahlaku seorang kanak-kanak terhadap persepsi yang dilakukan

Tujuan Penilaian telah dibuat dengan menggunakan rekod skala kadar untuk melihat keberkesanan aktiviti  ini terhadap perkembangan emosi kanak-kanak. Rekod skala kadar secara umumnya digunakan untuk merekod tingkahlaku murid-murid yang diperhatikan serta tahap pencapaian mereka. Penilaian terhadap kemahiran atau amalan dibuat berdasarkan skala tertentu. Skala yang digunakan boleh dinyatakan secara angka atau gred. Contohnya:

·         A – Cemerlang
·         B – Baik
·         C – Sederhana
·         D – Perlu bimbingan

Guru perlu menentukan perkara-perkara berikut dalam merancang skala kadar iaitu tajuk, kemahiran yang hendak dinilai atau petunjuk tingkah laku dan aktiviti yang dinyatakan dengan jelas. Borang skala kadar ini boleh digunakan bagi menilai murid secara individu, kumpulan atau kelas. Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapat maklumat yang tepat.

Antara perkembangan sosial yang kami dapat  perhatikan ke atas Adik Mahir adalah:
a.       Memerhatikan cara Adik Mahir berinteraksi dan berkomunikasi
b.      Adakah Adik Mahir  dapat membina sifat kendiri yang positif, berani, yakin diri, dan mempunyai sifat malu yang bertempat.
c.       Mendisiplinkan diri atau tidak
d.      Kemampuan Adik Mahir untuk mengawal emosinya.
e.       Boleh mengawal rasa marah atau tidak, membentuk kasih sayang, menghormati serta menghargai orang lain.
Perkembangan sosial-emosi melibatkan proses sosialisasi  yang menumpukan kepada tingkahlaku sosial, penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran dan lingkungan sosial kanak-kanak dengan  mengikut cara yang boleh diterima oleh masyarakat dan budaya.

MUDAH TERSINGGUNG PERASAAN DAN SENSITIF

Dalam tugasan sosioemosi kali ini kamai memilih seorang kanak-kanak yang berumur 1 tahun 11 bulan untuk dijadikan penilaian mengenai sosioemosinya. Kanak-kanak ni bernama Mahir bin Sudirman. Mahir yang mempunyai berat badan lebih kurang 13 kg Mukanya sedikit bulat, kulit cerah dan berbadan gempal.

Melalui penilaian pertama yang kami buat pada 3hb 12.2012 Adik Mahir seorang yang mudah senyum dan peramah. . Semasa sesi pertemuan dengannya adik Mahir tidak mahu dengan cikgu Aishah..Adik Mahir sebenarnya seorang yang sensitif dan mudah merajuk.tetapi cepat reda rajukannya sekiranya dipujuk. Semasa aktiviti dijalankan adik Mahir sentiasa bersama abangnya Muas.Aktiviti yang dibuat ialah  menyusun bekas minuman pada mulanya adik Mahir tidak menunjukan apa-apa reaksi malah adik Mahir terus menyusun bekas minuman bersama abangnya Ini kerana Adik Mahir sayang pada abangnya  lagi pun diantara Mahir dengan abangny jarak umur tidak sampai 2 tahun.dan kerana itu ia selalu  denagn abangnya.Untuk mendapatkan perasaan mudah tersinggung dan sensitive agak payah jika dalam masa yang singkat.Setelah dilakukan aktiviti  Lain pula semasa penilaian kedua pada 17hb 12.202 dimana aktiviti bermain bola dilakukan. Adik Mahir menunjukkan reaksi dengan tidak puas hati kepada adiknya yang merebut bola darinya. Adik Mahir merajuk dan cuba hendak mengambil bola tersebut tapi dihalang oleh adiknya. Adiknya menanggis menyebabkan adiki Mahir tidak mahu mengambil bola dari adiknya.Disini kami membuat andaian walaupun adik Mahir yang seorang yang sensitif tetapi masih ianya masih boleh mengawal kesnsitifnya terutama apabila dia bersaman adiknya.

Kesimpulan daripada pemerhatian kami, setiap kanak-kanak mempunyai emosi yang berlainan pada masa-masa yang tertentu. Sifat tersinggung apabila barang yang disukai diambil oleh orang lain adalah perasaan semulajadi manusia yang memang lumrah didunia bukan sahaja kanak-kanak tetapi remaja, dewasa mengalami perasaan yang sama. Cuma keadaan persekitaran dan sebab yang membezakan emosi semulajadi ini berlaku pada manusia. sifat sensitif selain didapat dari keturunan atau bawaan, juga merupakan hasil dari perjalana hidup orang itu sendiri. menurut hasil penelitian, perasaan sensitive timbul dari kurang  kepercayaan diri dan tidak kepercayaan pada orang yang tidak dikenali,

SELALU MENGADU BERASA BOSAN

Pemerhatian satu dan  dua, dan penilaian yang dibuat terhadap Adik Mahir tidak Nampak dia menagadu dan berasa bosan. Ini kerana adik Mahir ramai kawan-kawan pada masa penilaian dibuat itu. Jadi perasaan rasa bosan tidak timbul. Semasa penilaian pertama aktiviti dijalankan ialah bermain baling bola bersama abangnya. Manakala semasa penilaian kedua aktiviti menyusun bekas minuman yang telah diwarnakan jadi sepanjang aktiviti itu adik Mahir tidak menunjukan rasa bosannya. Ini mungkin  pada pendapat kami, pada peringkat permulaan, Adik Mahir belum mengenali erti bosan dan adik Mahir tetap  mesra

Adik Mahir tidak selalu mengadu rasa bosan kerana kanak-kanak seperti usianya tidak tahu apa itu erti bosan. Baginya yang peting segala keperluan apa yang diinginkan ianya dapat. Sekiranya tidak dapat ianya akan beralik kepada benda yang lain. Contoh kalau dia rasa yang diingin tidak penuhi ia akan beralih melihat iklan di tv jadi rasa bosannya tidak berpanjangnya, hanya sepintas lalu sahaja. Lagi pun dunia kanak-kanak seumpama ini hanya tahu main sahaj.

Oleh itu sepanjang pemertian kami sebanyak dua kali keatas adik mahir jelas lah tiada selalu mengadu  rasa bosan sama ada pada penjaga dan pada kami yang turut berada disitu.Menurut Jean piaget kanak-kanak yang berumur 2th kebawah menggunakan deria motornya untuk memahami dan berintrasi dengan pesekitaran. Maka dengan sebab itu kanak-kanak yang berusia 2 tahnu kebawah belum faham apa itu bosan. Kanak-kanak seperti adik Mahir baru berada pada peringkat perkembangan..

KELIHATAN MURUNG DAN  SELALU SEDIH.

Semasa sesi penilaian yang dibuat terhadap adik Mahir, dari pemerhatian satu dan kedua didapati  Adik Mahir tiada kelihatan murung dan selalu sedih. Ini kerana beliau sentiasa dikelilingi rakan-rakan untuk bermain bersamanya dan beliau juga mempunyai abang yang  menyanyanginya dan berada disisinya.jadi sepanjang sesi pertemuannya adik Mahir tidak kelihatan murung, hanya sedih dan menangis sahaja itu pun sekiranya yang dikehendaki tidak ditunai.

Tabiat yang ditunjukkan oleh adik Mahir adalah sesuatu perkara yang lazim bagi kanak-kanak yang sebaya denganya. Kanak -kanak yang sebegini sering dipujuk dengan beri makan minum atau tidur, tapi ianya akan memberi alasan dia selalu berdalih.dan sering mengatakan  ' tak mahu ' atau menggeleng -gelengkan kepala Kanak-kanak pada peringkat ini ada juga berlaku kemurungan terutama apabila ibubapa atau orang yang terdekat dengan mereka tiada disisinya. Kanak-kanak ini akan berasa sedih dan setiasa memanggil ibu atau bapa. Tapi ini tidak berlaku pada adik Mahir kerana adik Mahir mempunyai ibubapa dan keluarga yang amat menyanyanginya.“Walaupun begitu, boleh dikatakan jarang kanak-kanak boleh menerima kemurungan emosi kerana pada peringkat umur tersebut, mereka tidak akan memendam perasaan sebaliknya melahirkan rasa tidak puas hati dengan cara memberontak atau menangi. Oleh itu sepanjang berada bersama dengan adik Mahir kami tidak dapat melihat adik Mahir murung dan selalu bersedih.

PANAS BARAN DAN CEPAT BERGADUH

Panas baran @ ‘kepala angin’ yang disebabkan kesukaran menangani perasaan marah menyebabkan seseorang itu hilang malu, sanggup bertindak di luar batasan dan tidak mustahil boleh mencederakan orang lain. Perasaan marah yang tidak terkawal boleh memusnahkan apa saja dan boleh menyebabkan pergaduhan Perkara sedemikian biasanya belaku pada remaja dan orang dewasa lain pula dengan kanak-kanak yang berumur dibawah 2 tahun. Walaupun emosi marah dan bergaduh itu ada pada sesiapa sahaja namun ianya tidaklah serius ada pada kanak-kanak.

Dari pemerhatian pertama dan kedua terhadap adik Mahir didapati  Adik Mahir ada sikap  panas baran dan cepat bergaduh. Ini jelas dilihat apabila aktiviti bermain bola dijalankan bilamana adik Mahir tidak dapat bola dari abang dan rakannya dia akan cepat marah. Kadang-kadang juga adik Mahir cuba mencari sebab untuk bergaduh dengan rakan sebayanya. Tapi bagi kanak-kanak ini adalah cara beliau untuk berkomunikasi diantara satu sama lain.

.kanak -kanak pada usia dua tahun memang sering menunjukkan sikap ' panas baran ' jika kemahuannya tidak diturutkan. Pada usia semuda ini, dia hanya mementingkan diri sendiri. Perasaan orang lain tidak dihiraukannya. kanak -kanak yang sebegini sering dipujuk makan minum atau tidur, dia selalu berdalih. Dia sering mengatakan  ' tak mahu ' atau menggeleng -gelengkan kepala. Emosi yang sedemikianlah yang biasa pada kanak-kanak yang sedang dalam peringkat perkembangan.

MUDAH MENANGIS

Kanak-kanak pada usia bawah 2 tahun memanglah mudah menangis kerana dengan cara ini ia merasakan mudah meraih simpati dari ibubap atau orang yang hamper disekelilingnya. Sepanjang pertemuan dan penilaian yang dibuat terhadap adik Mahir beliau juga merupakan sebahagian dari keterangan diatas. Ini jelas dilihat semasa aktiviti bermain bola sesi petama.di mana sewaktu bola itu dibaling dan adik Mahir tidak dapat bola tersebut kerana bola itu ditangkap oleh abangnya. Jadi semasa dia berkehendakan bole itu tapi dihalang oleh abangnya jadi adik Mahir pun menanggis malah sampai berguling badannya. Ini jelas kita lihat bahawa kanak-kanak seusia adik mahir memang cepat menanggis. Kami juga membuat tinjauan dengan pengasuhnya, di mana beliau menceritakan bahawa adik Mahir boleh menanggis dengan nada suara yang kuat sekiranya dia terjaga dari tidur dan ketika itu tiada pula orang biasa mendampinginya maka adik mahir akan menanggis sekuatnya sehinggalah pengasuh datang untuk menepuknya.

Semasa penilaian kedua pula adik mahir kurang menunjukan yang beliau cepat menanggis. Mungkin semasa kedatang kami adik Mahir sudah bersedia dimana pada waktu itu beliau baru sahaja selesai sarapan pagi dan minum susu. Kebetulan juga kami ada membawa gula untuk diberi kepadanya, jadi adik Mahir menunjukkan mood yang baik. Seperti pertemuan pertama aktiviti bermain bola dan kali dua juga akativiti bermain mengolek bola kepada kawan-kawan. Adik mahir sabar menunggu gilirannya namun kesabarannya teruja juga dimana ia merasakan bahawa kawannya tidak mahu menggolekkan bola kepadanya.Apabila bola terus bergolek kepadanya Adik mahir terus menangkap dan tida mahu melepaskannya. Abangnya cuba untuk mengambil bola tersebut daripada adiknya tetapi Mahir dengan sepontannya melarikan boleh dan menunjukan muka rasa tidak puas hati.Lagi satu adik Mahir tidak suka barangan yang dipengang dan diambil oleh sesiapa sahaja. Ini akan menyebabkan adik Mahir akan cepat menanggis.

MEMBEZAKAN JENIS EMOSI BERDASARKAN MIMIK MUKA

Dalam pertemuan pertama kami dengan adik Mahir memang sungguh menghiburkan Ini kerana adik Mahir begitu cepat mesra. Melalui penilaian pertama kami, Adik Mahir ada juga menunjukkan emosi malu tapi mahu sebab beliau baru hendak mengenali kami.. Mimik muka Adik Mahir menunjukan yang dia masih berasa malu dan segan denagan kedatngan kami seolah-olah macam dia tahu yang kami ini hendak merakam reaksi dia.Adik Mahir  mendiamkan diri dan  memberikan senyuman kepada kami apabila disoal dan mengetahui gambarnya direkod. Lagi pun adik mahir belum begitu petah berkomunikasi.

Semasa membuat aktiviti iaitu member berberap bekas minuman yang dibuat dari kertas, didapati Adik Mahir hanya menyusun cawan tersebut sambil mengetuk-ngetuk cawan tersebut dilantai. Adik Mahir tidak member apaapa respon terhadapm kami.Adik Mahir terus sahaja bermain dengan abangnya..Lain pula selepas adik Mahir makan tengah hari dia mula  menunjukkan minat serta ingin tahu yang tinggi untuk bersama-sama melakukan aktiviti tersebut. Adik Mahir telah mula menunjukan mimik muka yang menyenangkan.Lain pula semasa kedatangan kami yang kali kedua adik Mahir menyambut kedatangan dengan begitu mesra sekali. Bila pengasuhnya suruh bersalam denagn kami adik Mahir terus bersalam malah sudah boleh dipegang dipeluk denagn mesra. Begitu lah kanak-kanak yang berumur dibawah 2 tahun. Menurut jean piaget menyatakan bahawa kanak-kanak yang berumur bawah 2 tahun memang suka dan peka dengan sentuhan.Pada sisi pertemuan kedua ini juga adik Mahir telah menunjuk mimik muka dengan mulut dipanjangkan kehadapan dan sungguh kelakar sekali. Apa yang dikata oleh pengasuhnya jika dia buat macam itu menandakan dia sedang dalam emosi gembira.

Kesimpulan daripada pemerhatian kami, memang benar kanak-kanak ini suka dibelai dan dipeluk terutama orang yang terdekat dengannya.

MENCERITAKAN PERASAAN GEMBIRA, SEDIH, MARAH DAN TAKUT

Kita sebagai orang dewasa atau ibubapa mestilah luangkan masa untuk bersama-sama dengan anak-anak supaya anak-anak dapat meluahkan perasaan gembira, sedih, marah dan takut.dan kit mestilah jadi  pendengar yang baik kepada kanak-kanak dan dengari apa yang mereka rasa, apa yang mereka perlukan, dan apa yang mereka suka serta sebaliknya. Beri perhatian semasa kanak-kanak bercerita, dan meluahkan perasaan.Semasa sesi penilaian pertama kami,mendapati adik Mahir menunjukan rasa sedihnya dengan menaggis sambil memegang kaki dan melahirkan rasa sedih yang teramat sangat seolah-olah ada Sesutu yang menganggu emosinya.sehingga adik Mahir menanggis Keadaan sedemikian berlaku selepas adik Mahir makan tengahari.Telah menjadi rutinnya selepas setengah makan adik Mahir akan tidur. Jadi semasa penilaian yang kami buat telah mengaggu masa tidurnya. Jadi adik mahir menanggis dan merayu minta simpati dengan salah seorang anak pengusaha.dengan memeluk kaki. Ketika juga hati kami sebab melihat reaksi adik Mahir dimana kita sebagai guru atau pengasuh perlulah bersikap penyang kepada kanak-kanak. Ini jelas kita lihat sudah pastinya anak pengusaha tempat Adik Mahir dijaga itu seorang yang penyanyang.Ini akan tunjuk kemanjaan adik Mahir dengan orang disayangi dan orang telah dia kenali

Melalui penilaian kedua kami, Adik Mahir sangat suka dan gembira bersama Cikgu Aishah dengan melakukan pelbagai aktiviti. Aktiviti yang dibuat adalah seperti mewarna,. Beliau tidak menunjukkan sikap takut melakukan aktiviti-aktiviti tersebut. Malah beliau sangat teruja dan berkeyakinan dalam setiap tingkahlakunya.   Setelah selesai  semua aktiviti.dapatlah satu kesimpulan daripada pemerhatian kami, dengan menjalankan pelbagai aktiviti kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu tanpa disedari oleh mereka melalui pergaulan dan juga dengan persekitaranya. Kita tahu bahawa kanak-kanak yang berada dibawah umur 4 tahun mudah dan belajar serta tahap inilah masa yang paling baik untuk kita terapakan nilai-nilai yang baik untuk nya.

MENYATAKAN  SESUATU YANG DISUKAI DAN TIDAK DISUKAI

Melalui penilaian pertama kami, Adik Mahir amat memberikan kerjasama  yang sepenuhnya  Sepanjang sesi penilaian dibuat adik Mahir amat suka denagn bergambar. Walau pun waktu dia menanggis bila kita ambil gambarnya dia akan mmeberi respon dengan Cikgu akan menunjukkan kemesraan kepada orang yang tidak dikenali dengan mudah dan cepat,apa tah  lagi apabila mengetahui dirinya sedang dirakam.

Melalui penilaian kedua kami, Adik Mahir sukakan aktiviti mewarna, kerana beliau dapat mewarna penuh satu kertas lukisan yang diberi dengan sabar dan mengikut arahan yang cikgu berikan tetapi tidak boleh lama dengan aktiviti itu.Adik Mahir boleh mengikut apa juga akativiti yang berkesuaian dengan umurnya tetapi dia tidak suka akativiti begitu lama. Adik Mahir akan segera bangun dan berjalan-jalan kesana ke mari malah akan mengacau kawan yang lain. Mengikut teori pembelajaran Kognitif Piaget isi pelajaran hendaklah disusun mengikut perkembangan kognitif kanak-kanak. Begitu juga dalam pemilihan permainan supaya mainan itu sesuai dengan usia kanak-kanak.Bagi kanak-kanak yang seusia 2 tahun ke bawah tahap penumpuan kepada sesutu akativiti hanya seketika sahaja. Selebihnya adalah bermain dan pergerakan bebas.

Adik Mahir akan myatakan “tak nak” kepada sesuatu benda yang kita beri sekirannya benda atau makan tersebut bukan kesukaannya.Contoh sayur, adik Mahir memang tidak suka untuk makan sayur jadi dia tidak akan makan walaupun disuap malah dia akan mengelenkan kepala dan kadang-kadang dia berkata “tak nak”

NAMPAK MALAS DAN TIDAK MENGENDAHKAN APA YANG BERLAKU

Sikap malas memang ada dikalangan semua manusia cuma ditahap serius atau pun tidak. Bagi kanak-kanak yang berumur 2 tahu agak sukar bagi kita hendak mngukur malas atau pun tidak. Apa yang boleh kita klasifikasikan ialah bila kita suruh atau minta tolong ambilkan sesuatu yang mudah seperti lampin, pampers untuk kegunaannya. Jika permintaan yang kita suruh kanak-kanak itu buat maka waktu itu dan ketika itu ia kanak-kanak yang rajin. Tepi kebiasaannya kanak-kanak yang seusia adik Mahir adalah kanak-kanak yang rajin dan aktif kerana kanak-kanak ini seka meneroka.Semasa sesi pertemuan pertama dan kedua dengan adik Mahir ada menunjukkan sikap malas dan tidak mengendahkan apa yang berlaku. Bagi kanak-kanak berumur 0-2 tahun Jerome Bruner berkata peringkat ini adalah peringkat Enaktif, peringkat ini adalah serupa dengan peringkat Deria Motor, dan banyak aktiviti yang dilakukan adalah berdasarkan kepada pergerakan anggota badan kanak-kanak itu sendiri.

Adik Mahir semasa penilaian dibuat didapati ada juga Nampak malas dan tidak menendahkan apa yang contohnya semasa kami memberi keropok kepadanya. Pada mulanya adik Mahir meminta berkali-kali dan apabila dia telah mendapt keropok itu  dia kelihatan suka sekali. Apa yang menarik perhatian kami apabila adik Mahir memdapat keropok itu, adik Mahir terus beredar, pada pandangan kami adik mahir mungkin mencari tempat duduk  api sebaliknya. Adik Mahir memcari kawasan yang tidak ganggu oleh seseiapa. Adik Mahir  telah berbaring didalam rak buku yang terbuka sambil mengunyah makan. Dia dengan senang hati berbaringan didalam rak buku itu.. Adik Mahir sedikit pun menghiraukan apa yang berlaku disekitarannya.  Adik Mahir merasa selamat berbaringan didalam rak buku tanpa gangguan sesiapa pun. Semasa kehadiran kami kali kedua ketempat tersebut adik Mahir tidak menujukan reaksi diatas malah dia sibuk dengan hal sendiri.

SELALU MENGADU

Semasa pemerhatian dan penilaian yang dibuat didapati Adik Mahir  menunjukkan sikap tidak suka mengadu kerana  adik Mahir yang selalu suka usik  kawan-kawan yang lebih kecil umurnya daripadanya. Tapi jika dia yang diusik oleh orang lain dia akan mengadu dengan menanggis sekuatnya dan akan balas kembali.

BERTOLAK ANSUR DAN BEKERJASAMA SEMASA MENJALANKAN AKTIVITI

Melalui penilaian pertama kami, Adik Mahir ada mempunayi sikap tolak  ansur melihatkan sikap bertolak ansur   yang sepenuhnya  dengan , ini kerana sifat malu beliau lebih tinggi dan tidak mesra menyebabkan  masih rasa takut  dan tidak menunjukkan persepsi seperti yang kami inginkan.

Melalui penilaian kedua kami, semasa menjalankan aktiviti bermain boling botol, Cikgu Hafizah telah mengarahkan supaya Adik Mahir untuk mengambil botol yang disimpan di dalam beg dan menyusun botol tersebut di dalam bulatan yang telah disediakan. Adik Mahir dapat memberikan kerjasama yang baik kerana beliau kelihatan bersemangat serta cepat mengambil tindakan sambil berlari-lari untuk mendapatkan botol daripada Cikgu Hafizah dan menyusunnya.

Selain itu aktiviti yang jelas memperlihatkan Adik Mahir seorang yang bertolak ansur dan bekerjasama adalah ketika bermain aktiviti reben, beliau mengikut peraturan beratur dahulu sebelum bermain. Adik Mahir juga memberi rakan-rakan lain bermain bersama-sama walaupun sebenarnya kami hanya  merekod gambarnya sahaja.

Kesimpulan daripada pemerhatian kami, sebenarnya keseluruhan dapat dinyatakan Adik Mahir bersifat mudah bertolak ansur dan berkerjasama dalam semua aktiviti yang kami lakukan. Segala kerja pada hari itu amat memudahkan kami.

INGIN MENCUBA SESUATU YANG BARU  TETAPI  PANIK  DAN TARIK DIRI  PADA SAAT AKHIR

Adik Mahir tidak menunjukkan tingkahlaku panik dan tarik diri pada peringkat awal pemerhatian kami. Malah beliau menunjukkan sikap teruja dengan Cikgu Hafizah dan cuba mendekati cikgu untuk bersama-sama membuat aktiviti yang mudah.

Melalui penilaian kedua, ada aktiviti yang mencabar Adik Mahir untuk melakukannya. Pemerhatian kami, beliau menunjukkan muka yang selamba dan bersahaja. Antara aktiviti itu adalah melambung botol ke atas dan menagkap botol dengan menggunakan kedua-dua tangan. Beliau tidak begitu yakin dan tidak   dapat membuat dengan baik, begitu juga dengan aktiviti bermain reben, beliau mengajak kakaknya untuk menemaninya disebelah. Beliau berasa takut tetapi tidak berasa panik dan menarik diri pada saat akhir.

Kesimpulan daripada pemerhatian kami, kanak-kanak akan berasa tidak yakin untuk menerima pembaharuan dalam hidup mereka.

MENUNJUKKAN SIFAT MENYAYANGI SESAMA RAKAN

Setiap insan dianugerahkan dengan mempunyai sifat penyanyang. Dari pemerhatian pertama yang kami buat Adik Mahir adalah anak yang disayangi semua ahli keluarga. Sifat kasih sayang dapat ditunjukkan apabila ibunya dan kakaknya bernama Tika menemani beliau sepanjang aktiviti penilaian ini dilaksanakan. Beliau juga disenangi oleh kawan-kawan lain terutama Adik Marisa yang suka bermain bersamanya.

Melalui pemerhatian kedua kami, pada permulaan membuat aktiviti mewarna, Adik Mahir ada mengajak kawan-kawanya untuk bersama-sama mewarna kertas lukisan sehingga selesai. Jika Adik Mahir seorang yang tidak peduli dengan rakan-rakannya pasti beliau tidak mengajak mereka untuk mewarna kertas lukisan tersebut.

Kesimpulan daripada penilaian pertama dan kedua kami, kanak-kanak ibarat kain putih, ibubapalah yang perlu mencorakkanya. Jika corak itu cantik, maka cantiklah segala tingkahlaku kanak-kanak itu, tetapi jika sebaliknya maka tidak eloklah tingkahlaku kanak-kanak itu.

BERKOMUNIKASI  SECARA VERBAL DAN NON-VERBAL

Melalui penilaian pertama kami, Adik Mahir tidak pandai lagi berkomunikasi secara verbal kerana   belum sampai tahapnya..Adik Maher hanya boleh memanggil mama,ibu, dan mengajuk apa yang orang lain cakap. Jadi adik Maher boleh berkomunikasi secara non verbal sahaja.

Melalui penilaian kedua kami, Cikgu Hafizah datang lewat sedikit, Adik Mahir menunjukkan reaksi yang tidak sabar dan asyik bertanya bila cikgu nak sampai rumah?.Apabila beliau melihat Cikgu Hafizah, Beliau sangat ceria dan tidak sabar belajar untuk dengan Cikgu. aktiviti. Kami memulakan aktiviti  bermain lego, mewarna, boling botol dan reben. Beliau tidak menunjukkan sikap takut melakukan aktiviti-aktiviti tersebut. Malah beliau sangat teruja dan berkeyakinan dalam setiap tingkahlakunya.   Setelah selesai bermain semua aktiviti, Cikgu Ara ada bertanya antara banyak aktiviti-aktiviti yang dibuat, Aktiviti yang mana paling disukai oleh Adik Mahir?, beliau menjawab aktiviti  bermain reben walaupun pada permulaannya, beliau berasa takut dan tidak yakin boleh melakukan dengan baik sebelum mencubanya, tetapi setelah mencuba permainan tersebut beliau sangat suka. Ini mungkin adalah kerana  permainan reben adalah permainan baharu dan berlainan  daripada permainan lain yng beliau pelajari.

Kesimpulan daripada pemerhatian kami, dengan menjalankan pelbagai aktiviti kanak-kanak dapat berkomunikasi bersama kawan-kawan dan menambah pengetahuan ayat dengan bermain tanpa mereka disedari. Contoh, perkataan reben, mungkin Adik Mahir belum mengenali bahan tersebut sebelum ini.Jadi Adik Mahir telah mempelajari perkataan baru pada hari itu.

MENYATAKAN PELBAGAI CARA BERFIKIR UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH

Kesimpulan dari pemerhatian 1 dan pemerhatian 2 didapati Adik Mahir masih belum dapat mencapai cara berfikir untuk menyelesaikan masalah. Adik Mahir seorang yang baik  dan mendengar  arahan cikgu.

KESIMPULAN

Kemahiran bersosial adalah sesuatu yang lebih kompleks daripada komunikasi sosial kerana ia memerlukan perkongsian emosi, bertimbang rasa, boleh mengikut giliran. Kesimpulannya, aktiviti yang dilaksanakan dapat membantu meningkatkan perkembangan sosialisasi dan bahasa kanak-kanak. Matlamat dan objektif kajian juga telah tercapai dimana Adik Mahir telah dapat membina hubungan dan tingkahlaku yang baik, bekerjasama secara harmoni dengan rakan, berkomunikasi dengan baik. Oleh itu, sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat.

Perkembangan Sosioemosi merupakan perkembangan penguasaan emosi dan kemahiran sosial yang matang. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat. Perkembangan emosi dan sosial yang sihat, sangat penting dalam kehidupan seseorang. Aspek ini akan mempengaruhi pembelajaran murid.

Perkembangan Sosioemosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan menguruskan emosi sendiri, diikuti dengan pencapaian emosi yang positif. Keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid memahami keperluan, emosi dan pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial dalam kehidupan masyarakat majmuk yang mesra dan harmoni.

Komponen perkembangan sosioemosi memberi penekanan kepada kebolehan dan keyakinan untuk menghadapi kehidupan seharian yang penuh dengan pelbagai cabaran. Oleh itu, komponen ini perlu disepadukan melalui aktiviti pembelajaran komponen lain.

Melalui penilaian kedua kami, Adik Mahir sangat suka dan gembira bersama Cikgu Aishah dengan melakukan pelbagai aktiviti. Aktiviti yang dibuat adalah seperti mewarna,. Beliau tidak menunjukkan sikap takut melakukan aktiviti-aktiviti tersebut. Malah beliau sangat teruja dan berkeyakinan dalam setiap tingkahlakunya.   Setelah selesai bermain semua aktiviti.Kesimpulan daripada pemerhatian kami, dengan menjalankan pelbagai aktiviti kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu tanpa disedari oleh mereka melalui pergaulan dan juga dengan persekitaranya.

4.0 RUJUKAN

  • Buku Perkembangan  Pendidikan Prasekolah untuk Kursus Persediaan dan KPLI
(Pendidikan Awal kanak-kanak)

5.0 LAMPIRAN

Tabiat -tabiat yang biasa ditunjukkan oleh kanak -kanak
Tabiat yang ditunjukkan oleh kanak -kanak adalah sesuatu perkara yang lazim tetapi kadangkala cukup merunsingkan ibu bapa mereka. Umpamanya, kanak -kanak pada usia dua tahun memang sering menunjukkan sikap ' panas baran ' jika kemahuannya tidak diturutkan. Pada usia semuda ini, dia hanya mementingkan diri sendiri. Perasaan orang lain tidak dihiraukannya. kanak -kanak yang sebegini sering dipujuk makan minum atau tidur, dia selalu berdalih. Dia sering mengatakan  ' tak mahu ' atau menggeleng -gelengkan kepala.

 Tabiat ini adalah normal. Ibu bapa tidak perlu membuang banyak masa memujuk rayu anak mereka tidak akan berjaya. Seelok -eloknya, turutkan sahaja kemahuannya. Tetapi, jika kemahuannya itu tidak wajar, tidak perlulah dilayani. Kanak -kanak ini akan tahu bahawa menunjukkan sikap panas baran tidak akan membawa faedah. Disamping memberi pendidikan
Tabiat -tabiat yang biasa ditunjukkan oleh kanak –kanak

Tabiat yang ditunjukkan oleh kanak -kanak adalah sesuatu perkara yang lazim tetapi kadangkala cukup merunsingkan ibu bapa mereka. Umpamanya, kanak -kanak pada usia dua tahun memang sering menunjukkan sikap ' panas baran ' jika kemahuannya tidak diturutkan. Pada usia semuda ini, dia hanya mementingkan diri sendiri. Perasaan orang lain tidak dihiraukannya. kanak -kanak yang sebegini sering dipujuk makan minum atau tidur, dia selalu berdalih. Dia sering mengatakan  ' tak mahu ' atau menggeleng -gelengkan kepala.

 Tabiat ini adalah normal. Ibu bapa tidak perlu membuang banyak masa memujuk rayu anak mereka tidak akan berjaya. Seelok -eloknya, turutkan sahaja kemahuannya. Tetapi, jika kemahuannya itu tidak wajar, tidak perlulah dilayani. Kanak -kanak ini akan tahu bahawa menunjukkan sikap panas baran tidak akan membawa faedah. Disamping memberi pendidikan

 “Setiap kanak-kanak mungkin mempamerkan emosi yang berbeza ketika mereka mengalami tekanan. Ia juga sukar dikesan dalam masa singkat kerana simptomnya tidak jelas.
“Kebiasaannya kanak-kanak akan murung, menyendiri, tidak bercampur dengan keluarga atu rakan-rakan, tidak mahu makan dan hilang minat pada aktiviti yang biasa mereka lakukan.
“Walaupun begitu, boleh dikatakan jarang kanak-kanak boleh menerima tekanan emosi kerana pada peringkat umur tersebut, mereka tidak akan memendam perasaan sebaliknya melahirkan rasa tidak puas hati dengan cara memberontak atau menangis.
“Bagaimanapun, ibu bapa tidak boleh kalah dengan tangisan anak-anak kerana ia hanya akan menambah sifat ingin memberontak,” katanya.
Mengulas lebih lanjut, Azhar menjelaskan, tabiat kerap menangis atau memberontak untuk mendapatkan sesuatu memang sering digunakan kanak-kanak dalam menarik perhatian orang dewasa.
“Sebagai ibu bapa, kita adalah orang yang bertanggungjawab membentuk tabiat kanak-kanak dengan syarat mesti konsisten.
“Sebahagian besar ibu bapa berasa malu jika anak mereka meronta-meronta dan menangis di kedai kerana mahukan sesuatu.
“Tip paling baik, jangan beri apa yang dimahukan ketika mereka menangis atau memberontak, sebaliknya beri apabila mereka berkelakuan baik.
“Ibu bapa juga jangan kalah dengan tangisan kerana jika kita mengalah, itu hanya akan menambahkan galak mereka.
“Lama-kelamaan, mereka akan gunakan taktik air mata itu setiap kali permintaan mereka tidak dipenuhi.
“Sebaik-baiknya bersabarlah dengan kerenah mereka dan jangan berputus asa. Katakan ke
Nabi Muhammad SAW pernah berpesan tiga langkah mengatasi rasa marah.
Pertama - Mengawal lidah iaitu berdiam diri dan mengubah posisi (misalnya, jika berdiri hendaklah duduk), mengambil wuduk dan beristighfar serta membaca al-Quran.
Adakah sikap panas baran ini berpunca daripada tahap perkembangan didikan daripada ibu- bapa di rumah?
Panas baran wujud disebabkan kegagalan seseorang itu mengawal emosinya ketika emosinya itu terganggu. Biasanya wujud faktor-faktor yang menjadi pencetus atau dipanggil pemicu (trigger) kepada timbulnya perasaan marah ini. Faktor yang menjadi penyebab perasaan marah itu berbeza-beza bagi setiap orang dan ia bergantung kepada faktor sekeliling , pengalaman dan sejarah seseorang itu dibesarkan. Keadaan sekitar dan rasa dikecewakan menyebabkan timbulnya perasaan marah yang mengakibatkan individu itu dikategorikan sebagai panas baran.

Jenis Emosi atau Perasaan dan implikasi pada kanak-kanak:

Gembira - Membantu kanak-kanak atau remaja berfikir bagaimana melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka bercakap mengenai sesuatu yang mereka sukai.
Marah - Membantu mencari jalan bagaimana menghadapi halangan untuk mendapat sesuatu yang dicitakan dan mengenal erti kesabaran, belajar melahirkan perasaan geram dalam bentuk yang bersesuaian dan mencari jalan penyelesaian.
Takut - Rasa terancam, suatu motivasi ingin memastikan keselamatan diri dari aspek fizikal dan psikologi. Merangsang kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan takutnya, mencari jaminan mendapat ketenangan dan ketenteraman.
Sedih - Kehilangan, tidak mendapat apa yang dikehendaki menjadikan kanak-kanak berusaha lebih mendapat apa yang dicita, mencurah perasaan dan berfikir bagaimana mengatasi rasa sedih.



No comments: